BLOG ENCIK SUAMI

Monday, December 22, 2014

Percutian ke Lombok: Hari Pertama 2 - Jalan-jalan Cari Makan

ENTRI SEBELUM INI:

Meh nak sambung cerita kat Lombok. Alkisahnya, lepas Maghrib, encik suami ajak keluar jalan-jalan sekitar hotel. Nak cari tempat makan yang best. Masa keluar hotel, kitorang jalan kaki ke arah selatan tapi tak sampai 10 langkah tengok macam takde ape je, terus patah balik semula ke arah hotel. Guard yang duduk kat depan hotel tegur kitorang, "kenapa berpatah balik, mas?" Mula lah encik suami bercakap Indon dengan dia. Guard tu bagitau kat sebelah yang kitorang pergi tadi tu ada satu restoran seafood, tapi satu tu aje lah. Kalau ke arah Sengigi belah sini ada banyak kedai makan. Memang kitorang nak jalan kaki ke arah Senggigi sebab teringat restoran murtabak yang kitorang nampak petang tadi. Encik suami teringin nak rasa murtabak kat Lombok sebab dengar kata murtabaknya berbeza dengan Malaysia.

Restoran murtabak tu tak jauh pun dari hotel, beberapa langkah kaki aje. Kalau uols nak rasa makanan hotel pun restoran dia bukak belah malam, tapi kitorang rasa tak berbaloi kalau tak makan benda lain pulak kat luar. Menu kat hotel pun tak banyak sangat yang nampak lain dari Malaysia. Sebelah hotel yang main pun ada Steak House, tapi tak minat lah pulak nak makan steak. -_-" Kalau kat Lombok, uols jangan risau nak cari makanan halal. Lombok ni masyarakatnya majoriti Muslim dan makanan halal memang berlambak-lambak. Ok, bila dah sampai kat restoran murtabak tu, nampak pulak kedai makan lain sebelah dia. Quick Chicken namanya. Terus ajak encik suami ke situ dulu.

Quick Chicken Senggigi

Restoran Quick Chicken lebih kurang macam KFC, McD, etc. Cuma menunya lagi simple. Dan harganya memang tersangat murah berbanding kat hotel lerr. Encik suami order set nasi putih + drumstick + teh botol Sosro, saya pula order set chicken burger + teh botol Sosro macam dalam gambar kat bawah ni. Gambar makanan encik suami saya tak amek pulak. Takpe, boleh Google ye! :p Total harga makanan kitorang Rp.28,000 sahaja. Manyak murahhhh wooo~ Tak sampai RM 10! Berbaloi-baloi~~~ Tapi komen encik suami, so-so aje lah ayam dia. Burger saya pulak, roti dia sangat sedap cuma sos burger agak masin tapi still boleh habiskan dengan berjaya. Alhamdulillah.

Quick Chicken Burger dengan Teh Botol Sosro

Lepas tu, kitorang gerak pulak ke restoran murtabak kat sebelah. Holland nama restoran tu. Menjual murtabak dan apam balik. Ejaan diorang Martabak dan Terang Bulan. Ha, amek ko! Lain terus apam balik dia. Staff kat Holland ni sangat-sangat peramah. Mungkin sebab kitorang je pelanggan yang datang masa tu? Tak ramai sangat customer diorang, maybe ramai take away jugak. Kitorang order Party Platter A berharga Rp.80,000 macam dalam gambar kat bawah ni. So, boleh rasa murtabak dengan apam balik sekali. Encik suami tambah air tin juga yang rasa macam Revive kot? Ada rasa air kelapa sikit dalam minuman isotonik. Harganya Rp.8,000. Agak mahal di situ.

Party Platter A berharga Rp.80,000

Murtabak dia ada macam-macam inti, tapi adik kat kaunter tu cakap murtabak sapi la sedap. So, kitorang pilih inti daging sapi. Untuk Terang Bulan, pilih inti coklat dengan cheese. Kitorang jadi teruja sebab sambil menunggu tu, boleh tengok diorang siapkan menu kita. Memang diorang buat belakang kaunter tu jugak. Nampak la diorang potong salad, goreng fries, buat apam semua. Staff dia pulak duk tersengih-sengih malu bila encik suami amek gambar diorang berkeping-keping. Ahahaha!

Staff yang menyiapkan menu kat belakang kaunter

Bila order kitorang dah siap, kitorang amek lagi gambar dengan staff diorang. Gambar tu boleh tengok kat instagram encik suami, @soleh_ahmad ye? Lepas tu, kitorang pun melantak! Eh, haha~ Tak de la macam gelojoh sangat pun sebab da terkenyang sikit lepas makan kat Quick Chicken. Nom nom nom nom, mmmmmmmmmm sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Terang Bulan Coklat dia!!! Subhanallah, jangan tak percaya saya habiskan apam balik coklat tu! Yang cheese kurang sikit. 

Party Platter A, Holland, Senggigi
Martabak Sapi, Holland, Senggigi

Untuk martabak dia, memang lain dengan Malaysia. Murtabak dia so crispy. Macam makan guna kulit popia. Pun sedap juga tapi tak dapat habiskan sebab dah full! Panggil staff dia tolong bungkuskan, kemudian kitorang menapak ke hotel belah seaside. Lepak-lepak baring kat gazebo dia kejap. Bila encik suami da penat dan mengantuk, kitorang pun balik bilik kat seberang jalan. 

Masa untuk berehat dan get ready untuk hari kedua!

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu


Sunday, December 21, 2014

Percutian ke Lombok: Hari Pertama 1 - Sunset House Lombok

UNTUK TIPS SEBELUM BERANGKAT KE LOMBOK, KLIK SINI

Tanggal 18 Disember 2014, awal-awal pagi saya dan encik suami dah berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk berlepas ke Lombok. Flight kami pukul 6.50 pagi. Awal pagi tu dalam pukul 5.30, memang penuh gila airport dengan penduduk-penduduk Lombok. Kalau nak kira orang Malaysia, boleh guna jari ajeee~ Hewhewhew. Mungkin diorang balik kampung bercuti atau da habis permit kerja di Malaysia.

Untuk keluar Malaysia, macam biasalah kena ada Passport Antarabangsa yang belum luput tarikh dan masih berbaki lebih 6 bulan dari tarikh tamat tempoh passport tu. Disebabkan pagi tu ramai penduduk Lombok, kena berbaris agak panjang juga untuk buat scanning passport. Tapi bila da setel tu, alhamdulillah boleh pergi solat Subuh sesiap dan masuk perut pesawat Air Asia untuk terbang ke Lombok.

Penerbangan ke Lombok mengambil masa 2 jam 50 minit. So, dalam flight kalau tak nak makan, boleh tidur sepuas-puasnya. Koh koh koh! Dalam sejam nak sampai Lombok, pemandangan kat luar tingkap pesawat dah begitu menarik dah! Subhanallah, cantik sangat laut dan pulau-pulau kecik sekitar Indonesia bila tengok dari langit. Saya perasan bila da nak masuk area Lombok, awan kumulonimbusnya berkepul-kepul cantik. Encik suami memang suka la kalau tengok awan-awan macam ni. Hihi. Bila da sampai kawasan udara Lombok, nampak petak-petak hijau kat bawah dengan pokok bulat-bulat kecik. Teringat apa yang saya baca dari pengalaman orang lain, airport Lombok terletak di antara kawasan sawah padi. Tapi, ruginya takde amek gambar lak dari dalam flight. Huhuhu.

