BLOG ENCIK SUAMI

Monday, April 15, 2013

Empat Biji Donat


Alhamdulillah.

Lepas je update entry tadi, terus bukak peti ais dan potong kek karamel versi tebal sedia ada. Perisa Yam dan Strawberry. Customer punya, tapi tak apa lah, esok boleh buat lain. :)

Potong-potong, letak dalam tupperware then selak kain tirai gerigi besi. Nampak makcik-makcik tu tengah borak-borak dengan khusyuknya.

"Mak cik, mak cik!" Panggil saya.

Mak cik tadi menoleh. Saya lambai meminta dia datang mendekat. Cepat saja dia datang. Hihi.

"Nah, amek lah."

"Rasa ye? Mekasihhhh."

Bahagia.

Kemas-kemas perkakas potong kek dan masukkan kek dalam peti ais semula.

"Mana adik ni tadi, dikkkkk!" Terdengar suara mak cik tadi memanggil. Bergegas saya ke belakang semula.

"Ye, mak cik!" Nampak bayang-bayang mak cik di sebalik tirai sambil menghulur tupperware saya.

"Kami tengah buat operasi ni haaaa. Nahhh, makan!"

Alhamdulillah, dapat 4 biji donat buat bekal ke kedai malam ni. :)


9 comments:

Fasihah Supian said...

hak berjiran dan hak bersaudara sesama Islam ^^

combi said...

sedapnye donat.....

ayen =D said...

yeah!!! alamak, tiba2 rasa nak cari donut la..

Ecah Mashuri said...

Sedapnya dapat makan donut gebus2...
sunah. kite ad copy resepi kek karemel dlm blog yg satu lg tu..lama dh..tp xtau nak buat bile.haha...

Sunah Sakura said...

@Ecah Mashuri

wahhh! cepat buat! rugi kalau lambat buat! ehhh!

Mrs. Abi said...

ade rumah kosong x area tu? kot la boleg dpt rasa jugak hahahahahahahahahahahahahhaa

Ida Firdausi said...

Kita memberi orang merasa.. macam tu lah hidup berjiran yang baik.. :)

aDisH.sHidA said...

rezeki kalau dikongsi kita akan dapat ganjaran nya..

alhmdlah rezeki sunah kan

kiera'sakura said...

bahagia kan kalau dapat jiran yang baik mcm nie. kita nak borak2 skali skala pun tak rasa kekok. dlu umah sewa kira selalu tukar2 hidangan dengan makcik jiran. tapi umh baru nie takde dah. malas nak layan jiran2 kat situ

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.