Ticker

6/recent/ticker-posts

Sesal dan Ego

Pernah tak kamu buat sesuatu yang kamu sesali lepas tu?

Alahhhh, tu ayat intro je. Siapa yang tak pernah rasa menyesal lepas buat sesuatu kan? Sesuatu yang tak patut dibuat lah, bukan sesuatu yang patut. Tapi kekadang sesuatu yang kita rasa kita patut buat pada mulanya tu pun jadi sesuatu yang kita sesali lepas tu. Kekadang je lah.

Bila mood kita tengah tak ok, emosi tengah tak berapa nak betul, ade orang buat silap sekecik kuman pun kita dah marah. Kita salahkan orang tu 100%. Disebabkan salah dia yang kecik, kita nampak kesan buruk yang sangat besar. Lalu kita bermasam muka sampai beberapa hari. Ada jugak yang beberapa minit je. Dah redha sikit, baru lah tersedar, diri sendiri pun bersalah juga. Termenyumbang sedikit dalam kesalahan orang lain tu.

Masa tu lah baru nak menyesal sebab terburu-buru menyalahkan orang lain. Tapi alhamdulillah kalau boleh muhasabah diri lepas beberapa minit tu. Sekurangnya, boleh dijadikan iktibar untuk masa depan supaya tak semudah tu nak melepaskan amarah. Lebih elok lagi kalau lepas beberapa minit tu, terus minta maaf kat orang yang kita salahkan. Allah pun suka.

Sebab?

Menurunkan ego diri yang tinggi bukan senang.

Meminta maaf dan memaafkan juga tak ringan.

Berbahagialah orang yang selalu merendahkan dirinya, sebab dia tahu ada yang lebih tinggi di langit sana! :)

Post a Comment

11 Comments

  1. ehh..blog kamu hijau!saya sukak.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sunah...betul tu suka ngan ayat yg terakhir tu...

    ReplyDelete
  3. selamat hari rabu
    singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. sebab tue la kalau marah kena diam kan kak. huuu

    ReplyDelete
  5. uih..susah nak buat nih..selalunya bila dah buat silap,buat muka tak bersalah ada le...heheh

    ReplyDelete
  6. keje jgn stress2 sgt, nnt cepat marah, sentiasa ingatkan diri bahawa tiada manusia yg sempurna.

    ReplyDelete
  7. kadang kita xtau kita salah or apa. cakap kadang lepas. mgkn orang tersentap ker

    ReplyDelete
  8. Kadang tak mudah nak turunkan ego ni Sunah...

    ReplyDelete
  9. assalamua'laikum.
    hm.. ini normal kerana kita ada nafsu.

    benar. pegang prinsip ini ketika timbul ego.dunia ditangan, akhirat di hati. berusahalah sebelum terbinanya baitulmuslim. saat sudah membina, lebih mencabar iman di hati.

    :O

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com