Dalam 9.40 pagi gitu, alhamdulillah kami tiba di Bandar Udara Internasional Lombok. Airportnya kecik aje. Boleh muat 3-4 pesawat je dalam satu masa. Bila sampai kat sana, ada pegawai kat airport tu yang akan approach kita dan tanya sama ada kita orang Indonesia atau bukan. Penumpang yang datang dari luar Indonesia kena isi Kad Ketibaan/Perlepasan Republik Indonesia. Kadnya macam dalam gambar kat bawah ni. Isi details yang sama macam dalam passport. Then berbaris untuk pemeriksaan imigresen. Cop cop cop, lepas tu kena berbaris lagi untuk scan beg pulak. Sebelum tu kena isi borang declaration beg/barangan yang kita bawak bersama. Baru boleh keluar airport.

Kad Ketibaan/Perlepasan Republik Indonesia yang kena isi masa sampai airport Lombok

Dekat luar, ade banyak kaunter bas dan teksi. Ade jugak kaunter sim card telefon kot-kot korang nak guna sepanjang kat Lombok. Encik suami dah target awal-awal nak naik bas DAMRI ke hotel. Sebab dari pembacaan dia, naik bas lebih murah dari semua transport yang lain. Mulanya kami nak ke bas terus kat luar, tapi alhamdulillah terjumpa kaunter DAMRI kat luar tu. Pengangkutan bas ke Senggigi tambangnya Rp.35,000 seorang. Lebih kurang RM 9 sahaja untuk perjalanan sehala. Jadi, untuk saya dan encik suami, kena bayar Rp.70,000 lah. Orang kat kaunter tu suruh bagitahu driver yang kita nak turun kat Sunset House Lombok. Memang bas DAMRI lalu kat situ.

Harga tiket dari airport ke Senggigi untuk seorang

Bas nye pendek aje...tapi bas ada aircond ok!

Bila bas dah penuh, baru la driver start enjin. Hewhew. Bermulalah pengembaraan kami! Sepanjang perjalanan memang nampak sawah padi ajeee. Lagi penuh dari kat Kedah! Erk! Sawah padinya pulak bertingkat-tingkat. Ada yang rendah, sederhana rendah, tinggi sikit. Nampak cantik pulak sawah padi macam tu. Hihi.

Sawah padi di Lombok

Bagi uols yang first time datang ke sini, mungkin agak terkejut dengan budaya menekan hon sepanjang perjalanan. Ahahaha! Saya mula-mula rasa rimas sangat. Driver asyik nak hon orang lain aje. Tapi lama-lama saya boleh terima, rupanya memang budaya diorang macam tu. Diorang hon untuk bagitahu diorang nak minta berikan laluan. Hon sebagai amaran supaya ke tepi sikit bagi kenderaan-kenderaan kat depan. Tapi saya perhatikan, walaupun diorang banyak bagi hon, mulut diorang senyappppp aje. Takde mencarut macam kita ni kat Malaysia. Haha! Terkagum sekejap dan insaf. Kat sini, diorang banyak pakai motorsikal gak. Lepas tu suka bawak tetengah jalan, sebab tu la kena hon suruh ke tepi. Then diorang bawak motor ke kereta ke, lagi worst dari Malaysia kot. Main aci redah aje kebanyakannya. -_-" Eh, ada kereta kuda jugak tau! Diorang panggil "Cidomo". Kudanya kecik aje. Tapi saya dan encik suami tak naik pun masa kat sana. Rasa kesian lak kat kuda tu. Huhu.

Kuda - "Cidomo" di Lombok

Kalau naik bas DAMRI, dia akan berhenti dekat terminal DAMRI juga di Mataram. So, ada yang turun kat sini dan naik kat sini juga untuk ke point-point perhentian DAMRI (Mataram, Senggigi, Selong). Perjalanan ke hotel mengambil masa hampir dua jam bila dia duk berhenti-henti dan mengambil kira jalan yang sesak jugak. Tapi jangan risau, tak sesesak KL ok, jangan pening dulu. Koh koh koh! Sampai area Senggigi, mata dah terpesona tengok laut. Subhanallah, seronok sangat tengok pantai. Pantainya hitam. Pantai volkanik katanya. Bas berhenti betul-betul depan hotel! Phewww~ Driver pesan kat encik suami, kalau nak naik bas ke airport masa balik nanti, boleh tunggu kat sini juga. Ok!

Pantai Senggigi, Lombok, Indonesia

Kami turun dari bas dan masuk ke kawasan hotel. Tak ambik pulak gambar depan hotel. Pfft! Terlampau gembira la tu sampai lupa. Krik krik krik. Sampai depan kaunter, bagi dokumen maklumat booking kat receptionist. Bilik standard yang kitorang booking tu letaknya kat seberang jalan dan masa kami sampai, kamarnya belum siap dikemas dong. Ye le, sampai kat hotel nak dekat pukul 1. Check in time pukul 2 petang. Tapi kami rasa gembira sebab ada welcome drinks dari pihak hotel. So, sementara tunggu bilik siap dikemas, kami ke restoran hotel untuk menikmati welcome drinks. Restorannya dua tingkat, saya dan encik suami naik ke tingkat atas walaupun banyak meja kosong kat bawah. Saja nak ambik view tinggi dan rasa angin lagi kuat. Hewhewhew.

Welcome drinks di Sunset House Lombok

Disebabkan tadi dalam flight tak makan ape-ape, breakfast pun tak sempat, maka kami decide nak makan sekali. Belek-belek menu hotel, ada Nasi Ayam Taliwang yang disebut-sebut kesedapan dan kepopularannya. Nasi Ayam Taliwang ni antara makanan tradisional masyarakat Lombok, tapi asalnya dari Sumbawa. Ayam seekor tapi saiz kecik je, dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan sayur dia. Saya order juga nasi putih lagi sepinggan dan air mineral sebotol. Total semuanya termasuk tax 10% adalah Rp.80,300. Lebih kurang RM 22.56.

Encik suami yang gembira dapat makan Nasi Ayam Taliwang

Lepas makan, kitorang lepak-lepak kejap. Sempat borak-borak dengan customer hotel yang lain kat atas tu. Sempat ambik gambar berkeping-keping gak, tapi semua dalam kamera dekat encik suami. Hahaha! Then tengok jam lagi 15 minit nak pukul 2. Kami ke kaunter semula. Ok, bilik dah siap! Yeay! Kami diiringi ke hotel oleh pekerja dia. Diorang sangat nice, kita lintas jalan ke seberang sana pun siap ada guard lagi yang tolong berhentikan kereta dan motor. Hewhewhew.

Bilik kitorang tingkat 2, ada balkoni tapi menghadap courtyard je. Saja ambik yang ni sebab kalo nak seaview, hari-hari boleh nampak seaview kat sini, poolview? Err...takyah la. Kang terskodeng orang mandi lak. Eh! Hihi. Dalam bilik ade katil, meja, kerusi, peti ais, almari, bilik air dan bilik mandi serta aircond yang tak berapa nak sejuk maybe sebab cuaca memang da panas kat luar. Hoho. Sterika, water heater tak disediakan, ok? Kena mintak kat kaunter kalau nak. Dannnn, plug kat sana tak sama dengan Malaysia ye... Kena mintak jugak kat kaunter adapter dia untuk matchkan dengan plug 3 pin kita. Takde gambar dalam bilik pun sebab boleh google, kan?

