BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 7, 2013

Aku Bercerita: Bunian

Eks, ini bukan cerita seram.

Sebenarnya nak share sikit tentang novel Ramlee Awang Murshid yang paling baru tu. Aku Bercerita. Takde lah baru sangat. Lama jugak dah novel ni, cuma baru je tergerak hati dan ada rezeki nak baca. Tu pun, novel adik jugak yang ditemui kat rumah masa balik Sarawak hari tu.

Iklan jap... Klik SINI


Tak habis baca pun lagi, tapi da baca separuh. Memula dulu masa novel tu published, takde perasaan nak memiliki macam dulu-dulu. Entah, mungkin sebab tengok gambar depan dia gambar RAM. Lepas tu tajuk lak pelik aje. Macam tak best aje. Macam buku dokumentari lak. Tu yang tak beli.

Tapi bila orang lain duk cakap pasal novel ni, ada la jugak rasa nak baca tu. Balik rumah, alhamdulillah Allah tunaikan keinginan tu bila nampak novel ni kat atas meja gedung buku kat bilik. Terus capai dan belek-belek. Tapi tak sempat baca sangat, bawak balik Johor ni baru sempat baca.

Tengok, macam buku dokumentari kan? Tak ke? =.="

Dalam ni ada banyak cerita sebenarnya, tak macam karya RAM yang selalu. Agak unik bagi saya. Dan disebabkan tak habis lagi baca, saya tertanya-tanya jugak sama ada ini kisah dia yang sebenar atau rekaan dari ilham dia macam selalu. Rasa saspen dalam hati sebab watak utama dalam novel tu pun seorang penulis macam RAM. Hurmmm.

Cerita pertama dalam novel tu sangat menarik. Bunian. Suka kisah ni sebab sampai ke klimaks, baru lah tahu sape sebenarnya bunian, dan sape manusia. Hampir-hampir tertipu. Haishhh! Terkojut den sebab ada satu part tu watak yang saya sangkakan bunian dalam tu cakap, "kami adalah sebaik-baik makhluk dalam al-Quran."

Hoh? Tang mana pulak dalam al-Quran ada sebut bunian ni sebaik-baik makhluk?

Ops... Rupanya salah sangka dari awal. Terbalik rupanya. Memang RAM betul lah! (Ayat ni bernaksud, memang gaya RAM menulis mampu mengelirukan pembaca) Patut lah ada part yang macam ni, ada part yang macam tu. Ada scene camni, ada scene camtu. Memang patut pun lah.

Ha? Part macam mana? Scene macam mana? Patut apa?

Ehhh, gi la baca sendiri!


12 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tulah.. akak pun terkena!! Tapi dalam banyak2 cete.. bab bunian ni jer yg misteri.. yg lain2 (bagi yg biasa dgn karya RAM) dah dapat dijangka apa yg akan berlaku.. klise!

Sunah Sakura said...

@Seri Kandi Tanah Jauhar

kan..hihihi..yang lain2 tu macam biasa lah kan...dan yang Culik tu, saya baru nak berimaginasi Johan dengan Faizal tu orang yang sama..haishh...tak pulak...terlebih lak imaginasi saya..hahaha

||Sis aLeaSaRa|| said...

slm sis..akk br beli 'aku bercerita' dan '9 nyawa' ms ekspo buku islam baru2 ni.mula2 mnt RAM ni ms bc 'fiksyen 302' dan 'rayyan fantasi'

aku bercerita br hbs bc 2 hr lps..smlm br hbs bc 9 nyawa...yup betul ttg bunian tu mmg akk blur seketika rupanya disongsangkan keadaan dan org2nya tu hah..ceh tertipu.

the rest...hurm btl kata seri kandi...dh blh agak apa jln crtanya...

tp serius bc 'aku bercerita' ni otak jd letih sbb tlalu byk cerita dlm satu buku(hah ambil ayat pun dh lintang-pukang ngehhh) ^^

diana said...

nanti nak pinjam la kat kawan akak sorang tu..penggemar buku2 RAM..memang selalu pinjam kat dia..(kaki pinjam...)

Nafisa81 said...

dulu mmg ada byk koleksi RAM..skang dah jual..tinggal 2 ke 3 jer..

Nurzakiah Hanum said...

hi sis
singgah ptg
santai2

AyueJean AJ said...

AJ belum penah baca mana2 karya RAM ni.....

Bentara Tujuh said...

Assalamualaikum.

Izinkan saya menyampaikan sedikit kebenaran mengenai Bunian...

Sesungguhnya Para Bunian wujud dan mereka bukanlah jin atau kacukan jin atau dahulunya manusia seperti yang selalu dibicarakan. Para Bunian dijadikan dari cahaya, sama seperti Malaikat bezanya Malaikat tiada jantina, tidak makan, minum mahupun tidur. Bunian juga tidak bernafsu dan tidak memakan daging kerana kepada mereka, memakan daging adalah satu pembunuhan. Para Bunian dijadikan dalam bentuk manusia untuk memudahkan mereka berdamping dengan manusia. Mereka juga ada golongan Raja dan rakyat biasa, dan Raja-Raja Bunian bersayap.

Mereka bukanlah seperti yang selalu digambarkan; lemah-lembik, suka mandi-manda dan menyanyi, bermain kompang... mereka sebenarnya amat tegas dan serius dalam menjalankan tugas utama mereka: memusnahkan iblis dan jin-jin yang ingkar. Mereka juga tidak sentiasa berpakaian putih. Pakaian putih hanyalah untuk bersolat. Manusia sering diperdaya jin-jin yang menyamar Bunian, berpakaian putih, berserban dan membawa bakul bunga. Ketahuilah bahawa Para Bunian tidak pernah muncul di hadapan manusia dan tidak bergaul dengan manusia. Mereka mendampingi manusia dan membantu secara rahsia.

Silalah layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh dan add saya di Facebook untuk mengetahui lebih banyak tentang Kebenaran mengenai Bunian.

Hj Muhammad

aiman said...

Salam Bentara...macam kopunya kisah je betul...orang lain semua tak betul....nak tanya sikit ....bunian ko tu jadi dari Nur Allah ke Nur Muhammad????? yang kat ko tu ler sebenornya JIN/ yang memperdaya kan ko...sampai ko taksub....dapat gelaran Bentara 7 ko dah rasa hebat.....

aiman said...

Salam Bentara...macam kopunya kisah je betul...orang lain semua tak betul....nak tanya sikit ....bunian ko tu jadi dari Nur Allah ke Nur Muhammad????? yang kat ko tu ler sebenornya JIN/ yang memperdaya kan ko...sampai ko taksub....dapat gelaran Bentara 7 ko dah rasa hebat.....

aiman said...

hi bentara...macam ko sorang je betul...yg lain semua salah....asal bunian je orang lain punya jin ko punya betul....poorah

zero 86 said...

Wow sembang....guruh pun jatuh nie bentara 8

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.