BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, May 30, 2013

Some Things Better Left Unsaid

"Some things better left unsaid..."

Itu kata Firman Ebrahim dalam I Love You, Stupid! karya kak Melur Jelita. Dalam bahasa Melayunya, sesetengah perkara lebih baik tidak diperkatakan.

Menarik.

Bila seseorang punya masa silam yang hitam dan sejarah yang gelap, lebih elok dia tidak memperkatakannya kepada orang lain. Apatah lagi jika dia telah berubah menjadi lebih baik, masa silamnya bukan lah apa yang patut dia buka lagi. Benda tu adalah aib untuk dirinya.

Orang lain yang tahu kisah silam yang tak semenggah tu pun tak elok membukanya kepada orang lain pula. Bukankah sesiapa yang membuka aib orang lain di dunia, kelak di akhirat Allah akan buka aibnya pula? That's why, some things are better left unsaid.

"Some things" saje yang lebih baik disenyapkan. Tapi sesetengah perkara yang lain elok jika diperkatakan. Perkara macam mana? Perkara yang baik-baik, perkara yang akan membawa kepada kebaikan, perkara yang boleh dijadikan tauladan, malah perkara-perkara yang jika tidak diperkatakan, dikhuatiri akan mendatangkan keburukan.

Berbeza dengan "diam lebih baik."

Nampak tak?

Hurmmm. Nice. Banyak boleh kongsi dari ILUS. Nanti saya share lagi ya?


Mainan Perasaan

Banyaknye benda jadi akhir-akhir ni.

Banyak betul permainan perasaan. Kekadang sampai beristighfar berkali-kali sebab banyak sangat fikirnya. Yang bebukan pulak tu. Jahat betul syaitan ni duk berbisik macam-macam. Sampai akhirnya berusaha untuk bersangka baik. Atau lebih kepada lepas tangan terus. Sesak dada kalau dibiarkan menghantui kepala. Berdosa kalau terus bersangka buruk. Kan? :(

Dalam banyak-banyak perasaan yang bermain tu, kadang-kadang rasa sesuai sangat kalau nak taip dalam blog time tu jugak. Nak share dengan semua. Ayat dah bukan main cantik dah kat kepala. Tapi last-last sebab fikirnya sampai ke jauh malam, laptop pun malas nak dibukak, maka dibiarkanlah berlalu begitu saje. Esok pagi bangun, dah lupa dah ape nak tulis. So, bagus jugak kan kalau dah tak ingat?

Kalau tak, mesti da tertaip kat sini. Tak nak. Sebab rasa banyak sangat dah kenal blog ni. Rasa macam...takde privasi? Ye ke? Entah. Ape dia? Buat blog lain yang lebih privasi macam diari? Dulu dah pernah ade. Tapi blog tu dah berkubur dah. Dah dikuburkan terus. Tak nak dah dikenang-kenang ape yang ditulis dalam tu. Semua dah berlalu. Tiba masa untuk melupakan semua benda tu. Dan masa tu dah tiba lama dulu. Alhamdulillah.

Dan saat-saat macam ni, rindu sangat dengan Angah Jiwa-jiwa.

Ke mana dia menyepi?


Tuesday, May 28, 2013

Bernyawa Kembali

Hari ini cuaca mendung sangat-sangat.

Langit gelap. Macam nak hujan. Mungkin sekejap lagi awan akan memuntahkan segala isinya.

Bila terlalu lama tinggalkan blog dan tak menulis, jadi kekok pula. Tak tahu apa yang nak dikongsi. Nak bercerita tentang kehidupan seharian rasa dah tak best. Baik simpan sendiri-sendiri atau kongsi dengan kawan-kawan rapat atau kongsi kat tempat lain. Eh! Haha~

Sakura Ungu dah bernyawa kembali. Lepas ni boleh lah saya berjuang kembali. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang mengatur sesuatu. Moga-moga selepas ini lebih banyak keindahan dari kuasaNya yang dapat saya nikmati. Ameen.

Selamat bekerja semua!


Thursday, May 23, 2013

Impian Kasih

Buat isteriku.

