BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, February 28, 2013

Suami Aku Ustaz

Saya belum kahwin.

Dan saya tak ada suami yang bekerja sebagai ustaz. Tapi adik saya yang ada novel bertajuk Suami Aku Ustaz tu. Karya Hannah Dhaniyah. Rasanya dia ni student UTM yang berasal dari Pontian je. Sebab banyak latar dalam entri ni sekitar UTM dan Pontian. Eh, memandai aje kan?

Hehe.

Memula dulu, takde la berminat nak baca novel-novel ni. Sebab da lama tinggal baca novel. Masa adik cari novel ni tak lama dulu, tanya jugak dia. Best ke? Dia kata, kawan dia kata, best. Kakakecik pun pernah review novel ni tak lama dulu. Tapi malas nak cari balik entri tu untuk linkkan ke sini. :p

Balik rumah kali ni, nampak novel ni kat atas meja tempat novel-novel bermaharajalela. Ambik, baring atas katil, bukak, belek, belek, belek... Hurmmm... Macam best ajeeeee! Terus baca sampai hari ni. Hohoho. Ok, 3 hari nak habiskan. Maaf lerr, tak sekencang dulu dah.

Ape yang saya dapat dari novel ni sangat banyak. Bagus. Ade part tertentu yang buat kita muhasabah diri, muhasabah amal sendiri, bila penulis sentuh bab-bab amal dan ibadah kita kepada Allah. Ye lah, dah si Alisa tu dapat suami ustaz, of course lah banyak tazkirah dan nasihat dalam ni tentang Islam kan? Dan ada jugak part tertentu bab mendidik anak-anak yang betulkan balik cara fikir kita tentang cara-cara nak membentuk diorang jadi anak soleh dan solehah.

Paling terpaling menarik tertarik sangat, part Alisa yang suka tengok cite Korea, then dia tanya suami dia, Ustaz Hafiz, sama ada dia ok ke tak kalo Alisa tengok cite Korea ni. Kot la kan suami dia tak suka ke. Kena la dia ubah tabiat tu walaupun confirm susah dia nak tinggalkan. Ustaz Hafiz cakap, kalo dia tak suka pun, boleh ke Alisa nak tinggalkan? Hah! Pandai-pandai lah Alisa nak jawab sendiri dalam hati kan?

Cumanya, Ustaz Hafiz ada cakap... Tengok aje la cerita Korea tu. Tapi, jangan lupa ambil yang baik-baik dari cerita tu walaupun ada lebih banyak buruknya, contohnya macam mana berkasih sayang dengan keluarga dan macam mana mematuhi suami. Dan sambil-sambil tengok tu, bandingkan juga cara hidup diorang dengan kita yang Muslim ni. Ha, macam mana?

Hurmmm... Betul jugak cakap Ustaz Hafiz tu, dan bukanlah itu sebagai bendera putih tanda 'kebenaran' untuk taksub dengan drama Korea, okay? :)


Spontan Khamis: Remy Ishak

Mak Ngah: Mak cik rasa macam pernah nampak muka dia berlakon dalam TV...

Saya: Mak cik, tu Remy Ishak lah! Bukan dia!

Boleh jawab macam tu... =.=" #kbai


Berpagi-pagi di Dapur

Hari ni, pagi-pagi da bertukang kat dapur.

Bukan betulkan paip sinki. Betulkan pintu kabinet dapur pun tak juga. Tapi bertukang memasak. Mengikut kerajinan Pak Cik Mat Gebu yang berpagi-pagi kat dapur setiap hari untuk masak lauk. So, bila tengahari tinggal nak panaskan aje. Pandai kan cucu Mat Gebu ni?

Banyak jugak lauk hari ni. Ikan tenggiri masak kicap, ayam masak lemak cili padi, sayur pucuk manis dengan labu masak lemak, sayur pucuk ubi masak lemak, ikan salai, bla bla bla. Mak-mak sedara pun da ramai ni. Semua berambeh makan hari ni. Dah lama tak macam ni. Hihi. Dan mak, ape lagi kalau dah namanya berambeh. Ambuyat mesti ada sebagai juadah kalau berambeh reramai dengan sedara mara.

Eh, tau ke berambeh tu ape? Err... Gi google sendiri kalau tak tau, kay?

Lepas Zohor nanti, tunggu tetamu datang lak. :)


Wednesday, February 27, 2013

Batu Nisan


Semalam, on the way ke airport Bintulu untuk menjemput bapak yang baru sampai dari Kuching.

Tiba-tiba adik lelaki yang tengah drive menegur sesuatu kat tepi jalan.

"Eh, ape benda tu?"

Saya melihat ke arah yang sama. Nampak seperti batu-batu nisan pula. Rupanya batu Sesco, atau dalam kata lainnya, "TNB" di Sarawak. Bila nampak batu-batu tu, terus teringat sesuatu.

"Mak, mak! Hari tu kan, kawan orang yang jadi calon nak bertanding akan datang ni, dia dapat batu nisannnn!" Teruja saya hendak bercerita. Mak yang berada di depan mendengar.

"Bertanding ape?"

"Pilihanraya lahhh. Ada orang hantar batu nisan kat rumah dia. Siap letak nama dia lagi, letak tarikh lahir, lepas tu bubuh kembali ke rahmatullah pada 15 Februari 2013."

Mak tergelak. Lucu agaknya.

"Teruk kan mak. Ade ke patut hantar macam tu."

"Diorang letak depan rumah ke?" tanya mak.

"Ha laa. Kat pagar rumah tu, pagi-pagi dia keluar tengok ada batu nisan kat situ. Bayangkan lah perasaan dia, mak. Kalau orang kat tempat dia, mesti da nak gugur jantung. Kuatnya dia."

"Hurmmm... Tu lah, hari tu mak tengok kat TV3, ada yang parti pembangkang lompat parti kat Kedah tu, ada yang siap kena ugut dengan parang lah."

"Hurmmm..."

"Orang BN dah bagi duit, diorang pindah lah parti."

"Itu lah, rasuah namanya tu, mak."

"Nanti kalau diorang tak buat camtu, anak-anak diorang tak dapat sekolah asyik kena ugut aje."

"Mak suka ek tengok TV3?"

"Mak selalu tengok berita kat TV3 tu je..."

Saya diam.

Ya, inilah situasi di sini. Mungkin juga di tempat-tempat lain.


Tuesday, February 26, 2013

Baiklah Wahai Perut

Pagi tu semangat nak goreng mee.

Bahan tumis memang buat sendiri da sekarang, tak beli dah perencah segera kat kedai macam dulu-dulu. Sebab sejak duk rumah sewa kat Skudai, da belajar buat bahan tumis sendiri. Masa nak rendam cili kering, tanya mak, pedas tak cili kering tu. Sebab, sebelum-sebelum ni cili kering tak pedas pun kalau bapak yang pilih dan beli kat kedai runcit. Bapak tak makan pedas.

Mak cakap tak pedas, so saya habiskan semua cili kering tu. Masa tengah cuci yang da direndam, tekak rasa perit. Alamak, macam pedas sangat aje. Beberapa kali saya bersin. Eksyen je kot. So, goreng ajeeeee lah!

Bila da siap goreng, nampak sedap dan nampak cantik aje mee gorengnye. Tapi bila tengah makan, tengok muka adik lelaki dan muka mak da berpeluh-peluh. Errr. Macam bersenam pagi-pagi, tapi guna perut aje.

"Pedas sangat ke dik?"

Adik buat bunyi pedas.

"Bukan ko suka pedas ke?"

"Not over hot like this!"

Alamak. Pedas sangat lah tu. Tapi saya habiskan jugak yang dalam pinggan saya lepas campurkan perahan limau dan tambah kicap manis, konon boleh kurangkan pedas tu sikit la kan.

Kesannya perut sakit sampai ke malam. Nak makan balik baki mee goreng yang da dipanaskan pun takleh masuk. Terus rasa sakit perut time tu jugak.

Jelas dan ketara lah, perut saya makin sensitif akhir-akhir ni. Da cepat sakit bila makan terlalu pedas.

