BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, April 4, 2013

Merah-merah Delima


Putih-putih melati,
Merah-merah delima~~~
Siapa yang baik hati,
Pasti ku terima~~~

Delima warna dia merah.

Pagi tadi, teringin nak rasa jus delima yang junior bawak ke rumah semalam. Botol kaca jus tu belum terbukak lagi penutup dia. Masih suci murni gituuu. So, bersemangat lah kan memulas penutup botol tu.

Pulas punya pulas, akhirnya terbukak jugak. Then nampak ade cecair merah sikit-sikit kat penutup botol tu.

"Terkeluar sikit agaknya jus dia masa duk pulas tadi," kata saya dalam hati.

Tapi tiba-tiba mata ternampak garis-garis halus dekat jari telunjuk. Cuit sikit, gulppp. Terkuak dan berdarah. Erk! Rupanya terhiris penutup botol jus delima tu. Haigoo. Bahayanya. Gi basuh cepat-cepat.

Ingatkan dah ok. Bila on the way balik dari vet lepas hantar Mulan, baru rasa pedih dan berdenyut-denyut kat merata tapak dan jari tangan kanan. Belek punya belek, ya Allah, banyaknya luka. Tak sangka lak sampai sebanyak ni.

Maka, kita gunakan hansaplast yang jenis transparent untuk menutup luka dari terkena air, ok?

Kenapa guna hansaplast jenis ni?

Sebab...

Sebab...

Sebab...

Yang jenis kartun comel-comel tu takde kat 7E tadi. =.="


Tak Masuk

Susahnya berhadapan dengan orang yang susah nak terima pandangan orang lain.

Yang tak mahu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Yang tak mahu mematuhi peraturan yang baik untuk dirinya sendiri.

Dalam mahu bersabar dengan karenah manusia yang macam ni, tetap ada sekelumit rasa penat mahu menegur terus dan terus. Masing-masing sudah dewasa, masing-masing pernah hidup dengan orang lain. Tak kan lah masih tak mengerti cara untuk hidup dengan orang lain pula?

Tak masuk betul dengan orang yang macam ni. Sukar dan rumit sangat kah untuk mengikut apa yang sudah sedia senang untuk diikut? Kenapa mahu merumitkan keadaan dengan perkara yang menyusahkan semua orang?

Tiada hati dan perasaan mungkin.


#Kadang-kadang Allah hadirkan manusia untuk menguji kesabaran kita. Dan kadang-kadang Allah hadirkan manusia yang mirip kita untuk kita muhasabah.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.