BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, March 31, 2013

Akhirnya Mereka Bertemu Juga

Nampak tak bebi froggy da semakin kurus sebab rindukan budak pink ni... =.="

Akhirnya kawan baik ni bertemu jugak!

Penat mencari untuk bebi froggy yang merengek-rengek nak jumpa budak pink ni. Ke sana-sinilah tuan bebi froggy merantau. Pernah berkirim pesan kepada rakan blogger yang nak ke Padang Besar, tapi akhirnya hampa sebab budak pink ni tak ada kat sana.

Hari tu, masa makan tengahari kat Bandar Baru Uda, nampak budak pink saiz kecik yang jenis untuk letak dalam kereta kat situ. Teruja. Tapi masa tu tak terfikir nak bawak balik. Nak tanya pendapat bebi froggy dulu. Hurm, bebi froggy macam dalam dilema lah pulak bila ditanya. Tak ada kata putus. +_+

Semalam, masa kat KSL City, tetiba terjumpa betapa banyaknyaaaaaaa budak pink ni kat situ. Mak ai, senangnyaaaa nak cari kat sini. Banyak pulak tu!! Ada dalam dua tiga kedai yang bagi penginapan sementara kat budak pink ni. Sebab dah terjatuh hati sangat-sangat walaupun kepala dia tak berapa nak sempurna (sebab teleng sikit - mungkin budak pink ni dulu makan leher ayam masa nak dekat-dekat kenduri kawen), ape lagi. Memang dah tak bertanya lah kat bebi froggy lepas tu.

Bawak terussss balik rumah.

Sebab tuan bebi froggy yang nak sangat Pink Panther ni! :p


Saat-saat Terakhir

Alhamdulillah.

Saat-saat terakhir dalam menyiapkan segala benda setelah hampir tiga tahun bergelumang dengannya. Benarlah kata orang, kalau kita bersungguh nak dapatkan sesuatu, dengan izin Allah, perkara yang sukar pun jadi mudah.

Bukannya susah sangat pun nak siapkan thesis research bila semua benda yang patut ditulis dah ada. Yang susahnya tu bila nak mendapatkan kerajinan dan mood menulis. Kalau memang malas dan tak ada mood lagi, sampai ke sudah lah thesis tu tak siap. Serius, bila fikirkan balik masa tengah menulis thesis minggu lepas rasa macam menyesal tak siapkan awal-awal.

Mungkin sebab tak ada trigger.

Sebab kadang-kadang trigger ni lah yang buat kita bersungguh-sungguh nak siapkan. Itu lah pesan labmate saya yang bakal viva 11 April akan datang. Sementara dia berpesan kepada saya tentang penulisan thesis, dia pula mendapat tips tentang menghadapi viva.

Sambil-sambil tu, saya pun tumpang lah sekali ambil tips.

Nanti kan, insya'Allah nak viva juga.

Doa-doakan.


Friday, March 29, 2013

Seandainya...


Seandainya...

Setiap yang berlaku akhir-akhir ini, teguran dariMu untukku ya Allah...

Atas segala kekhilafan hambaMu yang hina dan kerdil ini...

Jadikan aku hamba yang redha, yang kuat, yang terus-terusan sayang, rindu, dan cinta hanya kepadaMu...!



Thursday, March 28, 2013

Berhenti Memandu

Sampai ke hari ni.

Sejak binatang tu gigit, habis lenguh kaki kanan. Sakit masih terasa sampai sekarang. Kena berdiri sekejap-sekejap kalau duduk lama, nak bagi hilang lenguh. Kalau kaki terlipat lama, nak luruskan balik, confirm terasa. Terasa apa, tak tau nak describe.

Masa solat, nak sujud, apatah lagi. Kena slow down belah kanan, sebab sakit sangat. Entah kenapa la sampai macam tu sekali, tak tahu lah. Dah memang penangan dia macam tu kot no? (Google pun, memang kesan dia seteruk tu, macam orang kena suntik jarum aje, tapi ni lagi teruk sampai berhari-hari).

Dan memang confirm sangat-sangat, driving lama akan menimbulkan rasa sakit.

Sebab pelipat kaki tersentuh kerusi pemandu masa tekan-tekan minyak dan brek. Alahai, nampak gaya kena slow down driving dulu beberapa hari. Kalau nak ke mana-mana, mungkin perlukan pemandu agaknya?

Siapa sudi? =.="


Wednesday, March 27, 2013

Tak Terurus Sudah

Tak terurus.

Itu agaknya yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni dalam satu dua minggu ni.

Mungkin sebab tengah bertungkus lumus menyiapkan thesis sampai ni nak masuk 5th draft sebab nak submit dalam minggu ni jugak, semua benda lain jadi tertolak ke tepi. Kadang-kadang berjaga juga sampai dua pagi nak edit benda yang detail macam space dan titik noktah je pun. Dan kerap kali masa tidur terganggu sedikit akhir-akhir ni sampai bangun pagi pun da tak macam selalu.

Makan pun jadi malas. Sampai kan bila dah lapar dan rasa lemah sangat baru lah sedar diri, rupanya tak jamah nasi dua hari. Sampai lah mak yang telefon setiap hari pun cakap, "nanti kurus baru tahu."

(Mak, badan saya da naik!!! Cukup-cukup sudah!)

Bila masa dah tak cukup untuk semua benda, memang banyak lah yang tak terurus. Sedangkan masa untuk baking buat tempahan pun terpaksa ditolak sebab nak rehat cukup setelah beberapa hari tak cukup rehat. Tapi dengan syarat, kena bangun awal-awal pagi untuk buat tempahan yang ditunda tu. Dan blog pun dah terbiar sebab tak sempat nak update ape-ape. Cerita Terengganu pun terpaksa disenyapkan je.

Kadang-kadang jugak jadi moody. Cepat je mood naik turun dalam masa-masa macam ni ek?

Rasa sedih sangat-sangat. Tapi cepat-cepat cakap kat diri sendiri, tak ape, kejap je ni. Tak lama lagi semua akan kembali normal. Sikitttt lagi!


P/S: Dan maaf, pada mereka-mereka yang terkena tempias dengan ketakterurusan ini.


Monday, March 25, 2013

Meriahnya Terengganu


Meriah!