Buktinya, hari Jumaat lepas, masa housemate buat nasi goreng kat dapur, saya yang dalam bilik baju pun boleh terbatuk-batuk dan bersin. Mesti pedas ni, kata saya dalam hati. Bila dia da siap goreng, dia jemput makan sebelum tinggalkan saya dan pergi kerja. Saya pulak, bila da bersiap-siap, pergi la dapur nak rasa.

Masukkan nasi goreng dalam pinggan. Ambil sudu. Sua sekali masuk mulut.

Nom nom nom...

Errmmmm...

Sua kali kedua.

Nom nom nom...

Berhenti. Tolak pinggan.

Dan seharian lah saya sakit perut juga.

Haishhh!



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


Monday, February 25, 2013

Saling Meraikan...

Quote seorang along.

Terlebih sering
Bukan 'kesalahan dan keterlanjuran' yang mendatangkan marah
Tapi maujudnya rasa dari 'tiadanya ucapan mohon maaf, penjelasan dan buat tak endah'

Sungguh, itu lebih menyakitkan daripada 'kesalahan' itu sendiri..

Ya. Diam itu lebih baik.

Kadang-kadang, diam itu bukan penyelesaian terbaik. Memang, semua orang berbeza. Kerana itu kita harus saling meraikan.

Bukan kita saja mahu diraikan.

Komunikasi. Lisan dan bukan lisan. Kedua-duanya penting.

Terlalu.

Berkata benarlah sayang, biarpun pahit. :)


Sunday, February 24, 2013

Tak Dapat BR1M

Hampir tengahari.

Saya sedang mencuci pinggan. Mak sedang memotong ayam di beranda dapur yang bersambung dengan rumah pak ngah kat sebelah.


Saya: Mak, bila ek mengundi? Tau tak?

Mak: Entah... Bulan empat kot. Atau bulan tiga.

Saya: Entah-entah masa saya balik bulan empat nanti kot, mak? Hahaha!

Mak: Hurmm... Mak tak dapat BR1M, mak tak nak mengundi.

Saya: Errrrrr... Camtu, mak undi lah yang lain!

Mak: Tahun lepas ok aje, laju je bapak ko dapat BR1M. Tahun ni, entah nape lah lambat. Banyak benda nak beli, nak betulkan kereta bapak ko, nak beli tanah nak timbus bawah rumah, nak beli macam-macam.

Saya: ...

Mak: Mak tak nak mengundi tahun ni.


Alkisah tak dapat BR1M, terus tak nak mengundi. Hambekkkk! =.="


Ada Ehem-ehem Tak?

Malam tadi.

Saya sedang mengemaskini inbox henset. Membuang mesej-mesej lama. Buka satu-satu dan delete satu-satu. Tak ada option 'tick', 'select all', atau 'mark' dan 'unmark'. Yang ada cuma 'delete all'. Tak mahulah 'delete all' sebab ada mesej-mesej yang penting seperti alamat rumah dalam tu.

Masa tengah buang mesej-mesej tu lah salah seorang anak sepupu datang baring kat sebelah. Dia melihat saya mendelete satu-satu mesej tersebut. Hairan mungkin.

Dia: Nape delete mesej?

Saya: Nanti memori inbox tak cukup.

Dia: Ape maksud tu?

Saya: Nanti kalo mesej lain nak masuk, takde ruang sebab da penuh.

Dia: Hoh? Nape jadi penuh pulak.

Saya: Ni henset murah ajeeeee.

Diam.

Dia: Ada ehem-ehem tak?

Bingung. Kenapa budak kecik macam dia ni tanya benda macam tu pulak. =.="

Dia: Ada ehem-ehem takkkk???

Saya: Ehem-ehem tu ape...?

Dia: Aik, takkan tak tahu?

Saya: Ntah, tak tahu pun.

Dia: Ehem-ehem tuuuu pakweee! Hurmmmmm. Kalau ada ehem-ehem, boleh mintak macam-macam.

Mula dahhhh.

Dia: Cakap aje, nak henset baru! Nanti dia kata, boleh, boleh! Nak iPad! Ok, boleh! Ermmm...nak rumah baru. Boleh! Semuaaaaa boleh kalau ada ehem-ehem tau!

Saya: ...

Hamboi bebudak sekarang ni.


Saturday, February 23, 2013

3 Jam Perjalanan

Adehhhh.

Ramai yang ingat Mohon Halal tu susulan entry adik Jiji. Eh, tak ramai mana pun, ada la beberapa orang. Saya sendiri pun masa mula-mula publish, baru perasan tajuk dia lebih kurang ngan entry Jiji yang halal bagiku. Masa buat tajuk tu, tak teringat pulak. Padahal, saya la yang paling awal komen entry tu. :p

Takde kaitan ok, entry kami tu. Kalo ada pun, mungkin instinct sorang kakak Jepun yang comel dengan adik Samurai yang ermmm...tak berapa nak comel. Eh!

Apepun, alhamdulillah saya dah sampai KL pagi tadi. Bertolak dari Skudai dalam 7.50 pagi. Lepas Subuh la sangat kannn? Last-last kemas tu kemas ni, potong-potong kek, tiom-tiom anak Mulan dengan mak diorang, lambat jugak siapnya. Highway lengang. Tak jammed langsung. Pukul 10.50 saya sampai kat kolej kediaman adik. 3 jam perjalanan.

Sempat jumpa dengan kesayangan-kesayangan saya walaupun sekejap aje. Tapi banyak benda yang kitorang borak sama-sama. Hihi. Dan disebabkan mereka-mereka ni orang yang baru berkahwin, banyak lah yang diorang bagi pesanan kat saya dan adik saya yang masih belum kahwin ni. =.="

Ok, malam ni berehat kejap di Kem Perdana Sungai Besi. Esok balik ke kampung halaman kat oversea! Doakan selamat sampai!


P/S: Da rindu ngan Mulan dan anak-anak. Gambar dalam kamera je pengubatnya.


Friday, February 22, 2013

Mohon Halal

Sepatutnya malam ini, saat ini, saya sedang dalam perjalanan ke KL.

Tapi di saat-saat akhir, macam-macam plan asal telah berubah kepada plan yang lebih terbaru.

Esok pagi saya akan ke KL. Mulanya nak gerak sebelum Subuh, tapi tak jadi. Lepas Subuh lah saya gerak. Boleh berlama-lamaan dengan anak-anak kucing comel dulu. Nanti seminggu saya tak berjumpa dengan diorang, mesti rindu sangat-sangat dan tak sabar nak balik. Dalam seminggu tu, mesti Kookie, Dora dengan Jamie da bukak mata dah. Huhuhu. Sedih tak dapat tengok diorang bukak mata. Harap-harap Mulan boleh jaga diorang elok-elok sepanjang saya tak ada nanti.

Bila da berubah plan, boleh lah saya berehat lebih sikit sebab nak drive seorang diri jauh-jauh lagi untuk kesekian kalinya. Semalam, sempat saya buat 3 biji kek karamel tempahan pelanggan. Buat sekaligus sebab ingatkan nak gerak malam ni. Adehhh. Rupanya tak jadi plan tu. Dan, kalau saya nak teruskan jugak gerak ikut plan asal, memang tak boleh lah. Terlalu penat untuk driving.

Jadinya, malam ni saya buat sebiji lagi kek. Bahahahahaha. Kalau mak saya tahu, mesti dia bising. Erk, tapi jangan gitau dia kayyy. :p

Apepun, doakan perjalanan saya balik ke kampung halaman dalam lindungan Allah. Mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap saya pada semua, terguris hati tanpa saya sedari.

Halalkan makan minum okay?

:)


Eh, Ustazah! : Bulu Kucing???

Masa makan kat restoran hari tu, ustazah ternampak satu majalah yang macam best.

Rasa best sebab kat depan dia ada gambar yang sangat-sangat comel. Terus ustazah beli. Tak berkira-kira dah sebab nampak sub topik yang ada pun macam menarik aje. Ustazah bawak la ke sekolah. Masa tengah rehat, sempat jugak belek-belek kejap sambil-sambil pekena nasi ulam yang ustazah beli kat gerai Pak Cik Mat pagi tadi.

