Sunday, March 17, 2013

Bila Dah Lama Tinggal

Bila dah lama tak buat, hasilnya mesti tak berapa nak okay.

Of course tak memuaskan hati.

Mungkin sebab dah ingat-ingat lupa cara yang pernah dibuat dulu bila jadi benda yang sama. Ye, mungkin dulu pernah jugak tak berapa nak berhasil. Then cuba lagi buat sampai berhasil. Dah. Stop sampai situ aje. Lepas tu tinggal lama-lama sampai lupa.

Sekarang bila nak buat balik, dah jadi kekok nak buat. Dan hasilnya? Hurmmm. So-so aje. Kesilapan lama berulang lagi. Kan dah membazir waktu, tenaga dan kalau benda yang dibuat tu kek coklat, semestinya membazir juga bahan-bahan yang dibeli.

Alahai. Ni dah buat kali kedua dah ni. Lepas tu memandai pulak tukar cara bakar. Konon-konon nak buat double boiler bagi lagi moist, terus tak masak jadinya dalam tempoh masa yang ada. Kena lah bakar balik. Dah memakan masa yang lebih lama dari sepatutnya.

Memang sengaja beli bahan-bahan lebih untuk spare, takut jadi benda-benda macam ni lah. Takut tak berapa jadi. Dan takut kalau-kalau menjadi, ada yang nak order juga. So, bahan-bahan memang ada. Kiranya ada lah peluang untuk betulkan bila dah tersilap.


Macam kata-kata dalam gambar tumblr ni kan?

Harap-harap menjadi lah yang dah masuk dalam peti ais tu. Kalau tak ok juga, tak mahu lah buka tempahan.

Huhuhu.

Lepas ni nak melapis pulak. Jangan tak jadi sudahhh, sebab dah lama jugak tak melapis. Tapi rasanya melapis lagi senang daripada buat kek coklat!

Ehhhh! Mesti ada yang tak setuju!

5 comments:
Write Comments
  1. hehe....tak pe bleh cuba lagi...=D

    ReplyDelete
  2. betul sunah akak setuju..melapis lagi senang dari buat kek coklat..akak pun 2x wat kek coklat x menjadi..huhu

    ReplyDelete
  3. SETUJU SOKONG 200%..lagi senang melapis dari buat kek coklat..huhu walau 3jam depan oven pun xpe

    akak dah 3x wat kek coklat x menjadi..frust tp nak je buat lagi sampai menjadi

    ReplyDelete
  4. Takpe cuba lagi..
    Salah sukatan kot...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah ritu try buat kek coklat pkai resepi akak tue menjadi tapi sama la dh lama xbuat xtau la nak jadi ape pulak kali nie hihihi.

    melapis lagi senang dari mengaramel Ehh :p

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com