BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, December 28, 2013

Makan Tak Habis

Pinjam gambar hiasan dari encik suami. Satu ketika dahulu. Hiks~

Pernah tak korang makan nasi tak habis?

Bukan nasi je, ape-ape je lah makanan dalam pinggan depan mata, tapi tak dapat nak habiskan. Mesti pernah kan? Kalau yang tak pernah tak habis tu, alhamdulillah. Bagusssss sangatttt!

Nape bagus lak?

Sebab, bila kita baca doa makan, Allah turunkan keberkatan ke atas makanan tu, tapi berkatnya tak tetap pada mana-mana bahagian dalam makanan tersebut. Mungkin kat belah ikan, mungkin pada sayur, mungkin pada nasi tepi-tepi pinggan; pendek kata, kat mana-mana yang Allah mahu.

So, bila kita makan, seeloknya dihabiskan makanan dalam pinggan. Siapa tahu, yang kita tinggalkan tak habis tu lah ada berkatnya yang Allah turunkan. Kan rugi kalau kita tak makan bahagian tu. Sia-sia keberkatan yang Allah bagi. Berkat dari makanan yang kita habiskan tu, hanya Allah yang tahu macam mana. Mungkin dipermudahkan urusan dalam hidup, murah rezeki, sentiasa ada yang memberi pertolongan tanpa diminta, dan macam-macam lagi.

Oleh sebab tu, bila kita nak masukkan makanan dalam pinggan, berpada-padalah ikut kemampuan kita untuk menghabiskan makanan tu. Ingat, jangan terlalu diturutkan nafsu, makanan membukit dalam pinggan, tapi yang luaknya sikit je.

Bak kata seorang kawan, "takkan lah dah berpuluh tahun hidup kat dunia, masih tak tahu perut tu boleh muat banyak mana?"

Pedas!


Friday, December 27, 2013

Souleha - Shawl Labuh Untuk Muslimah

Basyirah Shawl

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat!

Hari ni Jumaat terakhir untuk tahun 2013. Minggu depan dah masuk tahun baru. Azam tahun baru macam mana? Kedatangan tahun baru disambut dengan siapa? :)

Sebenarnya dah lama nak kongsikan benda ni.

Pernah dengar Souleha?

Basyirah Shawl?

Tak?

Sebab tu lah nak gitau. Hihi. Sebenarnya Souleha ni salah satu butik tudung untuk muslimah yang baru sahaja memulakan perniagaan hujung tahun ni. Produk Souleha buat masa ni adalah Basyirah Shawl macam dalam gambar tu~ Pilihan warna pun macam dalam gambar tu~

Untuk muslimah yang gemar menggayakan shawl, Basyirah Shawl boleh dimasukkan dalam salah satu pilihan tudung untuk ke mana-mana sahaja. Kerja? Kuliah? Usrah? Shopping? Jalan-jalan? Semua boleh~ Material Basyirah Shawl lembut dan sejuk, mudah untuk dibentuk...tak percaya, tanya encik suami saya. Hihihi.

Bagi sesiapa yang berminat dengan Basyirah Shawl, boleh lah berkunjung ke Facebook Page Souleha. Boleh membelek-belek dengan lebih lanjut kat sana, gambar lebih jelas dan besar, sekali dengan tanda harga. Hihi.

Jangan lupa Like untuk produk-produk akan datang dari Souleha ya! :)


Thursday, December 19, 2013

Bunga Tangan dan Bunga Telur Koleksi Hevea


Sesiapa yang follow encik suami di Instagram atau berkawan dengan encik suami di Facebook, tentu dah nampak gambar ni beberapa hari lepas.

Cantik kan bunga tangan tu?

Nampak manis dan berseri aje.


Bunga tangan ni hasil dan produk daripada Koleksi Hevea, dibawa khas dari Pendang, Kedah Darul Aman oleh Kakakechik Adish Shida.


Menggunakan daun getah sebagai bahan asas untuk menghasilkan bentuk bunga, kemudian disembur dengan cat minyak untuk mencipta tona warna mengikut citarasa pelanggan. Saya sendiri pernah belajar dengan ibu kepada Kakakechik, cara-cara untuk menghasilkan bunga daun getah ni.


Ini pula bunga telur daripada kertas crepe. Memang cantik dan kemas hasilnya, ramai mak cik yang suka dan buat simpanan sebagai kenangan, bahkan ada yang simpan sebagai rujukan untuk buat bunga telur di kemudian hari. Hihi.

Bagi yang berminat untuk menempah, boleh ke blog Koleksi Hevea D'Hati, banyak lagi produk berupa bunga-bungaan kat sana~ :)

Terima kasih Koleksi Hevea!


Tuesday, December 17, 2013

Alhamdulillah, Saya Isteri Dia


Alhamdulillah.

Selesai sudah majlis pernikahan dan walimatulurus saya dan suami, encik Mohd Soleh Ahmad.

Terima kasih kepada mak, bapak, adik-adik, sepupu, semua sanak saudara serta sahabat handai yang telah banyak membantu untuk kelancaran majlis. Terlalu banyak yang telah saya susahkan, harap Allah gantikan usaha semua dengan balasan yang lebih baik di dunia juga di akhirat kelak.

Kepada yang datang dari jauh, sahabat-sahabat blogger dari Semenanjung, sahabat-sahabat Facebook, sahabat-sahabat dari Miri, sanak-saudara dari Brunei, Saratok, Kuching, juga yang dari kampung sendiri, terima kasih atas kesudian untuk sama-sama meraikan pernikahan kami. Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, terkurang layan mahupun tak sempat bertemu mata.

Alhamdulillah, terima kasih semuanya atas doa kalian. Masjid yang baru dibina ini perlu akan doa yang terus-terusan dari kalian agar binaannya kian kukuh dan tegap berdiri dari hari ke hari, insya'Allah. Bagi yang tak sempat dan tak berpeluang untuk hadir kenduri di Bintulu tempoh hari, jemput datang ke majlis sebelah lelaki di Kedah pada 2 Februari 2014. :)

Moga Allah redha.


Monday, November 25, 2013

SMARTPHONE AJEEE

Duhhhh!

Makin hari makin senyap blog saya ni. Makin bersawang. Macam mana ek nak bagi konsisten update blog hari-hari? Macam dulu-dulu. T.T

Mungkin sebab sekarang ni ramai kawan-kawan blogger yang sama-sama aktif dulu-dulu dah beralih arah ke Instagram, Twitter & Facebook, rasa tak best dah berblog. Ye ke?

Bukan ke dulu katanya berblog sebab kepuasan hati?

So sekarang ni dah tak berapa berpuas hati la ye bila berblog. Atau sebab hati dah puas, sebab tu takde ape nak diblogkan. Err.

Semua ni dipengaruhi teknologi di hujung jari jugak rasanya. Singkap balik memori daun pisang, kecik-kecik dulu payah benar nak ada komputer untuk sebuah rumah. So, mainan anak-anak masa tu "ting-ting", galah panjang, baling selipar, masak-masak batu dan daun, memancing ketam dengan umpan ikan bilis, dan sebagainya. Sekarang ni, game masak-masak ke, game susun-susun batu ke, game bela binatang ke, semua pakai SMARTPHONE AJEEE.

Besar sikit, dah mula nampak orang bawak benda alah berisi kaset yang dipanggil walkman. Sekarang ni mana main walkman, dulu-dulu nampak orang pakai discman (eh betul ke perkataan ni?) pun dah terkagum, kiranya orang tu berada lah dapat beli discman, tapi sekarang ni semua pakai SMARTPHONE AJEEE.

