BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 4, 2013

Kerja Saya Memang Kena Online


Malam tadi post kat group UTM Bloggers.

Mohon abaikan statement takde kawan tu. =.="

Nampak tak komen Zhafri yang tak berapa nak last tu? Dia cakap tak boleh online kalau tengah kerja. Ops!

Kerja saya kat Benang Hijau ni memang kena online. Sebab boss akan hubungi bila-bila masa melalui chat di Facebook. Bila ada customer yang beli kain atau baju melalui page FB, diorang akan deal dengan boss. Then, boss minta kitorang cari kain, baju atau tudung melalui kod yang dia bagi. Barang-barang ni kemudiannya akan dibungkus, seal dan siap untuk dipos. Tunggu posmen datang je lepas tu.

Dan setiap malam juga saya akan update stocklist di FB. So, staff kat KL boleh update stock kat web sekali. Itu la kemudahan internet sekarang. Memudahkan kerja manusia kalo digunakan di tempat yang betul, kan kan kan? ;)

Ok, sambung kerja!


P/S: Cara saya menguruskan Novel Fifty% pun lebih kurang macam ni lah, sebab novel-novel semua ada kat Sarawak. :)


Buat Mereka Yang Selalu Ditanya...

"buat mereka yang selalu ditanya.
soalan yang sama.
nadanya masih tak berbeza.
antara ingin tahu dan terujanya mereka..

tak mengapa.
jangan berkecil hati, merasa rendah diri, terluka dan tertekan,
pada pertanyaan mereka.

tersenyumlah,
bila kamu memang tak punya jawapan.
berlapang dadalah,
bila kamu memang tak punya pengetahuan tentang apa yang akan berlaku kelak.
kerana kerisauan dan kegusaran tak akan mempercepatkan proses itu.

aminkan.
aminkan kata-kata mereka.
dalam hati, dan lewat bicara.
diam-diam, moga Allah mempermudahkan.
terang-terangan, minta mereka doa-doakan.

semoga soalan yang ditanya-tanya,
menjadi doa yang diulang-ulang dan Didengari Allah."
— saya tahu, soalan itu, yang kita sendiri sudah kelu mahu respon terhadapnya.


Sumber: tersenyum-melihat-langit

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.