BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, September 25, 2013

Bila Isteri Mat Yo Buat Hal, Kita...?

Heboh!

Kecohnya alam maya dengan alam realiti di bumi Malaysia ni tentang isteri Mat Yo maki dan tendang Pak Azman, pengawal keselamatan Subang Airport tu. Huishhh~ Saya yang tengok video tu pun rasa maluuuu. Huk! Moga Allah bagi hidayah kat Siti Aisya Adam dan suaminya.

Mohon dijauhkan juga dari jadi macam tu kat saya dan orang-orang di sekeliling saya.

Orang kata, akhlak kita pada orang lain akan menentukan hidup kita pada masa akan datang. Kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. Kalau kita buat jahat pada orang, Allah akan balas dengan yang setimpal pada kita.

Besarnya kesan cara kita bergaul dengan orang lain, kadang-kadang kita tak nampak. Atau mata kita ni dihijab untuk nampak yang buruk pada diri kita. Rasa-rasanya kita dah betul, rupanya kita lah yang paling salah. Rupanya ramai yang terasa hati dengan kita. Belum dikira lagi yang tertanam benih benci dalam hatinya pada kita.

Astaghfirullahal'azim....

Kawan-kawan, kalau saya buat salah, tegurlah saya baik-baik!


10 comments:

rinduan citarasa said...

berbakul2 doa bt isteri matyo moga berubah lps kisah ni. konon nk saman pak Azman last2 kerana kebijaksanaannya membawa diri

Norfa nil said...

lama tak komen sini.. huhuhu...

pegang kata kata kak sunah..

"Orang kata, akhlak kita pada orang lain akan menentukan hidup kita pada masa akan datang. Kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. Kalau kita buat jahat pada orang, Allah akan balas dengan yang setimpal pada kita."

Norfa nil said...

lama tak komen sini...

saya pegang kata kata kak sunah..

"Orang kata, akhlak kita pada orang lain akan menentukan hidup kita pada masa akan datang. Kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. Kalau kita buat jahat pada orang, Allah akan balas dengan yang setimpal pada kita."

Nurzakiah Hanum said...

kadang2 kt x sedar tindakan kita

Mysara Ab Rahman said...

ada jgk tgok vdo tu...emmm malu plak sbgi pmpuan

Lydia Miza said...

Moga dia berubah jd yg lbh baik. Kalau x mai fikir benda lain perlu jga maruah dan nama baik suami. Itulah yg seharusnya utk wanita yg bergelar suami

Mummy LiYzA ^^, said...

erm..kena p class anger management kot bini dia tuh~

Ummi said...

Assalamualaikum Sunah cayang...akak kan, sampai saat ni mmg xnak jer tgk citer isteri Mat Yo tuh..sungguh! Tp bila Sunah komen agak keterlaluan teruk perangai dia tuh...japgi akak try tengok...

Akak jugak mintak maaf, tegurlah akak secara berhemah no hal...kita manusia punya budi bahasa untuk bertegur sapa, x kiralah hal baik dan buruk seseorang kan...biarpun yg muda menegur, asal ada benarnya...tiada salah kan...

Muuuahh tuk Sunah...bila nak ehem, ehem....hehe

Angah said...

semoga kita diberi hidayah, utk memperbaiki diri. kisah isteri mat yo mungkin hint drpd Allah, agar hambNya yg lain mengambil iktibar

Nafisa81 said...

kerana mulut badan binasa...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.