Rindu Bertamu di Old Town White Coffee...

March 16, 2013


Alhamdulillah.

Lama sangat tak jumpa diorang. Bila nak keluar rumah tadi pun, dah rasa sebak dalam hati. Rindu yang teramat sangat! Tersangat lama tak bersua muka dengan diorang walaupun tiga-tiga duduk Johor sekarang ni. Nampak sangat masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

Bila dah jumpa, banyaknya cerita yang keluar. Lagi rasa sebak sebab tak lama lagi salah seorang dari diorang dah nak mendirikan masjid Jumaat ni. Subhanallah! Sempat juga menemani bakal pengantin tu beli barang-barang sikit untuk walimah dia.

Dan bila bakal pengantin tu hantar saya balik ke rumah tadi, lebih rasa sebak. Rasanya itu pertemuan terakhir kami sebelum dia bergelar isteri orang. Isnin ni dia dah nak balik ke Terengganu untuk persiapan majlis. Memang dah tak bertemu lah nampaknya. Kecuali pada hari majlis nanti.

Insya'Allah, Yana... Orang akan ke walimah di Terengganu nanti. Tunggu tau! :')


P/S: Balik rumah, perut rasa tak selesa dan tekak rasa loya. Allahu!

You Might Also Like

8 Comments

  1. menu kegemaran wan dkt old town.. nasi lemak tuh.hoho

    ReplyDelete
  2. akak xpernah makan kat old town..

    memang sedih kita bila sahabat baik kita akan bernikah..

    ReplyDelete
  3. dapnyeeee..hihi.... cik sunah bile pulk..hii

    ReplyDelete
  4. macam pernah dengar tapi tak ingat di mana.

    ReplyDelete
  5. Ala.... buat terliur je.Dahlah tgh hujan ni.takleh keluar cari mknn. :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com