Cikgu Iffah: Eh, ustazah! Majalah ape tuuu? Comelnyaaaa!

Ustazah: Majalah al-Ustaz ni ha, cikgu. Comel kan kan kan?


Cikgu Iffah: Masya Allah, comelnya kucingggg! Mesti ustazah beli sebab kucing tu comel je kan?

Ustazah: Eh, tak lah. Ni, ade cerita pasal hukum bulu kucing kat dalam ni. Sebab tu berminat nak beli.

Teacher Elly: Wahh, what's the story? Cer cite, ustazah.

Ustazah: Hehe. Teacher yang suka kucing pun mesti suka nak tau pasal ni kan? Hurmm. Dalam ni ada orang tanya tentang bulu kucing, sama ada ia najis ke tak, sebab kucing tu tak najis, bulu dia cane lak?

Teacher Elly: Hah! Memang I nak tau sangat-sangat benda ni, ustazah! Najis ke tak kucing ni ek?

Ustazah: Kucing memang benar bukan najis. Sayyidatina Aisyah pernah makan makanan yang digigit kucing. Ada satu masa tu Aisyah tengah solat, orang datang bawak makanan. Lalu, Aisyah bagi isyarat untuk letakkan makanan tu kat satu tempat. Tiba-tiba ada seekor kucing datang makan sebahagian darinya.

Cikgu Iffah: Erk! Habis lah makanan tuuu.

Ustazah: Tak lah, tak habis pun. Hehe. Lepas solat tu, Aisyah makan makanan yang masih berbaki dari gigitan kucing tersebut. Kata Aisyah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda...


Cikgu Iffah: Ooo... Maksudnya mulut kucing yang makan dan minum daripada sesuatu tu suci dan tak menjadikan benda tu bernajis, ye?

Ustazah: Yup. Tapi hadith ni tak lah sampai galakkan kita kongsi makanan dengan kucing. Cuma nak jelaskan bahawa bekas gigitan kucing tu tak najis.

Teacher Elly: Nice, nice! What about the fur?

Ustazah: Untuk bulu kucing pulak, bila ia terpisah dari badan kucing tu, maka dikira sebagai najis. Sebab dulu, Rasulullah s.a.w pernah datang ke Madinah. Baginda nampak penduduk situ suka sangat bonggol unta dengan punggung kambing. Lalu, Rasulullah s.a.w bersabda...


Teacher Elly: Owh! So, bulu kucing yang jatuh kat baju-baju kita masa kita peluk-peluk kucing tu, najis la kan.

Ustazah: Ha'ah. Tapi, ada nas al-Quran yang bawak maksud umum, bulu tu halal. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 80...


Cikgu Iffah: Ooo...maka, bulu kucing ni jadinya najis ke tak kalo da gitu?

Ustazah: Sebenarnya tak bercanggah pun dua-dua nas tu. Ulama ada gariskan bahawa ape-ape yang terpisah dari anggota badan seekor binatang yang masih hidup dikira najis kecuali bulunya yang memenuhi tiga syarat!

Teacher Elly: Eh, ade syarat jugak eh?

Ustazah: Aha, ade... Pertama, bulu tu terdapat pada binatang yang halal dimakan. Kedua, bulu tu tercabut masa binatang tu masih hidup atau selepas disembelih dengan betul mengikut syarak. Ketiga, bulu tu tak berada pada anggota badan yang terputus daripada badan binatang tersebut. Sebab anggota yang putus dan terpisah dari badan tu ikut kepada hukumnya adalah bangkai.

Cikgu Iffah: Then, kucing haram dimakan. Ia tak memenuhi syarat yang pertama. So, bila salah satu tak dipenuhi, dikira sebagai bangkai la ye.

Teacher Elly: After all, bulu kucing tu najis. Faham, faham...

Ustazah: Maka, kalau pakaian kita ada bulu kucing, tak boleh la gunakan untuk beribadah. Tapi kalau terlekat pada baju dalam jumlah yang sedikit mengikut uruf, ia dimaafkan. Kalau banyak, perlu dihilangkan terlebih dahulu.

Cikgu Iffah: Ooo... Alhamdulillah. Faham sudah. Bagus jugak majalah ni ye. Macam-macam ade.

Ustazah: Tu lah, ustazah pun tak habis baca lagi ni. Banyak lagi tentang haiwan peliharaan dalam ni. Termasuklah pasal pelihara sugar glider.

Teacher Elly: Wahhh, ade jugak? Kena beli la balik ni. Nak pinjam ngan ustazah, macam lambat lagi ajeee nak habis menelaahnye!

Ustazah: Hahaha. Pandaiii aje teacher ni. Takpe, ade banyak lagi kat kedai. Hehe.

Cikgu Iffah: Eh, da nak habis waktu rehat. Ok lah, nak siap-siap gi mengajar. Terima kasih ustazah!

Teacher Elly: Thanks, ustazah!

Ustazah: Alhamdulillah, sama-sama.


Dalam Islam, membela haiwan itu lebih daripada sekadar hobi. Ada siri hukum dan tanggungjawab yang mesti kita ambil perhatian. Tambahan pula, sikap kita kepada haiwan boleh jadi penentu tempat kita di akhirat sama ada di syurga atau neraka. Kerana ada seorang wanita dihumban ke neraka disebabkan seekor kucing, sebaliknya ada seseorang masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan.


Thursday, February 21, 2013

Kucing Berkepala Tiga


Lepas orang lain cakap, baru perasan... =.="

Sebab tangan memang betul-betul nampak dua aje kat depan tu haaa...

Eh, tangan??? Kaki lah!

DIORANG bertiga ekor okay, bukan DIA berkepala tiga...

Hahaha!


Hiro Bertukar Jadi Jamie

Rasa damai je tengok Mulan susukan anak-anak dia... :')

Hahaha.

Semalam, balik kerja ada banyak masa sikit untuk tengok Mulan dan anak-anak. So, dengan kesempatan yang ada tu, belek-belek sendiri anak-anak Mulan. Eh, dua yang last tu betina rupanya. So, anak-anak Mulan seekor jantan, dua ekor betina lah. Bukannya 2 jantan, seekor betina macam yang housemate cakap.

Alahai. Dia salah sebut agaknya.

Masa ni bawak kotak ke dapur, doktor cakap kalo jemur, kitten lagi cepat membesar

Jadinya, yang bongsu ekor pendek tu bertukar nama daripada Hiro kepada Jamie. Kikiki. Jamie, sebab ambik nama timangan kawan yang sama-sama jumpa Mulan masa mula-mula bawak dia balik rumah dulu. Hehe. Dia lah yang bawak saya dan Mulan naik kereta sampai ke rumah. So, bagi nama Jamie kat anak Mulan lak bagi mengenang bantuan dia. :)

Berebut nak tunjuk muka sape paling comel... >_<

Kookie, Dora dan Jamie...

Tak sabar nak tengok diorang membesar. :)


P/S: Maafla Mitzushima Hiro... Tak dapat nak letak nama awak kat baby kucing saya... =.="


Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday : Ballot Paper

Sumber: BERSIH - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil

Bagus untuk dijadikan panduan.

Kan?

Sebelum ni tak tahu sangat kot benda-benda ni.

Huhuhu.


Pertama Kali Dalam Sejarah...

Sungguh.

Betul lah saya terlalu penat hari ni. Sebab tadi sebelum pergi kerja, lepas siap solat Asar, dalam pukul 5 lebih macam tu saya saja baring-baring kejap. Sebelum berbaring tu, saya rebuskan ayam untuk Mulan. Kesian pulak tengok dia lepas beranak, macam tak berapa nak makan makanan dia yang selalu tu. Tak kena tekak dia kot, tak puas jugak mungkin.

