BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 31, 2013

Air Kencing Kucing Berbahaya?

Rajinnya lah saya nak translate artikel Amanda Flanigan ni.

Padahal ada banyak kerja lain menanti. =.="

Rasa nak berkongsi ilmu pengetahuan tentang kucing ni kat semua pencinta kucing.

Erm, dari dulu lagi sebenarnya, boleh syak bahawa air kencing kucing ni berbahaya. Berbahaya macam mana tu? Meh kita baca apa yang bahayanya kayy?


Kucing adalah haiwan yang comel, penyayang dan ada macam-macam personaliti. Dalam masa yang singkat, daripada menjadi haiwan kesayangan, kucing kemudiannya menjadi sebahagian daripada keluarga pemiliknya. Malangnya, memelihara kucing bermakna berurusan dengan air kencing. Air kencing kucing bukan sahaja tidak menyenangkan; ia juga boleh mewujudkan bahaya kesihatan dengan kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Mengapa air kencing kucing tidak elok?

Air kencing kucing mengandungi jumlah ammonia pekat yang menjadi lebih kuat seiring dengan masa. Ammonia adalah sebatian yang diperbuat daripada nitrogen dan hidrogen yang mempunyai bau tajam atau kita panggil "tengik" dan susah untuk dibuang. Biasanya, air kencing kucing tidak berbahaya dalam dos yang kecil. Namun, kuantiti besar air kencing boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi mereka yang mengendalikannya. Oleh itu, ammonia dalam air kencing kucing sebenarnya yang menjadikan urin kucing berbahaya.


Kesan Jangka Pendek

Kesan-kesan jangka pendek yang berkaitan dengan air kencing kucing dan ammonia merangkumi dari sakit kepala dan loya sehingga ke pening dan mata berair. Gejala-gejala ini biasanya dihadapi oleh mereka yang menghidap asma atau masalah pernafasan yang lain. Walau bagaimanapun, sesiapa yang menyedut bau air kencing kucing adalah terdedah kepada tanda-tanda ini. Gejala boleh dilihat dalam beberapa minit selepas menyedut bau air kencing kucing. Cara terbaik untuk memulihkan kesan-kesan jangka pendek adalah beredar daripada kawasan air kencing kucing dan menghirup udara segar.


Kesan Jangka Panjang

Kesan-kesan jangka panjang air kencing kucing bukanlah kejadian yang biasa berlaku. Mereka yang sememangnya mempunyai masalah pernafasan dan sentiasa dikelilingi oleh air kencing kucing adalah yang paling mudah terdedah kepada kesan jangka panjang. Biasanya mereka yang bekerja di shelter yang kurang bersih dan pengumpul kucing boleh mengalami kesan jangka panjang. Antaranya adalah muntah-muntah, pening, jangkitan saluran pernafasan, bronkitis, pneumonia, dan sesak nafas. Pendedahan jangka panjang juga boleh merosakkan hati, buah pinggang, paru-paru dan mata.


Pembersihan air kencing kucing

Apabila membersihkan air kencing kucing, jangan sesekali menggunakan peluntur. Mencampurkan peluntur dengan ammonia atau barangan yang mengandungi ammonia akan mewujudkan wasap toksik. Sebaliknya, gunakan pembersih semulajadi dan deodorizer yang akan meneutralkan protein dalam air kencing kucing. Jika air kencing kucing masih baru, letakkan beberapa helai paper towel di atas air kencing dan serap seberapa banyak air kencing yang mungkin. Kemudian, bilas kawasan tersebut dengan air sejuk dan serap cecair yang berlebihan dengan paper towel. Tuang cuka putih di kawasan tersebut. Biarkan cuka mengering sendiri di atas kawasan air kencing kucing. Ulangi proses sehingga bau hilang. Selepas kawasan kering, taburkan baking soda dan biarkan selama beberapa jam. Selepas masa yang diperuntukkan, vakum baking soda. Baking soda ini membantu mengeluarkan apa-apa bau yang berpanjangan.


So, lepas ni...semua peminat kucing, pastikan kamu-kamu menguruskan air kencing kucing dengan sebaiknya, ok? ;)


Gambar: Google kecuali Tinny dan anak-anak.

