BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, April 2, 2013

Lif Rosak Lagi

Lif rosak lagi.

Asyik-asyik rosak aje. Penat kot nak naik tangga sampai tingkat lima. Rasa nak putus je nyawa ni sebab sesak nafas sangat-sangat. Setiap level kena berhenti sekejap untuk hirup oksigen. Bila da sampai tingkat lima dan masuk lab, memang berpeluh habis. Nak harapkan aircond lab, of course lah harapkan pagar, pagar makan padi. Aircond lab pun lebih kurang aje macam lif fakulti. Kejap-kejap berhenti berfungsi. Kejap-kejap kena on balik. Hurmmm.

Pagi ni ke kampus lebih awal sebab nak uruskan hal pengecualian yuran. Masa hantar borang, tanya kakak kat kaunter tu bila keputusan atau status borang tu keluar. Dia cakap pertengahan bulan 4. Krik krik krik bunyi cengkerik sekejap. Lepas tu cakap kat akak tu: ok, terima kasih.

Draft thesis da siap binding. Ingatkan dalam minggu lepas atau minggu ni nak hantar. Tapi disebabkan hal yuran ni tak setel lagi, tak dapat lah nak submit draft thesis tu. Pihak fakulti tak nak terima draft thesis kalau yuran tak bayar lagi. Haigoo. Rumitnya prosedur.

So, kena lah tunggu pertengahan bulan 4 baru boleh submit draft thesis. Nak bayar sendiri jumlah yuran penuh, duit tak cukup.

Krik krik krik.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.