BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 14, 2013

Rezeki Murah

Alhamdulillah.

Rezeki melimpah-ruah Allah bagi.

Makin ramai yang menempah kek di Selera Sakura. Makin ramai yang minat makan kek karamel. Kek sihat yang manisnya pada karamel aje, pada keknya bagi Iffah Afeefah, "kenapa tawar ni?" Kek yang kalau dimakan sejuk-sejuk, sangat enak pada anak tekak. Customer kata, macam makan aiskrim. Hehehe.

Rasa bahagia, bila makin ramai jugak yang mencuba resepi kek karamel ni. Dah macam-macam versi dan macam-macam rupa jugak. Pelangi pun dah ada sekarang ni macam Kakakecik buat. Sebelum ni dah pernah buat, tapi tak buat entri pun sebab tak nampak dalam gambar bentuk pelanginya selagi tak potong. Kenapa tak potong? Tu customer punya. Mana boleh potong! Hehehe. Lenkali insya'Allah. :)

Dulu ingat nak buat time bulan puasa dan raya je, akhirnya Allah takdirkan sampai sekarang pun bisnes ni berjalan. Alhamdulillah, tak pernah putus rezeki yang Allah bagi. Murah sangat-sangat. Tambahan lagi, bila kita selalu berbicara dengan Dia untuk minta murahkan rezeki kita. Supaya nanti, boleh kita kongsikan rezeki kita dengan orang lain, insya'Allah.

Rezeki murah sebab Allah Maha Pemurah, kan? :')


8 comments:

AyueJean AJ said...

Alhamdulillah..
Semoga bertambah murah rezeki..

Suhaili Sarif said...

Kalau sunah dkt hari2 akak order..hihi

Iffah Afeefah said...

hahaha ai ke tu y yu sebut2

ai buat due kali je stkt ni

dorng xske kek sngt
dorg ske kremal je

Nurzakiah Hanum said...

syukur

aDisH.sHidA said...

alhamdulillah...rezeki ada di mana..selagi kita berusaha..

betul iffah ada jugak komen masa makan kat umah kak lydia..kenapa tawar..kurang manis la..eh, orang lain makan kata nya sedap2 je manis nya..iffah makan manis ye..

akak pun alhamdulillah syukur skrg nie ramai jugak yang order..arini 1bj..esok 2bj..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

alhamdulillah, menarik betul.. umi pun suka buat kek

アヌム said...

Alhamdulillah :)

Rozuan Ismail said...

pergh..tempah kek kahwin kat sini je lah..huhu

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.