Wednesday, January 30, 2013

Takut Mati...?

tumblr

Muhasabah bersama.

Berjaga-jagalah...

Takut-takut ada penyakit ini dalam hati,

Segera bertemu Tuhan...

Cari penawar, segera sembuhkan...!


Sayang si Mulan


Tika itu, dia baru usai solat.

Mulan terlentang di tepi sejadah seperti selalu. Menunggu dia habis solat. Direnung Mulan lama-lama. Dikenang-kenang pinta pada Tuhan.

Tuhan dia dan Tuhan Mulan.

Tuhan yang sama.

Dengan masih bertelekung, kaki-kaki Mulan dicapai. Ditarik Mulan rapat ke ribaan.

Kepala Mulan diusap dan dicium.

"Sayang... Doa sama-sama dengan kakak... Moga-moga Allah murahkan rezeki kakak... Nanti kakak boleh kongsi rezeki kakak dengan Mulan..."

Air mata menitis.

Mulan diam membisu.

Mungkin dia meng'amin'kan doa.

Dan mungkin saja dia memang selalu meng'amin'kan doa di tepi sejadah.


Tuesday, January 29, 2013

UTM Masih Cuti - Pencawang PE61 Terbakar

PE61 UTM

UTM cuti lagi?

Memandai aje kan. Cuti buat sendiri sebab elektrik takde! Awal pagi tadi, dalam jam 6.45 pagi masa hantar cik housemate ke airport Senai, terpegun sekejap tengok asap tebal kat area exit baru UTM Senai. Tapi takde ape yang bermain kat fikiran masa tu, just - owh, ada lagi yang terbakar la tu.

Jam 8.30 pagi, semangat pergi lab awal hari ni. Kosong aje parking fakulti. Tapi nampak kereta salah seorang labmate dah ade kat tempat parking. Keluar dari kereta, tetiba pintu kereta labmate tu terbukak. Eh, dia ada kat dalam?

"Takde letrik!" kata dia.

Erk! Takde letrik??? Owhhh, ni mesti ade kaitan dengan asap tebal pagi tadi. Kami tentu tak dapat buat ape-ape kalau masuk lab pun. Sebab satu UTM takde elektrik. So, kami pun keluar UTM, menuju ke AEON Taman Universiti. Misinya, mencari plug. Kononnya nak buat kerja kat AEON la. KFC jugak yang penuh dengan budak UTM hari ni. Hehehe.

Erm, bila da bukak laptop, baru tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pencawang elektrik UTM PE61 yang terbakar. Tak tau ape puncanya. Kita tunggu dan lihat aje ye sesambil mereka-reka ayat thesis~


Sunday, January 27, 2013

Kakakecik dan Aimaa Turun Ke Johor

Kakakecik & Aimaa di Pantai Rambah

Terkenang-kenang.

Cepatnya masa berlalu. Kalau boleh, nak bagi lambat-lambat masa merangkak, biar lama-lama lagi dapat meluangkan masa bersama dengan tetamu dari jauh. Siapa dia tetamu tu?

Minggu lepas, saya ada menyebut-nyebut dalam entri Kak Ayu, tentang tetamu dari Utagha. Sebenarnya, hari Khamis yang lepas (Maulidur Rasul 1434H), Kakakecik dengan Aimaa turun ke Johor. Dalam tengahari, diorang sampai kat Sri Putri. Saya menjemput dengan Sakura Ungu. Dari Sri Putri kami terus ke Sedenak, teratak Pak Cik Mat Gebu. Dah lebih setahun Kakakecik dan Aimaa tak bersua muka dengan Pak Cik Mat. Kedatangan diorang kali ni memang nak ke sana lah tujuan utamanya. Hehe.

Alhamdulillah, lama juga kami bersembang dengan Pak Cik Mat sampai macam-macam cerita keluar. Kat rumah PCM la makan Laksa Johor sampai berpinggan-pinggan tu. Sedap sangat! Kek Pandan Mentega Kas-Kas pun sedap! Serius! Saya makan berpotong-potong! Err... Ok ok, lepas mengisi perut kat rumah PCM, kami bergerak ke Felda Sungai Sayong.

