BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, April 17, 2013

Api Lawan Api...

Ke pejabat fakulti tengahari tadi.

Bangunan baru memang cantik. Nampak bersih dan kemas lagi. Terima kasih kepada senior MPP fakulti yang proposed bangunan ni dulu. Wahhhh ucapan khas untukmu! Kikiki.

Tujuannya nak jumpa dengan sorang staff pasca siswazah. Nak tanya tentang thesis dan yuran tu lerrr. Kot lah boleh hantar jugak walaupun tak setel lagi bendanya. Kena ikhtiar jugak walau macam mana pun.

Mula-mula memang payah benar nak explain kat dia.

"Erm, saya nak hantar thesis, tapi yuran tak bayar lagi. Saya dah gi SPS, dah buat pengecualian yuran, tapi dalam seminggu dua baru update kat web. Boleh tak saya hantar thesis?"

EH! Macam senang pulak bila dah taip. Tadi kemain susah nak explain kat dia sampai hampir-hampir saja kami bertegang urat.

Ya, saya perasan, suara dia semakin lama semakin tinggi. Dan suara saya tidak kurang tingginya.

Bila saya sedar itu, terus saya cakap dalam hati, sabar Sunah! Api lawan api lain jadinya! Saya tak nak pula kena black list dengan staff yang sangat saya hormati kerana kredibiliti dia ni.

Saya kendurkan sedikit suara. Cuba berlembut dan tunjukkan borang pengecualian yuran kepada dia. Dia ambil, duduk, dan belek something dalam komputer.

"Ok, macam ni. Awak pergi bendahari, minta surat perlepasan yuran. Bagitahu kat diorang, awak nak hantar thesis. Kepilkan dengan thesis awak, boleh hantar pada saya. Biar saya check dulu semuanya bagi lengkap."

"Owhhh! Boleh ye hantar lepas tu?"

"Yup, surat perlepasan yuran tu jaminan dari bendahari pada kami. Bukan surat-surat lain, termasuk surat dari supervisor, memang kami tak terima. Hanya dari bendahari saje, sebab kami tahu proses tu memakan masa, tapi dengan jaminan dari bendahari, kami boleh terima thesis awak."

Subhanallah, macam tu je? Alhamdulillah!

Insya'Allah esok cuba selesaikan benda-benda ni pulak.


P/S I: Staff ni manusia juga, bukan robot. Diorang ada perasaan, tentu dah tension melayan student yang macam-macam karenah termasuk saya ni. Err.

P/S II: Bila anda marah, ketika berdiri, maka duduklah...bila anda marah, ketika duduk, maka berbaringlah...ada hikmah kenapa Allah menetapkan sedemikian.


Sampai Bila Pun Tak Setel

Emosi berkecamuk benar pagi ni.

Seriously down.

Dah lama memendam rasa agaknya, akhirnya air mata menitis jugak bila bercakap dengan kakak senior kat telefon. Benar-benar tension dengan apa yang berlaku. Benar-benar rasa tidak puas hati dengan sistem.

Sistem yang bercanggah.

Contohnya; pihak fakulti kata, tak boleh terima thesis kalau pelajar belum membayar yuran pengajian. Kalau nak buat pengecualian atau pengurangan yuran pula, kena pergi Sekolah Pengajian Siswazah, isi borang dan hantar sebelum tarikh sekian-sekian. Untuk dapat pengecualian yuran pengajian 100%, thesis mestilah dah dihantar sebelum tarikh sekian-sekian tersebut. Kalau tak hantar thesis lagi, maka yuran pengajian hanya boleh dikurangkan 50%.

Ehhhh! Peliknya!

Kenapa perlu buat sistem yang bercelaru macam ni? Fakulti kata macam ni, SPS kat macam tu, kan dah jadi pertindihan.

Ya, memang lah takut pelajar dah hantar thesis tapi tak bayar yuran lepas tu, tapi tak semua kot macam tu. Itu mungkin pelajar yang tak sungguh-sungguh nak grad. Kenapalah ada masalah macam ni timbul dulu-dulu. Terus terkesan pada kami-kami yang sekarang ni. Sangat menyusahkan keadaan.

Nak hantar thesis pun tak terhantar-hantar.

Kalau dah macam ni, tunggu lepas PRU aje!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.