Dunia rumahtangga itu penuh dengan rasa,
Pahit, manis, masam dan masin,
Kadang-kadang tidak terkata rasanya.
Tidak cukup hanya dengan satu warna...
Doaku,
Moga dirimu juga diriku,
Siap sedia untuk mengecapi semuanya bersama.

Dari suamimu.

Erm... Macam panjang sangat pulak. Ayat dah cantik dah, tapi muat ke tulis semua tu? Aiyarkkk! Cari yang pendek sikit.

Buat isteriku,

Kau pelengkap separuh agamaku.

Dari suamimu.

Ringkas, tapi terlalu umum. Hurmmm.

Buat isteriku,

Moga pernikahan ini menjadi pengikat cinta kita di gerbang redhaNya.

Dari suamimu.

Subhanallah, macam ok! Tu pun lepas google gambar-gambar kat internet, dan edit sikit ayat dalam gambar tu. Harap-harap menjadi lah. Kalau tak jadi, saya tabur je manik urai atas kek lapis buat hantaran lusa ni. +_+

***

Dari pernikahan, semua mahu yang baik-baik saja kan?


P/S: Ramainya yang bernikah hujung minggu ni. Tak syak lagi, ramai juga bayi akan lahir pada hujung-hujung Mac tahun depan. Ops!!! Selamat mendirikan masjid buat semua yang bakal bernikah! :)


Wednesday, May 22, 2013

Setahun Sakura Ungu

Abaikan hiasan rerumput itu...

Alhamdulillah.

Dah setahun dah saya pakai kereta ni. Dah banyak tempat saya pergi. Tempat paling jauh pernah saya pergi dengan Sakura Ungu, Terengganu. Kalau Sakura Ungu sendiri pula, paling jauh dijelajahnya adalah Kedah Darul Aman. Tapi bukan saya yang bawa.

Banyak betul jasa Sakura Ungu pada saya dalam setahun ni. Pergi lab, pergi meeting, pergi program, pergi hantar kek, pergi kerja, pergi bawak Mulan ke dunia luar, pergi mengeratkan silaturrahim, pergi macam-macam lagi lah. Hihi. Semua dengan Sakura Ungu.

Mekasih ya sayang, sebab dah banyak berjasa. Ada lagi beberapa tahun yang akan mendatang, moga-moga lebih banyak moments yang boleh kita kongsi bersama. :')

Tapi buat masa ni, berehat dulu, ok? Jalan dekat-dekat aje boleh. Kalau jauh-jauh, Sakura Ungu kena tinggal. Mohon bersabar wahai diri. Juga bertabah.


Tuesday, May 21, 2013

Tempias: Nikmat Yang Ditarik

Nape ek?

Segala yang saya tulis kat sini, semuanya berbau nasi minyak ke? Rasanya tak. Jujurnya, saya menulis tentang apa yang saya lalui setiap hari. Pengalaman masa lalu dan tentang manusia di sekeliling saya. Dan kadang-kadang idea tersebut tercetus daripada perbualan dengan orang lain, juga apa yang dilakukan bersama orang lain. Tidak lah terlalu rigid kepada...ya, kamu faham-faham saja, ok? :)

Actually, hari ni saya teringin nak berkongsi satu lagi benda yang tercetus di fikiran saya semasa berbual dengan housemate. Ada satu slot dalam Ikim yang saya suka dengar pagi-pagi sambil memandu, tak kisah berulang-kali. Saya tak tahu itu slot apa, kerana saya memang suka menukar-nukar channel radio. Sebab saya naik kereta dengan orang yang pelbagai, maka saya lebih suka meraikan daripada "ini kereta aku, so ikut aku!". ^^

Eh, berbalik kepada apa yang saya dengar di Ikim, ustazah tersebut berkongsi tentang kisah kekeluargaan. Bagaimana mendidik isteri dan anak-anak. Kerana dunia sekarang yang semakin penuh pancaroba, tidak mustahil dalam satu keluarga, ada paling kurang, seorang yang kepalanya lain dari yang lain. Mungkin saja, anak kita yang seorang itu suka membuat hal, atau mungkin saja isteri atau suami kita sudah mula menampakkan belangnya setelah berpuluh tahun bernikah. Yang ini pun, faham-faham saja, ok? :)

Bila berlaku something dalam family, ibu bapa suka menyalahkan anak-anak yang bermasalah. Sedangkan, jika dimuhasabah kembali, mungkin saja bila berlaku masalah macam ni, ada yang tidak kena pada diri kita sendiri. Ya, mungkin ada salah kita pada Tuhan yang menyebabkan Allah murka, diberikan olehNya petunjuk kepada orang-orang di sekeliling kita. Mungkin amalan kita ada yang kurang dan lompang, lalu Allah tarik nikmatNya sedikit daripada orang-orang di sekeliling kita.

