Thursday, December 19, 2013

Bunga Tangan dan Bunga Telur Koleksi Hevea


Sesiapa yang follow encik suami di Instagram atau berkawan dengan encik suami di Facebook, tentu dah nampak gambar ni beberapa hari lepas.

Cantik kan bunga tangan tu?

Nampak manis dan berseri aje.


Bunga tangan ni hasil dan produk daripada Koleksi Hevea, dibawa khas dari Pendang, Kedah Darul Aman oleh Kakakechik Adish Shida.


Menggunakan daun getah sebagai bahan asas untuk menghasilkan bentuk bunga, kemudian disembur dengan cat minyak untuk mencipta tona warna mengikut citarasa pelanggan. Saya sendiri pernah belajar dengan ibu kepada Kakakechik, cara-cara untuk menghasilkan bunga daun getah ni.


Ini pula bunga telur daripada kertas crepe. Memang cantik dan kemas hasilnya, ramai mak cik yang suka dan buat simpanan sebagai kenangan, bahkan ada yang simpan sebagai rujukan untuk buat bunga telur di kemudian hari. Hihi.

Bagi yang berminat untuk menempah, boleh ke blog Koleksi Hevea D'Hati, banyak lagi produk berupa bunga-bungaan kat sana~ :)

Terima kasih Koleksi Hevea!

9 comments:
Write Comments
  1. sobs sobs itu je mampu bagi untuk majlis kamu..

    eh eh patut la cepat je habis bunga pahar tu...xsempat pun nak ambik gambar bersama pelamin yang cantik itu

    ReplyDelete
  2. cantik dan berseri... peminat warna pink mcm akak memang suka.. hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah dah jadi puan...lama sudah tak singgah di sini

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak sunah.. wa cantik bunga tangan & buga telir tu.. love it..

    ReplyDelete
  5. dah lama tak jenjalan blog. buka je blog ni. baru tau tuan blog sunah suka sakura ni dah berfamili. Alhamdulillah.. tahniah sunah. semoga berbahagia bersama famili hingga ke syurga. =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  7. Tahniah ye sunah =) moga bahagia dan gembira selalu...

    ReplyDelete
  8. tahniah sunah..teringin nak jumpa sunah..:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com