Sebab pagi tadi sebelum ke makmal, saya berjanji dengan Mulan, akan balik sebelum Asar untuk buatkan makanan dia. Sampai rumah dalam pukul 4.30 petang, alhamdulillah sebelum Asar saya jejak kaki ke rumah. Saya terus ke dapur dan mencuci perkakas yang digunakan untuk membuat tempahan apam polkadot pagi tadi. Sambil-sambil tu lah saya rebuskan ayam untuk Mulan.

Bila da masak, saya carik-carikkan dan tiup sikit-sikit untuk dia makan. Nak tunggu sejuk takut tak sempat dan terlupa terus. Sebab tu, time tu jugak saya carik-carikkan ayam tu alang-alang Mulan da menunggu kat tepi. Dia makan dengan gembiranya. Saya pulak amek kesempatan tu jenguk Kookie, Dora dengan Hiro. Alahaiiii. Memang senyum bahagia aje kalau tengok diorang. Comel sangattttt! >_<

Bila Mulan da perasan orang kacau anak dia, terus saya pergi amek wudhuk dan solat Asar. Alhamdulillah selesai solat tengok jam baru pukul 5 suku. Check henset, alamak. Banyaknya missed calls dengan ada dua mesej. Silap saya jugak sebab silentkan dan tak tukar balik. Huhuhu. Kesian orang-orang yang saya abaikan tu. +_+ Sambil-sambil muhasabah diri tu lah, fikir-fikir nak baring kejap. Kejap je. 4 minit pun boleh lah. Mata duk tengok jam da 5.30. Kejap lagi, kejap.

"Kak Sunah! ********" Housemate masuk rumah.

Terkejut. ***** tu sebab tak jelas butir kata-kata dia bila da bangun tiba-tiba. Tengok jam. Hah!!???? 6.15. 

Alamak!! Lambat!!! Terkocoh-kocoh saya siapkan diri. Housemate saya terpinga-pinga. Tak sempat saya nak melayan keterpinga-pingaan dia.

Hari ini, pertama kali sepanjang bekerja part time saya masuk pukul 6.30 petang. Maaf, bos...esok saya datang 5.30 kay. =.="

Lain kali tolongggggggggg jangan malas pasang alarm kat henset!


Ni Je Yang Sempat

Petang, lepas Zohor.

Baru ada sedikit masa untuk online. Malam tadi, balik dari kerja terus beroperasi. Operasi apa?

Memenuhi tempahan pelanggan la. Pelanggan Selera Sakura tau. Bukan pelanggan yang lelain tu. Ishhh. Sebab semalam ada tempahan istimewa untuk hari lahir. Tempahannya pulak agak banyak. So, memang masa agak ketat sesangat.

Tak dapat nak tengok anak-anak Mulan lama-lama.

Tak dapat nak layan ibu berpantang tu lelama.

Haishh. Sedihhhh.

Dapat amek gambar ni je.


Kookie, Dora & Hiro...

Lepas tu, Mulan mengiau-ngiau nak masuk dalam kotak.


Tuesday, February 19, 2013

Mulan Dah Beranak First Batch

Subhanallah. Penatnya hari ni.

Pagi-pagi tadi, saya dah siap-siap gosok baju kurung untuk dipakai hari ni. Lepas gosok baju, gerak ke bilik study, kemaskan sikit beg laptop dan beg telekung. Masa tu lah Mulan duk menggendeng sambil mengiau.

"Lapar ke Mulan? Jap ye sayang..."

Saya kemas-kemaskan lagi barang, kemudian ke dapur. Eh, ada lagi makanan dia. Dah masuk angin agaknya, saya tuangkan lagi sikit. Dia jamah. Tapi sekejap je. Bila saya masuk ke bilik baju semula untuk mengambil persalinan mandi, dia menggendeng lagi sambil mengiau.

"Nape ni sayang? Makanan kan da letak tadi?"

Saya biarkan saja dan keluar ke ruang tamu pula. Melipat tilam yang masih terbentang. Mulan ikut keluar. Mengiau-ngiau. Saya tidak melayan. Kemudian, dia masuk ke dalam bilik baju. Saya hanya mengekori dengan mata.

Eh, dia masuk bawah baju-baju housemate yang tergantung. Tak boleh jadi ni! Saya pula yang masuk ke dalam bilik baju. Menyelak kain baju tergantung, nampak Mulan di situ.

"Sayang nak beranak eh?"

Mulan merenung mata saya dan mengiau. Saya bergerak ke almari saya. Membuka pintu almari. Ada ruang kosong di bahagian bawah yang telah saya alaskan dengan surat khabar, masukkan kotak, alaskan pula dengan kain baju lama dan kain cadar.

"Meh sini..." Panggil saya.


Segera Mulan mendekat, kemudian melompat ke dalam almari. Di situ, dia duduk dan mula menunjukkan tanda-tanda akhir untuk melahirkan. Terus terbantut hajat saya hendak ke makmal hari ni. Mandi pun ditangguh. Bimbang dia keluar mencari tempat lain. Beberapa kali juga saya menutup dan membuka pintu almari baju, tak tahu Mulan nak suasana yang macam mana. Jam 11 lebih, Mulan masih tak melahirkan, tapi dia sudah mula menjelirkan lidah. Air ketuban dia pecah. Tak lama lepas tu, darah pula keluar sedikit. Tapi, anak masih belum keluar hingga ke waktu Zohor.

Saya tutup pintu almari. Kemudian ke dapur, memasak nasi. Sempat juga menyidai baju di luar. Masa inilah, Mulan menjenguk keluar pintu bilik baju. Alahai budak ni. Tak boleh kita jauh dari dia. Nampak saja saya di luar, dia berlari mendapatkan saya. Pintu sliding yang terbuka, cepat-cepat saya tarik. Bimbang dia keluar. Ada lagi baju yang belum disidai. Mulan mengiau-ngiau.

"Jap ye sayang... Kakak sidai baju habis dulu..." Makin kuat Mulan mengiau-ngiau.

Saya segera masuk ke dalam rumah semula, kemudian ke bilik baju. Mulan mengikut laju dari belakang. Saya suruh dia masuk semula ke dalam almari. Di situ dia duduk diam lagi sambil menjelirkan lidah, termengah-mengah, sekejap-sekejap meneran, tapi anak masih tak nampak kepala. Saya tutup pintu almari lagi. Menunggu sahaja di luar sambil online. Sekejap-sekejap saya buka juga pintu almari nak tengok Mulan da beranak ke tak. Nampak dia meneran lagi, tapi anak tak keluar. Bila tak keluar, Mulan jilat kawasan anaknya bakal keluar.


Hampir 4 petang, saya buka pintu almari. Subhanallah. Nampak seekor makhluk Allah yang sangat genit dan comel dalam pelukan Mulan. Warna bulunya oren, sama macam Mulan. Ekornya panjang, sedikit bengkok di hujung, sama macam Mulan. Cuma, makhluk genit tu jantan, Mulan ibunya; betina. Mulan nampak menjelirkan lidah lagi. Dia meneran lagi. Kali ini saya nampak anak keduanya keluar. Sama juga warnanya macam Mulan. Hihi. Masa ni, saya dah boleh nak gerak ke sana-sini tanpa risau dia akan ke mana-mana. Pasti mulan nak beranak lagi seekor dua. Saya tutup pintu almari, risau anak-anak dia terjatuh.

Dalam pukul 4, saya jenguk lagi dalam almari. Mulan tengah mengunyah urinya sendiri. Alhamdulillah. Dah keluar semuanya. Tiga ekor. Semua oren. Pattern? Tak dapat dipastikan lagi. Kalau dapat sama pattern macam Mulan kan best? Tapi kalo ikot ayah diorang kucing Siam tu, ok juga... :) Lepas tu saya salinkan alas Mulan, dan muatkan kotak besar yang lebih rendah. Mulan pindah ke dalam kotak tu bersama anak-anak dia sebelum saya bergerak ke tempat kerja.

Sekarang, risau dan risau. Agaknya Mulan masih dalam tu ke?


P/S: Sempat ambik video, tapi masa tu da keluar da baby yang basah-basah. Tak sempat amek masa dia tengah keluarkan anak, terkedu sekali. Mulan da jadi ibu???