Kek Pandan Mentega Kas-kas Pak Cik Mat Gebu

Of course la ke rumah Kak Ayu. Tu tujuan kedua diorang berkunjung ke Johor ni. Hehe. Seronok bila berjumpa lagi dengan Kak Ayu untuk kesekian kalinya. Kesian Kak Ayu, dah sediakan macam-macam makanan untuk menyambut kedatangan kami. Dengan donat gebunya, burger Malaysianya, pizzanya...memang boleh gemuk kalo duduk rumah Kak Ayu lelama. Haha! Umai la paling seronok jumpa kami, ada kawan-kawan kat rumah bila Kak Ayu keluar ke Citarasa Rinduan. Malam tu Kak Ayu sediakan Asam Pedas Ikan Mayong lagi untuk Kakakecik dan Aimaa pula.

Saya...masuk tidur awal malam tu sebab tak berapa sihat. Kisahnya, sempat pula update entri kan (dan lepas tak berapa lama tertidur tu, Kak Ayu masuk bilik bawak ubat). Kami sempat bersembang sekejap sebelum lampu bilik dipadamkan.

Nasi lemak air tangan Kak Ayu Citarasa Rinduan

Esoknya, pagi-pagi Kak Ayu siapkan nasi lemak pula. Sempat dia berpesan kepada kami supaya memanaskan pizza yang da siap bertopping sebelum dia ke hospital membawa Encik Zalie. Sambil-sambil makan nasi lemak, menghidu bau pizza dari dalam oven, sambil-sambil berbual dengan MIL Kak Ayu tentang kehidupan di felda. Sempat juga kami berkongsi tentang info-info kesihatan, banyak yang boleh dijadikan panduan untuk hari-hari akan datang~ ;)

Dalam tengahari, Kak Ayu balik dari hospital. Kami pula bersiap-siap untuk pulang ke Skudai. Kak Ayu bungkuskan bekal untuk tetamu-tetamunya ni. Hihi. Puding milo beroreo Kak Ayu konfirm ada sekali! Sedapppp! ;)

Sampai kat Skudai, kami berjumpa Cikgu Areef pula di Ayam Penyet Bibik. Saya tinggalkan Kakakecik dan Aimaa dengan Cikgu Areef untuk bawak diorang meronda-ronda sekitar Johor Bahru. Saya pula ke Benang Hijau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja separuh masa. Huhuhu. Memang gundah gulana dalam kepala, terfikir-fikir ke manalah Cikgu Areef bawak Kakakecik dan Aimaa berjalan-jalan ni. Hampir jam 10 malam, baru Kakakecik dan Aimaa sampai ke U-Mall. Kami pulang ke rumah saya.

Sarapan roti canai di Kafetaria Noor

Esok pagi, awal-awal kami ke Taman Universiti. Nak bersarapan di Kafetaria Noor. Cuba teka, siapa ada? Hihi. Sebenarnya, Man Yusof, Nazri, Razik dan Wan XXX pun ada sekali. Takdir Allah, Razik dan Wan XXX turun ke Johor melawat Man dan Nazri, maka kami plan untuk bersarapan sekali dengan mereka. Kawan Kakakecik, Kak Azie dan Kak Alin pun ada sekali. Seronok berbual dengan mereka semua. :)

Lepas tu, sepatutnya Kakakecik dan Aimaa beli tiket bas untuk ke KL. Tapiiiii, tak jadiii! Hikhik. Extend sehari~ Ahad pagi baru balik~ So, kami ke Perling menghantar tempahan Kek Karamel sebelum ke Kukup. hajatnya nak naik bot ke Pulau Kukup, tapi sebab da sampai lewat petang, pukul 4, Pulau Kukup da ditutup. Sedih juga tak dapat bawak diorang masuk pulau. Tapi, kesedihan tu terubat dengan kunjungan ke Pantai Rambah. Tak pernah tahu pun ada pantai ni. Alhamdulillah, sempat juga kami menikmati pemandangan air laut surut sekejap sebelum bergerak ke JB. Hihi.

