Kecik-kecik Dah Kena Tahan Wad

Tengahari tadi.

Baru je lepas melawat anak pensyarah yang kena tahan wad. Masa sampai tu, rasa sayu je tengok muka anak kecik comel yang kalau tak silap saya, umurnya belum sampai setahun lagi.

Batuk dan selesema diiringi demam yang tidak surut beberapa hari lamanya.

Itu tanda pneumonia.

Mulanya, pensyarah saya tu ingat demam biasa aje. Tapi disebabkan anak dia da mula taknak menyusu, tak nak minum dan nampak pelik aje, dia pun bawak gi klinik. Bila doktor klinik check, kahak sangat banyak. Terus dapat arahan bawak ke hospital pakar.

Bayangkan perasaan seorang ibu bila doktor pakar cakap: "Ok, ni kena masuk ICU."

Tak sangka seserius tu. Rupa-rupanya anak kecik comel tu diserang pneumonia. Alahai, kecik-kecik da kena tahan wad dan cucuk antibiotik. Kesiannya. Moga-moga dia cepat sembuh. Tadi pun nampak dia da boleh senyum dan main bebear yang kawan pensyarah bagi.

Alhamdulillah.

Kita-kita ni pun, mari menjaga kesihatan elok-elok.

10 comments:

  1. Sayu hati bila tengok anak-anak kecik kena tahan wad ni...
    Semoga anak pensyarah tu cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. erm sdihnye laaaa wuwuwuw

    harap die cpt smbuh

    ReplyDelete
  3. ala kesian nya... moga cepat baik ye..

    ReplyDelete
  4. kesiannya, semoga cepat sembuh dan keluar dari hospital tu..

    ReplyDelete
  5. tak boleh tgk baby duk dalam wad nie. kesian sgt. moga adik tue cepat sembuh dan terus sihat amin

    ReplyDelete
  6. akak pernah alami perasaan sedih, sebak bila anak sedara akak si aiman kena masuk semula hosp selepas beberapa hari di lahirkan.sebab air kencing ada jangkitan kuman dan G6PD..setiap hari selama 2minggu akak ulang alik hantar susu ibu nya..sedih tengok berlinang air mata bila lihat keadaan baby..

    semoga anak lect sunah cpt sembuh...

    ReplyDelete
  7. alahai...sedihnya..
    kecik lagi tu..belum tau apa2..

    ReplyDelete
  8. sbb pneumonia lah akak paranoid dgn kesihatan arissa. pantang batuk akak dh celaru kepala hotak. huhu. ops! terbahasa melayu la pulak. hahahahahaha.

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.