Thursday, February 28, 2013

Suami Aku Ustaz

Saya belum kahwin.

Dan saya tak ada suami yang bekerja sebagai ustaz. Tapi adik saya yang ada novel bertajuk Suami Aku Ustaz tu. Karya Hannah Dhaniyah. Rasanya dia ni student UTM yang berasal dari Pontian je. Sebab banyak latar dalam entri ni sekitar UTM dan Pontian. Eh, memandai aje kan?

Hehe.

Memula dulu, takde la berminat nak baca novel-novel ni. Sebab da lama tinggal baca novel. Masa adik cari novel ni tak lama dulu, tanya jugak dia. Best ke? Dia kata, kawan dia kata, best. Kakakecik pun pernah review novel ni tak lama dulu. Tapi malas nak cari balik entri tu untuk linkkan ke sini. :p

Balik rumah kali ni, nampak novel ni kat atas meja tempat novel-novel bermaharajalela. Ambik, baring atas katil, bukak, belek, belek, belek... Hurmmm... Macam best ajeeeee! Terus baca sampai hari ni. Hohoho. Ok, 3 hari nak habiskan. Maaf lerr, tak sekencang dulu dah.

Ape yang saya dapat dari novel ni sangat banyak. Bagus. Ade part tertentu yang buat kita muhasabah diri, muhasabah amal sendiri, bila penulis sentuh bab-bab amal dan ibadah kita kepada Allah. Ye lah, dah si Alisa tu dapat suami ustaz, of course lah banyak tazkirah dan nasihat dalam ni tentang Islam kan? Dan ada jugak part tertentu bab mendidik anak-anak yang betulkan balik cara fikir kita tentang cara-cara nak membentuk diorang jadi anak soleh dan solehah.

Paling terpaling menarik tertarik sangat, part Alisa yang suka tengok cite Korea, then dia tanya suami dia, Ustaz Hafiz, sama ada dia ok ke tak kalo Alisa tengok cite Korea ni. Kot la kan suami dia tak suka ke. Kena la dia ubah tabiat tu walaupun confirm susah dia nak tinggalkan. Ustaz Hafiz cakap, kalo dia tak suka pun, boleh ke Alisa nak tinggalkan? Hah! Pandai-pandai lah Alisa nak jawab sendiri dalam hati kan?

Cumanya, Ustaz Hafiz ada cakap... Tengok aje la cerita Korea tu. Tapi, jangan lupa ambil yang baik-baik dari cerita tu walaupun ada lebih banyak buruknya, contohnya macam mana berkasih sayang dengan keluarga dan macam mana mematuhi suami. Dan sambil-sambil tengok tu, bandingkan juga cara hidup diorang dengan kita yang Muslim ni. Ha, macam mana?

Hurmmm... Betul jugak cakap Ustaz Hafiz tu, dan bukanlah itu sebagai bendera putih tanda 'kebenaran' untuk taksub dengan drama Korea, okay? :)

13 comments:
Write Comments
  1. akak pun dsh baca...skrg novel tu ada kat adik di ukm

    ReplyDelete
  2. @aDisH.sHidA

    lepas ni nak baca Aku Bercerita lak..hihihi

    ReplyDelete
  3. wahh mmg best sngt

    suke

    suke

    mmg bnyk pngjaran =)

    dan dpt suami ustaz xdela teruk sngt rasanye =='

    ReplyDelete
  4. Hehehehe. Kmk dh lamak x baca novel. Since dh arissa lahir. X ckup ms. N even now, kmk cuba guna ms yg ad utk bc buku ilmiah. Ya pn x abis2. Haha.

    ReplyDelete
  5. teringat plak novel Jaja & Din..comelllll..

    ReplyDelete
  6. kawan2 semua ckp best,ni tergerak nak baca ni cewah

    ReplyDelete
  7. ritu baca online je, xdak feeling abeskan sbb kena pegang novel jugak kat tgn hihi. tpi mmg best!

    Maila tengok blazer jacket tops murah3! Like la page eh tq :)
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.148050865357176.34568.138568666305396&type=3

    New post! Jacket blazer cardigan tops murah3! :)
    http://mencarisyurgailahi.blogspot.com/2013/02/murah-jacket-blazer-cardigan-tops-trend.html

    ReplyDelete
  8. sampai sekarang xbaca lagi novel ni ~ dulu baca kat blog je

    ReplyDelete
  9. Menarik ni..nnt nk pi cari la..:)

    ReplyDelete
  10. baca kat egypt online masa tu, balik mesia terus beli novel tu terus! haha best sangat! :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com