Sungguh!

Rasa bersemangat pulak datang Terengganu bila tengok sepanjang jalan penuh dengan bendera-bendera parti politik. Terkejut pun ada juga. Dah macam musim berkempen pulak.


Kalau driving hampir tengah malam pun, tak rasa risau sangat. Sebab ada pemuda-pemuda dari kedua-dua belah parti ni duk berjaga kat pondok masing-masing. Diorang of course lah nak jaga bendera kan, tapi kita pun rasa selamat jugak bila meredah kampung, tak ada lah gelap gelita dan sunyi sepi sangat.

Yang paling best, kat Pantai Kemasik masa nak balik ke Johor.

"Tengok tu, bendera BN atas batu besar tu!!"

"Batu besar kat sebelah tu pun ada bendera PAS..."

Rasa macam masing-masing berusaha nak tarik pengundi dengan cara masing-masing. Tak ada kes kau-letak-bendera-aku-cabut, tapi semua jenis kau-letak-bendera-aku-letak-bendera-juga. Dari mata orang luar yang datang dari jauh ni lah.

Kalau masa belum berkempen pun dah meriah macam ni, agak-agaknye lah kan, musim kempen nanti mesti lagi penuh jalan raya!


P/S: Banyak lagi nak kongsi sepanjang permusafiran ke Terengganu selama dua hari blog ni sunyi sepi. Nanti kita cerita lagi ye!


Thursday, March 21, 2013

Sedangkan Mulut Lagi Tergigit

Sakitnya bila tergigit dinding mulut sendiri.

Eh, peliknya ayat tu. Takkan dinding mulut orang lain pulak. =.="

Orang kata, kalo tergigit lidah or ape-ape yang berkaitan dengan isi dalam mulut tu (isi kat sini, bukan makanan), maksudnya ada orang tengah mengata kita kat belakang. Ye ke? Hamboi hamboi hamboi~~~ Sape la ye yang tengah semangat mengata saya ni sampai dua tiga kali tergigit dinding mulut.

Sakit tahu!

Kemain, entah-entah salah dia jugak yang makan gelojoh sangat. Bahahah!

Malam ni, makan roti sapu planta ajeee. Bukan diet ye, tapi berjimat-cerematttt sebab dua hari lepas da makan malam terlampau mewah dua hari berturut-turut. Rasa melampau dan menyesal sangat. Sob sob sob. T_T

Dan lepas ni mungkin kena lebihhh lagi berjimat ceremattt sebab nak berjalan jauh ke Pantai Timur di hujung minggu! Weehuuuu~


P/S: Dah gi klinik akhirnya, doktor cakap, bukan resdung, tapi memang alergi! T_T


Wednesday, March 20, 2013

Pure Marine Collagen Lah Pulak!

Rajin lah pulak amek pure marine collagen (PMC) sekarang ni.

Errr.

Sebelum ni, dengar aje dari mulut-mulut orang. Then, nampak jugak kat Facebook, kawan-kawan duk post pasal PMC ni. Ade jugak antara kawan-kawan Facebook dan kawan-kawan Blogger yang jadi pengedar PMC masa tu. Tapi buat dek je time nampak post-post tu sebab tak faham. Dan tak nak faham pun masa tu. Maksudnya, tak ada hati nak amek tahu ape kebendanyalah PMC ni.

PMC kering yang baru sampai dari Semporna

Tapi bila gi umah Kak Ayu Citarasa Rinduan buat pertama kali dulu, tu lah kali pertama saya mengenali betul-betul PMC ni ape. Blur bila mula-mula Kak Ayu tanya, Sunah tak jual ke PMC? Kat tempat Sunah kan dekat sangat dengan stok PMC ni?

Ha??? Tempat saya? Tak pernah dengar pun? Owh, rupanya dari Sabah. Bukan Sarawak, lah!

Then Kak Ayu pun cerita lah khasiat-khasiat PMC ni. Baik untuk kesihatan dalaman dan luaran badan, terutama untuk wanita. Secara umumnya, PMC ni boleh mencerahkan kulit muka dan badan, menggebu serta menganjalkan kulit, menghalang tanda-tanda penuaan, menyihatkan organ dalaman badan, sebagai anti bakteria dan anti jerawat, agen detoksifikasi, mengelakkan masalah jantung, mengawal berat badan, menyeimbangkan tekanan darah (bagus untuk pesakit darah tinggi), awet muda, menguatkan sendi badan, merawat kencing manis, dan lain-lain lagi.

PMC selepas dibasuh, direndam semalaman dan dibasuh lagi

Terlalu banyak rupanya khasiat PMC ni disebabkan ia adalah rumpai laut yang asli, tanpa campuran apa-apa bahan kimia. Bila saya tengok rupa PMC yang Kak Ayu da siap buat, rasa pelik dan hairan. Macam agar-agar lah pulak. MIL Kak Ayu suruh hidu. Ada bau pandan dan bau macam masin-masin. MIL Kak Ayu cakap, ada bau pandan sebab Kak Ayu rebus dengan daun pandan. Owh!

PMC yang siap direbus selepas 30 minit dan akan disejukkan dalam peti ais menjadi agar-agar

Dan cara guna dia, just makan di awal pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur di waktu malam. Memang agak hanyir dan rasa macam makan ikan, tapi bila campur dalam air oren Sunkist atau dengan benda lain, tak rasa apa dah.

Sarapan pagi PMC bersama Oligo!

Bila tanya Kak Ayu, apa rasa lepas ambil PMC, dia kata alhamdulillah kulit da makin halus dan parut jerawat kat muka da makin hilang. Disebabkan Kak Ayu bekerja di restoran, sejak amalkan PMC, da kurang sikit rasa penat-penat bekerja berbanding dulu.

Subhanallah, sampai macam tu ye nikmat yang Allah bagi dari sumber alam semulajadi ni. Kita je yang susah-susah nak cari benda lain, malah ada yang amalkan syirik (susuk) untuk nampak lebih dari orang lain. Nape lah tak gali khazanah alam yang Allah dah kurniakan sejak kita belum lahir lagi ke dunia. Bukan ke itu lebih baik daripada kita mendustakan nikmat Tuhan yang begitu banyak untuk kita, kan?