Bertambah sikit usia, kerajaan mula menerapkan "semangat" sebuah rumah sebuah komputer. Seingat saya masa tu sekolah menengah, dalam tingkatan 1 macam tu, baru lah ada komputer kat rumah saya. Tapi, tak ada internet pun. Masa tu komputer hanya digunakan untuk buat kerja sekolah, assignment, print-print, scan-scan. Kalau nak internet, kena jalan gi pekan. Bayar RM2 sejam kat CyberCafe, sampai pernah jugak berhutang dengan orang CyberCafe sebab terlebih jam. Sekarang ni, CyberCafe pun dah lengang sikit, nak google-google? Yang ada wifi dengan pakej broadband, pakai SMARTPHONE AJEEE.

Bila da up sikit, boleh bawak laptop ke mana-mana kononnya, mulalah berblog dengan aktip sekali. Sikit-sikit amek gambar buh dalam blog, sikit-sikit nak update tengah buat ape, pergi mana, dengan siapa. Dari blog tu, mula kenal kawan-kawan blogger dekat group-group blogger. Berborak sakan dari pagi ke pagi sampai lupa ada blog untuk update. Haiyoo, last-last memang tak berupdate lah blog tu, Facebook pulak mengambil alih. Apetah lagi sekarang ni, nak berFacebook bagai boleh pakai SMARTPHONE AJEEE.

Dari Facebook pulak, kenal Twitter sikit-sikit. Padahal Twitter dah lama dah lahir, cuma baru nak naik beberapa tahun kebelakangan ni. Situlah tempat nak meroyan dan meluahkan perasaan. Lepas tu Twitter jadi sedikit hambar bila Keek dan Instagram mula mengambil alih. Keek tu untuk video je, tapi sekejap je naik, lepas tu tenggelam balik. Instagram jugak yang masih bertahan. Lagi senang, upload gambar dengan caption ajeeee~ Tapi kena ada smartphone lah! Sebab Instagram boleh guna pakai SMARTPHONE AJEE.

Itulah kesan teknologi di hujung jari. Nampaknya manusia semakin malas bercerita dan membaca cerita...entah-entah kamu-kamu ni tak baca semua pun kan entri ni, main lompat-lompat aje~ Lagi lah malas kalau kena baca guna SMARTPHONE AJEEE.

Kan kan kan! :p


P/S: Selamat mendirikan rumahtangga kepada rakan blogger Ir. Nazirul Hazwan Suratan Kebetolan, Ostad Solihin Zubir, Si Cantik Manis Cik Eka dan Si Kenit Yuyu Zulaikha. Moga dipermudahkan semuanya~ Ameen..


Monday, November 11, 2013

Bukan Seperti Makan Kacang

Benarlah.

Tak mudah sebenarnya hendak bergelar isteri. Bukan seperti makan kacang sebenarnya hendak membina masjid. Sedang makan kacang pun kadang-kadang ada susahnya, bila kulit kacang terlalu keras untuk dibuka. Inikan pula perkara yang lebih besar daripada makan kacang.

Bernikah.

Membina rumah tangga.

Menerima orang baru dalam hidup.

Menyatukan dua keluarga.

Yang latarnya memang berbeza.

Subhanallah. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat ke 13: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Saya belum lagi bernikah, tetapi cabaran untuk bernikah itu kini sedang saya lalui. Kerana ramai yang berpengalaman berkata, semakin dekat dengan tarikh ijab kabul, semakin kuat kita akan diuji. Dan ujian untuk setiap hamba Allah itu berbeza-beza. Tidak semestinya bakal pengantin yang ini ujiannya sama dengan bakal pengantin yang seorang lagi. Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya berbeza-beza.

Persiapan semakin rancak, keluarga dihubungi dengan lebih kerap dari biasa. Dugaan duduk jauh dari keluarga, sememangnya hati sudah mula rasa gusar dan bimbang kalau-kalau ada yang terlepas pandang. Semuanya dipantau dari jauh. Kadang-kadang kasihan pada keluarga di kampung yang bertungkus lumus membantu persiapan tanpa saya. Rasa mahu cepat-cepat balik, tetapi bersabar sahajalah, tinggal tiga minggu saja lagi untuk saya pulang ke rumah.

Dan saat-saat beginilah ujian emosi antara yang terhebat. Beruntunglah bakal pengantin yang sabar menghadapi semua tekanan persiapan majlis, melimpah ruah pahala yang Allah anugerahkan, semakin bertambah-tambah lagi pahalanya apabila sudah selesai ijab kabul. Subhanallah. Itu terapi terindah buat hati yang gundah gulana.

Maka pesan saya kepada semua bakal pengantin walau belum ketemu calon, persiapkan segalanya seawal yang boleh.

Tinggal sebulan sahaja lagi.

Mohon doa-doakan.


Thursday, November 7, 2013

Bila Tiada Bicara

"kadang-kadang,
bila tengok seseorang macam ada yang tak kena.
entah dia sedang berduka.
entah diamnya kenapa.
entah tawa dan senyumnya seperti dipaksa.
tulisan-tulisannya,
semuanya seolah sedang ingin memberitahu sesuatu..
kata-katanya,
seolah-olah punya maksud yang lain..

jujur, kita sangat ingin tahu.
dia kenapa?
hatinya kenapa?
dia baik-baik kah?

tapi,
ada sesuatu yang menghalang.
ada tembok yang memisahkan.

entah dia yang takkan bicara.
atau kita yang takkan mampu bertanya.

kadang-kadang,
kita bimbang,
jika pertanyaan kita cuma menyulitkan keadaannya.
jika keprihatinan kita cuma membuat dia bertambah susah.
dan jika kita sebenarnya tak mampu berbuat apa-apa.

tak apalah.
aku tahu kamu mampu.
aku tahu kamu kuat.
dan aku tahu,
dengan memiliki dan menyakini Allah,
kamu akan kuat.

dari kejauhan,
moga baik-baik sahaja.
aku mengharap dan mendoakan.."

— via tersenyum-melihat-langit

Friday, October 18, 2013

Setelah Seminggu

Dah seminggu saya post entri tentang walimah.

Hari ni baru nak menulis balik. Hilang terus mood menulis seminggu lepas. Mungkin sebab sibuk dengan tempahan Aidil Adha, kerja-kerja Jurnal Teknologi dan juga kena siapkan paper untuk conference di Indonesia.

Sibuk benar sampai tak cukup rehat. Masa tengah tuang adunan kek karamel dalam loyang pun rasa terhuyung-hayang. Dalam hati berdoa banyak-banyak moga tak pitam. Kalau pitam, siapalah yang nak renjis-renjis air kat muka sebab semua housemate da balik kampung masa tu.

Bila dah pening-pening tu baru lah teringat kat adik kat KL. Alahai, kenapa lah lambat sangat baru nak ingat. Call dia tanya raya haji kat mana, rupanya dia tak ke mana-mana. Terkejut den sambil teruja sekali sebab boleh la ajak dia turun Johor. Jadi pembantu import sekejap kat dapur. Hihi.