Rating untuk Sunset House Lombok by TripAdvisor & Booking.com

Waktu solat kat sini lagi awal dari kat Semenanjung Malaysia, lebih kurang sama dengan waktu solat di Sabah dan Sarawak. Zohor pukul 12.15 camtu. Lepas siap-siap solat dan mandi, kitorang rehat kejap. Saya sempat tidur dan terjaga bila dengar bunyi sudu keletang-keletung. Oh! Encik suami makan mee Indomie rupanya! Haha~ Kesian encik suami lapar. Saya bangun je dia terus suruh habiskan mee Indomie yang dia buat. -_-" Dalam pukul 4 camtu, lepas Asar, kami keluar berjalan-jalan ke arah Senggigi. Jalan kaki je, survey-survey tour jugak kat area hotel tu. Agak mahal bagi kalau nak ikut tour. Ke pulau-pulau Gili boleh cecah Rp.700,000-1,200,000. Ke Gunung Rinjani pun Rp.700,000 seorang. Ok, tak jadi kami nak ke pulau Gili. Sebab memasing takde la nak diving or mandi sangat. Nak ambil gambar tempat cantik aje. Maka, kami sambung berjalan lagi sampai nampak bebudak surfing. Berhenti kejap, turun bawah bukit & encik suami amek berkeping-keping gambar budak-budak surfing. Hoho!

Budak-budak Lombok yang surfing. Gambar kita tak cantik la awak, gambar henset je ni, nanti encik suami kita update entri, kita suh tengok gambar dia k!

Lepas tu kitorang berjalan je sepanjang pesisir pantai, then naik balik ke jalan raya. Jumpa kedai runcit, nampak ada jual mee Indomie. Encik suami teringin Indomie perisa Cabe Ijo. Saya teringin Indomie perisa Dendeng Berlado. Hahaha. Sambil menambah jajan dan membeli syampu serta minyak rambut, kesemuanya berjumlah Rp.26,500. RM 7.40 aje, k!!! Ceh...lebih kurang harga Malaysia je. -_-"

Menapak balik ke hotel, kitorang lepak-lepak kat swimming pool sambil makan jajan. Amek-amek gambar jugak berkeping-keping. Masa ni la penjual-penjual mutiara & baju datang approach kitorang. Dah terbeli kerongsang mutiara 10 biji (Rp.100,000) dengan 2 helai t-shirt Lombok (Rp.80,000). Phewww~ Disebabkan dah tak nak dipujuk rayu membeli, maka kitorang pun balik ke bilik. Boleh rehat-rehat, mandi dan solat~

Encik suami memang pandai tawar-meanawar ni, berbahasa Indonesia pun dia fasih sekali dong! Haha
Belanja wefie sikit...koh koh koh!

Nanti saya sambung lagi untuk aktiviti di malam hari, ok?

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Pertama 2 - Jalan-jalan Cari Makan

Saturday, December 20, 2014

Percutian ke Lombok: Sebelum Berangkat

INI ENTRI KARANGAN BERPERENGGAN...KOH KOH KOH

Alhamdulillah. Dah selamat tiba di Johor Bahru, Malaysia tengahari tadi. Maka boleh lah membuka laptop untuk berkongsi percutian ke Lombok beberapa hari lepas bersama encik suami. Ini percutian pertama kali saya bersama encik suami ke luar negara. Mungkin juga boleh dianggap sebagai honeymoon? Entah!

Sebenarnya tiket ke Lombok ni saya beli beberapa bulan lepas bila suami menyatakan kesukaannya pada Lombok setelah mendengar cerita kawan-kawan serta menengok gambar super-serious cantik kawan-kawannya yang pergi ke Lombok. Ini hadiah buat encik suami sempena ulangtahun pertama pernikahan kami. Moga-moga dengan ini, Allah perkukuhkan lagi ikatannya, limpahkan lagi rasa kasih sayang antara kami, serta menambahkan lagi ilmu tentang diri masing-masing dalam permusafiran. Ameen.

Peta Lombok sumber dari Lombok Island Property

Lombok adalah salah satu pulau dalam Indonesia yang letaknya bersebelahan dengan Bali dalam peta dunia. Koh koh koh. Sila bukak peta sekarang! Dari Malaysia, ada banyak flight yang boleh menerbangkan kita ke Lombok, tapi hanya Air Asia yang setakat ni menerbangkan penumpang terusssss ke Lombok, tak perlu singgah-singgah ke Bali kemudian kena naik kapal atau kapal terbang lain pula. Pesawat Air Asia menawarkan penerbangan ke Lombok dari dua tempat, iaitu Kuala Lumpur (daily) dan Johor Bahru (3 hari seminggu - Selasa, Khamis, Sabtu, boleh bukak website Air Asia untuk explore). Tiket yang saya tempah ni dari Johor Bahru sebab masa tempah tu, tiket dari Kuala Lumpur dah begitu mahal harganya. Disebabkan saya tempah dengan Air Asia (yang harganya jarang fix) dan takde lah promo sangat masa tu, saya dapat tiket pergi balik JHB-LOP-JHB RM 213 seorang. So, total dengan encik suami RM 426. Kalau kamu-kamu nak murah sikit, selalu-selalu lah menjenguk website Air Asia, ok?

Bagi yang nak bercuti ke Lombok, sebelum berangkat pastikan kamu-kamu membuat sedikitttt study tentang Lombok. Terima kasih encik suami yang rajinnnn study pasal Lombok, kalau nak harapkan saya, owhhh! Esok nak ke Lombok, malam ni baru baca! Phewww! Ye lerrr, kalau macam saya dan encik suami yang main aci redah aje ni, tak guna apa-apa ejen atau tour pun, kena tahu sedikit sebanyak tentang pengangkutan kat sana, penginapan, tempat-tempat makan, tempat-tempat cantik dan menarik untuk diambil gambar, eh! Hihi. Uols boleh baca banyak maklumat tentang Lombok kat The Lombok Guide, dan juga dari perkongsian pengalaman-pengalaman orang lain yang dah pernah ke Lombok.

Lombok ni besar, saya dan encik suami memilih untuk stay kat kawasan Batu Bolong - Senggigi sebab pantainya masih cantik terpelihara dan tak terlalu crowded. Selain Senggigi, ada jugak pantai Kuta yang tak kurang popularnya, tapi dari pembacaan saya, ramai yang prefer pantai Senggigi yang lebih menenangkan.

Untuk penginapan, kami buat booking melalui web Booking.com via trivago tak lama lepas tiket flight berjaya ditempah. Masa tu saya tertarik sangat dengan Sunset House Lombok bila baca komen-komen yang sangat baik, view yang cantik, dekat dengan pantai dan boleh tahan berpatutan harganya juga. Setelah membelek-belek harga yang ditawarkan oleh kebanyakan website, Booking.com bagi harga yang boleh dikatakan paling berbaloi. RM 141 per night bersamaan 500,000 rupiah, standard room dengan 1 king size bed. Saya dan encik suami stay 3 hari 2 malam, so total 1 juta rupiah harganya (RM 282). Biasanya, hotel akan tolak separuh harga atau harga bilik satu malam daripada Credit/Debit Card yang korang registerkan masa isi borang tempahan kat Booking.com at least 2 minggu sebelum tarikh check in. So, pastikan dalam akaun bank yang korang register tu, ada sejumlah duit tersebut, ok?