Mekasih kepada Blogger Wirda yang bagi saya rasa macam mana amalkan PMC ni. Hee! Sape-sape nak try, boleh contact Wirda tau!

Dan untuk kawan-kawan area Johor yang ingin mencuba PMC ni, boleh contact saya di FB atau jenguk sidebar Selera Sakura ye! ;)


P/S: Menaip sambil bermasker PMC. Gi cuci dulu, bye!


Monday, March 18, 2013

Laungan Cinta



Aku impikan cinta lagi,
Adakah akan hadir sebuah laungan cinta?

Verse 1
Dan bila mata aku melihat kesakitan yang tersimpul dihatimu,
Yang tak mampu untuk kau selindung itu,
Sesungguhnya aku terluka dengan kesedihan yang datang,
Beratnya dugaan yang kau hadapi .. oh.

Chorus:
Hadirlah wahai cinta,
Moga hilangnya sengsara,
Usah ditangisi ia,
Lukamu kan pulih jua
Hulurkan tanganmu,
Bernafaskan rasa rindu,
Percaya pada yang satu,
Bergema hanya laungan cinta,

Bridge 1
Aku impikan cinta lagi,
Adakah akan hadir sebuah laungan cinta?

Verse 2
Dan bila ku melihat sakitnya yang kau rasa,
Denyut pedihnya kurasa bersama,
Andai tiada bertepi penyeksaan ini,
Laungkanlah suara cinta,
Andai tiada bermaya,
Pasti kan menjelma ketentuan dari yang kuasa

[Ulang Chorus]

Bridge 2
Walaupun hujan seakan tak henti,
Sabarlah menanti pelangi,
Kan tumbuh mekar bunga-bunga syurga,
Bahagia selama-lamanya

[Ulang Chorus] x2

Tajuk Lagu/ Song Title: Laungan Cinta
Artis/ Artist: Voice of Men
Album/ Info: Spectrum 2013 / Composer Fathul Voice of Men & Damian Mikhail, Lyrics Voice of Men / ℗ Platinum Studios

Menarik kan lirik dia? Laungan Cinta. Lagu baru Voice of Men, lirik dari Voice of Men juga. MV kat atas ni teaser kedua untuk lagu ni setelah teaser yang pertama keluar sebelum ni kat SINI.

Sekali tengok teaser yang pertama tu dulu, rasa macam tengok MV Day by Day T-Ara Dance Version tapi ni versi lelaki. =.=" Sebab? Sebab diorang duduk kat kerusi-kerusi besar tu. Hahaha! Ehhhh! Heharap composer lagu ni tak mengamuk bila baca review ni. :p

Oh, lagi satu! MV penuh akan keluar pada 1 April 2013. So, tunggu ye! :)

Untuk tahu lebih lanjut tentang aktiviti Voice of Men akan datang, boleh lah jenguk-jenguk fanpage diorang kat FB. :)

All the best kawan~


Sunday, March 17, 2013

Jaga Hati-hati Ini


Ya Allah...
Jagakan hatinya...
Dan jagakan hatiku juga...
Ameen....


Bila Dah Lama Tinggal

Bila dah lama tak buat, hasilnya mesti tak berapa nak okay.

Of course tak memuaskan hati.

Mungkin sebab dah ingat-ingat lupa cara yang pernah dibuat dulu bila jadi benda yang sama. Ye, mungkin dulu pernah jugak tak berapa nak berhasil. Then cuba lagi buat sampai berhasil. Dah. Stop sampai situ aje. Lepas tu tinggal lama-lama sampai lupa.

Sekarang bila nak buat balik, dah jadi kekok nak buat. Dan hasilnya? Hurmmm. So-so aje. Kesilapan lama berulang lagi. Kan dah membazir waktu, tenaga dan kalau benda yang dibuat tu kek coklat, semestinya membazir juga bahan-bahan yang dibeli.

Alahai. Ni dah buat kali kedua dah ni. Lepas tu memandai pulak tukar cara bakar. Konon-konon nak buat double boiler bagi lagi moist, terus tak masak jadinya dalam tempoh masa yang ada. Kena lah bakar balik. Dah memakan masa yang lebih lama dari sepatutnya.

Memang sengaja beli bahan-bahan lebih untuk spare, takut jadi benda-benda macam ni lah. Takut tak berapa jadi. Dan takut kalau-kalau menjadi, ada yang nak order juga. So, bahan-bahan memang ada. Kiranya ada lah peluang untuk betulkan bila dah tersilap.


Macam kata-kata dalam gambar tumblr ni kan?

Harap-harap menjadi lah yang dah masuk dalam peti ais tu. Kalau tak ok juga, tak mahu lah buka tempahan.

Huhuhu.

Lepas ni nak melapis pulak. Jangan tak jadi sudahhh, sebab dah lama jugak tak melapis. Tapi rasanya melapis lagi senang daripada buat kek coklat!

Ehhhh! Mesti ada yang tak setuju!


Saturday, March 16, 2013

Rindu Bertamu di Old Town White Coffee...


Alhamdulillah.

Lama sangat tak jumpa diorang. Bila nak keluar rumah tadi pun, dah rasa sebak dalam hati. Rindu yang teramat sangat! Tersangat lama tak bersua muka dengan diorang walaupun tiga-tiga duduk Johor sekarang ni. Nampak sangat masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

Bila dah jumpa, banyaknya cerita yang keluar. Lagi rasa sebak sebab tak lama lagi salah seorang dari diorang dah nak mendirikan masjid Jumaat ni. Subhanallah! Sempat juga menemani bakal pengantin tu beli barang-barang sikit untuk walimah dia.

Dan bila bakal pengantin tu hantar saya balik ke rumah tadi, lebih rasa sebak. Rasanya itu pertemuan terakhir kami sebelum dia bergelar isteri orang. Isnin ni dia dah nak balik ke Terengganu untuk persiapan majlis. Memang dah tak bertemu lah nampaknya. Kecuali pada hari majlis nanti.

Insya'Allah, Yana... Orang akan ke walimah di Terengganu nanti. Tunggu tau! :')


P/S: Balik rumah, perut rasa tak selesa dan tekak rasa loya. Allahu!


Kalau Dah Namanya Kookie!


