BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 17, 2013

Kak Ayu Citarasa Rinduan

Gambar ni dari blog Kak Ayu

Alhamdulillah.

Dah lama sebenarnya saya merancang untuk ke sana. Sejak kenal dan bertemu muka dengan pemilik restoran tersebut sendiri. Kak Ayu Citarasa Rinduan.

Panjangnya nama. Sebenarnya nama Citarasa Rinduan tu nama restoran Kak Ayu. Terkenal dengan Mee Bandungnya, restoran Kak Ayu terletak betul-betul di belakang stesyen minyak Mobil Felda Sg. Sayong. Senang betul nak cari restoran Kak Ayu! Jalan terus aje sampai jumpa, kalau guna GPS la. Err.

Sebenarnya saya ke Citarasa Rinduan sebab nak hantar tudung yang Kak Ayu tempah. Alang-alang saya balik dari KL ke Skudai, singgah la di Kulai. Bila sampai kat Citarasa Rinduan dalam pukul 11 lebih pagi semalam, Kak Ayu tak ada. Dia balik ke rumah membersihkan diri dan mengambil Umai balik dari sekolah. Pekerja Kak Ayu datang ambil order. Saya tak nak makan masa tu, just nak minum aje.

"Air bandung ade?"

Dia cakap ada. Dia tulis kat kertas order. Saya jeling. EH?

"Ape tu? MB? Bukan Mee Bandung tau! Air bandung!"

Dia tergelak. Malu agaknya dengan salah sendiri. Ok, tu cerita kelakar kat Citarasa Rinduan.

Tak lama saya tunggu, Kak Ayu pun muncul. Gembiranya jumpa dia. Rindu sangat-sangat sebab da lama tak jumpa. Kali terakhir, masa raya tahun lepas agaknya, kan Kak Ayu? Saya peluk Kak Ayu erat-erat sebab rasa rindu berat sangat. Hehehe. Kalau nak tahu, Kak Ayu lah blogger pertama yang saya jumpa sebelum ke gathering Sedenak bersama Mat Gebu. Kak Ayu la yang bersusah payah membawa saya dan rakan-rakan blogger UTM ke teratak Mat Gebu hampir dua tahun lepas. Oh, maksudnya da hampir dua tahun ya saya kenal Kak Ayu dan yang lain-lain? Alhamdulillah.

Kak Ayu menjemput saya ke rumahnya untuk berehat, membersihkan diri dan menunaikan solat. Sempat juga saya belajar cara-cara menguli donat gebu yang tak kejung bila da sejuk (Seriously! Saya makan petang tadi pun masih lembut!) Juga mengenali kolagen yang rupa-rupanya banyak terdapat di Borneo bak kata Kak Ayu dan ibu mertuanya. Eh, lupa pula...asam pedas ikan mayong Kak Ayu sangat sedap okayyy!!! Saya bertambah nasi tau Sis Lin! Eh, tetiba pulak sebut nama beliau. :p

Lepas mendonat, kami keluar ke Pekan Rabu. Hajatnya untuk bertemu muka dengan blogger Cikgu Areef, tapi tak kesampaian sebab saya pun dah nak balik ke Skudai. Masa tu da lewat petang sangat. Takut nanti kena redah felda dalam gelap pula. So, takpe lah. Minggu depan insya'Allah boleh berjumpa bersama-sama dengan dua orang blogger dari Utagha pulak. Siapa? Tunggu~

Bila da balik ke Skudai, ajaibnya ada rasa indah dalam dada. Ya, saya rindu. Sekejap je, da rasa rindu pada Kak Ayu dan keluarganya yang baik hati. Seronok berbual dan berkongsi cerita bersama mereka. Terima kasih buat Kak Ayu sekeluarga kerana sudi menerima kedatangan saya semalam dan menumpangkan rehat. Moga-moga Allah memberkati keluarga Kak Ayu dan mempermudahkan urusan kalian dunia serta akhirat, insya'Allah.

Last sekali, jauh dari dalam hati saya... Kak Ayu, saya nak jadi macam akak! :')


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.