BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, May 19, 2013

Kerana Jari Yang Cantik

Sebenarnya dah lama peristiwa ni berlaku.

Baru hari ni, saya tergerak hati untuk berkongsi. Mulanya, saya mahu simpan saja sendiri. Tak perlu untuk luahkan pada sesiapa, risau nanti lain pula yang terjadi. Tapi semalam, entah kenapa dengan tiba-tiba saya membuka cerita ini dengan housemate. Cerita yang lama saya pendam. Sejak hari mengundi 5 Mei yang lalu.

Sejurus saja selepas saya memuat-naik gambar jari yang telah tercalit dakwat kekal berwarna biru di laman Instagram dan Facebook, seorang rakan di Facebook menegur saya melalui PM ke Inbox saya. Tidak pernah saya bertegur sapa dengannya secara peribadi sebelum ini. Hanya berbalas komen di wallnya sahaja memandangkan dia orang yang saya kagumi. Ya, dia penulis hebat. Tulisannya tentang sejarah-sejarah pahlawan Islam zaman silam sangat hidup dan tidak dapat ditandingi sesiapa, bagi saya.

Berbalik kepada PM tersebut, tiba-tiba sahaja dia bertanya asal-usul saya, kerjaya saya, dan bila saya akan kembali ke Semenanjung Malaysia. Pelik. Tapi saya tetap membalas dengan icon senyum. Melihat saya sudi membalas, dia mempelawa pula saya datang ke Kuala Lumpur jika berkesempatan. Wah! Terujanya saya! Pada fikiran saya, bertuahnya kalau saya berpeluang bertemu dengan penulis yang saya kagumi ini. Namun, hairan juga tiba-tiba dia mempelawa, ada tawaran untuk jadi rakan penulis ke? Amboi, jauh benar angan-angan...

Bila saya nyatakan rasa teruja saya, dia juga membalas dengan rasa yang sama. Ya, dia juga tidak sabar untuk bertemu wajah dengan saya, katanya, kerana jari saya cantik.

Terkedu.

Alhamdulillah, jari cantik itu Allah yang bagi. Begitu saja saya membalas.

"Jarinya cantik...wajahnya lagilah cantik...hehe..." ayatnya yang terakhir saya kira.

Terperanjat saya. Tidak saya balas lagi PM tersebut hingga ke hari ini. Satu kerana bimbang. Dua kerana saya tak tahu apa yang perlu saya balas.

Dan bila saya terkenang kembali peristiwa ini, teringat pula saya kepada seorang gadis yang menghadiahkan kedua-dua biji matanya kepada Hassan al-Basri. Kalau gadis itu sanggup mengorek biji matanya dan menghadiahkannya kepada lelaki yang memujanya kerana matanya yang cantik, sanggupkah saya mengerat jari jemari saya untuk diberikan kepada penulis itu pula?

Allahu...

Namun saya tetap hairan, tidakkah dia melihat cincin emas yang terletak elok di jari manis saya?


10 comments:

nini said...

takut plak saya baca cerita ni...macam2 tafsiran datang....

Rozuan Ismail said...

mungkin dia tak perasan kot cincin tu

rinduan citarasa said...

sunahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tamo layan tau

Teena Tna said...

Oh, rasa macam PM dari lelaki kan.. Wahh, jari cantik, orangnya mesti lg cantik kan..hehe nice words..

akmall said...

kak... saya lama tak tengok blog akak keluar kat dashboard saya.. saya tertanya-tanya.. kenapa takde keluar.. ingatkan dah la menulis.. lepas tu.. kenapa ye kak? aduh.. ke ada masalah dengan blogspot ni? huhu

aDisH.sHidA said...

untung mak akak dapat tengok awak..siap pegang jemari n kaki awak lagi..hehhee..

menakutkan jugak kan yg PM tu...huhu

AyueJean AJ said...

AJ pun kalau baca ayat last tu, timbul keraguan...

Amanina Mads said...

no komen..tak pernah alami

fadzli rt said...

assalamua'alaikum.
"dan setiap saat didunia adalah sebahagian dari ujian".

kita pandang yang positif. mungkin berminat menjadi sahabat penulis. pandang dari sudut yg negatif, sudah tentu hati terarah kepada ghibah.

mungkin beliau belum tahu kamu sudah bertunang. gambarkan kepadanya status kamu agar dia sedar sekadar mana iktilat yg perlu dijaga rapi

ambil jarak.ambil jarak.

;)

kiera'sakura said...

akak beware ye. risau pulak baca

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.