Contoh Currency Converter yang saya pakai masa kat Lombok

Jangan lupa juga untuk tukar duit Malaysia kepada Indonesia sebelum bertolak! Kat Lombok, orang tak terima duit Malaysia, ok! Make sure jugak uols da install awal-awal Currency Converter dalam handphone, senang la nak banding-bandingkan harga dengan ringgit Malaysia masa kat sana. Tapi in case duit yang kamu-kamu tukar tu terhabis pakai kat sana, still ada banyak ATM Machine dan Money Changer. Cuma, bagi yang nak pakai ATM card kat sana, make sure uols da activate Overseas ATM Facilities dengan pihak bank ok? Benda ni saya baru tahu sehari sebelum balik ke Malaysia. Owh, sangat haru-biru keadaan masa tu, tapiiii tunggu saya cerita dalam entri seterusnya, ya!

Nak rehat dulu!

P/S: Takde gambar berLombok sebab ni cerita sebelum berangkat je... :p

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Pertama 1 - Sunset House Lombok


Tuesday, December 16, 2014

Sila Tekan 1

alhamdulillah
setel beberapa benda hari ni
call sana
call sini
tunggu panggilan sana
tunggu panggilan sini
tapi ada jugak
yang belom setel

huhuhu

paling meluat
bila kita call
khidmat pelanggan
lepas tekan-tekan nombor itu ini
nanti keluar lagu-lagu
yang asyik berulang-ulang tu
sementara nak tunggu
panggilan disambungkan
kepada pegawai khidmat pelanggan diorang
sampai lebih 10 minit pun ada

jenuh lekap kat telinga
kita pun apa lagi
switch to loudspeaker
letak atas meja
sambil dengar lagu
boleh buat benda lain kan?
-_-"

apa kata
lepas ni
kalo tak nak bagi kita annoying
tukar lagu-lagu tu
kepada berita-berita best
dan terkini
yang kita boleh pilih?
sila tekan 1 untuk sukan
tekan 2 untuk hiburan
tekan 3 untuk kuliah agama
tekan 4 untuk jenayah
tekan 5 untuk lain-lain

tak pun
sambung ke radio ke
sila tekan 1 untuk HotFM
tekan 2 untuk FlyFM
tekan 3 untuk EraFM
tekan 4 untuk IkimFM
tekan 5 untuk HitzFM
ok sampai 10 minit pun tak habis senarai -_-"

baru best kan?
okbai


Saturday, December 13, 2014

1st Anniversary



setahun yang lepas
hari Jumaat
pada saat ini
di rumah
aku lihat
semua sedang sibuk
menyiapkan segala
apa yang belum siap

pada saat ini juga
aku sendiri
bertungkus-lumus
menyiapkan hantaran

kala itu
pintu bilik pengantin dibuka
nenek dari jauh
datang menjenguk
di muka pintu
"alahai sayang, sayang...
kau ke yang buat sendiri...
teruk ni...teruk..."
aku senyum dan diamkan saja
mereka tidak biasa
biarkan, biarkan



tengahari
kala orang pergi solat Jumaat
aku ke rumah senior sekolah menengah
ambil kek fondant
berbunga Sakura
yang aku tempah dari dia
ya aku pergi sendiri
siapa lagi kalau bukan?

sampai rumah
aku terus bagi kek
pada sepupu-sepupu
yang tolong buat hantaran
terima kasih
sepupu-sepupu ku sayang
ada kat situ
saat aku memerlukan
Allah...Allah...
aku rindu!

lepas solat Zohor
sepupu aku juga
yang jadi mak andam aku
Allah permudahkan semua tu
tak susah aku cari semua benda
makcik-makcik pun
semua banyak tolong
apa lagi nikmat Tuhan
yang aku mahu dustakan?



alhamdulillah
terima kasih Allah
petang Jumaat yang mulia itu
dengan disaksikan
sanak-saudara
sahabat-sahabat
dekat dan jauh
aku selamat diijabkabulkan
dengan seorang encik suami
yang hari ini
genap setahun
memegang jawatan maha berat

moga-moga
Allah terus berkati
perkahwinan kami
hingga ke syurga
moga-moga
Allah kasihi
dan limpahi kami
dengan rezeki
dan rahmat dariNya

moga-moga
Allah terus kongsikan
kekuatan
petunjuk
ketenangan
keindahan
KEBAHAGIAAN HAKIKI
buat aku dan encik Mohd Soleh Ahmad
ameen ya Rabbal 'alamin...



i love you abang

Friday, December 12, 2014

My First Passport



alhamdulillah
setelah berpusing-pusing
berjuta kali (hiperbola)
mencari parking
kat KDN Jalan Duta
akhirnya permohonan buat passport
diluluskan
buat bayaran
then tunggu passport siap
tak sampai sejam pun

alhamdulillah
berbaloi-baloi
berpusing-pusing
berjuta kali...

Saturday, December 6, 2014

Orang Sarawak Buat Carian Sijil Lahir dan Passport Di Semenanjung

INI ENTRI PANJANG

sape-sape
orang Sarawak
yang baru pertama kali
nak buat passport tu
dan nak buat kat Semenanjung
saya nak share something
kat sini

beberapa hari lepas
saya dan encik suami
pergi buat passport
kat Kementerian Dalam Negeri WP Jalan Duta
situ je yang paling dekat
dengan rumah kami

first day datang
kami sampai dalam tengahari
tempat buat passport
Pintu A, Aras 2
(naik eskulator depan main entrance)
malangnya
nombor giliran dah habis
so kena datang balik esoknya

ok
esoknya kami pergi awal sikit
encik suami cari parking
(kat sini memang sangat susah parking)
saya pergi berbaris
untuk ambil nombor
sampai depan kaunter
dapat nombor giliran
tapi
kena datang balik pukul 2 petang
huhuhu

maka
saya dan encik suami
mengisi masa terluang
dengan menonton Big Hero 6
heh

pukul 2
kami ke KDN semula
cepat aje nombor kene panggil
saya pergi kaunter
encik tu tengok IC
"eh, orang Sarawak ke?"
saya mengiyakan
"mak ayah orang mana?"
Sarawak juga
"alahai, kesiannya...
takde orang cakap kat awak ke?"
ha...dah kenapa?
"kesian ni, dah lama tunggu...
awak datang bila?"
saya cakap pagi tadi
dia mengeluh
"ok, takpe lah..
sebenarnya, kalau orang sarawak
nak buat passport
kat pintu sebelah, pintu B"
laaa...ye keee...
"aha, melainkan kalau salah seorang
mak atau ayah orang Semenanjung
so boleh buat kat sini"
owhh ok

alahai...
buang masa aje tunggu lama-lama
saya pun pergi pintu B
sementara encik suami
tunggu nombor giliran dia

kat pintu B
kena ambil nombor giliran baru
8021
giliran sekarang 8019
ok tunggu je lah
tapi lamanya alahai......
encik suami dah setel amek gambar passport
sementara tunggu passport dia siap
teman saya kat situ pula
baru nombor saya dipanggil

sampai kat kaunter
bagitahu nak buat new passport
encik tu minta:
IC + 2 salinan IC
sijil lahir + 2 salinan sijil lahir
"alamak encik...
saya ada salinan sijil lahir je
yang ori takde"
kena ada yang ori jugak
sebab nanti imigresen nak cek yang tu
baru boleh sahkan

hampanya...
dah haru biru
call bapak kat Bintulu
minta tolong carikan sijil lahir
sebab rumah dah renovate dulu
banyak barang dah berpindah randah

tapi
encik kat kaunter passport pintu A tadi
ada bagitahu
kat JPN Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
Aras 1
boleh buat sijil lahir

