BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, March 2, 2013

Pilihan dan Memilih...

Pilihan dan memilih.

Bila kita ada pilihan dan perlu untuk memilih, kita tentu akan fikirkan mana yang terbaik di ranking paling atas dalam pilihan kita kan? Yang kedua terbaik, yang ketiga terbaik, dan seterusnya dalam susunan masing-masing ikut kebaikan dan keburukannya.

Bila bercakap tentang pilihan, maksudnya kita ada alternatif. Mana tahu, pilihan yang pertama itu akhirnya bukan yang baik untuk kita, so kita ada alternatif lain untuk dipilih. Atau mana tahu, yang pertama itu memang bukan untuk kita pilih, sekurang-kurangnya ada pilihan kedua, ketiga, dan seterusnya yang masih boleh kita pilih.

Tujuannya?

Backup plan. Orang kata. Tak kisah lah nak pilih apa pun. Macam mak cik saya ni, dia nak pilih kain kotton untuk buat jubah. Jadi saya tunjukkan lah kain-kain cantik yang boleh dibuat jubah kat Benang Hijau Collections. Sebelum ni, dia pilih hanya satu kain. Satu tu aje, takde nak berkenan kat yang lain.


Dia nak yang oren hitam tu je. Dan saya pun tak terfikir pula nak bagi dia pilihan yang lain masa tu. Bila tanya boss, boss cakap ada, so saya happy tidak terkata. Cepat-cepat bagitau kat mak cik kain tu ada. Tapi last minute, supplier kata dah sold out. Aduhh! Macam mana ni???

Akhirnya, balik rumah kali ni, saya tunjuk kat mak cik saya kain-kain baru pula. Kali ni, saya bagi mak cik pilih kain-kain yang dia berkenan, dalam tiga pilihan. Mana satu yang paling dia nak, dan mana satu yang akan jadi kain backup kalau kain pertama yang dia pilih tu tak available. So, kalau kain takde nanti, boleh lah boss carikan yang lain kan? :)

So, dalam buat ape-ape benda pun, tak kira lah pilih kain ke, pilih ape nak makan ke, atau pilih kerja-kerja yang kita nak buat ke; sebenarnya bila kita perlu untuk memilih, fikirkan baik dan buruk satu-satu benda tu. Dan bila ada alternatif yang lebih baik, tambah lah ke dalam pilihan kita. Mungkin alternatif tu bukan lah antara yang kita suka, tapi boleh saja, yang itu paling Allah suka untuk kita, kan?

Dan ada masanya bukan kita saja yang perlu memilih, kadang-kadang kita juga perlu memberi pilihan... :)


Hati-hati... Ada Betulnya...

Kadang-kadang rasa apa yang sorang sahabat tu cakap dalam entri dia betul.

Kadang-kadang je. Ye, tak selalu lah. Bila nak menulis sesuatu kat mana-mana platform yang ramai orang baca, kena fikir banyak kali. Sebab kadang-kadang, tak selalu lah, apa yang kita tulis, orang akan salah tafsir. Kita maksudkan lain, orang lain yang membaca nanti fikir lain pulak.

Mungkin sebab tu lah adanya subjek Sastera kat sekolah kan?

Sebab dari tulisan yang tersurat, akan terhurai pelbagai makna tersirat.

Dan kadang-kadang kita fikirkan hati-hati orang disekeliling kita. Bimbang ada yang terasa, terguris, tersinggung dengan tulisan kita, buat kita fikir banyak kali sebelum tulisan tu dibaca orang ramai. Itu kalau kita da faham sangat orang-orang di sekeliling kita tu macam mana, da tahu sangat sahabat-sahabat kita ni jenis yang macam mana. Jadi, kita tahu lah kan nak menulis yang macam mana untuk diorang.

Lain orang, lain penerimaannya, kan?

Kalau yang jenis terasa, kemudian mengambil pengajaran, alhamdulillah. Tapi kalau yang jenis tersinggung, tak mahu menerima dan terus menyisih?

Bahkan bukan tulisan je, kata-kata dan tindak-tanduk kita pun.

Tambah-tambah dengan orang yang rapat dengan kita. Yang paling dambakan teguran dan nasihat, yang mahu sama-sama mencari redha Allah di muka bumi, dalam masa yang sama merekalah yang paling lembut dan mudah koyak kelopak hatinya.

Bak kata orang bijak pandai, hati-hati.

Hati-hati menjaga hati.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.