Alhamdulillah, dalam godaan kepenatan dan kemalasan yang bermaharajalela, akhirnya siap juga semua tempahan pelanggan sempena Aidil Adha hari tu. Boleh lah saya ke Felda Sg. Sayong dengan hati tenang sedikit. Beraya dengan keluarga kak Ayu Citarasa Rinduan, first time sambut raya haji dengan penuh kemeriahan. Meh tengok juadah yang ada~

Juadah hari raya seperti biasa, ketupat nasi, lepat pulut, kuah kacang, serunding kelapa, rendang ayam, sambal goreng, ayam kicap, lagi satu takde dalam gambar...kurma kambing

Bebiskut kekuih raya dan kek-kek sedap - kek pisang, kek gula hangus, kek buah, kek lapis mocha pandan, kek karamel nenas pandan

Puding dangdut bak kata kak Ayu, puding buah laici...memandai saya nak curah air sirap bagi berkaler masa nak ambil gambar... :p
Alhamdulillah, terima kasih buat kak Ayu dan keluarga kerana sudi mempelawa saya dan adik saya untuk beraya bersama. Walaupun sekejap je masa yang diluangkan bersama, dah cukup buat kita rasa seronok di hari raya. Kikiki. Moga Allah pelihara kesejahteraan akak dan keluarga, insya'Allah.


P/S: Dah nak konvo next week, 26 Oktober, sesi pagi, UTM Skudai. Jemput datang bawak bunga dan coklat.


Wednesday, October 9, 2013

Rabu Yang Bisu: PERUTUSAN RAJA SEHARI






Thursday, October 3, 2013

Solat Saya?

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada

Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman.

Sumber: I ♥ MANJUNG


Tuesday, October 1, 2013

Bila Kekunci "Fn" Netbook Sentiasa ON

Kebingungan juga saya masa tu.

Bangun pagi, nak cari sesuatu kat Google. Keluar 2adb6r6ng pulak, bila taip kadborong. Tak lain tak bukan, mesti kerja anak-anak bulus yang nakal masa saya tengah lena dibuai mimpi indah. Mungkin ada yang terpijak kekunci netbook masa tengah lompat-lompat sambil menggigit leher memasing. =.="

Seharian juga saya terpaksa menekan kekunci "Fn" sambil menaip. Kalau tak, nanti keluar nombor-nombor pulak instead of normal keys. Agak merumitkan bila ditambah lagi dengan kita nak tekan "Shift" untuk kekunci yang ada 3 benda. Habis monyok muka depan netbook. Huhu. Kalau buka 'web cam' mesti buruk benar mukanya. =.="

Akhirnya pagi ni saya cuba Google. Semalam tak terfikir pula nak Google sebab kot-kot lah memang dah tersekat kekunci "Fn" tu secara fizikal. Tapi cuba juga Google, kalau-kalau ada yang mengalami masalah sama. Saya pun taip sambil tekan kekunci "Fn": "Fn" key is always on. Owh, banyak juga yang menghadapi masalah ni. Semua pun kena tekan "Fn" bila nak menaip. Dan, saya pun jumpa juga jalan penyelesaian masalah ni.

Bagi yang kekunci "Fn" dia sentiasa ON, stuck atau locked, boleh lah tekan "Fn" + "NumLk" serentak. 

Insya'Allah papan kekunci anda kembali normal seperti sediakala. Hihi. Mekasih Google!


Wednesday, September 25, 2013

Bila Isteri Mat Yo Buat Hal, Kita...?

Heboh!

Kecohnya alam maya dengan alam realiti di bumi Malaysia ni tentang isteri Mat Yo maki dan tendang Pak Azman, pengawal keselamatan Subang Airport tu. Huishhh~ Saya yang tengok video tu pun rasa maluuuu. Huk! Moga Allah bagi hidayah kat Siti Aisya Adam dan suaminya.

Mohon dijauhkan juga dari jadi macam tu kat saya dan orang-orang di sekeliling saya.

Orang kata, akhlak kita pada orang lain akan menentukan hidup kita pada masa akan datang. Kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. Kalau kita buat jahat pada orang, Allah akan balas dengan yang setimpal pada kita.

Besarnya kesan cara kita bergaul dengan orang lain, kadang-kadang kita tak nampak. Atau mata kita ni dihijab untuk nampak yang buruk pada diri kita. Rasa-rasanya kita dah betul, rupanya kita lah yang paling salah. Rupanya ramai yang terasa hati dengan kita. Belum dikira lagi yang tertanam benih benci dalam hatinya pada kita.

Astaghfirullahal'azim....

Kawan-kawan, kalau saya buat salah, tegurlah saya baik-baik!


Tuesday, September 24, 2013

Hanya Allah


Husnu-thiqah bi Allah.

Husnuzhon dengan Allah.

Bersangka baik dengan Allah.

Pada satu-satu masa, apabila apa yang kita inginkan seolah-olah terlalu jauh untuk dicapai, atau ketika kita menghadapi sesuatu yang paling kita takuti, waktu itulah kebergantungan kita kepada Allah akan diuji.

Mampukah kita dalam sukar dan susah, bersangka baik dengan Allah? Dalam segala kerumitan yang dihadapi, masih mahu berdoa dan meminta kepada Allah? Atau kitakah yang kurang percaya, lalu mencari selain Allah dari segala-galanya?

Muhasabah diri kita, adakah kita antara hamba yang sering meletakkan Dia bukan di tempat pertama untuk bergantung harap? Angkuh dan sombong untuk tunduk menadah tangan, berdoa kepadaNya. Kerna tidak yakin kesusahan akan hilang, kebahagiaan dan sinar akan terbit di penghujung jalan.

Pada ketika ini, hanya yang benar-benar yakin akan kekuasaan Allah atas segala sesuatu lah, yang akan mampu menghadapai segala ujian dalam hidupnya. Yakin bukan sekadar pada nama ar-Rahman. Bukan sekadar Allah Maha Pengasih, kerana ketika susah, sekalian makhluk pun akan rasa kasihan pada kita. Tetapi pada pengertian bahawa Allah sahajalah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Hanya Allah yang boleh menghilangkan kesusahan yang kita hadapi, hanya Allah yang boleh menghadirkan kekuatan dalam diri kita untuk menghadapi musibah. Tiada satu apa pun yang dapat menghalang Allah untuk melakukan apa yang Dia kehendaki.

Hanya Allah...

Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging". Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu". [Al-Baqarah: 259]


Thursday, September 19, 2013

Tekanan Menghadapi Deadline

Sumber: Quotes and Images on tumblr

Deadline.

Tarikh akhir.

Siapa saja pun, kalau buat apa pun, yang ada deadline atau tarikh akhir yang semakin mendekat, pasti akan disambut dengan tekanan. Tekanan untuk menyelesaikan semua perkara dalam masa yang semakin suntuk. Tekanan untuk memenuhi kehendak dan matlamat. Tekanan untuk mendapatkan kesempurnaan.

Kalau tak banyak pun, sedikit kecelaruan pasti terasa.

Melainkan semuanya diuruskan mengikut jadual. Dan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Namun, tak semua perkara akan jadi seperti yang kita sangkakan. Kadang-kadang ada halangan di tengah-tengah perjalanan kita hendak menyiapkan sesuatu, menyebabkan sedikit masa kita diambil di situ.

Bertambah tertekan bila ada yang menekan.

Kita sudah sedia tahu, banyak yang perlu diuruskan. Tidak perlu akan luahan kata-kata yang menghiris seolah-olah kita tidak sedar akan masa yang semakin cepat berlalu. Orang-orang sekeliling tidak berada dalam kasut kita. Tidak akan pernah faham apa yang kita rasa.

Cukup-cukuplah menambah bebanan dan kerunsingan di kepala yang sudah sedia ada.

Mohon yang sangat, berhentilah menghukum.

Sesekali berikan ruang untuk yang tertekan bernafas.