Monday, February 18, 2013

Orang Sarawak Cantik


Kah kah kah!

Tergelak besar saya duk kat kedai Benang Hijau ni bila terbaca salah satu keyword kat Histats. Macam mana pulak boleh jatuh keyword ni kat blog picisan saya ni. Rasanya tak ada pun saya buat entri ciri-ciri orang Sarawak. :p

Nasib baik ada link yang boleh kita tengok entri mana yang kena tu. Kikiki.

Bila saya klik link tu, rupa-rupanya entri NI haa. Ada frasa "orang Sarawak" dalam entri tu dengan ada perkataan "cantik" sekali. Hahaha. Laaa... Sebab tu ke?

Tapi, orang Sarawak memang cantik kan? Kan? Kan?

Lalalalala~


Saya Akui, Saya Takut Hujan Lebat

Sempat keluarkan kamera masa lampu merah kat simpang Taman Sri Pulai

Ya, saya akui itu.

Memang saya sangat takut kalau kena memandu dalam keadaan hujan lebat. Pengalaman sepanjang dah ada lesen memandu, keadaan cuaca macam ni lah yang buat hati saya selalu berdebar-debar. Bukan lori besar bawak batu, bukan kereta lain yang dipandu laju oleh pemandu tak berhemah, mahupun kereta JPJ yang tersadai di bahu jalan buat road block.

Tapi hujan lebat.

Sebab dalam keadaan macam ni, bila kereta depan atau belakang tak bukak lampu, serius tak jelas jarak kereta saya dengan kereta diorang. Tambah-tambah kalau kereta yang berwarna putih dan hitam. Sebab tu lah kan, disarankan buka lampu semasa hujan lebat. Supaya pemandu lain boleh nampak kenderaan kita.

Eh, nak tau tak satu tips semasa memandu dalam hujan lebat?

Pakai cermin mata hitam.

Haipp! Jangan gelak. Ini betul. Pakai cermin mata hitam semasa memandu dalam hujan lebat boleh bagi kelebihan penglihatan. Serius. Saya pernah cuba lepas dengar tips ni dari IKIM.fm.

Alhamdulillah. Memang banyak membantu.


Bila Mulan Akan Beranak?


Ini antara kerisauan terbesar saya.

Saya risau kalau-kalau Mulan melahirkan semasa saya tak ada disamping dia. Tapi saya rasa macam pasti aje yang Mulan akan beranak semasa saya tak ada. Tinggal berapa hari je lagi saya nak balik ke kampung halaman. Balik seminggu pulak tu. Kalau Mulan beranak dalam masa tu macam mana? Hukhuk.

Housemate pun bila peluk Mulan, duk cakap "Mulan cepat la beranak, nanti kak Sunah balik, kakak panik kalau Mulan beranak."

Err... =.="

Macam mana ni? Kalau ada pun, saya rasa seorang lagi housemate tu yang mungkin tak akan panik sangat sebab dia pun bela kucing kat rumah. Tapi kucing dia beranak dulu pun dia tak ada kat rumah masa tu. Hahaha!

Ye, memang kucing beranak tak perlu bidan pun. Ada yang cakap macam tu. Tapi kita nak ada disamping dia bukan semata-mata nak bidankan. Cuma nak guide dia ke mana dia perlu pergi bila da dekat nak beranak. Takmo lah dia beranak dalam almari baju ke, kat bilik solat ke, atau mana-mana tempat yang tak sepatutnya kan?

At least, bila kita ada, kita tak panik dan tahu nak tenangkan Mulan.

Ibu pertama kali tu.


P/S: Kucing kat kampung sebelum ni, memang kami bidankan, urut-urut perut lagi sambil tengok baby keluar seekor demi seekor depan mata. Tahu Sitem perlukan kami sebab bila kami jauhkan diri, dia akan mengiau-ngiau sambil renung mata kami, merayu-rayu nak kami ada dekat dengan dia. Rindu Sitem yang dah pergi. :')


Sunday, February 17, 2013

Aduhhhh, Kenapa Macam Ni???


Teruknya!

Serius rasa entah ape-ape. Tertanya-tanya jugak, dia ni ada masalah mental ke? Macam tak betul aje. Kenapa, kenapa, kenapaaaaaaaa??? T_T

Kesian tengok bayi tu dilambung-lambung.

Allahu...

Nak tahu kisah dia, boleh baca kat SINI.

P/S: Bagi yang nak ambil pembantu rumah, hati-hati ya. Jangan lupa pasang CCTV. :)


Bila Kawan Baik Masa Degree Dah Kahwin

Lewat sangat pulak post entri ni.

Ingatkan tadi habis awal, tapi lama pulak meetingnye. Banyak pulak perkara-perkara yang dibincangkan. Jadi, lambat la balik. Baru je duduk depan laptop. Alhamdulillah.

Sebenarnya, semalam (16 Februari) majlis walimatulurus sorang sahabat baik masa degree dulu. Nikahnya dah setel minggu-minggu yang lepas. Ikutkan, kecik jugak hati nooo nikah tak gitau pon! *Padahal malam tu nampak je status Facebook dia, cakap 'malam ni berakhir lagi status bujang seorang lelaki'...chet porahhh* Tapi buat dek je sebab tak berapa nak paham. =.=" Masa tu tak rasa lak dia nak nikah sebab tak cakap apeeeeeeeeeeeee punn!

Then beberapa hari kemudian, nampak satu gambar. Ade sorang orang besar tag gambar dia kat Facebook dengan isteri baru dia (eh! sebelum ni takde isteri lama tau!). Baru lahhh menyedari hakikat sebenar bahawa Fathul Rahman Misbah dah kawennnn nkooo! Gggggrrrr! Sentapppp! Tengok-tengok gambar, alahaiiii...da kahwennn kawan aku sorang ni??? Awat tak habaqqqqqqqqqq??

Betapa kecik macam kuman hati masa tengok post-post kengkawan kat wall Facebook dia ucap selamat pengantin baru. Saya hanya mampu klik Like aje masa tu. =.=" Baru rasa nak berjauh hati lelama, tetiba nampak satu komen dia, "kawan-kawan, nanti aku jemput datang majlis belah aku kayy."

Ok, hati jadi besar balik. Ye lah, lupa pulak kan. Takkan dia nak jemput sesuka suki gi kenduri belah isteri dia lak, kawan-kawan dia kan. Haishhh. Saya ni punnn. Tapi tetap kecik jugak hati sebab tak gitau pun. Kbai Fath.

Apepun, hari ni... Maaf tau orang tak datang majlis Fath. Sape suruh invite event FB dalam minggu yang sama??? "You are invited to my wedding thisss Saturdayyyy!" Yippiii!! Ok, tak tekan Maybe, Join, or Decline pun. Satu pun tak. Sebab tak sure dapat gi ke tak. Huhuhuh. Lepas tu bajet nak SMS, tapiii takde nombor lak lepas insiden henset hilang tahun lepas. =.="

Sorry, sorry, sorry...

Harap Fath tak rasa apa-apa sebab takde bunyik langsung, memang sengaja pun sebab nak bunyik kat sini. Eh! Alahai, bila nak buat ucapan betul-betul ni???

Hahaha. Ok ok. Serious!

Fathul + Kartini - Itu bukan anak diorang

Alhamdulillah, mabruk buat Fath dan isteri, Kartini yang dah selesai mendirikan masjid, sempurna dah separuh agama. Dulu masa degree, agak rapat dengan Fath. Mula-mula rapat sebab kumpulan nasyid kot. Dulu pernah jadi S/U tak bertauliah group D'harmony diorang kejap sampai lah diorang dah jadi Voice of Men yang pemes tu, saya pun tarik diri (eh, tipu!). Dia jugak yang kenalkan saya pada ramai kawan-kawan Asasian UM dalam satu forum web yang dia buat sendiri. Programmer hebat dia ni, banyak pengalaman jadi hacker termasuklah hack website U---- Ops, tak boleh sebut. Kikiki. Rapatnya saya dengan dia kekadang ada kengkawan yang salah faham ingatkan kami ni ade ape-ape, padahal saya rasa dia da macam kawan pompuan. Err!! Mungkin dia ingat saya ni pun kawan lelaki dia kot. Sebab nak pilih beli motor pun dia tunjuk kat saya. Eh! Mohon tersengih aje k, jangan marah lak. :p

Dan Fath ni jugak lah antara sahabat yang banyak tahu tentang saya sampai lah dah jarang contact sejak memasing ade komitmen sendiri. :)

Alhamdulillah, bersyukur ada kawan macam dia. Jarang-jarang Allah kurniakan kan? :)

Doa saya dari jauh, moga-moga masjid yang dibina indah sampai ke syurgaNya. Ameen.


