BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, April 16, 2013

Nak Pakai Skirt Pendek

QudwahStyle.com

Terpegun jap tengok gambar ni kat newsfeed FB tadi.

Fancy nyeeeee.

Macam high class gituuu.

Then baca sampai habis, owhhhhh niceeee!

Rupanya QudwahStyle buat gambar ni.

Bagus kan? Berapa banyak bisnes online kat luar yang dalam masa yang sama, berusaha untuk bagi nasihat kepada pelanggan mereka supaya menutup aurat?

Ada baca dalam al-Ustaz isu no berapa tak ingat, tapi antara yang baru jugak lah. Pembaca tanya, apa hukum kalau dia menjual pakaian yang tak menutup aurat dengan sempurna? Ustaz jawab, tak salah kalau dia pasti pakaian yang dijual tu akan digunakan dengan aurat ditutup atau kalau pakaian tu jenis tak menutup aurat; akan digunakan di rumah sahaja. Tak salah juga kalau dia tak tahu apa yang pelanggan akan buat dengan pakaian yang dibeli di butiknya. Kiranya, penjual ni tanggungjawab dia sampai barang bertukar tangan lah. Bila dah jadi milik pembeli, maka tanggungjawab berpindah kepada pemilik yang baru.

Tapi ustaz pesan jugak, adalah baik kiranya kalau penjual pakaian bagi pandangan tentang aurat dan mencadangkan cara menggunakan pakaian yang dijual di butik mereka mengikut syariat Islam. Ilmu tersebar, pahala pun dapat, kan?

Nak tengok pelbagai produk QudwahStyle, boleh ke SINI, ok? :)


Hanya Kerana Sayang

in the middle of the dawn by ~arbebuk on deviantArt

Susahnya kalau berada di tengah-tengah.

Antara orang-orang yang dekat dengan kita.

Yang kita hormati dan yang kita senangi.

Bila sesuatu berlaku di antara mereka, atau mungkin pada orang lain, tapi sedikit sebanyak tercalit pada salah seorang daripada mereka, kita menjadi orang yang dirujuk.

Mendengar cerita dari sebelah pihak saja tidak cukup untuk memberi gambaran yang sebenar akan apa yang telah tercalit. Yang mampu kita buat adalah sejujurnya berkongsi apa yang selama ini kita tanam dalam hati.

Ya, tatacara bergaul dengan ramai orang itu ada pelbagai resepinya.

Dan untuk yang kali ini, neutralkan segala rasa.

Cukup sampai situ.

Hanya kerana sayang.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.