Wednesday, September 18, 2013

Blog Sebagai Pendapatan Sampingan

Sila picit muka Qhaliff yang comel

Macam mana blog boleh jadi punca pendapatan sampingan?

1. Dari iklan khas blogger, dah banyak syarikat iklan untuk blogger tegar kan sekarang ni? Yang tak berapa tegar macam saya pun letak jugak lah iklan Nuffnang. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, boleh lah buat duit poket. Hiks.

2. Dari iklan individu atau perniagaan persendirian, selalunya dari golongan yang buat business online. So, bila nak tarik pelanggan, diorang kadang-kadang gunakan blogger macam kita untuk promosikan produk dan perniagaan diorang. Kena lah buat tugasan yang diberikan untuk dapat bayaran...

3. Berniaga dari blog. Haaa~ Kalau buat business online, dan iklankan kat blog, serta memang berblog untuk berniaga, makaaaaa dapatlah pendapatan sampingan yang kekadang boleh jadi pendapatan tetap gituuu~

Itu saje~ Sekian terima kasih!


Monday, September 16, 2013

Luahkan Semuanya!


Ada masanya
tak semua perkara perlu diluahkan.

Ada waktunya
sesetengah perkara lebih baik disimpan.

Namun
ada saat-saat tertentu
apa yang masih terpendam
lebih baik dikeluarkan semuanya.


Friday, September 13, 2013

Tak Cukup Cantik

Sumber: L’ESPRIT DE L’ESCALIER on tumblr

Rendah diri.

Rasa tak cukup cantik, tak cukup menarik, kurang sempurna.

Manusia selalu begitu. Walau berapa banyak kali pun menghadap cermin, masih rasa ada yang tidak kena. Kadang-kadang membandingkan diri dengan orang lain, yang padanya memang jauh lebih sempurna.

Bukankah itu hanya akan meruntuhkan lagi motivasi diri? Buat kita kurang yakin berhadapan dengan orang sekeliling. Bila keyakinan diri jatuh, sebenarnya itulah yang terlihat kurang cantik pada pandangan mata orang lain. Sungguh-sungguh, keyakinan itu memberi kesan yang sangat besar dalam diri seseorang. Orang yang yakin akan kemampuan dirinya, walau dari segi ketrampilan atau kemahiran, insya'Allah sentiasa nampak menarik.

Menarik yang tersendiri. Ada orang, senyumannya menarik, matanya cantik, gayanya saja sudah memukau mata memandang. Ada orang, nampak cantik kerana sifat sopan santun, tertarik bila melihatnya bergaul dengan orang sekeliling, ada sesuatu yang indah walaupun pakaiannya biasa-biasa saja.

Yang nyata, setiap ciptaan Allah itu ada keindahan dan kecantikannya tersendiri. Kalau bukan pada luaran, insya'Allah indah dari dalam. Cuma kadang-kadang, kita yang tidak nampak akan indahnya yang Allah ciptakan untuk diri kita ini.

Atau mungkin saja kita belum menyedarinya.


Thursday, September 12, 2013

Ini Ketetapan Allah...

Manalah akan ada ketentuan Allah yang buruk.
Manalah akan ada ketetapan Allah yang tidak baik.

Tidak ada.
Kalau pun aku mahu mencarinya,
Tidaklah akan aku temui,
Satu apa pun dari takdir-NYA,
Qada dan qadar-NYA,
Yang tidak baik.

Pencarian yang sia-sia!

Bukan kerana aku yang tak berdaya.
Tapi kerana perancangan-NYA yang
MAHA SEMPURNA.

Cuma belum terlihat dimata, aturanNYA sempurna. :)

via tersenyum-melihat-langit

Sunday, August 25, 2013

Tahi Lalat Kat Tapak Kaki

Sampai saja rumah tadi, terus solat dan tidur.

Terlalu penat rasanya. Beberapa hari yang penuh dengan aktiviti. Jauh-jauh pula tu. Ke Sg. Sayong dan Sedenak di hujung minggu. Lepas ber-open house di Skudai pada hari Jumaat, sebelah malamnya. Malah lepas marathon filem baru bersama kawan satu lab hari Jumaat tu.

Maka, bila bangun je dari tidur tadi, rasa macam...kosong sangat.

Terus tanya diri sendiri, nak buat ape ek? Malam ni nak keluar gi mana ek? Nak ajak sape ek?

Err...dahsyatnya kalau dah sampai jadi macam ni. T_T

Macam dah kena penyakit tahi lalat kat tapak kaki. Faham-fahamlah~ Padahal takde pun tahi lalat kat tapak kaki i niii~ Hihi. Namun bila mengenangkan next week akan keluar berjalan jauh lagi sampai nun ke utara tanah semenanjung, maka dibatalkan hasrat hati demi menyimpan sisa minyak dan baki duit supaya tak dibazirkan sesuka hati.

Saya kan, belum berkerjaya.

Ok~

Gambar dicilok dari instagram jiran sepagar
Gambar dicilok dari FB Kak Ayu Citarasa Rinduan
Gambar dicilok daripada instagram Sunah Sakura

P/S: Terima kasih Adam, Kak Ayu Citarasa Rinduan, Pak Cik Mat Gebu dan kak Rafidah Hashim atas undangan datang ke rumah~ Selamat hari raya, maaf zahir batin~ :)


Tuesday, August 20, 2013

Berusaha Menggigih

Erm.

Mungkin misi sebelum ni tak akan diteruskan buat sementara waktu. Misi baru pula yang akan dimulakan. Misi baru memerlukan lebih banyak kekuatan. Lebih banyak ketabahan, kekentalan, ke-ke-ke- dan banyak ke- lagi.

Dalam masa sekarang ni pun memang perlukan sangat-sangat segala ke- tu. Bila dah selesai satu pilihan, muncul pula kekalutan baru. Ya, serta dalam pakej bila kita dah bulat memilih, tentulah akan ada risiko yang perlu kita hadapi, kan?

Buat diri ni buntu lagi.

Mana nak cari duit untuk bayar yuran PhD pulak?

Allahu...


P/S: Bila da publish, baru teringat nak tulis apa sebenranya tadi sampai letak tajuk entri camtu. Tapi ahhhh lebih kurang sama aje lahhh!


Monday, August 19, 2013

Misi Mencari Pekerjaan

Bila dah selesai semua benda ni, rasa kosong sangat pulak.

Masih lagi masuk lab kalau rajin. Tapi dah tak ada apa sangat nak buat. Atas sebab perlukan internet je baru rajin ke fakulti. Kalau tak, duduk rumah aje lah. Menunggu surat dari senat universiti.

Sambil-sambil tu, sekarang dah mula mencari pekerjaan area Selangor & KL. Pening jugak ye nak cari kerja ni. Sebelum ni bukan tak pernah cari, lepas degree dulu pernah juga daftar Jobstreet bagai tu. Tapi masa tu, macam tak bersungguh dan tak serius sangat. Kali ni lah baru betul-betul nak cari kerja. Jumpa juga kerja-kerja yang macam ok, tapi kadang-kadang requirements macam tak berapa nak cukup. Bila rasa tak cukup, terus rasa yak yakin nak mohon. Huhu.

Padahal, sepatutnya try aje la kan apply kat mana pun. Kalau terlalu memilih kerja pun, susah jugak. Tapi lagi satu yang membingungkan kepala ni, kalau nak cari area Selangor & KL, kena cari rumah area sana jugak lah. Hoho!

Kalau ada yang tengah cari pekerja berwibawa dan penyewa rumah berhemah area KL & Selangor, boleh lah contact saya ya! :p


Thursday, August 15, 2013

Mesir Sedang Menangis

Aku tahu.

