BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 5, 2013

Alahai Stress Nya

Hari ni hari paling banyak dugaan kot.

Stress. Memang.

Tengahari tadi, ambil Mulan dari vet. Mulan berjahit kat perut. Doktor bagi ubat sapu dengan antibiotik. Tanpa rasa was-was, saya bagi je la dia telan antibiotik. Kemudian, saya sapu ubat sikit kat luka. Mulan yang mulanya ok dan happy jumpa anak-anak dia lepas seharian ditahan kat wad, bertukar jadi resah gelisah. Dia berlari ke sana ke mari lepas terjilat ubat sapu tu. Lidahnya terjelir macam anjing.

Saya called doktor tersebut. Mulanya dia minta saya datang balik ke klinik bawak Mulan, dia nak tengok. Mengenangkan agak jauh juga perjalanan, saya cakap kat doktor tu tak pe lah, saya tengok dulu sampai petang. Saya tanya juga, memang dia akan jilat luka dia ye?

Baru lah doktor tu cakap, owhhh dia jilat ubat sapu tu. Ubat sapu tu pahit, lepas ni jangan sapu. Alahai, cuba lah cakap awal sikit. Ni Mulan da jadi tak tentu arah dah. Lama dia dalam keadaan macam tu sampai lah dia tertidur dalam bilik air yang sejuk.

Petang sikit saya nak tengok semula, Mulan dah tak ada dalam bilik air. Saya cari-cari, tak ada di dalam rumah. Pintu belakang terbuka. Saya panggil, dia menyahut. Rupanya dia ada atas siling rumah, macam biasa. Saya pun panjat meja dan tarik dia turun.

Masa itulah saya terkejut.

Jahitan dia dah tanggal. Sah Mulan gigit jahitan tu. Rasanya berpunca dari ubat sapu tu. Tak keruan saya dibuatnya. Sekarang saya tak tahu nak buat apa. Malam ni saya akan ke Banting. Ahad baru balik. Mulan akan duduk di rumah dengan housemate, tapi housemate tu pun akan kerja esok. Risaunya saya sekarang ni. Tambah dengan penat sebab terjaga seawal pagi dan tak rehat langsung sampai sekarang, harapnya tak menjejaskan pemanduan saya lewat malam nanti. Barang-barang pun tak kemas lagi nak berjalan jauh.

Tapi tetap, saya risaukan Mulan. Harap dia akan ok, dan tak akan ada infection. Saya takut jadi macam Cici. Baru lepas bercakap dengan tuannya di telefon tadi.

Tambah menstresskan saya, PosLaju tak datang pun hari ni.


5 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
first time sampai...terkedu tengok warna hijau yang cantik.

Ingatkan siapalah si mulan tu...ishhhh! anda patut tulis novel.

Adakah anda penulis novel?

Mrs. Abi said...

sian mulan... :(

Amanina said...

sabar dan dptkan rehat yg cukup..kesian kt awk

Kumbang Jingga said...

mulan tu ape..kucing ke..sori lost sikit hehe

Lydia Miza said...

Nape mulan luka???? Huhuhu.ops nk g banting lama ke? Lalu sini call akak tau.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.