Nasi Goreng Cina di Warong Pusaka Wak Radol

Kat JB, saya singgahkan mereka ke Plaza Angsana sekejap. Cer tanya diorang sendiri apa yang diorang pulun beli kat sana. Tak berani saya nak sebut kat sini. Hahaha. Dari Angsana, kami ke Warong Pusaka Wak Radol, menjamah satay beberapa cucuk. Ada jugak dijual masakan panas, ikan bakar dan yong tau fu kat sini. Sedappp dan full house sentiasa!!!

Shooting di Danga Bay

Masa tu da pukul 11 lebih, sempat pula kami singgah di Danga Bay. Saja je bawak diorang tengok lampu-lampu. Tapiiii Kakakecik merengek-rengek nak naik train pulak aihhh. Kita layankan ajeeee~ Jadi la kami kanak-kanak ribena kejap, naik train keliling Danga Bay sambil menguap-nguap setiap sorang. Hahaha! Pukul 12 lebih kami bergerak balik dan sampai ke rumah untuk merehatkan badan~

Tram Ride @Danga Bay RM5 per person

Pagi tadi... Sampai la masanya untuk kami berpisah. Saya menghantar Kakakecik dan Aimaa ke Sri Putri untuk naik bas ke KL. Setelah 3 hari bersama ke sana-sini, rasa kehilangan pulak bila balik ke rumah. Bila sorang-sorang, rasa nak menangis tu ada, tapi tak keluar pun air mata. Rasa sebak dan hiba je menyerang hati. Hukhuk. Inikah dinamakan rindu??? Cewah~

Untuk Kakakecik dan Aimaa, terima kasih sebab sudi turun ke Johor dari Kedah. Maaf atas layanan yang tak seberapa dari saya, terima kasih untuk semuanya ya! Jangan serik untuk datang lagi! Sekarang ni diorang dalam perjalanan ke Kedah dah. Moga-moga Kakakecik dan Aimaa selamat sampai ke rumah. Ameen.


P/S: Dah tak berapa nak sihat. Demam rindu agaknya.


Thursday, January 24, 2013

Gatalnya Hidung!

Ya Allah, gatalnya hidung!

Berair. Lap je, keluar balik. Mata gatal. Muka gatal. Leher gatal. Sana-sini gatal. Kejap-kejap bersin.

Bila da jadi cam ni, tanya diri sendiri, "aku ni ada resdung ke?"

Sebelum ni tak ada pun. Cuma alahan kepada udang tu memang ada. Tapi hari tu, balik Sarawak makan udang galah, ok je. Alhamdulillah takde yang bengkak kat sana-sini. Tapi malam ni, alahai.

Mungkin sebab makan Laksa Johor tadi. Laksa Johor kan ada banyak udang segar dan udang kering, bak kata Pak Cik Mat Gebusss. So, kesan dia da nampak memalam macam ni. Sampai Kak Ayu pun naik kesian. Ye la, bibir da macam merah delima orang kata. =.="

Tapi Kak Shida cakap, mungkin sebab letih. Eh, Kak Shida? Ye, Kakakecik Shida turun ke Johor dengan Aima (Muslimah Optimis). Letih sebab buat tempahan Kek Karamel malam tadi. Mungkin kurang tidur. Ye ke sebab tu sampai leh naik gatal? Haha!

Rasanya lepas ni kena gi jumpa doktor. Ada banyak benda nak dipastikan.

Eh, nanti kita cerita pasal Kak Shida dan Aima turun Johor ye!



Wednesday, January 23, 2013

Nak Lebih Cinta!

Sedang-sedang makan pisang goreng panas itu, berkira-kira hendak menghabiskannya atau tidak. Perut taklah terlalu kenyang. Cuma malas nak mengunyah, masa pun da lewat. Pisang goreng tinggal satu.

Sambil-sambil berkira-kira itu, teringat hari istimewa esok.

Lalu pisang goreng terus ditelan masuk ke dalam perut.

Bila teringat hari esok, terus berfikir-fikir eloklah lepas ni amalkan macam ni. Nak decide apa pun, terus amalkan benda ni. Tak kiralah dari perkara remeh-temeh sampailah ke perkara yang melibatkan hidup mati.

