BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, December 13, 2014

1st Anniversary



setahun yang lepas
hari Jumaat
pada saat ini
di rumah
aku lihat
semua sedang sibuk
menyiapkan segala
apa yang belum siap

pada saat ini juga
aku sendiri
bertungkus-lumus
menyiapkan hantaran

kala itu
pintu bilik pengantin dibuka
nenek dari jauh
datang menjenguk
di muka pintu
"alahai sayang, sayang...
kau ke yang buat sendiri...
teruk ni...teruk..."
aku senyum dan diamkan saja
mereka tidak biasa
biarkan, biarkan



tengahari
kala orang pergi solat Jumaat
aku ke rumah senior sekolah menengah
ambil kek fondant
berbunga Sakura
yang aku tempah dari dia
ya aku pergi sendiri
siapa lagi kalau bukan?

sampai rumah
aku terus bagi kek
pada sepupu-sepupu
yang tolong buat hantaran
terima kasih
sepupu-sepupu ku sayang
ada kat situ
saat aku memerlukan
Allah...Allah...
aku rindu!

lepas solat Zohor
sepupu aku juga
yang jadi mak andam aku
Allah permudahkan semua tu
tak susah aku cari semua benda
makcik-makcik pun
semua banyak tolong
apa lagi nikmat Tuhan
yang aku mahu dustakan?



alhamdulillah
terima kasih Allah
petang Jumaat yang mulia itu
dengan disaksikan
sanak-saudara
sahabat-sahabat
dekat dan jauh
aku selamat diijabkabulkan
dengan seorang encik suami
yang hari ini
genap setahun
memegang jawatan maha berat

moga-moga
Allah terus berkati
perkahwinan kami
hingga ke syurga
moga-moga
Allah kasihi
dan limpahi kami
dengan rezeki
dan rahmat dariNya

moga-moga
Allah terus kongsikan
kekuatan
petunjuk
ketenangan
keindahan
KEBAHAGIAAN HAKIKI
buat aku dan encik Mohd Soleh Ahmad
ameen ya Rabbal 'alamin...



i love you abang

9 comments:

MizzTina said...

selamat ulang tahun buat sunah n soleh.. moga semakin bahagia..

ahkak gojes said...

happy anniversary sis...moga bahagia hingga ke jannah

yana yassin said...

Selamat ulang tahun Perkahwinan . Sama lah, YY pun menanti saat setahun 4.1.15 nanti . Moga ikatan perkahwinan berkekalan . Amin .

nabila azmi said...

Slmt ulg thun sunah ..hrp suatu hr nnt dpt jd cm sunah :)

Mas Zull said...

assalamualaikum sunah...hepi anniversary moga jodoh kekal hingga hujung nyawa...:)

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... Tahniah sunah... Moga berbahagia hgga ke syurga

juicy X said...

SELAMAT ULANGTAHUN...MOGA KASIH BERPANJANGAN :)

Snazzy_Naz213 said...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan sunah :)

Diana Rashid said...

Selamat Ulang tahun perkahwinan..
dah setahun ye..sekejap je rasa..
masa tu akak ingat lagi..
walaupun tak ikut blogger lain sampai ke sana tapi tetap ikut semua gambar2 yang diaorang post kat fb dan ig..
tahniah..semoga kekal bahagia selamanya..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.