Sebab tu lah agaknya dulu nak letak nama dia ni Kookie.

Da macam Kim Jong Kook dalam Runningman tu.

Kuat sangat membulinya. Habis adik-adik dia kena sepak terajang, gigit sana-sini. Kesian Dora dengan Jamie, sampai terjerit-jerit kena buli.

Tapi last-last, bila Kookie rasa bersalah, dia minta maaf elok-elok juga.

So sweet!

Memang Kookie!

Tapi Kookie dalam Runningman tak kuat membuli tau!

Dia sangat baik (dan ensem dan taff)! *muntah ijo* :p


Jadi Tak Jadi Aje

Selalu macam ni.

Memula nak beli. Lepas tu tak jadi. Then dah confirm dah nak beli. Lama-lama, tak jadi balik. Rasa macam tak perlu lah buat masa ni. Ada benda lain yang lagi perlu.

Asyik-asyik kan cakap pasal ni?

Maksudnya memang asyik-asyik fikir pasal ni la tu, sampai banyak kali dah tertulis dalam blog ni ha. Errr.

Tak pe lah. Baik simpan je duit tu untuk benda lain.

Rasanya lebih perlu beli charger baru untuk laptop dan barang-barang buang air untuk anak-anak Mulan. Bekas pasir yang lama dah tertinggal kat rumah sewa lama. Kena cari yang baru lah nampaknya. Nak latih diorang membuang dalam pasir tu dulu sebelum diorang membesar dan pandai membuang dalam toilet macam mama diorang.

Then kena rancang lagi bila umur diorang da masuk 4-5-6 bulan, da kena vaksin. 3 ekor tuuu! Darab lah RM27 (klinik kerajaan je). Aigooo. Sebab tu lah orang cakap bela kucing ni lagi mahal dari bela manusia. Erk!

Simpanan masa depan pun perlu juga.

Cukup-cukup sudah.


Thursday, March 14, 2013

Lipat-lipat Kain Cotton


Ni bukan iklan coklat dari Langkawi okay?

Hehehe.

Sebenarnya tengah lipat-lipat kain baru kat kedai. Banyak sangat berkotak-kotak. Sambil-sambil tu, ade customer datang. Diorang pun excited juga nak tengok kain-kain baru. Maka, diorang pun join la korek-korek kotak sekali dengan kitorang. Hahaha!

Nak tengok kain-kain baru kat Benang Hijau Collections cawangan U-Mall Skudai? Moh le kita belek-belek gambar kat bawah ye~~~




Ni yang tergantung.

Yang tengah lipat-lipat tu ada lagi haaa.

Baju kurung moden baru pun ade banyak. Saya da rembat satu yang kekonon sweet. Errr!

Nak tengok baju kurung baru, meh la datang Benang Hijau Collections! :)


Rezeki Murah

Alhamdulillah.

Rezeki melimpah-ruah Allah bagi.

Makin ramai yang menempah kek di Selera Sakura. Makin ramai yang minat makan kek karamel. Kek sihat yang manisnya pada karamel aje, pada keknya bagi Iffah Afeefah, "kenapa tawar ni?" Kek yang kalau dimakan sejuk-sejuk, sangat enak pada anak tekak. Customer kata, macam makan aiskrim. Hehehe.

Rasa bahagia, bila makin ramai jugak yang mencuba resepi kek karamel ni. Dah macam-macam versi dan macam-macam rupa jugak. Pelangi pun dah ada sekarang ni macam Kakakecik buat. Sebelum ni dah pernah buat, tapi tak buat entri pun sebab tak nampak dalam gambar bentuk pelanginya selagi tak potong. Kenapa tak potong? Tu customer punya. Mana boleh potong! Hehehe. Lenkali insya'Allah. :)

Dulu ingat nak buat time bulan puasa dan raya je, akhirnya Allah takdirkan sampai sekarang pun bisnes ni berjalan. Alhamdulillah, tak pernah putus rezeki yang Allah bagi. Murah sangat-sangat. Tambahan lagi, bila kita selalu berbicara dengan Dia untuk minta murahkan rezeki kita. Supaya nanti, boleh kita kongsikan rezeki kita dengan orang lain, insya'Allah.

Rezeki murah sebab Allah Maha Pemurah, kan? :')


Wednesday, March 13, 2013

Bila Kain Baru Sampai

Bila kain baru sampai kat kedai Benang Hijau Collections, semua jadi sibuk.

Semua muka ketat. Memula je gembira dan happy sebab tengok kain cantik-cantik. Siap berebut-rebut lagi kononnya kain baru yang cantik-cantik tu dia yang punya. Padahal berangan je. Nak belinya kena fikir bebanyak kali dulu. Hehehe.

Lama-lama bila kain dah makin berlambak depan mata nak lipat, tag dan gantung, semua makin ketat mukanya. Dah start senyap dan buat hal memasing. Kalau jawab soklan antara satu sama lain pun macam nak tak nak aje. Pasal semua da penat agaknya. +_+

Ni tak habis lagi ni, esok sambung!


P/S: Tak berpeluang amek gambar sebab lupa bawak kamera! Esok, ye!


Tuesday, March 12, 2013

Panas Melampau

Panas.

Terlalu.

Siang-siang merangkak ke petang, rumah sewa baru kami memang panas. Kadang-kadang sampai ke malam, panasnya berbahang. Yang paling saya kasihan, si Mulan dan anak-anaknya. Dah berpindah-randah beberapa kali. Daripada bilik baju awal-awal dulu, ke bilik study bawah meja saya, kemudian hari ini saya jumpa Mulan dan anak-anaknya di bilik solat pula. Mungkin mereka pun rasa panas.

Siling dan atap rumah sewa baru agak rendah. Rasanya rumah area jalan yang ni memang semua bersiling rendah. Kalau mandi petang, dari awal mandi sampai ke habis mandi pun air panas. Lambat beransur sejuk. Istilah mandi 3 - 4 kali sehari kalau panas, dah tak relevan kalau nak guna dalam konteks rumah sewa sekarang ni. Agaknya sebab itulah tuan rumah dulu mahu bertukar rumah dengan kami. Sebab rumah sewanya yang ini panas untuk dia dan keluarganya duduk.

