Ticker

6/recent/ticker-posts

UTM Masih Cuti - Pencawang PE61 Terbakar

PE61 UTM

UTM cuti lagi?

Memandai aje kan. Cuti buat sendiri sebab elektrik takde! Awal pagi tadi, dalam jam 6.45 pagi masa hantar cik housemate ke airport Senai, terpegun sekejap tengok asap tebal kat area exit baru UTM Senai. Tapi takde ape yang bermain kat fikiran masa tu, just - owh, ada lagi yang terbakar la tu.

Jam 8.30 pagi, semangat pergi lab awal hari ni. Kosong aje parking fakulti. Tapi nampak kereta salah seorang labmate dah ade kat tempat parking. Keluar dari kereta, tetiba pintu kereta labmate tu terbukak. Eh, dia ada kat dalam?

"Takde letrik!" kata dia.

Erk! Takde letrik??? Owhhh, ni mesti ade kaitan dengan asap tebal pagi tadi. Kami tentu tak dapat buat ape-ape kalau masuk lab pun. Sebab satu UTM takde elektrik. So, kami pun keluar UTM, menuju ke AEON Taman Universiti. Misinya, mencari plug. Kononnya nak buat kerja kat AEON la. KFC jugak yang penuh dengan budak UTM hari ni. Hehehe.

Erm, bila da bukak laptop, baru tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pencawang elektrik UTM PE61 yang terbakar. Tak tau ape puncanya. Kita tunggu dan lihat aje ye sesambil mereka-reka ayat thesis~

Post a Comment

6 Comments

  1. tulah.. akak nampak asap tebal pagi tadi.. cuma berdoa tidak ada yg buruk berlaku bila tengok asap tebal macam tu...

    ReplyDelete
  2. sekali cuti dengan budak undergrad la ni. haha.

    ReplyDelete
  3. teruk jugak terbakarnya tu..boleh meleteup tak???heheh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com