ok
saya turun untuk cuba buat sijil lahir pula
takut kalau-kalau bapak tak jumpa sijil lahir

kat JPN tingkat bawah
kena isi borang Cabutan/Carian Sijil Lahir
disebabkan saya ada salinan
sijil lahir yang lama
mudah sikit nak isi

bila nombor dipanggil
saya bagi borang
dan salinan sijil lahir asal
saya tanya bila boleh dapat
cik kaunter 8 tu kata
dalam seminggu atau dua minggu
alahai...lamanya!
dia tanya bila nak guna
saya cakap lagi dua minggu
"ok, takpe...boleh tinggalkan borang ni
dan nombor telefon
saya cuba faks ke sarawak petang ni
kalau boleh dapat cepat
saya call, ok?"
ermmm...dalam hati saya
dah cakap 'takpe lah, ade kot kat rumah
cuba cari lagi nanti'
"ok..." tapi tu yang keluar dari mulut

encik suami
dah dapat passport dia
saya gitau dia apa yang cik kaunter 8 bagitahu
encik suami pula kata
staff kat atas bagitahu dia
orang Sarawak kalau buat sijil lahir baru
boleh makan masa sebulan
...(krik krik krik)

balik rumah
cuba cari sijil lahir
dalam celahan-celahan fail
tak jumpa
mamak call
gitau tak jumpa lagi kat rumah
saya dah terfikir-fikir
nak balik Sarawak
buat passport kat sana aje... *sigh*

tiba-tiba ada call
dari nombor tak dikenali
nombor ofis pulak tu
sah tak nak angkat
tapi kenapa entah
hati rasa kuat
kata kena jawab
rupanya cik kaunter 8
dia dah dapat pengesahan
dari Sarawak
esok pagi boleh datang
buat sijil lahir baru

alhamdulillah...

esoknya
saya pergi JPN
nak jumpa cik kaunter 8
tapi dia bizi sikit
so kena tunggu dulu
bila dia panggil
dia tunjukkan draft sijil lahir
dia suruh semak ejaan
then tandatangan
ok
"bayaran RM 5 ye..."
dia bagi resit
nama dia Liyana
dalam 15 minit
nama saya dipanggil
dah dapat sijil lahir

alhamdulillah

saya terus fotostat 2 salinan
then naik Aras 2 Pintu B
sebab baru pukul 10 pagi
baik buat passport terus
ambil nombor giliran Bahagian Sabah/Sarawak
tak ramai orang pagi-pagi
sekejap je dah kena panggil
jumpa encik semalam
nama dia Sekudan
"dah ada sijil lahir ye?"
saya angguk dan bagi kat dia
dia semak dan suruh tunggu
tak sampai 5 minit
dia datang balik
isi something dekat kad



"ok, nanti lepas 5 hari
boleh datang semula
untuk ambil passport
sekarang pergi kaunter 27
untuk ambil gambar.."

saya berbaris untuk ambil gambar
lepas tu siap
tandatangan kat borang passport
cik puan kat kaunter tu kata
nanti 12hb datang balik
dengan kad dan bayaran

alhamdulillah
setel pun
minggu depan
boleh datang lagi
ambil my first passport :D

Monday, December 1, 2014

Masa Lalu



kadang-kadang
masa lalu
yang gelap
buat kita takut
untuk melangkah
ke masa hadapan

hingga
ada waktunya
masa lalu
yang pahit itu
buat kita
tidak mahu
membuka jalan
untuk sesuatu yang baru
dalam hidup

sedangkan
Allah telah menentukan
segala sesuatu itu
ada sebab dan hikmah
tinggal kita saja
yang perlu merenung jauh
dari setiap ketentuan
agar sisa hidup
tidak menjadi sia-sia
agar manisnya menjadi hamba
tidak terbuang begitu sahaja

please...
memory,
the past,
sometimes it's a good place to visit
but it's never a good place to stay...

Saturday, November 29, 2014

Puff Pastry KAWAN



hari ni
buat puff pastry
salut sosej

senang sebenarnya
kalau ada puff pastry square
jenama KAWAn
sesiap dalam peti ais
kat rumah

nak sarapan pagi
atau minum petang
just fikir ape intinya
then macam mana
nak lipat-lipat puff tu

sekarang ni
kat google da banyak
orang share gambar makanan
tengok dari gambar
dan belajar
tak perlu pergi kelas
pun tak ape
tapi
untuk makan sendiri
boleh lah...

kalau nak jual
nak lagi sedap
lagi cantik
boleh lah pergi kelas ye
hew hew hew

Friday, November 21, 2014

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...


Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang

Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-















3- Follow blog penaja( wajib) :-


4- Follow Instagram penaja (jika  ada)


5- Add google + :-


6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..


Thursday, November 20, 2014

Free Screening TGV - The Hunger Games: Mockingjay - Part 1

itu ibu jari tangan encik suami

malam tadi
pergi screening
The Hunger Games: Mockingjay - Part 1
dapat free tiket
untuk dua orang
kat TGV 1 Shamelin

pergi dengan encik suami
awal-awal
dalam pukul 4 lebih
sebab dia takut jammed

sampai 1 Shamelin
terus solat Asar
merata cari surau
sebab mall masih baru
eh bukan,
sebab baru pertama kali
datang sini
akhirnya jumpa kat 1st floor
kena keluar ke tempat parking
sebab surau dia kat parking

lepas tu pergi makan
sambil suami charge handphone
kedai makan pun tak banyak
ada Subway
ada Old Town White Coffee
lepas makan, solat Maghrib
lepas Maghrib, naik tingkat 5
dah ada meja depan TGV
untuk edar screening ticket
dalam 7.30 orang dah beratur
kami pun join
dapat Free Seating

tunggu-tunggu
rasa macam lama lagi
pukul 8 lebih
turun bawah balik
solat Isyak
lepas Isyak
naik tingkat 5
tengok orang da ramai
tunggu depan tangga
nak masuk hall

8.45 macam tu
dah boleh masuk
macam biasa, iklan dulu 20 minit
lepas tu baru movie

kalau tak ikut movie ni
sebelum-sebelum ni
mesti rasa start dia macam slow sangat
dan kalau sebelum-sebelum ni
memang tengok movie ni saje
tanpa baca novel dia
dan kenal movie ni
sebagai action-adventure movie
mesti rasa kali ni
movie dia tak banyak action
takde nak lawan-lawan dalam games
macam dulu
bagi yang high expectation macam tu
akan agak mengecewakan anda
come on, ni baru Part 1 ok?

for me,
movie was ok
rasa macam banyak jugak
cerita dia
dalam 2 jam 5 minit
banyak explanation
on what was happening masa Quarter Quell
dalam previous movie
bagi yang baca novel pun
jangan lah high expectation sangat
tak semua diorang akan masukkan
dalam movie ni, ok?
contohnya, pembantu-pembantu Cinna
takde pun dalam movie ni
and talk about Cinna
saya mengaku saya menangis
bila Effie mengiyakan he's gone
sebab dia sangat-sangat rapat
dengan Katniss
ada banyak part
yang agak menyentuh hati
bila hospital in District 8
kena bom oleh Capitol
bila Gale & the gang hampir kena tangkap
masa nak selamatkan Peeta
ok, part ni memang sangat saspen
dan mendebarkan
dapat rasa jantung duk berdegup laju
sepanjang waktu ni
banyak jugak part kelakar
yang boleh buat kita tergelak
dan aksi comel Buttercup
bila main cahaya lampu dengan Katniss

and kalau yang da baca novel dia
walaupun tak sampai separuh macam saya
mesti rasa tak berapa nak terkejut dan teruja
sebab da tau jalan cerita
orang sebelah-sebelah duk gasping
kita buat dek aje -_-"

so saya tak nak habiskan
novel Mockinjay saya
biar kat situ aje
sampai release movie
Mockingjay Part 2
boleh?

baru la saspen
hahaha

Sunday, November 9, 2014

Jauh

pinta pada Tuhan
moga-moga
bila ditimpa ujian
hati-hati kita
kuat bertahan

pinta pada Tuhan
moga-moga
bila hidup penuh dugaan
jangan hingga jiwa-jiwa kita
pergi menjauh dari Tuhan

kecewa
berputus harap
lemah segala
hingga lalai akan CINTA
pada Dia
tanda hati sakit kita rela
syaitan menjadi raja

astaghfirullah
infiniti kali
kerna saat ini
aku baru teringat
untuk mengingatkan...

