BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, April 17, 2013

Sampai Bila Pun Tak Setel

Emosi berkecamuk benar pagi ni.

Seriously down.

Dah lama memendam rasa agaknya, akhirnya air mata menitis jugak bila bercakap dengan kakak senior kat telefon. Benar-benar tension dengan apa yang berlaku. Benar-benar rasa tidak puas hati dengan sistem.

Sistem yang bercanggah.

Contohnya; pihak fakulti kata, tak boleh terima thesis kalau pelajar belum membayar yuran pengajian. Kalau nak buat pengecualian atau pengurangan yuran pula, kena pergi Sekolah Pengajian Siswazah, isi borang dan hantar sebelum tarikh sekian-sekian. Untuk dapat pengecualian yuran pengajian 100%, thesis mestilah dah dihantar sebelum tarikh sekian-sekian tersebut. Kalau tak hantar thesis lagi, maka yuran pengajian hanya boleh dikurangkan 50%.

Ehhhh! Peliknya!

Kenapa perlu buat sistem yang bercelaru macam ni? Fakulti kata macam ni, SPS kat macam tu, kan dah jadi pertindihan.

Ya, memang lah takut pelajar dah hantar thesis tapi tak bayar yuran lepas tu, tapi tak semua kot macam tu. Itu mungkin pelajar yang tak sungguh-sungguh nak grad. Kenapalah ada masalah macam ni timbul dulu-dulu. Terus terkesan pada kami-kami yang sekarang ni. Sangat menyusahkan keadaan.

Nak hantar thesis pun tak terhantar-hantar.

Kalau dah macam ni, tunggu lepas PRU aje!


5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

salam
singgah pagi

[k]o{q}i[n] said...

sabar ye kak... =)

Brilliant Marjan said...

sabar ye..itu cabaran namanya.tika sy buat post graduate dulu, masalah kwn tikam belakang lah..masalah keluargalah..tp hadapi je..

begitu ngn adik sy juga..sy temankan dia time hantar thesis.sistem dia pn lebih kurang cam awak..ustaz dia xde lg..mcm2 hal..tp Allah dengar doa yg dibuat. Alhamdulillah selesai..

aDisH.sHidA said...

kira nya thesis sunah dah siap sepenuh nya la...apa pun sabar ye...

Norfa nil said...

sabar.. macam tuh la.. birokrasi... eh?
dalam u memangbanyak bercanggah.. lain org kita tanya, lain jawapan kita dapat.. pasth kita yang kene

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.