BLOG ENCIK SUAMI

Monday, April 29, 2013

Hujan di Kampung


Bumi Kampung Baru, Bintulu dibasahi hujan pagi ini.

Alhamdulillah, sejukkkkk aje rasanya...!

Disebabkan ade yang nak tengok gambar kampung. Nah, satu gambar aje dulu ye? Ni pun amek dari jendela rumah sambil sembunyik belakang langsir. Ahahahaha! Besar gedabak kayyy jendela rumah saya. Kekadang kena tunduk-tunduk kalau nak lalu ruang tamu takut ade jejiran lelaki ternampak, kena kawen lak kang! Ehhhh!

Nampak kan dari gambar tu, rumah jejiran dekat aje antara satu sama lain? Itu lah yang saya maksudkan sebelum ni. Hiks! Kawasan menghijau tu dulu tempat mak berkebun. Ade mini kebun dia tempat kitorang bercucuk tanam jejagung dan kekacang panjang masa kecik-kecik dulu. Sekarang kebun tu da takde dah. Yang ade hanyalah pepokok bunga berduri-duri ajeee sekarang ni. Mak pun da kurang sihat sangat nak bercucuk-tanam lagi. Hurmmm.

Tinggal berapa hari aje lagi nak mengundi. Dah istikharah untuk pilih pemimpin kamu? :)


7 comments:

Rozuan Ismail said...

cantik pemandangan rumah.huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

aman damai...

fadzli rt said...

assalamua'laikum.
alhamdulillah. dah!
sekarang bergantung kepada diri. moga selamat dari anasir2 luar. ameen..

hehe..
bila dah kawen, pakat tinggikan jendela :D

sabah dan sarawak untung. masih banyak tanah2 yang kurang diterokai untuk pembangunan. baik juga dibina kilang motor, kilang roti dsb. kuranglah kos untuk import. kan?

:O

semoag emak sunah segera sembuh. ameen..

cimöt said...

ko kampung bintulu kaaaa... aku cdg nk apply praktikal kat bintulu..taktau dpt ke dak..

Lydia Miza said...

Wahh segar pokok bila hujan kan dik. Dari jendelandia snap gmbr.esok tunjuk la apa ada luar umah dik!

Dah bulat hati nk undi apa, insyaAllah itu yg nk dipangkah

kiera'sakura said...

macam tingin pulak nak pegi umah akak sunah kat bintulu nie hihihihi

Amanina Mads said...

cantiknya pemandangan..mesti bestkan kg awk :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.