Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Seperti Makan Kacang

Benarlah.

Tak mudah sebenarnya hendak bergelar isteri. Bukan seperti makan kacang sebenarnya hendak membina masjid. Sedang makan kacang pun kadang-kadang ada susahnya, bila kulit kacang terlalu keras untuk dibuka. Inikan pula perkara yang lebih besar daripada makan kacang.

Bernikah.

Membina rumah tangga.

Menerima orang baru dalam hidup.

Menyatukan dua keluarga.

Yang latarnya memang berbeza.

Subhanallah. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat ke 13: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Saya belum lagi bernikah, tetapi cabaran untuk bernikah itu kini sedang saya lalui. Kerana ramai yang berpengalaman berkata, semakin dekat dengan tarikh ijab kabul, semakin kuat kita akan diuji. Dan ujian untuk setiap hamba Allah itu berbeza-beza. Tidak semestinya bakal pengantin yang ini ujiannya sama dengan bakal pengantin yang seorang lagi. Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya berbeza-beza.

Persiapan semakin rancak, keluarga dihubungi dengan lebih kerap dari biasa. Dugaan duduk jauh dari keluarga, sememangnya hati sudah mula rasa gusar dan bimbang kalau-kalau ada yang terlepas pandang. Semuanya dipantau dari jauh. Kadang-kadang kasihan pada keluarga di kampung yang bertungkus lumus membantu persiapan tanpa saya. Rasa mahu cepat-cepat balik, tetapi bersabar sahajalah, tinggal tiga minggu saja lagi untuk saya pulang ke rumah.

Dan saat-saat beginilah ujian emosi antara yang terhebat. Beruntunglah bakal pengantin yang sabar menghadapi semua tekanan persiapan majlis, melimpah ruah pahala yang Allah anugerahkan, semakin bertambah-tambah lagi pahalanya apabila sudah selesai ijab kabul. Subhanallah. Itu terapi terindah buat hati yang gundah gulana.

Maka pesan saya kepada semua bakal pengantin walau belum ketemu calon, persiapkan segalanya seawal yang boleh.

Tinggal sebulan sahaja lagi.

Mohon doa-doakan.

Post a Comment

10 Comments

  1. Benar. Banyak dugaannya bila tarikh semakin dekat. Syaitan begitu asyik dan rancak mengusik hati mempermainkan emosi. Semoga dipermudahkan segalanya Sunah.

    ReplyDelete
  2. As salam sunnah
    Nk bagi ucapan selamat pengantin baru dulu....bersangka baik pada Allah...bertabah n byk berdoa...

    ReplyDelete
  3. Ujian dalam menuju alam rumahtangga memang dasyhat.. kita pon pernah alami.. darah manis kata orang..
    semoga semuanya di permudahkan my dear.. bersusah susah dulu bersenang senang kemudian.. hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Semoga majlis dan perjalanan Sunah dan Ady untuk disatukan dipermudahkan..In Sha Allah...

    Betul setiap pasangan untuk mendirikan rumahtangga diberi ujian yang berbeza,banyak2 bersabar ye sayang..

    In Sha Allah kita jumpa di Bintulu nanti...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..

    Tahniah... In Shaa Allah semuanya akan baik2 saja :)

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya selamat... amiinnn...

    maaflah sebab memang tak dapat nak datang sampai sana haa... jauh bebeno nak terbang... kalau dekat macam kat KL ke...pahang ke..terengganu ke... InsyaALLAH boleh jugak la tunjuk muka...

    Pendekar Berkuda

    ReplyDelete
  7. kan .. banyak sangat nak kena sediakan .. zahir batin
    semoga segalanya di permudahkan

    ReplyDelete
  8. patutlah bau nasik minyak sampai seberang laut mediteranean nii. hehee


    barakallahufik!! :)

    ReplyDelete
  9. sunah .. semoga di permudahkan segala urusan =)
    sabr ye .. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com