Kalau Dulu Lah...

March 06, 2013

Kalau dulu kan...

Kereta baru tu mula-mula langgar divider, terus rasa macam hilang separuh hayat kat dunia. Hati resah, minda berkecamuk, jiwa gundah gulana tiga empat lima hari.

Masa mula-mula terlekuk dengan biji batu kecik yang jatuh dari lori tak lama lepas tu, takde la pulak sampai hilang separuh hayat. Mungkin satu suku aje dari hayat yang tertinggal. Ye la, kalo hilang separuh jugak, habis la hayat kang. =.="

Tapi tetap jugak lah ada rasa kesal tu.

Bila beberapa bulan lepas tu, first time pulak bawak jalan jauh sampai beratus-ratus kilometer, terkesima lah jugak sikit bila kereta baru berapa bulan tu da terkemik sikit kat skirting belakang sebab langgar Ixora katanya. Terus lekat garis-garis halussss kat bahagian yang bergesel dengan Ixora tu.

Lepas tu, macam-macam lagi kesan degil yang tak mungkin hilang muncul kat badan Sakura Ungu. Lekuk, sagat, calar, tanggal cat, semua ada.

Dan hari ni, tiba-tiba ada kesan calar lagi kat skirting depan sebelah kanan. Malam tadi takde. Balik dari lab petang tadi, masa nak masuk kereta kat tempat parking fakulti, baru sedar. Sape lah yang terbuat sumbang mahram cium Sakura Ungu saya tu tapi tak nak bertanggungjawab atas keterlanjuran dia tu. Ish ish ish.

Tapi, rasa dalam hati dah tak sama macam dulu.

Dah kering agaknye.

Mungkin sebab hayat memang da takde langsung. Erk.

You Might Also Like

7 Comments

  1. assalamualaikum sunah...kesian nyer sakura ungu tu dah terbiar ke...:)

    ReplyDelete
  2. biaselah awal2 bawak kereta. semua tu kan pengalaman

    ReplyDelete
  3. hahahaha. kesimpulannya, sangat normal bersikap sedemikian ketika sesuatu benda masih baru. hihihi.

    ReplyDelete
  4. dah kurang ralatnya bila sesuatu itu tidak lagi baru, kan Sunah

    ReplyDelete
  5. nie mesti akak tiru tajuk kita nieeeeeeeeee :p

    sama la dalam waktu kita bela Nurul Iman nie. calar sana sini, paling teruk masa terlanggar monyet ritu. rasa melayang separuh nyawa lagi sedih tengok kening dia tercabut huuu

    ReplyDelete
  6. Sebab dulu memula.....
    Sekarang dah immune kot... =D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com