P/S I: Baru perasan, baik jugak kita ek? Eh! Hahaha~ :p

P/S II: Dia ni lah dulu asyik suruh berhenti berblog! Gggrrr


Saturday, February 16, 2013

Cincin Steel Saiz 8

Dah lama tak sibuk di hujung minggu.

Dan akhirnya hujung minggu kali ni sibuk dengan aktiviti yang dirindu-rindui. Pagi tadi cetak flyers yang nak difotostat. Lepas Zohor, terus bersiap-siap nak keluar ke kedai fotostat. Alhamdulillah kejap je da siap fotostat 50 keping flyers 4 dalam 1. Maksudnya ade 4 flyers la dalam satu kertas A4 tuuuu. Hoho. So ada 200 keping flyers nak diedar dalam seminggu depan. Flyers ape? Ni haa.


Sape-sape area Taman Universiti, Skudai yang berminat nak join tu, moh le ye! Eh, sempat pulak kan promote. Ofkosss! Hehehe.

Lepas siap fotostat tu, pergi la AEON kejap. Ingat nak cari cincin steel yang memurah. Ade satu kedai aksesori wanita kat tingkat atas AEON tu, yang dekat dengan MPH. Masuk situ, confirm murah-murah. So, try la satu demi satu demi satu demi satu. Alamak, takde saiz kecik lagi ke? Besar dan longgar-longgar semua. Sedih.

Keluar kedai tu, gi masuk AEON. Kan ada bahagian aksesori wanita jugak dalam AEON. Nampak lah jugak cincin-cincin kat situ. Tengok macam jenis rega mahal-mahal je. Padahal nak cari steel ring je. Sedih lagi. So, gerak nak turun bawah. Nak cari kedai lain. Tak jumpa apa yang dicari.

Tapi masa dah nak sampai kaunter Customer Service, tiba-tiba nampak susunan cincin steel yang banyaknyooo. Auntie India kat situ promote la cincin-cincin tu. Tahan lama la, tak rosak kena air la, macam-macam dia cakap. Saya cakap, saiz kecik ade tak? Sebab tengok macam besar-besar semuanya. Then dia pun alihkan kotak cincin bahagian atas. Ooo, bawah tu ade lagi rupanya. Hikhik.

Saya pun try.

"Tebalnya cincin ni, auntie." =.="

"Nak yang nipis ke? Ni macam ni, kecik tak nak?"

Bersungguh auntie tu bagi try cincin saiz 8. Akhirnya ada satu cincin yang ok sikit, sebab bukan nak pakai sangat pun sebenornye. Bila pegang cincin tu, mata tengok-tengok lagi yang lain. Duk jeling cincin-cincin lain pulak.

"Tinggggg!"

Amek kau, jatuh cincin saiz 8 dalam tangan tu macam bunyi cincin jatuh dalam MV Wedding Dress - Tae Yang tu haaa. Ok, tipu! Takde bunyi pun sebab jatuh atas kaki sendiri. Panik saya dan auntie tu dibuatnya. Dengan customer kasut lak duk antara tempat cincin tu. Jenuh kami selak-selak penutup meja nak carik cincin tu. Tak jumpa. Staff lain pun tolong masuk bawah meja nak carik.

"Takde la auntie."

"Tak jumpa?"

"Bukan tak jumpa, memang takde!"

Resah. Memang resah hati saya masa tu. Dengan emosi yang tak berapa nak stabil. Ke mana pulak lah cincin ni pergi, padahal rasa dah jatuh atas kaki tadi. Auntie tu suruh pilih yang lain, takpe cincin tu jatuh. Saya masih nak carik cincin tu. Tak puas hati sebab tak jumpa. Tambah rasa sedih jugak sebab, entah. Kepala da fikir macam-macam. Jenuh selak meja sebelah kot la masuk bawah tu kan. Then akhirnya, customer kasut tu tarik troli dia.

Mata saya nampak cincin tu.

Elok je terletak bawah troli dia.

Auntie tu pun amik dan bagi kat saya.

"Rezeki awak ni, jatuh, hilang, jumpa semula."

Allahu...


Bila Terlalu Lemah dan Rapuh

Allah.

Hebat kan Allah?

Dia selalu berikan kita ujian. Macam-macam rupa dan caranya, Dia akan uji kita sepanjang hidup kita. Orang kata ujian tu tanda Allah sayang kita, Dia nak tengok sejauh mana kita sabar dan kuat menghadapi ujian-ujian Dia. Tak kisah lah ujian kesusahan atau kesenangan.

Bila kita diuji hingga hati kita rasa terlalu lemah dan rapuh, kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk meluahkan. Dan Allah juga yang menentukan seseorang yang kita perlukan itu ada atau tidak. Bila ada teman di sisi yang boleh menjadi pendengar setia, alhamdulillah.

Bila tak ada?

Masa tu lah kita ingat, hanya Allah saja yang selalu ada. Menangis dan menangis sepuas hati kita hanya kepada Allah. Meluahkan segala kegusaran dan kedukaan atas ujian yang Dia berikan hanya kepada Dia juga. Dia lah yang Maha Mendengar. Dia lah yang Maha Pengasih, Penyayang dan segala kebaikan serta kesempurnaan itu hanya pada Dia.

Allahu...

Pergantungan yang benar-benar utuh hanya kepada Dia melahirkan seribu satu ketenangan dan keredhaan.

Redha dan yakin, secebis demi secebis dosa-dosa lalu sedang dihapuskan sedikit demi sedikit di dunia.


P/S I: Dan biarlah kecintaan ini lebih besar dari segalanya di dunia.

P/S II: Menulis sebagai terapi hati itu indah.


Tidak Sama Sekali!

Akhir-akhir ini.

Saya kerap bermimpi pelik.

Kadang-kadang bermimpi wajah-wajah yang tidak dikenali. Kadang-kadang terkeluar nama-nama yang tidak dikenali. Dan kadang-kadang dalam mimpi pun seolah-olah segala rasa itu hadir, terlalu dihargai, terlalu keliru, terlalu ingin, dan masih cuba mempertahankan.

"Maaf. Tidak sama sekali, aku sudah punya itu. Mahu dicampak ke mana?"

Malah terlalu musykil.

Seperti semuanya realiti.

Ya, mimpi itu mainan tidur kan?

Masih terlalu mustahil petunjuk Allah datang ke dalam mimpi orang biasa-biasa.

Seperti saya.


Bayi TenderSoft Pijak Buku?


Pernah jumpa papan iklan macam ni?

Ni kawan amek gambar dan upload kat Facebook. Ade kat Johor ni haa. Area Kempas dan area JB (depan Bestworld).

Pelik iklan ni, kenapa perlu bayi tu pijak buku? Ape yang pihak TenderSoft cuba sampaikan melalui iklan ni? Risau pula pandangan orang lain yang nampak iklan ni. Bukan ke kena pastikan tak ada nilai-nilai negatif sebelum iklan tu lulus untuk dipaparkan kepada orang ramai?

Kawan tu try nak tag TenderSoft, tapi tak jumpa pun kat Facebook.

Hurm...

TenderSoft boleh tolong bagi pencerahan?


Friday, February 15, 2013

Pindah Lab? Alahai...

Ini perhiasan sahaja... Bakal Mertua Mulan akan datang... >_<

Awal pagi tadi, saya sibuk dan mengada-ngada gitau dah jarang masuk lab.