Dah tak tahu sebenarnya nak buat apa. Nak pindah rumah sewa lain, susah nak mencari sekarang ni. Tambahan pulak nanti nak kena kemaskan barang-barang lagi kalau pindah. Banyak kerja pulak.

Sesiapa ada cadangan tak, macam mana nak kurangkan udara panas berbahang di rumah bersiling rendah?

Tak tahu sampai bila boleh bertahan.


P/S: Ya, api neraka memang lebih panas.


Susah Juga Bila Dah Bertambah Berat

Susah juga ya.

Dulu, bukan main lagi nak tambah berat badan. Risau sangat sebab memang tak cukup BMI. Apatah lagi bila orang duk perli dan sindir sambil ejek-ejek sebab severely underweight. Sape lah yang tak terasa hati bila benda yang sama duk dikata oleh orang-orang yang berbeza.

Sama okay situasi dengan orang yang overweight.

Maka, dengan sebab itulah, lalu berusaha untuk tambah berat badan. Nak bagi ideal dan sihat. Entah macam mana lah tak tahu, dalam tak sampai setahun, jujurnya kalau orang tanya berat badan saya sekarang, saya gitau dah bertambah 10 kg.

Ini seriussss~~~

Bila dah bertambah ni, ada pulak lah orang cakap "eh, muka kenapa da bulat?", "pipi da macam pipi ikan emas", dan macam-macam lagi. Tapi tak ramai la cakap camtu. Ramainya yang tumpang gembira sebab saya dah nampak lebih berisi, dah sihat diorang kata. Alhamdulillah.

Tak kurang juga yang kata, hati bahagia ye? Sebab tu berat naik!

Ye ke?


P/S: Dalam itu, tetap ada kerisauan dengan berat yang naik mendadak. Baju tak muat!


Monday, March 11, 2013

Mungkin Kerana Mata...

Entah kenapa ya?

Hari ini saya teringat-ingatkan dia. Segala tutur katanya terngiang-ngiang di telinga saya. Caranya memandang saya masih terbayang-bayang dalam fikiran hingga ke saat ini. Walaupun hanya seketika cuma kami berbicara tatkala bumi Johor menangis ditimpa hujan petang.

Dan sepasang matanya lah yang menyentuh halus ke sanubari saya kala ini.

Mungkin inilah kata orang, dari mata turun ke hati. Dari sepasang mata saja, boleh mengalirkan aura cinta dan sayang. Dari sepasang mata saja, hati kita boleh menilai kejujuran dan keikhlasan. Dari sepasang mata saja, hati boleh tertarik untuk mengenali. Dari sepasang mata itulah, Allah kurniakan nikmat yang tidak terhingga.

Allahu... Hanya dari sepasang matanya saja yang buat saya rindukan dia.

Dan saya kesal, tidak sempat untuk lebih mengenalinya.

Sedang dia ada begitu dekat dengan saya dalam tiga hari lepas.

Sungguh, saya rindukan dia.

Gadis berniqab.

Moga Allah merahmatimu.


P/S: Kerana kadang-kadang Rasulullah s.a.w kata, akhlak dan peribadi kita juga adalah dakwah.


Saturday, March 9, 2013

Diorang Dah Breakfast!



Bestnya.

Diorang da breakfast da.

Tuan diorang belum lagi. Haishhh.

Nak keluar jap gi dan beli ape-ape kat luar je.

Terus ke Karnival Mahabbah IKIM.fm kat Plaza Angsana.

Tak sempat nak masak ape-ape!


Friday, March 8, 2013

Untuk Ibu-ibu Yang Nak Menyusukan Anak-anak

Bizinya hari ni.

Pagi tadi ke Maybank, alhamdulillah setelah hampir 26 tahun hidup kat dunia ni, barulah nak bukak akaun Maybank. Orang lain dah berMaybank2u berkurun-kurun, saya masih jugak setia dengan CimbClicks kalau buat internet banking.

Alahhh, sama aje dua-dua!

Ok, ok! Saya akui. Kebanyakan yang dah bekerja sekarang ni guna Maybank. Sebab majikan bayar gaji, masuk Maybank. Tambah pulak, banyak yang buat perniagaan online guna Maybank. So, memang kena bukak jugak lah gamaknya. Senang sikit kalau lepas ni orang tanya, nak bayar duit kek, ada akaun Maybank tak? Ada, ada! Hehe...

Lepas setel urusan kat bank (alhamdulillah, kejap je diorang buat kerja!) ke Plaza Angsana pulak. Hari ni sampai Ahad, ade Karnival Mahabbah IKIM.fm kat Plaza Angsana, Johor Bahru. Ke sana sebab nak berjumpa dengan boss Mummy Naniell Shop. Beliau ada buka booth selama tiga hari kat sana. Mummy Naniell Shop ni menjual pakaian-pakaian menyusu, baju kanak-kanak dan blouse. Kalau de sape-sape ibu mengandung atau yang dah melahirkan, mahupun yang tengah menyusukan anak-anak, boleh lah datang ke booth Mummy Naniell Shop untuk membelek-belek baju-baju menyusu yang ada. Cantik-cantik semuanya!

Eh, insya'Allah saya pun akan ada kat booth Mummy Naniell Shop Sabtu dan Ahad ni.

Meh lah datang reramai!


Thursday, March 7, 2013

Buat Kerja Yang Kita Suka

Rasa best kalau buat kerja yang kita suka.

Bila dah biasa buat, dan sebelum-sebelum ni memang kita selalu buat aktiviti tersebut, dapat je kerja yang berkaitan dengan aktiviti kita sehari-hari tu, rasa berbesar hati pulak nak buat.

Ye lah, kalau sebelum-sebelum ni kita memang suka share benda-benda bermanfaat kat Facebook, kata-kata motivasi, status-status muhasabah bersama, dan gambar-gambar inspirasi, bila dapat kerja kena share benda-benda macam tu kat page butik setiap hari, of course lah jadi gembira.

Dan kalau memang tabiat hari-hari belek tumblr untuk terapi hati sendiri, bila kena kongsi pula benda tu untuk terapi hati orang lain, rasa bahagia aje.

Boleh lah sama-sama muhasabah diri beramai-ramai.

Buat kerja yang memang kita suka, mesti la seronok kan? :)


Aku Bercerita: Bunian

Eks, ini bukan cerita seram.