Ya, nikmat iman dan Islam itu kan nikmat paling besar dalam hidup kita sebagai Muslim. Yang manakah dari ini yang kita dustakan dalam hidup kita sehari-hari? Mari, muhasabah sama-sama, demi menjadi Muslim yang lebih baik! Insya'Allah!


Monday, May 20, 2013

Cara Fikir Orang Media

Saya boleh dikatakan orang media, tapi baru setahun jagung.

Saya juga kenal seseorang yang betul-betul berkecimpung dalam bidang media, tapi usianya dalam bidang media lebih lama dari saya. Lagipun, itu memang profession dia.

Tidak berapa lama dulu, saya dan dia hampir saja bertegang urat kerana pendapat kami yang berbeza tentang salah satu isu di media massa. Walau saya rasa pendapat saya ada juga sedikit betulnya, pendapat dia juga ada betulnya. Saya memang tidak boleh menang.

Tapi alhamdulillah, terima kasih kepada dia kerana pendapat dia itulah yang telah membuka mata saya dengan lebih luas untuk menilai pelbagai isu di sekeliling saya.

Bukan menerima bulat-bulat, tapi memang media kita ada banyak agenda disebaliknya. Contohnya, tentang isu Air Asia yang paling terkini. Nak tahu tentang apa? Search Google ya! Tapi, kaji dalam-dalam, ok! :)


Sunday, May 19, 2013

Kerana Jari Yang Cantik

Sebenarnya dah lama peristiwa ni berlaku.

Baru hari ni, saya tergerak hati untuk berkongsi. Mulanya, saya mahu simpan saja sendiri. Tak perlu untuk luahkan pada sesiapa, risau nanti lain pula yang terjadi. Tapi semalam, entah kenapa dengan tiba-tiba saya membuka cerita ini dengan housemate. Cerita yang lama saya pendam. Sejak hari mengundi 5 Mei yang lalu.

Sejurus saja selepas saya memuat-naik gambar jari yang telah tercalit dakwat kekal berwarna biru di laman Instagram dan Facebook, seorang rakan di Facebook menegur saya melalui PM ke Inbox saya. Tidak pernah saya bertegur sapa dengannya secara peribadi sebelum ini. Hanya berbalas komen di wallnya sahaja memandangkan dia orang yang saya kagumi. Ya, dia penulis hebat. Tulisannya tentang sejarah-sejarah pahlawan Islam zaman silam sangat hidup dan tidak dapat ditandingi sesiapa, bagi saya.

Berbalik kepada PM tersebut, tiba-tiba sahaja dia bertanya asal-usul saya, kerjaya saya, dan bila saya akan kembali ke Semenanjung Malaysia. Pelik. Tapi saya tetap membalas dengan icon senyum. Melihat saya sudi membalas, dia mempelawa pula saya datang ke Kuala Lumpur jika berkesempatan. Wah! Terujanya saya! Pada fikiran saya, bertuahnya kalau saya berpeluang bertemu dengan penulis yang saya kagumi ini. Namun, hairan juga tiba-tiba dia mempelawa, ada tawaran untuk jadi rakan penulis ke? Amboi, jauh benar angan-angan...

Bila saya nyatakan rasa teruja saya, dia juga membalas dengan rasa yang sama. Ya, dia juga tidak sabar untuk bertemu wajah dengan saya, katanya, kerana jari saya cantik.

Terkedu.

Alhamdulillah, jari cantik itu Allah yang bagi. Begitu saja saya membalas.

"Jarinya cantik...wajahnya lagilah cantik...hehe..." ayatnya yang terakhir saya kira.