Aku tidak akan mampu menulis dengan lebih baik tentangnya. Mungkin kerana kelu lidah untuk berbicara. Atau mungkin saja kerana terkedu dan termangu lantas hilang segala tulisan yang mahu aku nukilkan tentang itu.

Kala media perdana memaparkan segala kisah dan cerita, alam maya turut heboh dengan pelbagai berita. Walau saling bercanggah, namun isinya tetap sama.

Mesir-sedang-menangis.

As-Sisi semakin menggila.

Ribuan rakyat menjadi syuhada.

Aku pula masih di sini.

Bumi Malaysia yang aman.

Syawal ini, nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan?


#Doa untuk mereka di sana.


Friday, August 2, 2013

Jumaat Terakhir

Jumaat terakhir.

Hari penuh barakah. Dalam bulan penuh mulia.

Dan aku sibuk sendiri di rumah. Menyiapkan segala tempahan kek dalam masa yang terlalu suntuk. Sambil-sambil menyiapkan juga penjilidan thesis dan e-thesis. Ya, aku mahu hantar hari ini. Paling lewat, petang nanti. Itu saja pilihan yang aku ada. Tidak mungkin untuk aku menghantar thesis yang sudah dijilid paling lewat 14 Ogos kalau sudah aku membeli tiket pulang ke sini 17 Ogos. Kan? Lebih baik selesaikan semuanya sebelum pulang ke kampung halaman. Boleh lah menyambut hari raya dengan hati yang aman.

Sedang aku pening-pening dengan e-thesis, jari-jemariku menekan tetikus, membuka satu blog yang selalu aku singgah. Walau jarang benar dikemaskini entrinya, tapi aku tetap selalu masuk. Sekadar melihat-lihat kalau ada entri baru, tak pun, aku akan belek entri-entri lama. Tiba-tiba saja, mata aku tertancap pada satu link entri di bawah entri paling atas.

Entri lebih kurang setahun yang lepas.

Aku klik link tersebut. Membacanya dari awal hingga akhir. Untuk kali ini, aku pun tidak pasti sudah berapa kali aku membacanya. Namun tidak pernah pula aku rasa jemu. Ayat yang tertulis di dalam entri itu, aku dapat rasa benar-benar dari hati. Rasa syahdu menyapa hatiku. Dan tika itu jugalah air mata aku sudah tidak dapat ditahan lagi.

Aku menangis. Menangis bukan kerana manusia. Tetapi menangis kerana aku sedar aku lemah. Aku tidak berdaya. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana aku hanya hamba. Siapalah aku hendak mengubah ketentuan Allah. Jika Dia telah mentakdirkan sesuatu, sebagai hamba aku harus redha. Qada' dan qadar telah lama Dia tentukan, dan aku tahu qada' muallaq itu boleh aku, kau dan kau ubah dengan usaha.

Tapi tetap, aku, kau dan kau hanyalah hamba yang tidak punya apa-apa.

Dan di hujung tangis itulah aku hanya mampu berdoa. Moga-moga Allah mendengar isi hati aku, kau dan kau.

Mudah-mudahan barakah bulan mulia ada tempiasnya pada aku, kau dan kau. Ameen.


Thursday, August 1, 2013

1 Ogos dan Zammiluni

Hari ini 1 Ogos.

Semalam 31 Julai. Tanggal hari kelahiran saya yang ke 26 tahun. Subhanallah. Dah 26 tahun dah. Angka lebih 25 tahun, rasa macam dah tua sangat. Huhuhu. Apapun, alhamdulillah. Beruntung sangat-sangat sebab diberikan nikmat usia hingga ke hari ini. Tetap bersyukur kepada Allah yang memberikan segala kurniaan Dia kepada sekalian hamba. Moga-moga umur yang bersisa dimanfaatkan sebaiknya.

Pagi-pagi tadi, ternampak seorang sahabiah post video link kat Facebook. Dengan sedikit kata-kata dari dia sahaja, hati saya tersentuh.


Mungkin ramai yang kata single lebih baik. Tak berkahwin pun tak apa. Jauh dari masalah dan penyakit jiwa. Walau sudah sedia tahu, atau mungkin tidak tahu, pernikahan itu ibadah, membina masjid itu sunnah. Sedangkan Rasulullah s.a.w pun perlukan Khadijah r.a. Apatah lagi kita ini manusia biasa-biasa sahaja. Kerna pada pernikahan itu ada hikmah. Kan?

Dan video Youtube "Zammiluni" sepanang 2 minit 50 saat tersebut boleh ditonton di bawah.


Iya lah, saya sudah 26 tahun.

Dan salah satu impian saya adalah menjadi isteri penyejuk hati suami.

Siapa tidak mahu?


P/S: Ok, sekarang perlu ke fakulti setelkan thesis hard cover binding pula. Moga sempat buat sebelum balik kampung.


Tuesday, July 30, 2013

Sekadar di Pinggiran

Semalam up status kat Facebook.

Sekadar di pinggiran...

Pejam celik, pejam celik, dah 21 Ramadhan kan? Sekejap je masa berlalu. Dah masuk 10 Ramadhan terakhir. Fasa pembebasan dari api neraka. Allahuakbar.

Macam mana agaknya amalan kita dalam 10 Ramadhan terakhir ni? Sama ke macam sebelum-sebelum ni? Atau lebih kurang aje dengan bulan tak Ramadhan pun. Masa-masa syaitan dibelenggu, masih berat ke nak dirikan solat, nak baca al-Quran, nak buat amal kebajikan, jauhkan diri dari maksiat? Kekadang nak solat pun rasa terpaksa, ada tu mungkin pandang sebelah mata aje.

Ikutkan, orang yang pandang Allah sebelah mata aje, Allah pun pandang dia sebelah mata. Allah lagi suka pandang hamba Dia yang bersungguh-sungguh nak dekatkan diri dengan Dia. Kita yang sambil lewa ni, sekadar di pinggiran aje. Bila susah baru nak cari Allah, bila senang, buat-buat lupa. Macam mana Allah nak kasihkan kita?

Hurm...

Masih lagi nak duduk di takuk lama?

Selamat memperbaiki amal dalam 10 Ramadhan terakhir!


Tuesday, July 23, 2013

Antara A dan B

Hari ni dah 23 Julai 2013.

Berapa hari je lagi. Alahai, masa-masa suntuk macam ni lah tiba-tiba tak reti nak guna Excel, terlupa macam mana nak plot graph. Padahal baru tinggal berapa bulan. Erk! Lastly, option dia kita crop & paste je lah graph yang dikecik-besarkan supaya nampak lebih cantik dalam thesis yang dibetulkan nanti. Mohon diterima. =.="

Actually beberapa hari ni, hati dah rasa tak best.

Saya jenis yang terus rasa tak best kalau sorang ni dah share rasa tak best dia pada orang lain yang saya kenal. Err, faham tak ayat ni? Contohnya, kita kenal A dan B. A ni dia jenis suka nak menang, then suka rasa dia lebih betul dari orang lain. So, dia akan berusaha patah-patahkan kata si B. Bahkan ada masanya, kalau A tanya soklan kat B, B cuba jawab elok-elok, nak terangkan baik-baik, tapi A jenis tak suka orang panjang-panjangkan cerita. A akan potong kata-kata B, nak guna kata-kata dia juga yang lebih ringkas dan padat. Kadang-kadang A ni gegurau dengan B, tapi B rasa gurauan dia tu terlampau ekstrem. A mungkin rasa dia dah tegur elok-elok kalau B ada buat silap, tapi sebenarnya B tak boleh terima cara A tu. Sampai B ni terasa hati lah kan.