Sebenarnya nak share sikit tentang novel Ramlee Awang Murshid yang paling baru tu. Aku Bercerita. Takde lah baru sangat. Lama jugak dah novel ni, cuma baru je tergerak hati dan ada rezeki nak baca. Tu pun, novel adik jugak yang ditemui kat rumah masa balik Sarawak hari tu.

Iklan jap... Klik SINI


Tak habis baca pun lagi, tapi da baca separuh. Memula dulu masa novel tu published, takde perasaan nak memiliki macam dulu-dulu. Entah, mungkin sebab tengok gambar depan dia gambar RAM. Lepas tu tajuk lak pelik aje. Macam tak best aje. Macam buku dokumentari lak. Tu yang tak beli.

Tapi bila orang lain duk cakap pasal novel ni, ada la jugak rasa nak baca tu. Balik rumah, alhamdulillah Allah tunaikan keinginan tu bila nampak novel ni kat atas meja gedung buku kat bilik. Terus capai dan belek-belek. Tapi tak sempat baca sangat, bawak balik Johor ni baru sempat baca.

Tengok, macam buku dokumentari kan? Tak ke? =.="

Dalam ni ada banyak cerita sebenarnya, tak macam karya RAM yang selalu. Agak unik bagi saya. Dan disebabkan tak habis lagi baca, saya tertanya-tanya jugak sama ada ini kisah dia yang sebenar atau rekaan dari ilham dia macam selalu. Rasa saspen dalam hati sebab watak utama dalam novel tu pun seorang penulis macam RAM. Hurmmm.

Cerita pertama dalam novel tu sangat menarik. Bunian. Suka kisah ni sebab sampai ke klimaks, baru lah tahu sape sebenarnya bunian, dan sape manusia. Hampir-hampir tertipu. Haishhh! Terkojut den sebab ada satu part tu watak yang saya sangkakan bunian dalam tu cakap, "kami adalah sebaik-baik makhluk dalam al-Quran."

Hoh? Tang mana pulak dalam al-Quran ada sebut bunian ni sebaik-baik makhluk?

Ops... Rupanya salah sangka dari awal. Terbalik rupanya. Memang RAM betul lah! (Ayat ni bernaksud, memang gaya RAM menulis mampu mengelirukan pembaca) Patut lah ada part yang macam ni, ada part yang macam tu. Ada scene camni, ada scene camtu. Memang patut pun lah.

Ha? Part macam mana? Scene macam mana? Patut apa?

Ehhh, gi la baca sendiri!


Dia Masih Manja


Walaupun da beranak tiga.

Dah bergelar ibu dah pun. Kerjanya hari-hari cari makan dan menyusukan anak-anak. Kengkadang, tengok dia dari jauh, dia duk pandang aje anak-anak dia main bawah meja. Memantau mungkin. Kejap-kejap mata dia tertutup. Masa tu terfikir juga, mesti Mulan pun penat macam mana ibu-ibu yang baru melahirkan menjaga bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Dengan anak-anak yang dah boleh merayap ke sana-sini. Mana yang merengek-rengek nak susu. Mana nak melayan diorang sambil bermain gigit-gigit dan tendang-tendang. Dengan keperluan dia sendiri yang nak mengisi perut, mesti Mulan sangat-sangat penat.

Kesiannya Mulan.

Dalam da beranak tu pun, manjanya tak berkurang.

Masih lagi suka nak menggendeng dengan kita.

Kadang-kadang rasa macam Mulan ni masih budak lagi.


Wednesday, March 6, 2013

Tegur-tegur Sayang



Saya suka tumblr!

^_^


Kalau Dulu Lah...

Kalau dulu kan...

Kereta baru tu mula-mula langgar divider, terus rasa macam hilang separuh hayat kat dunia. Hati resah, minda berkecamuk, jiwa gundah gulana tiga empat lima hari.

Masa mula-mula terlekuk dengan biji batu kecik yang jatuh dari lori tak lama lepas tu, takde la pulak sampai hilang separuh hayat. Mungkin satu suku aje dari hayat yang tertinggal. Ye la, kalo hilang separuh jugak, habis la hayat kang. =.="

Tapi tetap jugak lah ada rasa kesal tu.

Bila beberapa bulan lepas tu, first time pulak bawak jalan jauh sampai beratus-ratus kilometer, terkesima lah jugak sikit bila kereta baru berapa bulan tu da terkemik sikit kat skirting belakang sebab langgar Ixora katanya. Terus lekat garis-garis halussss kat bahagian yang bergesel dengan Ixora tu.

Lepas tu, macam-macam lagi kesan degil yang tak mungkin hilang muncul kat badan Sakura Ungu. Lekuk, sagat, calar, tanggal cat, semua ada.

Dan hari ni, tiba-tiba ada kesan calar lagi kat skirting depan sebelah kanan. Malam tadi takde. Balik dari lab petang tadi, masa nak masuk kereta kat tempat parking fakulti, baru sedar. Sape lah yang terbuat sumbang mahram cium Sakura Ungu saya tu tapi tak nak bertanggungjawab atas keterlanjuran dia tu. Ish ish ish.

Tapi, rasa dalam hati dah tak sama macam dulu.

Dah kering agaknye.

Mungkin sebab hayat memang da takde langsung. Erk.


Kecik-kecik Dah Kena Tahan Wad

Tengahari tadi.

Baru je lepas melawat anak pensyarah yang kena tahan wad. Masa sampai tu, rasa sayu je tengok muka anak kecik comel yang kalau tak silap saya, umurnya belum sampai setahun lagi.

Batuk dan selesema diiringi demam yang tidak surut beberapa hari lamanya.

Itu tanda pneumonia.

Mulanya, pensyarah saya tu ingat demam biasa aje. Tapi disebabkan anak dia da mula taknak menyusu, tak nak minum dan nampak pelik aje, dia pun bawak gi klinik. Bila doktor klinik check, kahak sangat banyak. Terus dapat arahan bawak ke hospital pakar.

Bayangkan perasaan seorang ibu bila doktor pakar cakap: "Ok, ni kena masuk ICU."