Kata sayangkan dia, kata dia istimewa, kata dia sumber inspirasi... Kan?

So, tak salah pun kalau nak decide apa-apa, terus ingat dia.

Ingat tu bukanlah bayang-bayangkan wajah dia. Tapi, ingat dan fikirkan kalau dia dalam situasi memilih, dia akan buat apa. Segala kelakuan dia, tindakan dia, perbuatan dia, pilihan dia.

Sunnah kan?

Ikut Sunnah dapat pahala.

So, lepas ni, kalau nak decide apa-apa, ingat Rasulullah s.a.w. Baru lebih mendalam rasa cinta! :')

Salam Maulidur Rasul!


Monday, January 21, 2013

10.38 Malam...


Tiada kata seindah bahasa yang dapat kunukilkan di sini.

Khas buatmu yang lahir pada hari ini,

Selamat menyambut hari kelahiran ke 29 tahun.

Umur kita sama-sama semakin meningkat hari ke hari, usia kita sama-sama semakin berkurang untuk meniti hidup di dunia yang sementara ini. Semoga dengan semakin singkatnya masa kita di dunia, semakin dekat juga kita kepada Pemilik jiwa-jiwa kita yang bila-bila masa akan memintanya semula daripada kita.

Ingat-ingat pesan ini selalu...!

Akhirnya, terima kasih sekali lagi untuk segalanya dalam tempoh dua tahun perkenalan kita. Jauh dari dasar hati ini, beribu kemaafan aku pohonkan darimu atas segala yang tidak menyenangkan hatimu. Moga-moga Allah redha akan segalanya dan dipermudahkan semuanya buat dirimu dan diriku. Insya'Allah.

Ameen ya Rabb.


Sunday, January 20, 2013

Saya Bekerja Di Sini...

Ok, sebelum ni saya pernah sebut yang saya dah mula bekerja.

Sebenarnya saya bekerja separuh masa kat sebuah kedai atau butik yang menjual kain-kain kotton dan baju kurung siap. Kedai ni nama dia Benang Hijau Collections. Saya kerja bermula 6 petang sampai 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat. Cuma kadang-kadang saya akan turun pada hari Sabtu kalau pembantu butik yang senior tu minta tolong. Sabtu kan ramai orang, boss pun kekadang bawak kain baru pada hari Sabtu. So, kerja lebih banyak pada hari Sabtu.

Jadinya, tiap hari, balik dari lab saya akan ke U-Mall. Ye, Benang Hijau Collections tu letaknya di No. F159-F160 (tingkat atas), U-Mall Taman Pulai Utama, Skudai. Dulu, minggu pertama saya kerja, saya balik rumah dulu baru ke U-Mall. Tapi lepas ni mungkin saya akan terus ke U-Mall aje, sebab masa da tak banyak untuk siapkan thesis dalam waktu yang sama.

Kat Benang Hijau Collections (BH) ni, jual ape je? Meh tengok ye gambar-gambar produk yang dijual kat BH~


Pelbagai jenis kain kotton, dari English, Italian, Viscose, Japanese, Satin dan juga Lycra Korea. Dalam tupperware tu pulak ade pelbagai rupa brooch untuk tudung.


Kain kotton berkaki dari jenis English dan Satin.


Untuk yang gemar pada corak Paisley, kat sini ada menjual aneka jenis kain kotton corak Paisley. Cantik-cantik semuanya! ^_^


Ya, ada juga baju kurung cotton siap bermanik dalam pelbagai corak pada harga dalam lingkungan RM140-RM150.


Kalau tak suka manik, BH turut menjual baju kurung cotton pahang pelbagai corak pada harga RM100-RM120.


Baju kurung kanak-kanak pun ada! Comel ok!


Aha, tudung pun ade! Half Moon, Shawl Syria, Ruffles, Shiffon 3 Layer, Bawal Sulam, Bawal Rainbow, Lycra Plain dll. Tudung Shiffon 3 Layer dia memang paling laku. Tu tinggal 2 aje, Rabu depan akan datang yang baru.