Lalu B pun luahkan rasa hati dia kat saya.

Aiyakkkk~

Lepas A luahkan, haruslah saya rasa tak best kalau terjumpa si B kan? Asyik terfikir-fikir aje ape yang B cakap sebelum-sebelum ni. Hurm.

Susahnya kalau jadi orang kat tengah-tengah.

Berusaha untuk jadi neutral.

Salam 14 Ramadhan.


Tuesday, July 16, 2013

Suami Belasah Isteri Sebab Baca SMS

Tak terkejut baca berita kat Metro pagi ni.

Suami belasah isteri sebab baca SMS. Hurm. Ikutkan, yang lebih bersalah kat sini adalah si suami. Curang di belakang isteri yang baru beberapa bulan dikahwini. Lebih teruk lagi, si suami tak mahu mengaku bermain cinta dengan perempuan lain, lalu memukul isterinya sebab asyik didesak untuk menjelaskan. Tembelang dah pecah, ego makin tinggi.

Si isteri pula, nak kata bersalah sebab periksa telefon bimbit suami tanpa pengetahuan, ada lah jugak. Sebab tak minta izin atau mungkin selama ni suami dia dah pesan awal-awal jangan bukak telefon bimbit dia. Atau mungkin tak pernah pesan pun. Sebab tu lah suami dia marah agaknya. Rasanya, bukan marah. Tapi rasa tercabar, tambah-tambah bila rahsia dah terbongkar.

Actually, telefon bimbit memang privasi masing-masing. Gadget yang peribadi sama macam external hard disk yang kita simpan gambar-gambar diri sendiri bersama keluarga. Rasa berat nak share dengan orang lain. Cuma, dalam hubungan suami isteri, yang lebih penting dari privasi telefon bimbit adalah kepercayaan.

Saling percaya.

Isteri kena percaya suami. Suami kena percaya isteri. Suami dan isteri yang dah diberi kepercayaan pulak, kena bertanggungjawab dengan rasa percaya tu. Bak kata Firman kepada Iris dalam ILUS,

"Jika dipercayai... jagalah kepercayaan itu. Sekali mengkhianati kepercayaan itu, boleh merobohkan keyakinan diri kepada mereka yang sangat mempercayai awak. Jangan sampai mereka merasa kebaikan di dunia ini sudah lenyap kerana mereka meletakkan kepercayaan yang salah kepada orang yang salah. Ia satu perbuatan yang zalim, mematikan jiwa yang hidup, membunuh semangat yang berkobar, menghilangkan kegembiraan dari hari yang tulus..."

Kalau sama-sama faham konsep percaya, insya'Allah tak akan keluar berita macam tu, tak akan jadi porak-peranda rumahtangga. Tapi kalau bukan lagi sebab percaya, hati memang sudah terpaut pada yang lain, jujur dan berterus-teranglah.

Kenapa perlu berselindung lagi?


Monday, July 15, 2013

Ayam, Telur, dan Mentega

Sejak-sejak ni dah jarang sangat update dengan dunia maya.

Memang lah kadang-kadang tu ada jugak update status kat FB, update gambar kat Instagram (sunahsakura), update moments kat WeChat, tapi semua tu guna phone. Macam yang pernah saya kongsi dulu, kalau guna phone ni dia jadi limited. Terhad dari segi masa dan ruang. Takkan nak tenung phone je sepanjang hari kan? Dari segi ruang, skrin phone tu kecik, tak macam lappy. Jadi kita rasa tak puas pun kalo tenung phone lama-lama. Buat sakit mata ada lah haiii~

Sebab tu, berita-berita terkini disambut dengan ngangaan mulut yang tak berapa besar sangat (kalau besar kang, masuk lalat, batal pulak puasa walau tak sengaja, tapi sebab sengaja menganga, ok dah melalut...stop!). Berita-berita Syria, Mesir dan sebagainya yang keluar kat FB lepas je sihat dari demam agak memblurrkan. Tertanya-tanya kejadian yang berlaku, tiba-tiba ramai kengkawan bertukar DP FB kepada gambar Morsi. Hurm.

Dan semalam, sibuk-sibuk baking sempat juga belek phone, keluar berita ayam pulak. Ayam naik harga, Datuk Hasan Malek suruh beli selain ayam untuk raya. Aiyakkkk~ Ramai mengamuk sebab takkan nak masak rendang ikan pulak? Err~ Bila baca keratan akhbar yang kengkawan share tu, ghopenye ade peniaga yang mengambil kesempatan naikkan harga ayam sempena perayaan. Hurm.

Actually, tahun ni harga telur dengan mentega sangat mahal. Kalau tahun lepas, bulan puasa macam ni, harga telur dan mentega turun sampai RM7.99 daripada RM10.80 untuk telur, RM11-12 untuk mentega. Tapi tahun ni, nak cari harga telur RM7.99? Nan hadoooo~ Kalau mentega, boleh lah pergi Tesco, dapat lah rega tu untuk mentega berkualiti tinggi SCS. Hahhh, lepas ni semua baker pergi Tesco beli mentega. =.="

Ok lah, nak sambung buat pembetulan thesis sambil pening. Sempena tempahan kek karamel tengah 'pause', jom manfaatkan masa yang ada!

Selamat beribadah puasa!


Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday: Menu Berbuka 1 Ramadhan


Kek Karamel Pelangi

Untuk tempahan kek karamel sepanjang Ramadhan dan kek lapis sempena Syawal, sila berkunjung ke SINI... ^_^


Thursday, June 20, 2013

Jerebu Oh Jerebu!

Teruknya jerebu.

Kat dalam lab pun berasap. Semalam, kat dalam Tesco Bukit Indah pun berjerebu. Dahsyat betul pencemaran udara sekarang ni. Hujan pun dah lama sangat tak turun. Tak ada ke yang nak suntik awan bagi hujan macam dulu-dulu? Huhuhu.

Masa-masa macam ni teringat kat family nun jauh di sana. Kat sana berjerebu tak ek? Huhu.

Masa-masa macam ni lah nak jaga kesihatan sangat-sangat. Takut kang tak sihat lak masa viva-voce. Jangan kang kita tak sihat, tapi sebab API sangat tinggi, darurat dan tak boleh keluar rumah. Terusssss tangguh viva-voce. Naudzubillah lah kan!

Huhuhu.

Mohon berhentilah buat pembakaran terbuka. Semalam pun dah keluar arahan Johor, Melaka dan Selangor jadi kawasan larangan pembakaran terbuka. Kalau ada yang jumpa orang membakar sesuatu terang-terangan, report cecepat tau! Tapi kalau bakar duit untuk upacara keagamaan tu, tak pe ler~ Tu out of topic!

Moga-moga Allah pelihara kita semua ya?


P/S: Kena pakai purdah ni.


Wednesday, June 19, 2013

24 Jun Juga Akhirnya

Allahuakbar.

Allah macam mendengar isi hati.

Mungkin ini caranya Allah mahu mempermudahkan kesemuanya.

Baru dapat call dari fakulti. Insya'Allah 24 Jun ni antara tarikh besar dalam hidup. Sebagai seorang mahasiswa pasca siswazah.

Sekarang ni balik kerja malam-malam tak terus tidur dah. Buka laptop dan study, lepas tu meraung sebab jumpa banyak kesilapan. Sampai terbaring-baring kepala depan laptop. Tapi, ok lah kan. Boleh dijadikan correction nanti. Insya'Allah.

