BLOG ENCIK SUAMI

Monday, June 3, 2013

Tidak Sekufu

Sekufu.

Sama taraf, sama darjat.

Itu yang dulunya saya faham tentang sekufu. Tapi bila baca My Precious Iris, karya kak Melur Jelita, mata hati saya terbuka dan terbuka lagi untuk ke berapa kali. Rupa-rupanya sekufu dalam Islam ni lebih dari itu!

Sekufu rupa-rupanya bukan bermaksud sebagai sama taraf atau sama kaya. Tetapi sekufu bermaksud persefahaman suami isteri. Ada tautan jiwa, saling percaya dan saling menghormati. Suami isteri tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Lebih-lebih lagi suami sebagai ketua keluarga harus memimpin rumah tangga yang diasaskan atas dasar Islam. Suami bijak membuat keputusan dengan akal yang waras berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi tidak salah meminta buah fikiran isteri kerana rumah tangga didirikan dengan dua hati dan jasad menjadi satu kerana ikatan murni.

Bila seorang suami tiba-tiba datang untuk menceraikan isteri yang telah tiga puluh dua tahun dikahwininya hanya kerana dia merasakan mereka tidak sekufu berdasarkan Kitab Tajul Muluk, memang patut dinilai balik apa yang berada dalam fikiran suami tersebut. Anak sudah lapan, cucu sudah sembilan belas, bagaimana boleh suami tersebut katakan rumah tangga mereka panas dan dia tidak sekufu dengan isterinya.

Pada usia perkahwinan yang 32 tahun, bukan masanya lagi untuk memahami pasangan, tetapi menghargai pasangan. Tidak mungkin beroleh anak cucu seramai itu kalau tidak kerana saling percaya dan memahami antara mereka. Hanya kerana cakap-cakap orang banyak dan Kitab Tajul Muluk, minda jadi tertutup dan sempit akal untuk berfikir.

Kak Melur Jelita turut berkongsi cara-cara seorang isteri untuk menghadapi suami yang penat pulang bekerja, meladeni dan melayani suami dengan selayaknya seorang isteri solehah. Bukan semakin menjadi bebanan dan penambah berat di pundak suami. Mengalah bukan untuk menunduk, tetapi mengalah untuk menanduk. Mendalam! Tidak sia-sia membaca novel tulisan graduan lulusan Usuluddin UM ni.

Alhamdulillah, memang banyak ilmu dalam MyPI.

Sampai rasa tak sabar nak kahwin! Eh!


** Ilmu untuk dikongsi dan diamalkan, bukan sekadar untuk disimpan dan diangan-angankan... **


2 comments:

myfirdz said...

Sekufu perlu diteliti dr byk aspek..fizikal dan mental... Mgkin ada org dr fizikal nmpk x sekufu tapi rohaninya sekufu.. Itu lebih baik jika agama yg didahulukan...

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

hmm, naz plak faham psl sekufu bila bab syed syarifah dipertengahkan. rasa letih bila sekufu tu yg dipertengahkan. sedangkan, dlm buku yg sunah bca lebih byk lagi. hmm, perlu hujah yg bernas kan?

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.