Tiba-tiba petang tadi lepas Zohor, saya ke lab. Rajin pulak kan?

Tak, tak!

Bukan rajin. Tapi sebab nak bergosip dengan labmate. Alkisahnya, labmate yang selalu supply movie dan Runningman tu SMS saya tengahari tadi, sebelum Zohor. Dia tanya sama ada saya ke lab atau tak hari ni. Kalau saya ke lab, dia nak masuk lab. Saya pulak tanya dia balik, masuk lab tak? Kalau dia masuk, saya masuk. Hahaha. Adehhh.

Then dalam bermesej-mesej tu, tetiba dia cakap yang kami kena pindah lab next week. Omaiiii. Malasnya nak pindah lab baru! Bukannya lama lagi kat sini! Nak kena angkut PC lagi! Itulah alasan kami sebab tak nak pindah. Hakikatnya, memang kena pindah jugak. Technician pun dah siap pindah sana dah. Dan sebab itu lah, saya tiba-tiba terbuka hati nak ke lab lepas Zohor tadi.

Sebab nak bergosip pasal pindah lab je pun.

Tapi tapi tapi, nak tau tak??

Alhamdulillah, berjaya jugak taip tiga baris ayat dalam thesis saya.

Ini satu peningkatan yang baik!

Maka, "pindah lab" itu besar kesannya kepada penulisan thesis. =.="


Dah Jarang Masuk Lab

Salam Jumaat.

Rasa macam dah jarang masuk lab sekarang. Bila difikir-fikirkan balik kekadang nak masuk lab, kekadang je lah. Tapi bila terfikir tu, then fikir balik, masuk lab nak buat ape ek? Errr.

Sebab sekarang ni tengah musim betulkan thesis. Tambah bahagian-bahagian yang kurang, buang bahagian-bahagian yang tak nak. Bila perlu masuk lab untuk run balik simulation, baru rajin nak datang. Dan bila rasa perlukan internet yang laju kebaboom baru masuk lab. Kalau takde keperluan, duk rumah aje lah kerjanya.

Pasal ape, kat rumah ke, kat lab ke sama jugak tabiatnyeee!

Thesis 5 minit, online 1435 minit. =.="

Come on...!

Minggu yang bizi lagi adalah minggu depan.


Thursday, February 14, 2013

Lagi 10,000 Tempat Duduk Percuma!


Hak hak!

Nak sangat bahasa Melayu.

Rasanya da ramai kot yang tahu, AirAsia akan bukak 10,000 Free Seats lagi pada esok hari. Kalau yang tak tahu lagi tu, ni nak gitau la ni.

Esok, web AirAsia akan jammed dengan tempahan penerbangan merentas Laut China Selatan. Hewhew. Esok saje ok, esok saje! Dan penerbangan yang boleh ditempah adalah antara Malaysia Timur dengan Semenanjung Malaysia saje. Maksudnya, dari Sabah Sarawak ke Semenanjung atau dari Semenanjung ke Sabah Sarawak. Tempat lain? Takde!

Dannn, tarikh penerbangan pulak dalam bulan April tahun ni jeeee. Tak boleh kurang dari 1 April, dan tak boleh lebih dari 30 April. Nak bulan lain tahun lain, bayar rega lain.

Kalo macam ni gayanya, nak balik lagilahhhh bulan April kang. :p

Err, buat la lagi tiap-tiap bulan tau tau tau!

Eh, macam konfirm PRU13 bulan April kan!


Wednesday, February 13, 2013

Sape Nak Join Gi K&F Lane Bazaar...?


Pernah dengar lane bazaar?

Saya baru pertama kali tahu dua perkataan ni. Biasanya dengar bazaar je. Sebab ingin tahu sangat, saya pun search "lane bazaar" kat Google. Macam-macam nama lane bazaar keluar. Klik lah mana-mana link untuk tau macam mana rupa lane bazaar tu dan ape yang ada.

Owh! Lane bazaar ni macam pasar karat ye???

Tu lah, bila dah biasa dengan Bahasa Melayu ni, rupa-rupanya dalam bahasa omputihnye cenggituuu. Hikhik. Kat Johor ni ade jugak pasar karat, diorang panggil Pasar Pandan kat area Johor Bahru. Tapi tak pernah pergi pun. Huhu. Teringin jugak nak pergi tengok-tengok macam mana suasana dia, ade macam pasar malam tak? =.="

Haaa... Kalau dah teringin sangat tu, ade tak yang nak join gi pasar karat hujung minggu depan? Kat Petaling Jaya, ade K&F Lane Bazaar pada 22-24 Februari 2013. Lane bazaar tu lokasi dia area Khadijah's Kitchen macam dalam map kat bawah.


Tau kan restoran Khadijah's Kitchen? Alahhhh, restoran penyanyi Khadijah Ibrahim tu haaa. Khadijah's Kitchen ni terkenal dengan juadah masakan Melayu, kadang-kadang ada jugak masakan fusion mix oriental atau Indian dengan Malay cuisine. Nampak suasana restoran dia pun macam menarik aje!


Dengar kata, K&F Lane Bazaar ni nak kumpulkan usahawan-usahawan blogger yang selalu buat bisnes online, so mana-mana yang pernah berurusan dengan diorang secara online selama ni, ada peluang la nak bersua muka dengan peniaga-peniaga ni secara offline pulak. Tak kisah lah, sama ada peniaga makanan, tudung, kain, baju kanak-kanak, lukisan, aksesori-aksesori dan macam-macam lagi. Semua akan dikumpulkan pada 22 hingga 24 Februari tu kang. Ada ura-ura jugak yang bazaar ni bakal dibuka setiap bulan. Dan kalau ada antara yang tengah baca ni peniaga online, dan teringin nak buka booth masa K&F Lane Bazaar tu, boleh lah tenung gambar kat bawah ni.

Untuk update terkini klik K&F Lane Bazaar

Fuhhh!

Dengar macam best je kan? Nak tau best ke tak best tu kena la join saya gi K&F Lane Bazaar hujung minggu depan!


Panggilan Telefon Pagi Ni...

Telefon bergetar.

Ada panggilan dari KL. Teragak-agak hendak menjawab. Takut-takut pihak insurans yang begitu rajin mempromosi produk masing-masing. Akhirnya butang hijau ditekan.

Dia: Assalamualaikum.

Saya: Wa'alaikumussalam.

Dia: Ni Puan ******sunah Mohammad ye?

Saya: Aha, ye saya (biarpun belum bertitle Puan).

Dia: Saya Encik **** dari Syarikat (mula rasa malas nak layan) Merdeka Center (eh?). Tiga tahun lepas puan pernah menyertai Forum Islam dan **** Malaysia di Johor. Betul?

Saya: Aha...

Dia: Ok, kami ditugaskan oleh SPR untuk mencari sukarelawan pemerhati pilihanraya untuk PRU akan datang. Puan berminat?

Saya: Err... Bila ye tu? Maksud saya, PRU tu bila ye?

Dia: Untuk PRU akan datang, tak pasti lagi tarikhnya bila, puan.

Saya: Nanti pemerhati tu letak ikut tempat ke macam mana ye?

Dia: Aha, ikut tempat. Puan akan balik mengundi di mana?

Saya: Saya Sarawak. Jauh sangat.

Kami sama-sama gelak.

Dia: Wah, Sarawak. Jauhnya. Balik tak nanti puan?

Saya: Itu lah masalahnya. Sebab tarikh tak tahu lagi, jadi nak beli tiket pun susah. Kalau da tahu tarikh, senang la nak beli tiket balik mengundi kan.

Dia: Ooo...tapi puan berminat tak jadi pemerhati pilihanraya ni?

Saya: Saya berminat.

Dia: Kalau puan berminat, boleh bagi nombor IC? Nanti bila-bila kami akan hubungi puan semula untuk hadir ke taklimat.

Saya: IC saya ************.

Dia: Ok, puan memang tak terlibat dengan mana-mana parti ye?