Moga-moga Allah permudahkan semuanya.

Mohon maaf atas salah silap saya kepada anda semua.

Doakan, moga lancar 24 Jun ini. Doa-doakan.

Saya mohon sangat-sangat, doa-doakan.


Monday, June 17, 2013

Bukan 24 Jun

Tak ada panggilan dari fakulti hari ini.

Nampaknya, bukan 24 Jun tarikhnya.

Co-SV pun ada cakap minggu lepas, external examiner ke Australia sampai 27 Jun. Jadi, memang tak lah kalau 24 Jun ni tarikhnya. Mungkin awal Julai. Atau sebelum puasa. Kalau tiba-tiba selepas raya, tak tahu lah pulak. Selalunya pihak fakulti akan call seminggu sebelum tarikh untuk bagi kita bersedia.

Persediaan saya?

Slide 60% siap. Banyak kena edit semula. Banyak kena buang. Banyak kena copy balik ke slide bertemplate baru. Itu part slide. Kalau part penyampaian, latihan pun tak cukup lagi. Kena berlatih present bebanyak sampai fluent konon-kononnya. Padahal, serius putar belit benda yang sama jugak.

Kalau part fundamental?

Alahai. Ni yang lemah. Kena baca balik banyak benda-benda asas. Sebab examiner saya nanti bukan dari bidang saya yang betul-betul tulen. Dua-dua dari bidang lain. So, of course soalan yang akan menyerang saya nanti dari perkara-perkara asas. Nak tengok saya faham ke tak apa yang saya buat.

Masalahnya, saya faham ke apa saya buat ni?

Aishhh, mana keyakinan diri?


Sunday, June 16, 2013

Satu Persoalan Dari Sepasang Mata

Satu petang yang damai.

Tidak lama dulu.

Kala aku sendiri menghadap skrin netbook di hadapan mata, tiba-tiba saja persoalan itu hadir ke minda. Tiba-tiba saja. Aku tidak tahu dari mana datangnya. Dari mana hadirnya rasa itu. Hanya Allah Maha Mengetahui. Kalau Dia berkehendak, apa pun boleh hadir dalam bayangan kepala kita, walau hanya sekelip mata.

Rasa itu yang tiba-tiba saja hadir dalam jiwa. Buat aku meneliti segenap inci kejadianku. Jari jemariku yang bersarung cincin emas nan indah, susun atur tahi-tahi lalat, segala urat biru dan hijau di bawah kulit nan halus lagi nipis, segala-galanya sambil aku gerak-gerakkan perlahan mengikut kemahuanku, aku teliti dengan mataku.

Ya, mataku.

Mataku yang tidak dapat aku lihat sendiri kecuali bercermin. Mataku ini yang dapat melihat ke sana-sini. Dengan mataku ini, aku lihat mata-mata yang lain di sekeliling aku. Dengan mataku ini, aku menyaksikan segala peristiwa dan kejadian. Dengan mataku ini, membuktikan aku ini hidup di bumi Tuhan.

Bahkan dengan mata inilah, aku tertanya-tanya, kenapa aku hidup di muka bumi? Kenapa aku berada di dalam tubuh ini dan sedang duduk di sini saat ini? Atas sebab apakah aku sekarang di tempat aku ini, dan melihat pemilik-pemilik mata lain sepertiku? Kadang aku tertanya, adakah mereka rasa apa yang aku rasa, adakah mereka benar-benar melihat seperti aku, malah hidup juga seperti aku?

Untuk apa sebenarnya aku dipilih duduk di dalam tubuh ini? Kenapa aku hidup? Kenapa aku masih di sini?

Allah... Allah... Allah...

Pernahkah kamu-kamu yang membaca ini rasa seperti aku rasa? Atau kalau tidak pernah, adakah saat ini kamu-kamu yang membaca ini rasa seperti aku rasa? Bahawa kita ini, tidak dipilih menjadi manusia hanya untuk suka-suka. Bahawa kita ini, bukan dijadikan hidup di muka bumi sebagai patung kosong tanpa isi. Dan apakah lagi yang mahu dijadikan sebagai petunjuk tentang kekuasaan Allah, sedangkan petunjuk itu sudah ada pada diri kita ini?

Tubuh kita ini, kejadian kita ini, sudah cukup sebagai bukti kekuasaan Allah s.w.t. Sungguh, ada sesuatu yang perlu kita cari selagi hidup di dunia, sedangkan mati itu sudah pasti cuma masanya saja yang kita tidak tahu bila. Akan bila-bila saja masa itu tiba, sudah cukupkah kita memberatkan amal kebaikan berbanding kejahatan?

Ya, itu tujuannya kita ini hidup.

Mengejar redha Allah s.w.t.

Nikmat yang mana lagi yang kita dustakan?


** dan tidaklah Allah hadirkan rasa takut, bimbang, sedih dan sakit, melainkan untuk kita sedar, kita ini hidup berTuhan..! **


Thursday, June 13, 2013

Staff Standby

Penatnya.

Dah lama tak update kan? Maaflah, kesibukan bekerja, kekurangan coverage internet dan ketidakstabilan emosi menyebabkan kemalasan membuka blog dengan menggunakan laptop semakin menyerlah. Blerghhh.

Emosi tidak stabil kerana hormon. Hormon menyebabkan emosi tidak stabil. Eh? Ape-ape je lah!

Banyak sangat benda berlaku dalam beberapa hari yang saya membisu ni. Haiyoo. Tak terkongsi. Dengan munculnya staff baru kat kedai Benang Hijau kat cawangan Tesco Bukit Indah, banyak masa digunakan untuk mengajar dia buat kerja sebelum saya menjadi staff standby kat U-Mall Skudai pula.

Staff standby maksudnya, saya akan masuk menjaga kat mana-mana cawangan yang staffnya bercuti. Wah, macam banyak kan cawangan? Of course! Sekarang Benang Hijau ada lima cawangan kat Johor. U-Mall, AEON Taman Universiti, Tesco Bukit Indah, AEON Bukit Indah dan terbaru, AEON Permas.

Alhamdulillah, murah rezeki mereka-mereka ini.

Esok, saya akan berada di AEON Taman Universiti, ok?

Malam ni...saya berada di rumah, membaiki slide viva. =.="


P/S: Boleh tak lepas ni, saya tak nak update benda lain, nak update blog aje. Rajin lah pulak kan? Lagipun sesi menyenyapkan diri menyebabkan tak ramai dah datang baca entri baru, maka boleh membebel sesuka hati dengan syarat kena ping dekat page aje, kat profile FB tak payah. Kbai.


** Bila hari baru muncul lagi, tegakah kita mendustai nikmat umur yang Allah berikan? **


Friday, June 7, 2013

Yang Setia Bersamaku...


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

AdaMu - Najwa Latiff


Perlukah Marah?

MARAH...!!!

SEBAB APA MARAH...?
PERLUKAH MARAH...?
MARAH YANG BAGAIMANA...?