Tak sangka seserius tu. Rupa-rupanya anak kecik comel tu diserang pneumonia. Alahai, kecik-kecik da kena tahan wad dan cucuk antibiotik. Kesiannya. Moga-moga dia cepat sembuh. Tadi pun nampak dia da boleh senyum dan main bebear yang kawan pensyarah bagi.

Alhamdulillah.

Kita-kita ni pun, mari menjaga kesihatan elok-elok.


Tuesday, March 5, 2013

Tabung Ke Jepun...

Masa tengah makan-makan mee bandung di rumah Kak Ayu Citarasa Rinduan, tiba-tiba aje Kak Ayu tanya soalan cepu emas ni.

Buat saya dan kawan saya terkedu, tapi tak lama.

Kak Ayu: Sunah, takde keee impian nak ke negara sakura?

Ya, saya terkejut bila Kak Ayu tiba-tiba tanya soalan macam ni. Mungkin sebab dia tahu, saya terlalu sukakan bunga sakura Jepun. Saya pandang kawan saya, kemudian pandang kak Ayu yang menanti jawapan sambil tersenyum.

Saya: Mestilah adaaaaa... Tapi belum ada rezeki lagi la, Kak Ayuuu!

Kak Ayu: Alaaa Sunah buatlah tabung khas untuk ke Jepun ajeee. Macam akak kecik-kecik dulu, kalau nak something tu sangat-sangat, akak akan buat satu tabung khas. Siap tulis kat situ, "HARAM dikorek untuk selain tut tut tut"...

Saya: Tut tut tut?

Kak Ayu: Alahhh, benda yang kita nak tu lahh. Sunah kan buat kek! Simpan sikit-sikit. Buat tabung, tulis "HARAM dikorek untuk selain tujuan ke Jepun"... Hehehe...

Saya: Waaaa, idea yang bernasssss!

Kak Ayu: Kan kan kannn... Dulu, akak buat macam tu, simpan sikit-sikit berapa sen sehari. Lama-lama check, ehhhh da RM80. Waaa... Seronok tau!

Saya: Waaa... Seronok, seronok! Tapi... Baik saya buat tabung khas untuk kahwin kalau macam tu!

Kami sama-sama tersengih dan menjeling satu sama lain.

Ya, memang banyak benda yang saya teringin nak buat dalam hidup ni, pada usia saya yang sekarang ni. Banyak sangat yang saya nak capai. Terlalu. Tapi, di sebalik semua tu, ada yang mengajar saya pentingkan yang terpenting dalam hidup.

Sebab itulah, saya menahan diri dari banyak perkara yang saya inginkan.

Allah Maha Mengetahui. :)


Aduh, Jerawat..! As-Beauty Aje Lah...

Ehem.

Siapa ada jerawat? Jeragat?

Kalau tak ada, bekas jerawat? Ehehe.. Konfirm semua pernah ada, atau pernah melalui saat-saat rasa tak best bila muka ada kesan-kesan yang tak sepatutnya ada. Rasa malu dan segan nak keluar berdepan dengan orang ramai bila muka penuh dengan bekas jerawat. Belum lagi ditambah dengan kulit yang nampak kusam dan tak bermaya, of course lah keyakinan diri tu merundummmm jatuh kan???

Hurmmm.

Nak tak naikkan balik kekonfidenan diri tu ke tahap lebih tinggi? Nak tak rasa besttt tengok muka sendirik, tak ade nak segan-segan lagi bila berurusan dengan orang ramai? Sambil-sambil mensyukuri nikmat Allah dan menjaga anugerahNya dengan sebaik-baiknya. Macam mana tu?

Memula sekali, tau tak As-Beauty Facial Treatment 3 in 1? Tak tau?

Ok, sebenarnya As-Beauty Facial Treatment 3 in 1 ni adalah salah satu produk rawatan muka dari bahan semulajadi yang ringkas dan memberi kesan menakjubkan hanya dengan 3 langkah mudah; hasilnya kulit menjadi lebih halussssssss, cerah dan berseri! Cewahhh! Kemain kannn nak promote! Kikiki.

Ekceli, As-Beauty Facial Treatment 3 in 1 ni bertindak macam berikut, baca kayy! Jangan tak baca!!

Kalo klik gambar ni, terus keluar semua maklumat As-Beauty... ^_^

Produk ni merangkumi Day Cream, Night Cream dan Vitamin E Beauty Soap, sebab itulah disebut 3 in 1. :)

Cara-cara penggunaan dan contoh wajah pengguna yang dah pernah try As-Beauty Facial Treatment 3 in 1 ni, boleh dijenguk di Facebook ejen produk ni kat SINI. Kalau berminat untuk merawat wajah memasing, boleh lah hubungi terus ejen tersebut. Ape dia? Takut tak berkesan? Ehhhhh, try dulu! Ade trial pack pada harga hanya RM50 je! Murah tuuu! So, ape lagi? Cecepat lah hubungi Shida - 0123672707, ok? :)


Monday, March 4, 2013

Dengan 20km/j Pun, Hampir Saja...

Hampir terhenti degupan jantung.

Subhanallah..!

Keluar dari rumah petang ni tadi, macam biasa, nak gi kerja. Bawak kereta area taman. Dan macam biasa, mesti lah dengan kelajuan maksimum 20km/j. Sebab dah tau dah, petang-petang macam ni memang ramai budak-budak berkumpul dan bermain kat jalan.

Tadi, sekelompok mak dan bapak budak pun ada berkumpul kat tengah jalan. Nampak je kereta saya, diorang pun beransur ke tepi jalan. Bagi laluan. Alhamdulillah. Saya pun terus drive lagi, sampai la simpang tiga yang dalam dua tiga meter aje dari kelompok mak dan bapak budak tadi, tetibaaaaaaaaa aje ade budak bawak basikal keluar dari simpang tu.

Mak ai!

Lajunya dia bawak!

Saya brake mengejut!

Budak tu lalu melepasi depan kereta saya, dan mungkin juga dia terkejut, terus mengayuh hingga tayar basikalnya menyentuh depan pagar rumah jiran setaman. Seorang lagi kawan budak tu hampir keluar dari simpang, tapi tak jadi. Dia berhenti saja sebelum garisan berhenti berwarna putih. Sebab dah nampak kawan dia hampir dilanggar kereta mungkin.

