BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, April 10, 2013

Soalan Yang Tidak Perlu Dijawab...

Semalam, saya terserempak dengan dia lagi.

Kali kedua, di tempat yang sama, cuma situasinya berbeza. Kali pertama dulu, dia bersama suaminya, naik eskalator sambil berpegangan tangan. Pasangan kahwin muda dan cinta selepas nikah, boleh saya gelarkan begitu? Sweet sangat.

Kali kedua ini, saya jumpa dia di surau. Mulanya, saya tak pasti itu dia, walaupun saya rasa itu dia. Cuma selepas berwudhuk, barulah saya pasti itu dia bila kami sama-sama memandang cermin. Dia berpusing ke belakang dan secara spontan, tangan saya hinggap di perutnya.

Perut ibu mengandung lima bulan.

Ya Allah, perasaan apa ya, bahagia mungkin.

Sungguh!

Kami bersalaman dan berpelukan, kemudian berbual-bual seketika tentang hidup masing-masing kala ini. Bertanya perkembangan terkini sampai lah dia membuka satu soalan cepu emas.

"Sunah bila lagi? Jangan lama-lama... Calon dah ada kan?"

Saya terdiam seketika. "Wallahu-"

"Eh, jangan jawab, jangan jawab. Allah Maha Mengetahui." Dia memotong terlebih dahulu.

Saya pandang dia.

"Allah akan bagi...pada masa yang tepat, insya'Allah..." katanya sambil senyum.

"Insya'Allah... Doakan ana ya!"

Dan kami bersalaman untuk berpisah lagi, pertemuan yang singkat, tapi cukup untuk membuatkan air mata saya mengalir dalam doa seusai solat Maghrib. Moga-moga Allah memberkati dia dan keluarganya. Ameen...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.