Saya Bekerja Di Sini...

January 20, 2013

Ok, sebelum ni saya pernah sebut yang saya dah mula bekerja.

Sebenarnya saya bekerja separuh masa kat sebuah kedai atau butik yang menjual kain-kain kotton dan baju kurung siap. Kedai ni nama dia Benang Hijau Collections. Saya kerja bermula 6 petang sampai 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat. Cuma kadang-kadang saya akan turun pada hari Sabtu kalau pembantu butik yang senior tu minta tolong. Sabtu kan ramai orang, boss pun kekadang bawak kain baru pada hari Sabtu. So, kerja lebih banyak pada hari Sabtu.

Jadinya, tiap hari, balik dari lab saya akan ke U-Mall. Ye, Benang Hijau Collections tu letaknya di No. F159-F160 (tingkat atas), U-Mall Taman Pulai Utama, Skudai. Dulu, minggu pertama saya kerja, saya balik rumah dulu baru ke U-Mall. Tapi lepas ni mungkin saya akan terus ke U-Mall aje, sebab masa da tak banyak untuk siapkan thesis dalam waktu yang sama.

Kat Benang Hijau Collections (BH) ni, jual ape je? Meh tengok ye gambar-gambar produk yang dijual kat BH~


Pelbagai jenis kain kotton, dari English, Italian, Viscose, Japanese, Satin dan juga Lycra Korea. Dalam tupperware tu pulak ade pelbagai rupa brooch untuk tudung.


Kain kotton berkaki dari jenis English dan Satin.


Untuk yang gemar pada corak Paisley, kat sini ada menjual aneka jenis kain kotton corak Paisley. Cantik-cantik semuanya! ^_^


Ya, ada juga baju kurung cotton siap bermanik dalam pelbagai corak pada harga dalam lingkungan RM140-RM150.


Kalau tak suka manik, BH turut menjual baju kurung cotton pahang pelbagai corak pada harga RM100-RM120.


Baju kurung kanak-kanak pun ada! Comel ok!


Aha, tudung pun ade! Half Moon, Shawl Syria, Ruffles, Shiffon 3 Layer, Bawal Sulam, Bawal Rainbow, Lycra Plain dll. Tudung Shiffon 3 Layer dia memang paling laku. Tu tinggal 2 aje, Rabu depan akan datang yang baru.


BH ada di Facebook dengan nama Benang Hijau Collections (JM0629568-T). Kalau nak jenguk website lak, www.benanghijau.com. Dan BH juga ada cawangan di Taman Lestari Perdana, Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

So, sesapa yang berminat nak cari kain pasang atau baju kurung siap, lepas ni boleh la datang ke BH sambil-sambil melawat saya ye~ Hikhik!

You Might Also Like

8 Comments

  1. cantik la tengok baju kurung corak paisley tu..huaa

    ReplyDelete
  2. cantik la tengok baju kurung corak paisley tu..huaa

    ReplyDelete
  3. hehe nak gi melawat dia la. dapat baju free x? =P

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...oh yer ke mama selalu ke U Mall tu tapi mungkin x kenal n x tahu yg mana satu sunah agaknya...kalau kenal mama tegur la yer...kedai tudung ni yang kat sebelah luar sebelum masuk giant tu ke...:)

    ReplyDelete
  5. ok. U Mall sangat jauh dari Kota Masai. tapi insyaallah akan terjah ke sana.. cantik-cantik pulak kain cotton kat butik tu.. hurrmm :)

    ReplyDelete
  6. pernah masuk web benanghijau ni...;-)

    ReplyDelete
  7. tengok design dia pun macam yg latest punya je kan kak

    ReplyDelete
  8. cantik cantik semua. rambang mata dah. :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com