BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, April 3, 2013

Bizi Bizi Bizi

Ya Allah.

Bizinya hari ni. Banyak betul order kat page Benang Hijau. Tak sangka sambutan sangat hangat dengan pemberian voucher RM20 kepada semua pelanggan sempena Pembubaran Parlimen hari ni.

Rasa tak cukup tangan nak update stock kat web, kat page, kat group, isi borang poslaju, rekod pembelian dalam buku, then upload gambar-gambar bermanfaat. Sampai kawan sekerja tergelak dan cakap...

"Perghhh, sambil menaip sambil tengok kain kat atas nun!!"

=.="

Kita kena sambil menyelam sambil minum air.


P/S: Sesiapa nak menambahkan kebizian saya dan memanfaatkan voucher RM20 ni, boleh lah ke page Benang Hijau sekarang. Sah untuk pembayaran penuh sehingga 11.59 malam ni ajee!


Dah Bubar

Alhamdulillah.

Ramai kot menunggu-nunggu kan? Dari dulu sampai lah ke hari ni. Akhirnya, lepas mesyurat terakhir kabinet pagi tadi, parlimen telah dibubarkan. Yabedabeduuuuu! Merdeka!!!

Erk!

Dulu-dulu tak ada lah rasa macam ni sangat, tapi sebab da besar panjang ni, baru lah merasa macam mana suasana pilihanraya. Baru lah nak terbukak mata tengok semua benda. Itu pun bila dah bergaul dengan banyak orang dan kenal dengan bermacam-macam manusia dari bermacam-macam latar belakang. Fuh!

Hebat kan Allah?

"Wahai manusia, sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal." [al-Hujurat: 13]

Subhanallah!

Dan memang susunan Allah tu sangat baik, rasa-rasanya insya'Allah saya boleh mengundi tahun ni kalau tarikh PRU 13 jatuh dalam minggu saya berada di kampung halaman. :)


Bila Blogger Jadi Maid...


Semalam menghabiskan sekeping lagi BB1M.

Tinggal lagi 3 keping BB1M tak tahu nak beli ape. Takut gak beli banyak-banyak kang, tak habis baca pulak. Tak suka, tak suka! So, simpan aje lah sampai tarikh luput. =.="

Semalam, terbeli novel blogger Zati Ahmad ni. Macam menarik aje tajuk dia. Malam tadi masa baca tu tergelak-gelak jugak sensorang. Boleh saya tido nak dekat pukul 3 pagi sebab baca novel ni. Tu pun tak habis lagi haa.

Bila Blogger Jadi Maid (BBJM) ni mengisahkan pasal seorang blogger yang nama dia Hanis Arisya. Risya baru habis ijazah, then dia pun try cari kerja. Bila carik dalam newspaper, dia ternampak satu iklan untuk jawatan pembantu rumah. Tergerak jugak hati budak Risya ni nak try jadi maid.

Kat situ lah pengalaman dia bermula, jumpa keluarga Puan Sri dan kerabat Tengku, then kat rumah besar tu jugaklah dia akhirnya berjumpa jodoh. Jodoh yang tak disangka-sangka. Jodoh bidan terjun agaknya? Hihi.

Sinopsis belakang novel Zati Mohd ni adalah seperti berikut:

Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash. Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka. “Jadi, nak saya buat apa?” “Awak kahwinlah dengan saya.” Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak. Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash. Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

Saya paling suka ayat last tu... :)

Jemput ke blog penulis tersebut, rasanya geng-geng penulis macam Iffah mesti kenal dia.



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.