BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, March 5, 2013

Tabung Ke Jepun...

Masa tengah makan-makan mee bandung di rumah Kak Ayu Citarasa Rinduan, tiba-tiba aje Kak Ayu tanya soalan cepu emas ni.

Buat saya dan kawan saya terkedu, tapi tak lama.

Kak Ayu: Sunah, takde keee impian nak ke negara sakura?

Ya, saya terkejut bila Kak Ayu tiba-tiba tanya soalan macam ni. Mungkin sebab dia tahu, saya terlalu sukakan bunga sakura Jepun. Saya pandang kawan saya, kemudian pandang kak Ayu yang menanti jawapan sambil tersenyum.

Saya: Mestilah adaaaaa... Tapi belum ada rezeki lagi la, Kak Ayuuu!

Kak Ayu: Alaaa Sunah buatlah tabung khas untuk ke Jepun ajeee. Macam akak kecik-kecik dulu, kalau nak something tu sangat-sangat, akak akan buat satu tabung khas. Siap tulis kat situ, "HARAM dikorek untuk selain tut tut tut"...

Saya: Tut tut tut?

Kak Ayu: Alahhh, benda yang kita nak tu lahh. Sunah kan buat kek! Simpan sikit-sikit. Buat tabung, tulis "HARAM dikorek untuk selain tujuan ke Jepun"... Hehehe...

Saya: Waaaa, idea yang bernasssss!

Kak Ayu: Kan kan kannn... Dulu, akak buat macam tu, simpan sikit-sikit berapa sen sehari. Lama-lama check, ehhhh da RM80. Waaa... Seronok tau!

Saya: Waaa... Seronok, seronok! Tapi... Baik saya buat tabung khas untuk kahwin kalau macam tu!

Kami sama-sama tersengih dan menjeling satu sama lain.

Ya, memang banyak benda yang saya teringin nak buat dalam hidup ni, pada usia saya yang sekarang ni. Banyak sangat yang saya nak capai. Terlalu. Tapi, di sebalik semua tu, ada yang mengajar saya pentingkan yang terpenting dalam hidup.

Sebab itulah, saya menahan diri dari banyak perkara yang saya inginkan.

Allah Maha Mengetahui. :)


6 comments:

Cik Bambam said...

Betul2 mmg bole pakai idea tuh..hihihi..dis time pegi jepun bukan musim sakura..kalau idak dh bw blk utk sunah.. ;)

aDisH.sHidA said...

jom kita pegi jepun

man yusoef said...

kak sunah buatlah PhD dekat Jepun..haha...

teringin nak pergi Korea..HAHAHHA!

nini said...

tabung khas nak kawen.....ehem

kiera'sakura said...

betul tue impian memang sangat banyak tapi pentingkan mana yang lebih penting dlu. mcm kira skang nie banyak impian yang kena korbankan demi simpan duit nak tunggu baby lahir ;)

Asmah Andy said...

kawin..pastu mintak suami bwk gi honeymoon kt jepun..hehe...:P

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.