BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday: Tugas dan Result


Tersentuh hati membaca ayat yang tertera pada gambar tersebut.

Allahu...

Hanya kepada Mu aku berserah...

Segenap urusan dalam hidupku dan matiku...


Saya dan Pak Cik Berseluar Pendek

Ketika sedang duduk menghadap laptop di kedai, suara orang memberi salam menggamit saya mengangkat muka.

Seorang pak cik seperti teragak-agak hendak masuk ke kedai. Saya senyum dan menjawab salamnya. Wajahnya nampak lega sedikit. Dia melangkah masuk mendekati saya.

"Adik nak tempah makanan?" Pak cik itu berseluar pendek dan bertopi. Nampak rambut putih di sebalik topinya. Gaya percakapannya pula agak lain sedikit slanganya. Soalannya masih tidak saya jawab. Hairan kerana tidak pernah lagi ada orang datang mengambil tempahan di kedai.

"Hari ni ada menu ayam masak asam pedas. Nanti saya hantar kat adik tengahari ni."

"Owhhh...pak cik dari mana ni?"

"Pak cik baru lepas hantar makanan ni tadi. Selalu amek order kat sini, kat kedai-kedai kat atas. Kadang-kadang masak lemak cili api, ada jugak masak kicap, hari ni asam pedas. Tiga ringgit je."

Asam pedas itu kegemaran saya.

"Pak cik hantar ke nanti?"

"Ya, pak cik hantar dalam pukul 1 macam tu."

"Boleh juga lah, bungkus macam mana tu?"

"Pak cik asingkan nasi dengan lauk, jangan risau. Pak cik tulis sini ya, nama kedai ni apa?"

"Benang Hijau." Dia seperti menahan gelak. "Baru bukak je pak cik. Belum ada papan tanda."

"Ooo, takpe, takpe! Pak cik ingat ni." Dia menulis nama kedai atas sekeping kertas kecil. "Nanti pak cik datang hantar, ya!"

"Ok... Siapa yang masak?"

"Orang rumah pak cik."

"Owhhh... Pak cik duduk mana?"

"Kat belakang kedai-kedai tu je, ade perumahan kat situ. Pak cik ade rumah lagi satu kat Rawa, pak cik nak jual RM280k, sekarang ade orang Singapore duduk situ, RM800 sebulan pak cik sewakan. Kalau adik nak cari rumah, boleh lah gitau pak cik."

"Owhhh, hari tu ade jugak kawan nak cari rumah. Nanti saya gitau diorang kot-kot diorang berminat."

"Ok, dik... Assalamualaikum..." Dia berpusing dan melangkah ke luar kedai. Saya menjawab salam sambil menghantarnya ke luar dengan anak mata. Tiba-tiba dia terhenti dan berpaling ke arah saya.

"Maaf ye dik, pak cik ni rock sikit. Pakai seluar pendek. Tak menutup aurat." Dia menunjuk ke arah seluarnya yang pendek paras lutut.

Saya senyum. Geli hati sedikit dengan tingkahnya.

"Panas lahhh," katanya lagi dengan wajah berkerut.

"Panjangkan sikitttt je lagi, pak cik! Hihi," ujar saya sambil senyum.

Dia tersenyum kembali sebelum beredar.

Alhamdulillah. Orang selalu pesan, kalau nak beli makanan kat luar, berusahalah cari peniaga yang nampak beriman. Baru kita tahu dia menjaga solatnya, tidak leka dengan kewajipan terhadap Allah walaupun sibuk mencari rezeki. Ada keberkatan kat situ.

Dari sisi lain...

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu."
[al-Ahzab: 59]


** Hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh... **

Banyak Betul Impian Nyeee

Asyik-asyik cakap pasal impian kan?

Macam mana nak capai impian, bila impian perlu dikuburkan, kenapa kena ada impian, dan macam-macam lagi tentang impian. Tapi kali ni nak cakap pasal beberapa impian ('beberapa' sebab ada banyak lagi impian lain) diri sendiri yang tetiba semakin menyerlah sejak akhir-akhir ni. Semakin meng'expose'kan dirinya hingga ter'over-excited' bila diluahkan kepada orang sekeliling. Tak lah sekeliling sangat, kat housemate baru je.

Baru tak baru housemate tu, macam mana boleh ter'over-excited' cerita kat dia padahal baru je jadi housemate? Sebab...sebab...sebab dia adalah Kak Ila. Ex-housemate yang da pindah masuk balik. Yeay!!!! Hihi! Impian tersebut yang selama ni dipendamkan saja demi demi demi...., kini semakin menampakkan diri. Bahahah! Kemain ayat!

Sebenarnya, semalam cerita kat dia, saya teringinnnnnnnnnnnn sangat ade Cake House sendiri. Serius gila saya nak ada Cake House sendiri! Cake House yang saya nak namakan tut-tut-tut Cake House. Atau mungkin tut-tut-tut Cake House. Banyak modal kena prepare, then kena train pekerja yang akan jadi baker terlatih, sebab bila ada Cake House, kita ni kena manage banyak benda, tak dapat nak baking sesangat dah. Tapi tapi tapi saya nak baking jugak sesikit!!! Err~ Ok, ok! Apa menu Cake House saya tu dan macam mana operasi dia, kena lah rahsiakan. Kang orang plagiat lak! Menangis tak berlagu! Wuwuwu~ Bestnyaaaa kalau dapat realisasikan impian ni! Bestnya jugak kalau Cake House saya warna pink! Eh!!!

Impian kedua...nak ada novel sendiri. Nak sangat menulis macam Kak Melur Jelita, macam Iffah Afeefah, macam Kathy Tuah. Diorang semua dah ada novel dan zine memasing. Saya...sekali je pernah masuk Zine Untuk Gaza. +_+ Alhamdulillah.

Kecik-kecik dulu, sebab suka sangat membaca buku pengembaraan karya Enid Blyton yang ditukar bahasa ke Bahasa Melayu, saya jadi suka menulis kisah pengembaraan jugak. Tapi kecik-kecik, biasalah kan, kongsi ngan adik-adik je. Masa kat matrikulasi, pernah jugak buat novel pendek saja-saja bagi kawan baca. Tetiba diorang suruh sambunggggg pulak jadi lah Bliss Love 2. Saya siap pos lagi kat diorang bila da siap print & binding. Kemain kan?

Haha~ Tapi sampai situ aje lah. Tak ke penerbit mana-mana pun. Hihi. Semalam tetiba aje cakap kat Kak Ila, akak...kalau saya hantar manuskrip "Eh, Ustazah!" saya kat mana-mana penerbit, agaknya diorang nak terbitkan tak? Errr.

"Terbit atau tak, pertamanya, kamu kena hantar dulu."

Tu Kak Ila cakap. Huhuhu. Kalau betul saya nak hantar, saya kena print out draft dia dulu dan bawak jumpa ustaz ustazah, kena check balik takut ada ajaran sesat pulak. Tapi, insya'Allah satu hari nanti, boleh kan?

So, buat masa ni yang tak berapa nak bermodal, impian Cake House tu tengah dilaksanakan dalam novel bertajuk tut-tut-tut. Rahsia. Hihi. Doa-doakan moga ilham terus mengalir dengan lajunya sesambil menaip journal! ^^


** Kita selalu merindukan matahari bila derasnya hujan seakan tidak mahu berhenti, kita selalu merindukan hujan bila teriknya matahari seakan mahu mengontangkan bumi, tapi jarang-jarang kita merindukan awan yang memuntahkan hujan dan menutup panasnya matahari... **


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.