Tuesday, October 28, 2014

Takut

dua tiga kali
sejak akhir-akhir ini
soalan-soalan itu
kembali menujah-nujah
akal fikiran

dan terus
aku buntu
aku, dia, dia...
tidak punya jawapan
yang benar-benar
jitu
yang aku dengar hanya
"kau terlalu tertekan dengan dunia"

Allah...
benar kadang aku takut
dan takut itu buat aku menangis
sendiri
kehidupan yang membuatkan aku takut
hidup sebagai manusia
buat aku rasa takut
menangis

sampai bilakah agaknya
aku akan terus di sini
memikul jawatan "manusia"?

dan bagaimana kelak
jika sepatang mata
yang aku gunakan ini
akan tamat "kontrak"nya
di dunia?

dan bilakah masa itu
akan tiba?
bukan...
ADAkah masa itu AKAN tiba?

Allah...Allah...Allah...

As Long As You Love Me - Pip

video ni
dah lama dah
audition ni
pun dah lama dah

tapi baru ni je
tertengok & terdengar

sedap sangat
dia nyanyi
lirik dia pun nice

rupanya
lagu justin bieber
-_-"

tapi
tak berapa berkenan
dengar justin nyanyi
lagi suka yang ni
mohon mendengar



We're under pressure,
Seven billion people in the world trying to fit in
Keep it together,
Smile on your face even though your heart is frowning
But hey now, you know, boy,
We both know it's a cruel world
But I will take my chances..

As long as you love me
We could be starving,
we could be homeless,
we could be broke..

As long as you love me
I'll be your platinum,
I'll be your silver,
I'll be your gold..

I don't know if this makes sense,
but you're my hallelujah
Give me a time and place,
and I'll rendezvous..

The one that I argue with,
I feel like I need a new boy to be bothered with,
But the grass ain't always greener on the other side,
It's green where you water it
So I know we got issues baby true, true, true,
But I'd rather work on this with you
Than to go ahead and start with someone new..

As long as you love me
We could be starving,
we could be homeless,
we could be broke..

As long as you love me
I'll be your platinum,
I'll be your silver,
I'll be your gold..

As long as you
lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-lo-love me
Love me, baby ooh...

Sunday, October 19, 2014

Konfius

tiba-tiba
aku tak tahu
ape bendanya
network generator
terus terkonfius
software ke
hardware?
macam software
tapi bunyi macam hardware
errr

banyaknya lagi
benda kena belajar
kena explore

padahal
baru malam tadi
aku mimpi
aku terkonfius
aku dah grade
PhD
padahal
tu konvo master

ape lah
benda camtu pun
boleh mimpi
waktu-waktu ni
cuba la
nanti-nanti sikit
mimpi konvo

bbbrrrr...

Thursday, October 16, 2014

Sedu

semua orang
mesti pernah mengalami
perasaan rimas
bila diserang sedu
hohoho

sedu berlaku
bila kita bernafas,
diaf..diaf...ape tah
ok google sendiri
tak reti nak eja
boleh gitu?

saya selalunya
akan sedu
bila minum
air berkarbonat
tetambah yang sejuk
penangan dia mak ai
tiap dua saat sedu
ada tu sampai setengah jam sedunya
kekadang tanpa sebab yang diketahui
tersedu-sedu jugak
rimasnya la hai...

macam mana nak hilangkan?

kalau saya
saya tarik nafas dalam-dalam
picit hidung
tutup mulut
tahan lama-lama
ok...hilang pun sedu

boleh cuba ye~

haha

Monday, October 13, 2014

Air Asia

pagi-pagi
dah check
tiket air asia
sebab nak tengok
kalau-kalau
ada tiket murah
KL-Btu-KL
atau
Btu-KL-Btu

bulan ni dah mahal
sebab ada cuti mid sem
bulan depan pun
alamak ai
lagi mahal
bulan dua belas
lagi lah
krismas kan?

teringat masa nikah dulu
kemain murah tiket ke Btu
masa tu
sampai kengkawan semenanjung
ramai yang beli tiket
last minute
sebab tiket murah gila
pergi balik
bawah rm100!

aish
tahun ni
takde ke
tiket bawah RM100 lagi
last minute
macam ni?

hahaha

ok, hari-hari
saya check!

Sunday, October 12, 2014

Pedih

semua
mesti pernah rasa
pedih yang aneh
dalam hati
bila berlaku
benda yang menyakitkan

bila dikecewakan
bila harapan dimusnahkan
bila kena reject, mungkin?

rasa macam
hati tu terobek sikit
tercalar
terluka
tapi tak berdarah

rasa terkilan

mungkin
itu lebih sesuai
menggambarkan
maksud saya

pelik kan?
rasa yang Allah bagi
dalam hati kita

walau
dengan sekelumit getaran
yang mungkin
hasil dari gerakan impuls
hantaran dari bayangan fikiran
dah cukup
membuktikan
Allah Maha Besar

Allahuakbar...


Wednesday, October 1, 2014

Minyak Naik Lagi

dengar kata
minyak naik lagi
20 sen
12.01 pagi esok?

eh tengah malam ni

betul ke?

habis la
memang kena berjimat-cermat
makin lama
makin naik
harga semua barang

lepas ni
nak turun johor pun
naik public transport je
lagi jimat

Tuesday, September 30, 2014

Raya Haji

tak lama lagi
raya haji
tak tahu
nak prepare macam mana
untuk raya haji

sebab
selalunya
kat kampung
tak sambut sangat

just pagi-pagi
solat sunat aidiladha
balik rumah
ada orang bagi daging korban
mak masak
makan
tu je

kalau da kawen ni
tak tahu
nak buat macam mana ek?
hahaha

tapi
ada jugak rasa hati
nak buat
congo bars
boleh bawak pergi perak
dan tinggalkan sikit
buat bekal encik suami

oh ya
insya'Allah
saya akan ke perak!
wehuu!

