BLOG ENCIK SUAMI

Friday, March 28, 2014

Crowded

satu malam
nak keluar screening
sebab panggung selalu sejuk
maka prepare lah kot labuh
yang memang cukup simple tu

tapi
bila dia nampak je
terus kena sound
"tak payah pakai kot tu..."

dah kenapa...
"crowded sangat"

"abis kalau sejuk nanti macam mana?"

"abang kan pakai sweater jugak..."

baeklah...patik menurut perintah!

Minggu Depan

jika Allah berkehendak
apa saja boleh jadi

kita merancang
Allah juga merancang
sebaik-baik perancang itu Dia

mungkin ada hikmah
di sebalik semuanya
sabar menunggu minggu depan

Wednesday, March 26, 2014

IM529

bukan sedikit
namun itulah jalan mereka

pilihan-pilihan Allah
yang telah ditapis
antara berjuta manusia
di atas muka bumi

berjuang di jalan Allah
mati kerana Allah
pilihan-pilihan mereka

bukan mudah
menjadi antara hamba
yang yakin pasti janji Allah
syurga untuk mereka

sedang kita
masih rasa begitu selesa

Tuesday, March 25, 2014

Titik Akhir

katanya
telah berakhir
di satu titik terpencil
di tengah-tengah lautan
jauh dari segala hidupan

namun
berakhirnya masih belum pasti
selagi bukti belum ditemui
jasad belum dijumpai

mungkin
masih ada sekelumit harapan
bagi yang mendamba akan jawapan
kepada pelbagai persoalan

kini hanya berserah
moga Allah permudahkan segala
meletakkan adil di tempatnya
Dia Maha Mengetahui
segala misteri alam buana


'bila tenggelam tak ramai yang mati, bila timbul ramai yang mati'

Allah, Allah, Allah...

Monday, March 24, 2014

Mati Tua

selalu
berusaha untuk bersangka baik
mungkin kerana umur masih muda
maka menunggu usia menjadi tua

tetapi
selalu juga tersedar
mati tidak menunggu tua
ajal mungkin saja masa muda

maka
harus terus berdoa
bukankah manusia itu dalam kerugian
yang terkecuali
berpesan-pesan kepada kebenaran
berpesan-pesan dengan kesabaran

Friday, March 21, 2014

Meremang

pernah dengar lagu
sampai meremang bulu roma?

bukan sebab lagunya seram
tapi tanpa sebab
sepanjang awal sampai habis lagu
boleh rasa bulu roma meremang

sesetengah lagu
bukan semua
boleh buat bulu roma meremang
hanya bila
dinyanyikan sepenuh hati
sepenuh jiwa
dengan segenap penghayatan

lagu yang buat saya meremang
antara sebab bulu roma meremang

Wednesday, March 19, 2014

Bill Gates Kata

Bill Gates kata
kalau nak jadi profeesional engineer
kena selalu start study lambat untuk exam

dari situ
kita belajar untuk uruskan masa
belajar untuk handle emergency
sebab semua dah last minute

jadinya
selama ni
tak salah lah kan
nak presentation,
nak submit paper,
nak progress meeting,
nak viva,
semua prepare last minute
paling boleh
sehari sebelum

kata nak jadi professional engineer

konon

9GAG

Tuesday, March 18, 2014

Sakura

subhanallah!

sakura mula memekar di Jepun!


gambar dari:
Sakura in Japan Project
Visit Japan Now

Monday, March 17, 2014

Bertukar Wajah

alhamdulillah
bertukar akhirnya

dah lama memasang angan-angan
hari ni baru merajinkan diri
melatih-latih jemari tangan
menajam-najamkan biji mata
memerah-merah buah fikiran

sebab dah lama tak mengedit
sampai terlupa coding
kena google balik mana yang perlu
ada yang malas nak dicari
biarlah

hasilnya biasa-biasa saja
seperti yang diimpi-impikan

Kurang Jujur

dunia
memang penuh dengan manusia
lagi-lagi
yang kurang jujurnya

mohon dengan sangat
untuk tidak cepat percaya
kelak mudah saja diperalatkan
diperbodohkan
diperkotak-katikkan

Sunday, March 16, 2014

GET2GATHER YOUTH, Plaza Angsana JB


Klik poster untuk pembesaran semulajadi

Sesiapa yang berminat untuk berniaga semasa program, boleh hubungi Azila (013-7976417)




Tuesday, March 11, 2014

Doa Untuk MH370

walau apa pun yang berlaku
baik mahupun buruk
siapa mahupun bagaimana

atas daripada segala misteri,
keajaiban dan kedahsyatan itu,
ada kekuasaan yang lebih besar

Maha Berkuasa dan Maha Besar

teruskan berbicara kepada Allah!

Saturday, March 8, 2014

Pray For MH370

Allahuakbar
sehingga sekarang masih belum ada berita
semakin banyak spekulasi
berbagai-bagai persepsi

hanya mampu menunggu
dan terus meminta
hingga hilang kata dalam doa

moga yang terbaik untuk semuanya

#PrayForMH370

Thursday, March 6, 2014

Rahsia

siapa pun
bila dengan izin Tuhan
menemui satu rahsia
yang tidak enak untuk diketahui
apatah lagi yang tidak dijangka-jangka
bahkan yang membuat hati bagai tersiat-siat
akan rasa luluh jantungnya

rasa tertipu
rasa keliru
haru biru
kelam kelabu

tapi segala rahsia
adalah antara hamba dengan Tuhannya
hanya mampu terus berdoa
dan berusaha
yakin pasti
janji Allah itu benar

apalagi kalau
rahsia itu
yang memang dijangka-jangka

Wednesday, March 5, 2014

Disiplin

menyambung perjuangan di Skudai
berpagi-pagi di lab
harap semangat dua hari ni tak luntur
terus menerus berkobar
sampai tiba waktunya

belajar disiplinkan diri
disiplin lab
disiplin makan
disiplin bisnes
disiplin solat juga

mengejar redha mereka
melepaskan diri pergi

moga-moga Allah juga redha
buat semuanya kerana Dia

Monday, March 3, 2014

Bahagia

bahagia
walau hanya seketika
tetap perlu disyukuri

nanti
Allah akan tambahkan lagi
biar lebih bahagia

alhamdulillah

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.