Kereta yang dipandu dengan kelajuan 20km/j.

Saya melihat budak pertama tadi. Dia juga melihat ke arah saya dengan dahi berkerut sambil mulutnya menyebut apa pun saya tak tahu. Sebab saya tak turunkan pun cermin tingkap. Tengok dia ok, kelompok mak dan bapak budak kat belakang tadi pun macam ok je. Siap sengih-sengih lagi, maka saya pun terus bergerak ke tempat kerja.

Tapi, sepanjang ke tempat kerja, saya masih rasa jantung ni macam nak tercabut.

Kalau berlaku kemalangan tadi, macam mana?


Bangkai

Bangkai.

Bangkai itu berulat.

Bangkai itu menjijikkan.

Bangkai itu membusukkan.

Bangkai itu meloyakan.

Bangkai itu mengotorkan.

Bangkai itu merosakkan.

Bangkai itu menyakitkan.

Bangkai itu lah yang menyebabkan aku terlalu terkilan.


Sunday, March 3, 2013

Tiga Ratus Enam Puluh Darjah

Alhamdulillah.

Dah sampai KL pukul 12.30 tengahari tadi.

Lewat setengah jam sebab delay.

Masih di LCCT.

Rancangan asal terpaksa diubah tiga ratus enam puluh darjah.

Lewat petang nanti, baru boleh berjumpa adik di kolej kediamannya dan hantar barang-barang yang mak kirimkan buat adik.

Lewat petang nanti, baru boleh ambil kawan di UTM KL.

Lewat petang nanti, baru boleh bertolak ke Johor.

Dan insya'Allah malam nanti sampai Kulai dahulu sebelum ke Skudai.

Mungkin saja, akan bermalam di sana.

Memang tiga ratus enam puluh darjah dari plan asal.

Allah Maha Mengetahui.


Saturday, March 2, 2013

Pilihan dan Memilih...

Pilihan dan memilih.

Bila kita ada pilihan dan perlu untuk memilih, kita tentu akan fikirkan mana yang terbaik di ranking paling atas dalam pilihan kita kan? Yang kedua terbaik, yang ketiga terbaik, dan seterusnya dalam susunan masing-masing ikut kebaikan dan keburukannya.

Bila bercakap tentang pilihan, maksudnya kita ada alternatif. Mana tahu, pilihan yang pertama itu akhirnya bukan yang baik untuk kita, so kita ada alternatif lain untuk dipilih. Atau mana tahu, yang pertama itu memang bukan untuk kita pilih, sekurang-kurangnya ada pilihan kedua, ketiga, dan seterusnya yang masih boleh kita pilih.

Tujuannya?

Backup plan. Orang kata. Tak kisah lah nak pilih apa pun. Macam mak cik saya ni, dia nak pilih kain kotton untuk buat jubah. Jadi saya tunjukkan lah kain-kain cantik yang boleh dibuat jubah kat Benang Hijau Collections. Sebelum ni, dia pilih hanya satu kain. Satu tu aje, takde nak berkenan kat yang lain.


Dia nak yang oren hitam tu je. Dan saya pun tak terfikir pula nak bagi dia pilihan yang lain masa tu. Bila tanya boss, boss cakap ada, so saya happy tidak terkata. Cepat-cepat bagitau kat mak cik kain tu ada. Tapi last minute, supplier kata dah sold out. Aduhh! Macam mana ni???

Akhirnya, balik rumah kali ni, saya tunjuk kat mak cik saya kain-kain baru pula. Kali ni, saya bagi mak cik pilih kain-kain yang dia berkenan, dalam tiga pilihan. Mana satu yang paling dia nak, dan mana satu yang akan jadi kain backup kalau kain pertama yang dia pilih tu tak available. So, kalau kain takde nanti, boleh lah boss carikan yang lain kan? :)

So, dalam buat ape-ape benda pun, tak kira lah pilih kain ke, pilih ape nak makan ke, atau pilih kerja-kerja yang kita nak buat ke; sebenarnya bila kita perlu untuk memilih, fikirkan baik dan buruk satu-satu benda tu. Dan bila ada alternatif yang lebih baik, tambah lah ke dalam pilihan kita. Mungkin alternatif tu bukan lah antara yang kita suka, tapi boleh saja, yang itu paling Allah suka untuk kita, kan?

Dan ada masanya bukan kita saja yang perlu memilih, kadang-kadang kita juga perlu memberi pilihan... :)


Hati-hati... Ada Betulnya...

Kadang-kadang rasa apa yang sorang sahabat tu cakap dalam entri dia betul.

Kadang-kadang je. Ye, tak selalu lah. Bila nak menulis sesuatu kat mana-mana platform yang ramai orang baca, kena fikir banyak kali. Sebab kadang-kadang, tak selalu lah, apa yang kita tulis, orang akan salah tafsir. Kita maksudkan lain, orang lain yang membaca nanti fikir lain pulak.

Mungkin sebab tu lah adanya subjek Sastera kat sekolah kan?

Sebab dari tulisan yang tersurat, akan terhurai pelbagai makna tersirat.

Dan kadang-kadang kita fikirkan hati-hati orang disekeliling kita. Bimbang ada yang terasa, terguris, tersinggung dengan tulisan kita, buat kita fikir banyak kali sebelum tulisan tu dibaca orang ramai. Itu kalau kita da faham sangat orang-orang di sekeliling kita tu macam mana, da tahu sangat sahabat-sahabat kita ni jenis yang macam mana. Jadi, kita tahu lah kan nak menulis yang macam mana untuk diorang.

Lain orang, lain penerimaannya, kan?

Kalau yang jenis terasa, kemudian mengambil pengajaran, alhamdulillah. Tapi kalau yang jenis tersinggung, tak mahu menerima dan terus menyisih?

Bahkan bukan tulisan je, kata-kata dan tindak-tanduk kita pun.

Tambah-tambah dengan orang yang rapat dengan kita. Yang paling dambakan teguran dan nasihat, yang mahu sama-sama mencari redha Allah di muka bumi, dalam masa yang sama merekalah yang paling lembut dan mudah koyak kelopak hatinya.

Bak kata orang bijak pandai, hati-hati.

Hati-hati menjaga hati.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.