Tuesday, May 21, 2013

Tempias: Nikmat Yang Ditarik

Nape ek?

Segala yang saya tulis kat sini, semuanya berbau nasi minyak ke? Rasanya tak. Jujurnya, saya menulis tentang apa yang saya lalui setiap hari. Pengalaman masa lalu dan tentang manusia di sekeliling saya. Dan kadang-kadang idea tersebut tercetus daripada perbualan dengan orang lain, juga apa yang dilakukan bersama orang lain. Tidak lah terlalu rigid kepada...ya, kamu faham-faham saja, ok? :)

Actually, hari ni saya teringin nak berkongsi satu lagi benda yang tercetus di fikiran saya semasa berbual dengan housemate. Ada satu slot dalam Ikim yang saya suka dengar pagi-pagi sambil memandu, tak kisah berulang-kali. Saya tak tahu itu slot apa, kerana saya memang suka menukar-nukar channel radio. Sebab saya naik kereta dengan orang yang pelbagai, maka saya lebih suka meraikan daripada "ini kereta aku, so ikut aku!". ^^

Eh, berbalik kepada apa yang saya dengar di Ikim, ustazah tersebut berkongsi tentang kisah kekeluargaan. Bagaimana mendidik isteri dan anak-anak. Kerana dunia sekarang yang semakin penuh pancaroba, tidak mustahil dalam satu keluarga, ada paling kurang, seorang yang kepalanya lain dari yang lain. Mungkin saja, anak kita yang seorang itu suka membuat hal, atau mungkin saja isteri atau suami kita sudah mula menampakkan belangnya setelah berpuluh tahun bernikah. Yang ini pun, faham-faham saja, ok? :)

Bila berlaku something dalam family, ibu bapa suka menyalahkan anak-anak yang bermasalah. Sedangkan, jika dimuhasabah kembali, mungkin saja bila berlaku masalah macam ni, ada yang tidak kena pada diri kita sendiri. Ya, mungkin ada salah kita pada Tuhan yang menyebabkan Allah murka, diberikan olehNya petunjuk kepada orang-orang di sekeliling kita. Mungkin amalan kita ada yang kurang dan lompang, lalu Allah tarik nikmatNya sedikit daripada orang-orang di sekeliling kita.

Ya, nikmat iman dan Islam itu kan nikmat paling besar dalam hidup kita sebagai Muslim. Yang manakah dari ini yang kita dustakan dalam hidup kita sehari-hari? Mari, muhasabah sama-sama, demi menjadi Muslim yang lebih baik! Insya'Allah!

6 comments:
Write Comments
  1. betul tu. muhasabah diri sendiri dahulu sebelum menuding jari menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. assalamua'laikum.
    nasi minyak? wallahua'lam.
    blog perihal ceritera hidup, pelbagai rasa :D

    ha! setuju!
    ibu bapa terlalu 'stress' dengan tindakan sendiri yg dianggap betul. misalnya cara memberi pengajaran. ibubapa lebih gemar berkata begini :

    "kalau nad tak habiskan nasi ni, ibu tak nak bawak nad pergi taman permainan".

    berbanding begini :

    "nad habiskan nasi ni, kalau dah hampir kenyang, cakap kat ibu. tak habis takpe. lepas tu ibu bawak g taman permainan. ok? "

    alhamdulillah..
    tak terkira kan sebenarnya nikmat-Nya yg kita dustakan secara sedar atau tak. ada mata, malam2 bacalah al- Quran bila masih berjaga. tapi g cari hantu.

    =_=

    ReplyDelete
  3. betul jugakkan.....tQ utk entry nie..muhasabah diri jap

    ReplyDelete
  4. mungkin jugak ujian tuk kira skang nie kifarah dosa2 yang lepas kan kak. muhasabah!!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com