Terperanjat saya. Tidak saya balas lagi PM tersebut hingga ke hari ini. Satu kerana bimbang. Dua kerana saya tak tahu apa yang perlu saya balas.

Dan bila saya terkenang kembali peristiwa ini, teringat pula saya kepada seorang gadis yang menghadiahkan kedua-dua biji matanya kepada Hassan al-Basri. Kalau gadis itu sanggup mengorek biji matanya dan menghadiahkannya kepada lelaki yang memujanya kerana matanya yang cantik, sanggupkah saya mengerat jari jemari saya untuk diberikan kepada penulis itu pula?

Allahu...

Namun saya tetap hairan, tidakkah dia melihat cincin emas yang terletak elok di jari manis saya?


Wednesday, May 15, 2013

Sesal dan Ego

Pernah tak kamu buat sesuatu yang kamu sesali lepas tu?

Alahhhh, tu ayat intro je. Siapa yang tak pernah rasa menyesal lepas buat sesuatu kan? Sesuatu yang tak patut dibuat lah, bukan sesuatu yang patut. Tapi kekadang sesuatu yang kita rasa kita patut buat pada mulanya tu pun jadi sesuatu yang kita sesali lepas tu. Kekadang je lah.

Bila mood kita tengah tak ok, emosi tengah tak berapa nak betul, ade orang buat silap sekecik kuman pun kita dah marah. Kita salahkan orang tu 100%. Disebabkan salah dia yang kecik, kita nampak kesan buruk yang sangat besar. Lalu kita bermasam muka sampai beberapa hari. Ada jugak yang beberapa minit je. Dah redha sikit, baru lah tersedar, diri sendiri pun bersalah juga. Termenyumbang sedikit dalam kesalahan orang lain tu.

Masa tu lah baru nak menyesal sebab terburu-buru menyalahkan orang lain. Tapi alhamdulillah kalau boleh muhasabah diri lepas beberapa minit tu. Sekurangnya, boleh dijadikan iktibar untuk masa depan supaya tak semudah tu nak melepaskan amarah. Lebih elok lagi kalau lepas beberapa minit tu, terus minta maaf kat orang yang kita salahkan. Allah pun suka.

Sebab?

Menurunkan ego diri yang tinggi bukan senang.

Meminta maaf dan memaafkan juga tak ringan.

Berbahagialah orang yang selalu merendahkan dirinya, sebab dia tahu ada yang lebih tinggi di langit sana! :)


Tuesday, May 14, 2013

Awalnya Hari Ni...

Semangat betul pagi ni.

Sebelum Subuh dah bangun dan siap-siap mandi. Lepas solat terus masuk kampus. Sesambil drive sesambil menelefon seseorang. Bila takde respon, hantar Whatsapp. Risau.

Pagi ni jumpa adik-adik kat dalam. Dah lama tak beraktiviti macam ni. Lepas jumpa diorang isi perut kejap. Sambil sarapan tu, bercakap dengan mak kat telefon.

Banyak betul benda dibincangkan. Sampai lah habis maggie goreng dalam pinggan, baru habis bercakap dengan mak. Hihi. Kiranya ada teman jugak lah breakfast pagi ni walaupun hakikatnya sensorang aje.

Lepas breakfast, sebab masih awal lagi, terus keluar kampus. Kalau pergi lab pun, gerenti tak bukak lagi. So, baik gi pejabat pos setelkan apa yang patut. Nak hantar kain cotton mak ngah yang terlupa nak bawak sekali balik ke kampung hari tu.

Tapi, bila sampai pejabat pos, rupanya terlebih awal sebab tak bukak lagi. Walaupun tak bukak lagi, dah ramai dah tunggu kat luar. Tak lama pun menunggu, dalam 15 minit, dah bukak pun. Alhamdulillah. Siap beli kotak prepaid poslaju, terus masuk kampus balik.

Dan macam biasa, kena naik tangga sampai tingkat lima untuk masuk lab. Lif masih rosak lagi. Bila lah nak elok, tak tahu lah. Dah berminggu, sejak sebelum PRU lagi! Lama takkkkkk? Huhu.