Monday, September 29, 2014

Kerenah

stress tak
kalau kau
kena layan
pelanggan ni
yang kau tak kenal
langsung
tapi kau tetap
kena layan juga

mula-mula
ok lagi
macam sopan
bahasanya
elokkkkk aje

kali kedua
kau contact dia
nak mintak confirmation
bahasa macam lain dah
kau rasa macam dia
malas layan
ke memang gaya bahasa dia
macam tu
kau tak sure
dia serius ke tak
nak beli barang kau

kali ketiga
dia mintak
nombor akaun bank
kau bagi lagi sekali
walaupun
beberapa hari lepas
kau da bagi siap-siap
tapi lepas lapan jam,
dia tanya
ada bank lain tak?

adohai

tu belum tambah lagi
lepas da buat payment
request
nak balutkan
cantik-cantik
"sebab tu hadiah"

kenapa
tak cakap awal-awal?

adohaiii


Friday, September 26, 2014

Double Park

kalau korang
pernah duduk apartmen
atau flat
korang mesti biasa
buat double park

parking
depan kereta orang
tak tarik hand brake
gear kasi neutral

jadinya
nanti senang
orang yang korang block
nak tolak kereta korang
kalau dia
nak keluar parking

tapi
kalau korang
terpaksa double park
kat parking
luar kawasan apartmen
atau flat
mungkin
korang kena tinggalkan
nota atau nombor fon

siapa tahu
orang yang korang block
tak biasa
duduk apartmen
atau flat
sebelum
dia pula
tinggalkan nota
yang penuh
sumpah seranah

ini pengajaran
dari entri: INI

Thursday, September 25, 2014

Klw Blh

ade kawan FB
share dialog ni
copy 100%

Dialog suami isteri

I: Syg klw blh sya nk lahirkan zuriat utk syg...
S: (diam)
I: Sekurang2nya klw sya yg pergi dulu... sya ada tinggalkan zuriat kita...
S: Ye sayang
I: Knp syg x amin kan?
S: Xnk syg tgglkn sy...

hurm
hilang terus
rasa sweet
nak touching
pun tak sempat

sebenarnya
saya ni
da tua sangat
nak baca
singkatan macam ni

serius
memula baca
tak faham
"sayang kalau belah saya..."
"klw" - kelawar?
adohai

mohon
jangan singkat sangat
or modern sangat
bahasa singkatan tu
sobsss
kasihanilah
orang tua
macam saya

Tuesday, September 23, 2014

Konon Tahu

kalau kita
tak tahu
keadaan orang tu
macam mana
situasi orang tu
macam mana
jangan lah
sesuka hati kita
nak suruh orang tu
buat itu ini

konon-konon
itu yang paling wajar
sedangkan
siapa tahu
itu yang paling sukar
untuk orang tu buat

kalau benda tu senang
tak perlu tunggu
kau suggest macam tu
dah lama dah dia buat
boleh fikir tak?

so
get lost
dengan recommendation
"beli baru je,
berapa la sangat..."

sakit tahu tak?

Monday, September 22, 2014

11th Hour

it has been
11 hours

should I
lodge a report
after 37th hour?

or should I
walk out
and
find any trace
left behind?

Ke Mana

waktu berlalu
dan terus berlalu
aku hitung
satu persatu
namun
tetap sepi

derap langkah kaki
sekejap-sekejap
kedengaran
berlalu dan berhenti
aku pandang
pintu itu
berharap
ada bunyi kunci
ia terbuka
namun
tetap sepi

ke mana
dan di mana
tiada aku tahu
namun
doaku
moga kau
baik-baik saja
sejahtera sentiasa
dalam lindungan Dia
selalu

Saturday, September 20, 2014

Pernahkah

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

* Nadia Aqilah * Patah Sayap *

pernahkah
pernahkah engkau terfikir
hadirnya dirimu
hanya
....

some things are better left unsaid...

Thursday, September 18, 2014

Yahoo Messenger

semalam
tiba-tiba terkenang
masa mula-mula
dia melamar

tersengih sendiri
macam tak percaya
suami yang di sisi
sekarang ni
pernah melamar
isteri dia
melalui Yahoo Messenger

macam takde pape kan
bila baca ayat tu
"alaa YM je pon,
apa yang meletopsnya"

heh
bagi orang lain
mungkin takde pape
tapi bagi si isteri ni

hihihi...

tak dapat
nak terangkan
apa perasaan dia

kbai

Wednesday, September 17, 2014

Sisa

kau faham tak
perasaan
bila tengah-tengah bulan
macam ni
tambah-tambah lagi
di hujung bulan

yang mana
kau kena berjimat
tahap bendahari negara

mungkin
bendahari negara pun kalah

masa ni lah
kau boleh tengok aje
segala benda
yang cecomel
menahan diri
setahan yang mampu
supaya
kau tak terbeli
lalu terguna
sisa-sisa
uang yang tinggal

sebab kau tahu
ada benda lain
yang maha penting
di saat-saat
ekonomi meleset

adohai

bahkan
kadang-kadang
awal-awal bulan pun
dah berasa
rasa ni

mohon
dimurahkan rezeki

Tuesday, September 16, 2014

Berdiri

bukannya selalu
kau kena berdiri
dalam panggung
sebelum filem bermula

tak selalu pun
kau kena ikut
sama menyanyi
lagu Negaraku
dalam gelap-gelap

melainkan
kau tu jenis tengok wayang
hari-hari
berkali-kali sehari
so selama sebulan (contohnya)
kau kena berdiri
2-3 kali sehari
masa lagu Negaraku

ohoiii...

sekejap aje pun
masa musim 31 Ogos
dengan
16 September je

jangan lah malas sangat
nak berdiri sama-sama
jangan terlebih rajin jugak
nak tunjuk kat semua orang
kau tu tak berapa respek
lagu Negaraku

adohai
bak kata kawan FB
mungkin
kau tak pernah rasa
zaman tengok wayang pun
kena sembelih

come on lah!
tak susah mana pun
memperingati jasa-jasa
pejuang negara
#IniMalaysiaKita beb!

Selamat Hari Malaysia!

Monday, September 15, 2014

Sambal Kicap

dulu
first time
makan pisang goreng
cicah sambal kicap
dekat labuan
kawan belanja

masa tu
memang rasa pelik
kenapa kena cicah?

pisang goreng
adalah pisang goreng
makan begitu saja
dah cukup enak

duduk johor
makin banyak
jenis pencicah
sambal cili
sambal kicap
sambal asam
bersama pisang goreng
keledek goreng
sukun goreng
dan macam-macam lagi

mula-mula
memang la macam tak masuk
lama-lama
bila kau sedar diri
kau duduk tempat orang
apa salahnya kau terima aje
hormat budaya orang
tak payah nak mengutuk
mencaci mengeji
apa orang makan

kau kan
Malaysian
come on lah
#IniMalaysiaKita beb!

Saturday, September 13, 2014

Adohai

penat
bila duduk saja
menghadap laptop
membaca journal
menelaah paper

tepu
kepala otak
bila banyak sangat
tengok huruf
tengok nombor

berpinar-pinar
biji mata
bila tengok
tulisan kecik-kecik
gambarajah kompleks-kompleks

sekejap-sekejap
keluar dari mulut
"boring"

adohai

mungkin
faktor umur
turut mempengaruhi

sedar diri
terima hakikat
badan dah tua

mohon bersemangat
kembali

Friday, September 12, 2014

Surat

hari ni
tetiba terdetik di hati
nak google nama sendiri

saja nak tengok
gambar apa yang keluar
sejak-sejak
dah mula tunjukkan
siapa diri ni

terjumpa pulak
satu surat
rasa kelakar
terpecah gelak tawa
kah kah kah

entah apa-apa
lepas tiga tahun
baru saya tahu
ada surat untuk saya
adohai

kah kah kah
lagi

awak memang comel

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Klik gambar untuk jenguk











tetiba
teringin nak join
padahal
dah lama
senyap gila..:p

orang panggil saya
sunah sakura
sudah berkahwin
dengan blogger juga

blog biasa-biasa
dah tak rajin membebel
pendek-pendek
ringkas-ringkas
padat-padat
tak perlu banyak masa
untuk membaca
boleh gitu?

