Hanya Kerana Sayang

April 16, 2013

in the middle of the dawn by ~arbebuk on deviantArt

Susahnya kalau berada di tengah-tengah.

Antara orang-orang yang dekat dengan kita.

Yang kita hormati dan yang kita senangi.

Bila sesuatu berlaku di antara mereka, atau mungkin pada orang lain, tapi sedikit sebanyak tercalit pada salah seorang daripada mereka, kita menjadi orang yang dirujuk.

Mendengar cerita dari sebelah pihak saja tidak cukup untuk memberi gambaran yang sebenar akan apa yang telah tercalit. Yang mampu kita buat adalah sejujurnya berkongsi apa yang selama ini kita tanam dalam hati.

Ya, tatacara bergaul dengan ramai orang itu ada pelbagai resepinya.

Dan untuk yang kali ini, neutralkan segala rasa.

Cukup sampai situ.

Hanya kerana sayang.

You Might Also Like

3 Comments

  1. kecian sunah ye kena jadi orang tengah...

    sabar ye sunah

    ReplyDelete
  2. selalunya kalau something happened, memang suka berdiam diri jer...
    malas nak komen pape.
    takut memburukkan lagi keadaan...

    ReplyDelete
  3. slalu juga jd org tgh nie. kena selalu menyatukan org2 yg bergadoh. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com