Bukan Rezeki

Pagi ni saya bersiap lebih awal dari biasa.

Niatnya hendak ke pejabat co-supervisor saya. Membantu mengemas pejabatnya yang baru. Tak adalah baru sangat, sebab sebelum ni dia pernah duduk kat pejabat tu. Janji dengan labmate semalam pukul 8.30 pagi. Tapi, sebelum pukul 8 pagi ni, dapat mesej dari labmate tu. Katanya, dia dan labmate yang seorang lagi saja pun dah boleh tolong kemaskan, saya tak datang pun tak ape.

Jadi, saya berhasrat nak ke klinik sebab tak sempat-sempat lagi nak pergi sejak terlepas angka giliran dua hari lepas. Sempat lagi saya singgah membeli nasi lemak kat simpang empat berhampiran rumah sewa saya. Nasi lemak kat situ memang sedap, harganya RM 1.30 sebungkus. Dan paling cepat habis seawal 8.30 pagi. Kiranya, rezeki saya lah hari ni siap awal, dapat beli nasi lemak yang diidamkan.

Lepas tu, saya masuk kampus. Bila dah nak sampai klinik kampus, tengok-tengok dari jauh dulu. Mak aiii, banyaknya kereta kat luar. Nampaknya hari ni ramai lagi orang ke klinik. Sama banyak keretanya macam dua hari lepas. Mungkin masih banyak mahasiswa baru buat medical check up lagi untuk pendaftaran yang bermula hari ni kalau tak silap saya. Jadi, saya kira bukan rezeki saya lah hari ni siap awal, tak dapat juga ke klinik seperti yang dirancang.

Ya, semua perkara dalam hidup ni, ada kaitannya dengan rezeki Allah. Rezeki bukanlah makanan dan duit semata-mata. Rezeki Allah tu merangkumi segenap kehidupan kita di dunia. Boleh jadi, dapat parking paling dekat dengan tempat kerja kita tu rezeki yang Allah bagi; boleh jadi juga dapat selesaikan semua kerja dengan cepat tanpa sebarang masalah tu pun rezeki yang Allah bagi.

Alhamdulillah. Bersyukur bila Allah kurniakan rezeki.

La Tahzan. Berlapang dadalah bila sesuatu tu bukan rezeki kita.

8 comments:

  1. tapi ada rzeki sunah kan...ada orang tempah kek karamel hehe

    ReplyDelete
  2. have a great day.. insyaAllah rezeki Allah nak bagi yg lain itu ada.. =)

    ReplyDelete
  3. =)...alhamdulillah for the rezeki..=)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...betul tu sentiasa la berlapang dada jika itu bukan rezeki kita...:)

    ReplyDelete
  5. semua org ada bahagian masing masing

    ReplyDelete
  6. Rezeki Allah ni luaskan. Bukan rezeki pasal duit jer, rezeki boleh datang dalam pelbagai car. Amboi ayat, pelbagai cara xD

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.