Saya: ... Tak sangat.

Dia: Tak sangat la ye. Ok puan, memang berminat ye. Nanti ape-ape hal kami hubungi puan semula untuk bagitau tentang taklimat seterusnya kalau puan jadi balik ke tak ye.

Saya: Ok.

Dia: Assalamualaikum.

Saya: Wa'alaikumussalam.


Mana-mana perbualan yang ada **** tu maksudnya dirahsiakan atau tidak dapat dipastikan dengan jelas.


Rabu Yang Bisu: Tinny's Kittens




Tuesday, February 12, 2013

Pilih-pilih Tudung... Tudung Akel Best!

Sape yang pakai tudung kat sini?

Selalunya kamu-kamu yang bertudung ni pilih tudung yang macam mana ek? Shawl? Tudung instant? Selendang? Tudung bulat? Tudung segitiga?

Yang pasti, setiap yang pakai tudung ni mesti ada citarasa memasing dalam memilih tudung yang nak dipakai kan? Ye la, masing-masing tau dah tudung mana yang sesuai untuk bentuk muka memasing. Ada yang sesuai lilit-lilit shawl, ada yang sesuai pakai tudung segitiga aje. Kalau yang susah sikit nak bentuk, terus tobat takmo pakai dah lepas tu. Bergelombang katanyeee kannn~

Bagi saya sendiri, sekarang ni saya gemar pakai tudung segiempat jenama Akel bidang besar yang 2 atau 3 tone. Tudung Akel kainnya lembut, ringan dan tak melekap. Saya suka yang ada tone sebab boleh masuk banyak kaler baju yang saya pakai. Dan bagi saya, tudung ni senang sangattt nak iron! Dah tu, senang pulak nak bentuk bila da letak kat kepala. Hihihi.

Sekarang ni, memang susah kalau nak cari tudung-tudung segiempat bidang besar kat kedai-kedai. Yang banyaknya adalah tudung instant, shawl dan selendang. Kalau ada pun tudung-tudung segiempat, dalam kuantiti yang sangatttt sedikit pilihannya. Kualiti pun tak seberapa. Kita pun rasa tak best sebab tak banyak pilihan.

Tapi jangan risau, dah banyak dah kedai-kedai tudung online sekarang ni. Tu lah cara paling senang nak cari tudung-tudung jenis bidang besar dan banyak pulak pilihan. Salah satunya QudwahStyle.com. Kat sini memang banyak jenis tudung dalam bidang besar dijual. Kalau suka fabio, ada kat QudwahStyle.com. Kalau suka tudung instant awning, ade kat QudwahStyle.com. Kalau suka tudung segiempat punnn ade kat QudwahStyle.com. Pendek kata, macam-macam ada kat QudwahStyle.com.

Dan yang paling bestnya, QudwahStyle.com menjual tudung-tudung pilihan kamu pada harga yang sangat murah! Free shipping pulak tu!

Ape lagi~ Moh le ke QudwahStyle.com~ Sambil-sambil pilih tudung sambil beramal... :)

Masa ni saya pakai Tudung Akel 2 Tone Bercorak bidang 60" :)


Jadi Burung Pun Belum Tentu Bebas

paper cranes AGAIN by Liis Klammer

Orang selalu kata.

Nak bebas macam burung. Boleh terbang ke mana pun kamu suka. Tidak ada apa yang menghalang. Bila musim sejuk bakal menjelma, segera berterbangan ke kawasan panas. Bila musim bunga Sakura, boleh bertenggek di dahan-dahan pokok Sakura. Boleh makan di mana sahaja. Indah hidup sang burung.

Itu kata mereka. Itu pandang pertama mereka.

Padahal, hakikatnya jadi burung pun belum tentu bebas. Bila-bila masa saja burung yang terbang di langit biru bisa jatuh ke bumi. Andai sayapnya patah, andai terlanggar objek lain, dari sebesar-besar pesawat (mungkin perkataan terbaik adalah dilanggar) hingga sekecil-kecil biji batu (mungkin perkataan terbaik adalah dilastik), sampai situ sahajalah riwayat burung.

Ya, hidup di muka bumi Tuhan ada sempadan. Hidup beragama juga ada sempadan. Sedangkan burung pun tahu apa sempadannya bila musuh berada di hadapan. Dan sedangkan burung pun terikat dengan peraturan alam, yang lemah akan kalah kepada yang kuat, yang pemangsa akan menawan mangsanya, yang hidup pasti akan mati.

Peraturan alam yang dicipta oleh Tuhan.

Tuhan kita dan Tuhan burung.

Tuhan yang sama.


Monday, February 11, 2013

Senyum... :)

Senyum.

Senyum.

Senyum.

Itulah yang paling penting bila berkecimpung dalam dunia yang melibatkan kita dengan orang ramai. Biasanya dalam dunia perniagaan. Bila berhadapan dengan pelanggan, senyuman manis tu lah kunci yang mengikat hati-hati mereka.

Tak percaya?

Bila pelanggan yang penat bekerja datang untuk berurusan dengan kita, pasti rasa letih dia hilang melihat senyuman di bibir kita semasa melayan karenahnya. Dan boleh saja sekelip mata senyuman tu berjangkit, dia yang mulanya berwajah kelat tiba-tiba tersenyum kembali. Itulah kuasa senyuman.

Macam lagu Senyum tu, tau tak?

Tak susah pun senyum. Walaupun tersenyum menggunakan banyak otot muka, hakikatnya senyum tu satu pergerakan yang paling mudah bagaikan tersenyum. Haa, bukan bagai mengelipkan mata tau. Dah namanya tersenyum, bagaikan tersenyum lah kan?

Lagipun, senyum tu sedekah. Tak rugi kalau kita senyum. Orang tengok, hati pun senang. Tapi, jangan tersenyum menggoda pada bukan muhrim udah lah yee!


Mohon Muka Kecik-kecik Aje


Hari itu...

Dia: Akak, kawan akak tu... Macam tak pakai make up aje?

Saya: Ye ke? (Sambil menoleh ke pasangan pengantin yang satu lagi)

Dia: Aha, sebab yang belakang tu nampak jugak make up dia.

Saya: Mungkin kawan akak pakai nipis aje... (Senyum)

Dia: Macam tak pakai langsung, kak...

Saya: Dan mungkin juga suaminya tak nak isteri dia nampak macam orang lain... (Senyum lagi)

Dia: Ooo...


Hari ini...

Kina: Syukran akak! Sorry tak sempat nak jumpa dan salam-salam. Pijo tak perasan pun akak ada (kerana saya mengusik sama ada suaminya perasan saya ada apabila isteri yang cantik sudah berada di sisi). Hehe. Doakan kami ye. :)

Saya: Sah lah dia nampak Kina aje tu.. Hehehe... Insya'Allah dear... Akak minta izin masukkan satu gambar kamu berdua kat blog ye... :)

Pijo: Bukan nampak Kina sorang, tapi tak nampak Kak Sunah sorang aje. Keh keh keh. Terima kasih kak. Sebarang gambar mohon yang muka kecik-kecik aje ye...

Saya: Macam tu pun boleh ye? Hihihi.. Terima kasih jugak untuk makanan sedap-sedap di majlis kamu berdua.. :) Ok, Pijo.. Syarat diterima... Hihi..


Kala ini...

Alhamdulillah.
Baitul muslim terbina lagi.
Dan syaitan pun menangis lagi.
Sepasang orang hebat bersatu lagi.

Mohon Tuhan berkati mereka.
Suami yang begitu menjaga isterinya.
Isteri yang patuh kepada suaminya.
Moga bahagia sampai Syurga.


Mereka...

http://notakaki11.blogspot.com/
http://kinaizzati.blogspot.com/


Dan...

Gambar: Salmuh Che Harun

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair buat Umi Kalsom Yusof dan suami, Mohamad Qayyum Halele yang juga menyempurnakan separuh agama pada tarikh yang sama. Maaf tidak dapat hadir ke walimah kalian pada keesokan harinya (semalam). Doa yang sama juga buat kalian berdua... :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.