BH ada di Facebook dengan nama Benang Hijau Collections (JM0629568-T). Kalau nak jenguk website lak, www.benanghijau.com. Dan BH juga ada cawangan di Taman Lestari Perdana, Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

So, sesapa yang berminat nak cari kain pasang atau baju kurung siap, lepas ni boleh la datang ke BH sambil-sambil melawat saya ye~ Hikhik!


Friday, January 18, 2013

Tips Baik Punya!!!


Mari perbaiki lagi! ;)


Thursday, January 17, 2013

Kak Ayu Citarasa Rinduan

Gambar ni dari blog Kak Ayu

Alhamdulillah.

Dah lama sebenarnya saya merancang untuk ke sana. Sejak kenal dan bertemu muka dengan pemilik restoran tersebut sendiri. Kak Ayu Citarasa Rinduan.

Panjangnya nama. Sebenarnya nama Citarasa Rinduan tu nama restoran Kak Ayu. Terkenal dengan Mee Bandungnya, restoran Kak Ayu terletak betul-betul di belakang stesyen minyak Mobil Felda Sg. Sayong. Senang betul nak cari restoran Kak Ayu! Jalan terus aje sampai jumpa, kalau guna GPS la. Err.

Sebenarnya saya ke Citarasa Rinduan sebab nak hantar tudung yang Kak Ayu tempah. Alang-alang saya balik dari KL ke Skudai, singgah la di Kulai. Bila sampai kat Citarasa Rinduan dalam pukul 11 lebih pagi semalam, Kak Ayu tak ada. Dia balik ke rumah membersihkan diri dan mengambil Umai balik dari sekolah. Pekerja Kak Ayu datang ambil order. Saya tak nak makan masa tu, just nak minum aje.

"Air bandung ade?"

Dia cakap ada. Dia tulis kat kertas order. Saya jeling. EH?

"Ape tu? MB? Bukan Mee Bandung tau! Air bandung!"

Dia tergelak. Malu agaknya dengan salah sendiri. Ok, tu cerita kelakar kat Citarasa Rinduan.

Tak lama saya tunggu, Kak Ayu pun muncul. Gembiranya jumpa dia. Rindu sangat-sangat sebab da lama tak jumpa. Kali terakhir, masa raya tahun lepas agaknya, kan Kak Ayu? Saya peluk Kak Ayu erat-erat sebab rasa rindu berat sangat. Hehehe. Kalau nak tahu, Kak Ayu lah blogger pertama yang saya jumpa sebelum ke gathering Sedenak bersama Mat Gebu. Kak Ayu la yang bersusah payah membawa saya dan rakan-rakan blogger UTM ke teratak Mat Gebu hampir dua tahun lepas. Oh, maksudnya da hampir dua tahun ya saya kenal Kak Ayu dan yang lain-lain? Alhamdulillah.

Kak Ayu menjemput saya ke rumahnya untuk berehat, membersihkan diri dan menunaikan solat. Sempat juga saya belajar cara-cara menguli donat gebu yang tak kejung bila da sejuk (Seriously! Saya makan petang tadi pun masih lembut!) Juga mengenali kolagen yang rupa-rupanya banyak terdapat di Borneo bak kata Kak Ayu dan ibu mertuanya. Eh, lupa pula...asam pedas ikan mayong Kak Ayu sangat sedap okayyy!!! Saya bertambah nasi tau Sis Lin! Eh, tetiba pulak sebut nama beliau. :p

Lepas mendonat, kami keluar ke Pekan Rabu. Hajatnya untuk bertemu muka dengan blogger Cikgu Areef, tapi tak kesampaian sebab saya pun dah nak balik ke Skudai. Masa tu da lewat petang sangat. Takut nanti kena redah felda dalam gelap pula. So, takpe lah. Minggu depan insya'Allah boleh berjumpa bersama-sama dengan dua orang blogger dari Utagha pulak. Siapa? Tunggu~

Bila da balik ke Skudai, ajaibnya ada rasa indah dalam dada. Ya, saya rindu. Sekejap je, da rasa rindu pada Kak Ayu dan keluarganya yang baik hati. Seronok berbual dan berkongsi cerita bersama mereka. Terima kasih buat Kak Ayu sekeluarga kerana sudi menerima kedatangan saya semalam dan menumpangkan rehat. Moga-moga Allah memberkati keluarga Kak Ayu dan mempermudahkan urusan kalian dunia serta akhirat, insya'Allah.

