Minum Air Lemon

February 08, 2013

Lemon (sharingdisini.com)

Semalam saya beli lemon.

Sebelum ni pernah ada housemate yang rajin amalkan minum lemon awal pagi sebelum bersarapan. Dan Dr. Hamid Arshat pun cakap lemon baik untuk mencegah kanser dan menyembuhkan penyakit-penyakit lain. Selain baik untuk kulit, air lemon jugak boleh diamalkan kalau nak kurangkan berat badan.

Saya hiris aje lemon tu dalam 2 hirisan, masukkan dalam gelas dan tuang air panas. Biarkan air lemon tu suam dulu sambil pergi mandi, gosok tudung (je, sebab pakai jubah hari ni), dan bersiap-siap untuk keluar. Bila air lemon da suam sikit, saya pun mula nak teguk. Bau dan aromanya sedap sangat (macam la tak pernah minum sebelum ni kat kedai). Tapi bila teguk sikit, mak aiii!

Pahit.

Patut lah lemon baik untuk kesihatan. Dah rasa macam minum ubat.

Tapi seriously, lepas je minum beberapa teguk, rasa bersih salur kerongkong yang sebelum-sebelum ni asyik dilanda batuk aje. Badan pun rasa lebih segar dari selalu. Alhamdulillah.

Itu salah satu rahsia alam yang Allah bagi kat kita kan? :)

You Might Also Like

6 Comments

  1. kmk pun ngamal aik lemon tok.. tapi kmk pakei sehiris jak.. hehe..

    ReplyDelete
  2. bestkan pakai jubah, tak payah nak gosok2.. hehe..

    kulit lemon tu pahit ek, hehe.. tapi ada campur kelat getah sikit, betul tak?

    ReplyDelete
  3. berkhasiat juga ye lemon ni..

    kalo leh hilang batuk bagus la

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya minat dengan penulisan awak. Boleh minta tolong, awak hubungi saya di qudwah.hasanah2012@gmail.com ?

    Kami berminat untuk berbincang tentang pengiklanan berbayar jika awak sudi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com