Sekarang tengah menaip entry sambil buat draft journal sambil tengok Tanah Merah kat TONTON. Errr...


Monday, May 13, 2013

Terbantut!

Duh!

Seriously, kali ni betul-betul menghilang terus mood menulis ye? Update entry lepas tu senyap beberapa hari. Update lagi, then senyap terus. Haigoo! Ape nak jadi ni?

Tak pe lah, kali ni nak menulis bila rasa nak menulis aje. Takde lah berhenti terus kan? So, kalo rajin tu ada lah update, kalo malas, takde lah. Kalo rajin blogwalking pun, ada lah tu muncul kat blog kamu-kamu sume ni, kalo malas, takde lah. Boleh camtu?

Huhu. Dah lama kot tak blogwalking. Eh, blogwalking ade je, tapi tak tinggal ape-ape jejak. Sekadar baca entri dan tersenyum sorang-sorang. Malas nak komen sebab sekarang ni jarang sangat-sangat online guna lappy kesayangan ni. Guna tepon je, sekaligus mengurangkan diri ini menghadap laptop berjam-jam. Hoho. Kalo guna tepon lak, bila line tak berapa nak ok, takde lah online nye. Nak tinggal jejak & komen pun apetah lagi, macam siput aje line dia. Terus terbantut hasrat nak mengomen-ngomen.

Hah, bagussss sangat lah bila ada smakpong ni kan??? Boleh buat banyak keje lain.

Ye la tu, banyak main kucing aje!


Thursday, May 9, 2013

Peluang Membuat Wang Online dengan QudwahStyle.com

Dah lama benar saya tak menulis di ruangan ni.

Rasanya, kali terakhir pun sebelum PRU13 kan?

Blackout sekejap, tup-tup dah jadi entry ni. Magic tak??? Blerhhhh!

Actually, saya menulis semula ni sebab nak sangat share something yang mungkin boleh membantu sesiapa yang perlukan wang sekarang ni. Tak perlu keluar untuk bekerja, duduk rumah pun boleh. Sangat sesuaiii lah untuk para ibu mahupun para yang belum jadi ibu, bahkan yang tak akan menjadi ibu sampai bila-bila (lelaki lah!)

Macam mana tu? Senang je! Yang penting, ada blog! Haa~ Ramai kan yang ada blog sekarang ni? Kalau blog anda ramai pengunjung, lagi baik! Mana yang blognya melepasi 250 UV sehari, lagi lah baik! Blogger yang dalam kategori ni, boleh lah join sebagai website referrals dengan meletakkan banner kat bawah ni kat blog u'olss~


Letak banner je ke??? Tak lah, untuk maklumat lanjut macam mana nak jadi website referrals, boleh lah jenguk link Sebarkan dari QudwahStyle.com ni, ok? :)

Kalau tak ada blog, tapi nak buat duit juga macam mana pula?

Haa~ Jangan risau, u'olss still boleh lagi buat duit online tanpa perlu keluar bekerja macam para blogger juga~ Tapi, kena ada akses internet! Caranya, u'olss boleh menjadi ejen dropship QudwahStyle.com, hanya perlu selalu mengikuti perkembangan stok di website QudwahStyle.com untuk buat urusan jual beli dengan pelanggan. Selebihnya, boleh baca di Buat Duit Online dari QudwahStyle.com ni, ok?

Tak susah sangat pun, asalkan ada kesungguhan dan kesabaran, insya'Allah boleh membantu menambah duit poket. Hihi~ Mana-mana yang berminat, cepat-cepat lah jenguk link yang saya pautkan kat atas tu ye~ :)


Thursday, May 2, 2013

Mengundi Bukan Muslim, Salah Ke?

Sumber: Facebook saya

Di tempat saya, kedua-dua calon parlimen adalah bukan Muslim... Tidak boleh tidak, pemimpin wajib dipilih antara mereka berdua...

Bagi yang masih ragu-ragu untuk melaksanakan kewajipan mengundi, mari baca hukum mengundi calon bukan Muslim sebagai pemimpin... Semoga ada pencerahan... Teruskan istikharah ya!

Tiada lagi alasan untuk tidak turun mengundi! :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.