Last sekali, jauh dari dalam hati saya... Kak Ayu, saya nak jadi macam akak! :')


Sunday, January 13, 2013

Hingga Hujung Nyawa

Motherly Love by ~xaliaz on deviantART

"Kau ingat tak dulu?"

Saya tiba-tiba bersuara sambil menghirup sup mi segera. Dia yang sedang mengacau-ngacau mi segeranya di atas dapur menoleh.

"Ingat apa?"

Saya menarik nafas.

"Dulu masa kau masih sekolah lagi. Selalu balik lewat malam. Kadang-kadang sampai jam 1 pagi." Saya mengajak dia mengimbas semula kenangan zaman muda remaja.

"Ha, yang sampai duk call berulang-kali suruh balik. Buat spoil aje." Dia memotong.

"Mak tunggu sampai lewat malam tau. Tak tido lagi sebab takut takde orang tolong bukakan pintu yang da berkunci. Kitorang ni, yang 'terpaksa' tunggu sekali, siap cakap kat mak, tak payah la tunggu...biar je ko tido luar. Buat masalah aje, duk balik lewat malam."

"Hmmhhh. Yang lain tu duk keluar dari awal pagi sampai malam, boleh aje. Aku ni dibuatnya macam jaga anak perempuan jugak, dah kenapa?" Dia tak puas hati.

"Kau tau tak, mak cakap apa bila kitorang cakap gitu?" Saya tidak mengendahkan soalannya.

Dia diam mendengar.

"Mak cakap, mana boleh macam tu. Dia tu anak mak juga," sambung saya sambil menghabiskan mi segera di dalam mangkuk.


Itulah seorang mak, ibu, ummi, mama, bonda atau apa pun gelarannya. Walau macam mana pun anak-anak buat hal, walau macam mana pun anak-anak besar kepala, kadang-kadang tanpa sedar menyebabkan air mata mereka menitis (awas! anda anak derhaka!), kasih sayang mereka tidak pernah berkurang.

Hingga hujung nyawa.


Wednesday, January 9, 2013

Durian Kuning vs Durian Oren Borneo

Tetiba rasa nak buat entri ni.

Tak ramai yang tahu pasal durian dari Borneo ni. Sebab kat Semenanjung tak ada durian macam ni. Durian kuning atau durian oren, kedua-duanya bukan durian tembaga, tapi durian hutan; yang sekarang da banyak 'didusunkan' termasuk la kat dusun arwah nek (nek = atok).


Durian kuning.

Dalam bahasa Melanau Bintulu, kitorang panggil "ong bukeq" (ong = buah). Durian ni kulitnya macam durian biasa, tapi warna kulitnya kuning. Isinya kering, tak basah atau lembik. Bila belum dibuka, baunya hampir tiada langsung. Bila da buka dan masuk dalam mulut, rasanya lemak-lemak manis.


Durian oren. 

Kadang-kadang kalernye tak berapa nak oren macam dalam gambar kat atas ni. Kalau di Sabah, ada yang kalernye sampai kemerahan. Dalam bahasa Melanau Bintulu, kitorang panggil "ong tebelak". Yang ni susah sikit nak cari. Kat pasar tadi pun ada sorang je penggerai yang jual. Kecik-kecik aje saiz dia. Kulitnya hijau, durinya lebih panjang dan runcing. Durian ni macam durian biasa, baunya agak kuat sebelum dibuka, bila dibuka lagi la semerbak. Durian ni isinya lembut dan sedang-sedang antara kering dan lembik. Rasanya fuhhhh lebih lemak manis dari durian kuning!

Sekarang ni tengah musim. AirAsia pun tengah buat 10,000 Free Seats untuk penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Borneo. Kalau tak habis lagi tiket, meh ler jemputtt datang merasa durian ni.