1) FAKTOR AGAMA @ PERIBADI
Daripada Aisyah r.a.: "Baginda (Rasulullah s.a.w.) tidak pernah merasa dendam kerana disakiti (hatinya) lalu membalas kepada orang yang menyakitinya kecuali jika hal itu merupakan pelanggaran terhadap larangan Allah (di mana) Rasulullah s.a.w. akan membalas kerana Allah 'Azza wa Jalla semata-mata." [Shahih Muslim, no: 2328]

2) PERIBADI
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar." [Surah al-Nahl: 126]

3) AGAMA
"Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka menyembah patung anak lembu itu). Oleh itu janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (kemarahan kamu) terhadapku dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim." [Surah al-A’raaf: 150]

.::Kemungkaran Berleluasa Kerana Tiada Yang Marah, Tiada Marah Bapa Kepada Anak, Tiada Marah Suami Kepada Isteri, Tiada Marah Abang Kepada Adik, Tiada Marah Ketua Jabatan Kepada Pekerja, Tiada Marah Pemimpin Kepada Rakyatnya, Tiada Marah Guru Kepada Anak Didiknya..::.

Marahlah~
Bersabarlah~
Jangan Berdendam~
Maafkanlah (Marah Kerana Allah)...

Ini saya copy dan paste 99% dari Facebook kawan... Moga bermanfaat untuk diri sendiri! Salam Jumaat! :)


** Api lawannya air, panas lawannya sejuk, padamkan api kemarahan dengan sejuknya air wudhuk... **


Thursday, June 6, 2013

Kerja Kosong Pembantu Butik

Sangat tak best bila internet slow macam siput.

Lagi tak best bila Celcom hantar mesej gitau volume da habis guna. Maka ia melambatkan lagi kelajuan internet yang sudah sedia slow. Haiyooo. Masa-masa slow macam ni, blog aje lah yang paling laju untuk dibuka. Tapi blog sendiri je lah, untuk update. Kalau nak blogwalking, kena duduk depan laptop tu tunggu loading sampai esok lusa. Erk!

Bila da 6 hari kerja 12 jam tanpa cuti ni, baru lah rasa betapa pentingnya rehat yang cukup dengan penuh tenang aman damai. Kalau tak cukup rehat, esoknya baru pukul 10 dah menguap-nguap. Buka kedai baru setengah jam dah terbaring-baring kepala atas meja. Bila petang-petang, kondisi semakin kronik sampai rasa nak tidur terus aje atas meja tu haaa~ Aiyarkkk!

Bila da kerja jugak, tak dapat dah nak bersenam tiap hari macam dulu-dulu. Ceh, padahal baru-baru ni je mengamalkan senaman mengempiskan perut. Macam lah tak boleh buat awal pagi lepas solat Subuh tu. Buat aje atas tilam terus, lepas tu sambung tidur, bangun balik pukul 8. Alasan ajeee kan!

Tapi yang paling terasa, bila da kerja, bisnes kek terjejas sikit. Eh, terjejas banyak. Hurm. Sebab saya kerja 12 jam sehari, tak sempat kalau saya nak melapis 4 jam dan menghantar kek yang entah berapa jam masa saya akan ambil. Bila nak tidur dan cukupkan rehat kalau macam tu? Huhu. Kalau kerja siang, buat kek malam, ok la sikit. Sekarang ni pun bila buat kerja berat sikit, cepat sangat batuknya. Dah makin teruk nampaknya sistem pernafasan saya ni. Tapi saya rasa tu sebab habuk kot. +_+

Sebenarnya, saya sementara saje kat sini sebelum berpindah ke kedai lama. That's why, kami tengah mencari pekerja yang berminat mahu menjadi pembantu butik. Nak tengok iklan dan cara nak apply? Tengok gambar bawah ni aje, dah lah~


So, kalau ade sape-sape rasa dirinya wanita yang berminat dengan kain cotton, taksub dengan fabrik, sukakan fesyen shawl (tak rasa apa macam saya pun boleh), selalu tersenyum (susah senyum macam saya pun boleh), banyak bercakap (pendiam pun boleh macam saya), amanah, bertanggungjawab, jujur, bertoleransi dan berbagai-bagai lagi, boleh lah contact number Puan Fadzillah, owner Benang Hijau Collections.

Tambah-tambah yang nak kerja area Bukit Indah, khususnya Tesco Bukit Indah, amat dialu-alukan!


** Tiada kata seindah bahasa.. Salam Israk dan Mikraj! **


Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday: Tugas dan Result


Tersentuh hati membaca ayat yang tertera pada gambar tersebut.

Allahu...

Hanya kepada Mu aku berserah...

Segenap urusan dalam hidupku dan matiku...


Saya dan Pak Cik Berseluar Pendek

Ketika sedang duduk menghadap laptop di kedai, suara orang memberi salam menggamit saya mengangkat muka.

Seorang pak cik seperti teragak-agak hendak masuk ke kedai. Saya senyum dan menjawab salamnya. Wajahnya nampak lega sedikit. Dia melangkah masuk mendekati saya.

"Adik nak tempah makanan?" Pak cik itu berseluar pendek dan bertopi. Nampak rambut putih di sebalik topinya. Gaya percakapannya pula agak lain sedikit slanganya. Soalannya masih tidak saya jawab. Hairan kerana tidak pernah lagi ada orang datang mengambil tempahan di kedai.

"Hari ni ada menu ayam masak asam pedas. Nanti saya hantar kat adik tengahari ni."

"Owhhh...pak cik dari mana ni?"

"Pak cik baru lepas hantar makanan ni tadi. Selalu amek order kat sini, kat kedai-kedai kat atas. Kadang-kadang masak lemak cili api, ada jugak masak kicap, hari ni asam pedas. Tiga ringgit je."

Asam pedas itu kegemaran saya.

"Pak cik hantar ke nanti?"

"Ya, pak cik hantar dalam pukul 1 macam tu."

"Boleh juga lah, bungkus macam mana tu?"

"Pak cik asingkan nasi dengan lauk, jangan risau. Pak cik tulis sini ya, nama kedai ni apa?"

"Benang Hijau." Dia seperti menahan gelak. "Baru bukak je pak cik. Belum ada papan tanda."

"Ooo, takpe, takpe! Pak cik ingat ni." Dia menulis nama kedai atas sekeping kertas kecil. "Nanti pak cik datang hantar, ya!"

"Ok... Siapa yang masak?"

"Orang rumah pak cik."

"Owhhh... Pak cik duduk mana?"

"Kat belakang kedai-kedai tu je, ade perumahan kat situ. Pak cik ade rumah lagi satu kat Rawa, pak cik nak jual RM280k, sekarang ade orang Singapore duduk situ, RM800 sebulan pak cik sewakan. Kalau adik nak cari rumah, boleh lah gitau pak cik."

"Owhhh, hari tu ade jugak kawan nak cari rumah. Nanti saya gitau diorang kot-kot diorang berminat."

"Ok, dik... Assalamualaikum..." Dia berpusing dan melangkah ke luar kedai. Saya menjawab salam sambil menghantarnya ke luar dengan anak mata. Tiba-tiba dia terhenti dan berpaling ke arah saya.

"Maaf ye dik, pak cik ni rock sikit. Pakai seluar pendek. Tak menutup aurat." Dia menunjuk ke arah seluarnya yang pendek paras lutut.

Saya senyum. Geli hati sedikit dengan tingkahnya.

"Panas lahhh," katanya lagi dengan wajah berkerut.

"Panjangkan sikitttt je lagi, pak cik! Hihi," ujar saya sambil senyum.

Dia tersenyum kembali sebelum beredar.

Alhamdulillah. Orang selalu pesan, kalau nak beli makanan kat luar, berusahalah cari peniaga yang nampak beriman. Baru kita tahu dia menjaga solatnya, tidak leka dengan kewajipan terhadap Allah walaupun sibuk mencari rezeki. Ada keberkatan kat situ.

Dari sisi lain...

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu."
[al-Ahzab: 59]


** Hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh... **

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.