bila jadi blogger
dulu-dulu
nak orang dapat manfaat
dari apa yang saya tulis
tapi sekarang
dah tak banyak menulis

meluah dan berkongsi
hanya untuk orang tahu
apa yang perlu diorang tahu

sekian


p/s:
kawan blogger
segmen BA
yang kenal diri ni
mesti nampak sangat
beza blog ni
dulu dan sekarang

Sunday, September 7, 2014

AF 11

aku rasa
tak salah langsung pun
dia nak post kat ig dia
pasal kawan dia
masuk AF11

kalo aku
ada kawan
yang dapat masuk AF11
aku pun akan post
kat ig jugak
kot

bukan kisah pasal followers
ramai tak ramai
bukan kisah pasal kau tu
femes tak femes
tapi sebab kau rasa nak share
apa kau rasa
dengan kebolehan kawan kau tu

tu je tempat kau ada
nak gitau betapa kau bangga
dengan kawan kau
tak kisah lah
AF11 ke
Da'i 2 ke
Celebrity Fitness 5 Star Dare ke

lagipun
takkan dia nak buat ig baru pulak
just untuk kawan-kawan
tak kuasa lah
ig dulu pun terdelete

eh
dah kenapa
aku sibuk-sibuk sangat

nothing
just my 2cents
sebab aku rasa
he's nice guy
dari kisah cik renah
dan ig video
dia dengan ayah dia

orang yang kutuk tu
tak sedar
dia sebenarnya
#villagepeople sangat
bila buat perangai
macam tu

aku
tak tengok AF pun


Friday, August 29, 2014

DARE Your Friend

Name
Age
David Eugene Jalleh
25
Leow Kuan Ting
28
Loo Wen Yi
27
Chew Hon Mun
31
Mohd Soleh
30
Sheaumun Wong
26
Shreen Joy Challapandian
30
Sarah Low
26
Jonathan Ng
25
Tieh Siew Haur
24
Ye Chia Yie
28

nampak tak?
nama suami kita
hihihi

encik Mohd Soleh
satu-satunya
peserta Melayu
dan Muslim
untuk game fitness
DARE Your Friend competition
dari Celebrity Fitness

semalam
dia whatsapp
dia kata
da mula rasa tertekan
da mula rasa stress
sakit badan
tak cukup tido
tak cukup rehat
siannya suami kita

kita pulak
tak sabar nak balik
nak masak macam-macam
nak bagi encik suami makan

mohon doa semua
harap-harap
ada perubahan
ke arah lebih baik

ameen...

Thursday, August 28, 2014

Baby

subhanallah

perasaan tu
memang tak tergambar
bila pertama kali
sentuh perut
ada yang tendang dari dalam
atau mungkin dia menumbuk?
atau mungkin
dia menghulur tangan
untuk bersalam?

hihihi

i feel so comel
i comel, baby comel
kah kah kah
so excited
so terujaaaa

sebab...
itulah first time
saya pegang perut
kawan yang mengandung
dan baby dalam perut tu
bagi tindak balas

sebelum-sebelum ni
kalau pegang perut
kawan yang mengandung
baby duk diam aje
sopan aje
mungkin tido
mungkin malu
nguhuhu..

ummi dia kata
itu jugak
first time
baby sangat aktif
bila bertemu orang lain

wah!

baby da lama mengidam
nak jumpa acik sunah
rupanya ya? :p

i is tersentuh

moga dipermudahkan urusan ummi itu
dan baby nya nanti...
moga baby itu
jadi pejuang agama nanti...

ameen...

Monday, August 25, 2014

Hilang

pernah tak
kamu-kamu rasa
bila kamu nak tahu
tentang something
lalu kamu mencari
segala maklumat
yang boleh dibaca
diselami
dikorek
sampai ke dasar

tapi
penyudahnya
mungkin belum penyudah
kamu jadi makin buntu
makin sesat
makin bingung
makin keliru

kamu ingat
kamu sudah sampai ke dasar
rupa-rupanya dasar tu jauh lagi
mungkin infiniti dalamnya
dasar yang kamu korek
macam lubang hitam
kat angkasa

oh hiperbola nya

itu lah
apa aku rasa
saat ini

setelah enam bulan
dapat tajuk projek
hari ni
aku rasa
macam hilang arah tuju
aku nak buat apa sebenarnya???

mohon cahaya
dengan sangat

Sunday, August 24, 2014

Eat Clean














minggu lepas
minggu makan sihat
eat clean
semua benda dibakar
dipanggang
direbus
dikukus
dibuat tanpa minyak














sebab encik suami
join cabaran 105 hari
5 star make over
celebrity fitness














so kena jaga makan
kena jaga badan
masa ni la baru nampak
dia makan banyak sayur
hehehe














brokoli dan kentang
main dish yang kena ada
untuk bakar lemak
untuk sumber protein
kurangkan karbo
kurangkan makanan diproses














masa ni la jugak
rajin-rajinkan diri menggodek
instagram minah saleh
tengok menu sihat diorang
best jugak kan
belajar menu baru
kita pun ikut sihat sama
:)














tapi start hari ni
seminggu duk johor
hancus la menu sihat saya
adohai



Wednesday, August 20, 2014

Kami Pilih MAS

alhamdulillah
hujung minggu lepas
berkesempatan pulang ke bintulu
barang tiga hari

perancangan last minute
buat kejutan untuk family
adik lelaki je tahu
sebab dia yang bakal menjemput
kami berdua di airport

first time
naik flight bersama suami
pergi dan balik bintulu

kami pilih MAS
MH2746-MH2747
alhamdulillah
masa tu tiket berpatutan

cuma
bila pandang ke luar tingkap pesawat
hati tidak berhenti berdetik
fikiran tidak berhenti membayangkan
mereka-mereka
mangsa nahas pesawat MH370 dan MH17
ya Allah...

sungguh
ajal tidak mengenal usia
maut tidak mengira waktu
jika Allah katakan jadi
maka jadilah

al-Fatihah

Friday, August 15, 2014

Kongsi Resepi

hah...
naik pun!
pelik benar tabiat
tengok blog sebab nak check
post tu naik ke tak bulan ni
haha!

memang bagus widget tu
kongsiresepi.com
dulu pakcik mat gebu yang rekemen
so bubuh kat blog tu
boleh check resepi orang lain juga
yang pakai widget serupa

tapi dengan syarat
kena update blog
kalau tak update
memang takde la nak naik
duk entry tu je kat atas
kita tengok pun jemu
boleh?

itu lah blog masak-masak
tu je mampu
blog peribadi ni
payah benar nak update
takde idea
mengomel aje

kalau nak tengok
blog masak-masak tu
mohon google
Selera Sakura

kita memang malas nak backlink :p

Thursday, August 14, 2014

Tetamu

hidup berlalu macam biasa
ada dua tiga kawan-kawan
yang dah lama duduk KL
datang berkunjung ke rumah
berkenal-kenalan dengan suami
berkenal-kenalan dengan isteri suami
heh!

kawan-kawan FB
kawan-kawan blogger
kawan-kawan ex-UTM
kawan-kawan instagram
mekasih semua yang datang
menambah seri teratak kami
mengundang rezeki dari Tuhan

sesiapa yang lain
yang nak datang juga
dialu-alukan
tapi bagitahu dulu ek
kalo tak nak dijamu air kosong
dengan serdak kuih raya
:p



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.