Nak bawak naik belon ke Semenanjung, takut tak lepas scan masuk kargo je! T_T


Monday, January 7, 2013

Ku Akui vs In Heaven

Disebabkan Hafiz menang lagi vokal terbaik AJL27 tahun ni, tambah-tambah lagi dapat tempat ketiga untuk juara lagu, tahniah ler diucapkan ye.

Bila dengar lagu ni pagi tadi (tengok kat Tonton je sebab malam tadi keje, saja je nak tengok, tak leh ke?), try memaknakan lirik dia sekali sebab lagu Hafiz yang tahun lepas pun lirik dia something sangat kan sampai menang.

Saya pun jenis yang susah nak jatuh hati kat mana-mana lagu selagi tak tengok lirik lagu tu. Kalau muzik dia memang da sangat-sangat sesuatu baru la bole tertarik tanpa tengok lirik lagu tu bawak maksud apa. Hohoiii! Konon-konon leh ganti juri AJL, macam bagus aje kan! Eh!

Erm, bila dengar lagu Ku Akui yang Hafiz nyanyi ni, hayati bait-bait lirik dia, oh! Lebih kurang juga macam lagu In Heaven yang satu band Korea nama JYJ ni nyanyi. Erm.. OK. Sedih.

Dalam kedua-dua lagu tu, si lelaki sibuk dengan kerjaya dia sampai mengabaikan si gadis. Lalu bila si gadis tu da meninggal dunia (dalam In Heaven, si gadis kemurungan dan meninggal dunia dilanggar kereta - dalam Ku Akui, si gadis tak dapat dipastikan da meninggal keee or dia tinggalkan si lelaki), si lelaki rasa menyesal sebab tak luangkan banyak masa dengan si gadis tu dulu. Dan KALAULAH dia diberi peluang untuk turn back time, dia nak ulang balik semua tu dan hargai masa yang dia ada dengan si gadis tu dengan sebaik-baiknya. Sedih kalo tengok MV In Heaven kat Youtube (carik sendiri).

Ekceli, semua orang da tahu, masa tak boleh pun nak diputar balik. Kekalau-kekalau ni kan mainan syaitan. Bila kita mengkalaukan benda yang da jadi ni, macam kita tak redha lak dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita. Allah ade banyak sebab nape DIA buat sesuatu tu kat kita kan kan kan. Macam dari lagu tu, bila da jadi camtu, baru la si lelaki tu sedar ape silap dia dulu. Hurm.

Sebab tu la ramai duk post dan share kat FB la, blog la...hargai dan syukuri apa yang kita ada sebelum Allah amik balik semuanya dari kita.

Tu je point dia sebenarnya.


P/S: Kalo salah tafsir, maaf la ye. Ni tafsiran budak hingusan je.


Apesal La Weiii...

Apesal laaaa blog ni tak update-update, ntah!

Entri last update pun tahun lepas. Dah masuk tahun baru ni la baru nak menulis balik. Lama tak? Lama tak??? Keh keh keh. #HAMBAR

Ntah ler, kekadang nak jugak update macam diari. Cecite ape yang dibuat sepanjang hari ni kat suma yang datang baca (kalo ada la). Bila ade je rasa nak update tu, rasa macam tak best lak, kang ada yang bising cakap itu ini kalo kita update cite hidup seharian. Ntah..tak tau nak taip ape jadinya haaa.

Ekceli kan, boleh aje nak update pon pasal kehidupan seharian kita kat sini, asalkan ada benda yang orang lain dapat manfaat dari tu. Kan kan kan? Sape cakap tak boleh tu memang la kena luku kepala dia.

Alahai, ikut suka la nak update apa pon kan, sebab setiap orang ada citarasa tersendiri, lepas tu yang membacanya pun ada citarasa sendiri. Kalo da orang yang datang baca tu suka yang cenggini cenggituh, ikut dia la kan nak baca yang macam mana. Kalo tak suka, tak yah baca. Jangan nak duk tetap-tetapkan lah kat orang lain. Haigoo.

Ntah ape yang saya bebel kat sini pun saya tak tau.

Yang saya tau, sok pepagi saya nak jalan jauh, sok petang lak saya da berada di oversea. Kikiki. Bye!


P/S: Oh ye, nak share pasal tempat keje baru, tapi nantilah!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.