BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, February 12, 2013

Pilih-pilih Tudung... Tudung Akel Best!

Sape yang pakai tudung kat sini?

Selalunya kamu-kamu yang bertudung ni pilih tudung yang macam mana ek? Shawl? Tudung instant? Selendang? Tudung bulat? Tudung segitiga?

Yang pasti, setiap yang pakai tudung ni mesti ada citarasa memasing dalam memilih tudung yang nak dipakai kan? Ye la, masing-masing tau dah tudung mana yang sesuai untuk bentuk muka memasing. Ada yang sesuai lilit-lilit shawl, ada yang sesuai pakai tudung segitiga aje. Kalau yang susah sikit nak bentuk, terus tobat takmo pakai dah lepas tu. Bergelombang katanyeee kannn~

Bagi saya sendiri, sekarang ni saya gemar pakai tudung segiempat jenama Akel bidang besar yang 2 atau 3 tone. Tudung Akel kainnya lembut, ringan dan tak melekap. Saya suka yang ada tone sebab boleh masuk banyak kaler baju yang saya pakai. Dan bagi saya, tudung ni senang sangattt nak iron! Dah tu, senang pulak nak bentuk bila da letak kat kepala. Hihihi.

Sekarang ni, memang susah kalau nak cari tudung-tudung segiempat bidang besar kat kedai-kedai. Yang banyaknya adalah tudung instant, shawl dan selendang. Kalau ada pun tudung-tudung segiempat, dalam kuantiti yang sangatttt sedikit pilihannya. Kualiti pun tak seberapa. Kita pun rasa tak best sebab tak banyak pilihan.

Tapi jangan risau, dah banyak dah kedai-kedai tudung online sekarang ni. Tu lah cara paling senang nak cari tudung-tudung jenis bidang besar dan banyak pulak pilihan. Salah satunya QudwahStyle.com. Kat sini memang banyak jenis tudung dalam bidang besar dijual. Kalau suka fabio, ada kat QudwahStyle.com. Kalau suka tudung instant awning, ade kat QudwahStyle.com. Kalau suka tudung segiempat punnn ade kat QudwahStyle.com. Pendek kata, macam-macam ada kat QudwahStyle.com.

Dan yang paling bestnya, QudwahStyle.com menjual tudung-tudung pilihan kamu pada harga yang sangat murah! Free shipping pulak tu!

Ape lagi~ Moh le ke QudwahStyle.com~ Sambil-sambil pilih tudung sambil beramal... :)

Masa ni saya pakai Tudung Akel 2 Tone Bercorak bidang 60" :)


10 comments:

Rossa Calla said...

Fareeda paling famous...

maria firdz said...

suka tudung bawal bidang labuh.. tapi sejak ada ank kena ubah style.. tudung awning atau ready made je.. cepat.. sarung je..

salam kenal dan follow:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com

نورعيم said...

kita dah jangkit dgn akak dah. hihi.

Fasihah Supian said...

hehee..angah dah start dah....

Iffah Afeefah said...

ah mmg boleh meniaga la akk ni

omey2nye org y bertudung mrh tu

untungla cerah

pakai wane pe pon xpe ehh

Fadilah Aziz said...

Dah jalan2 kat Qudqatun Hasanah..memang cantik2 tudungnya:)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sy tak tau pasal tudung...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

akak punya ker shop tu?

#pandaicariduitnakkawen ;P

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

akel mmg terbaik. dh dapat 1, puas hati :) btw, asalkan dapat labuh menutup dada... tu yg jadi pilihan. Instant tak pilih, sebab muka bulat jd tambah bulat. then kebanyakan pendek. So, safe pilih pashmina. Panjang, labuh dan tebal :)

Baiyah said...

saya stuju ngan sis..
Saya memang suka dengan tudung Akel ni..yang penting ia senang dibentuk dan tak jarang. Walaupun org kata tudung ni licin tp bagi sy ok je..dan tak remeh bila nak pakai..sekejap je dh siap..hihi..
salam kenal :)

https://www.facebook.com/PakaianMuslimahBergaya

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.