BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, January 20, 2015

Nomad Itu Saya

once upon a time
blog saya berhenti berbunyi
bila nak start balik
rasa janggal gila

sebelum ni
kan guna entri berperenggan
ni guna entri tanpa format lak

balik dari Lombok tu
macam saya pernah cakap sebelum ni
kebizian melanda hidup
ho ho ho

kerja saya asyik berpindah randah
macam nomad aje
sebenarnya bukan lah berpindah randah rumah pun
tapi asyik travel

balik dari Lombok
stay kat JB
meeting PhD student
dari JB balik KL
terus ke kampung encik suami
kat Kedah

balik dari Kedah
stay berapa hari kat KL
then ke Melaka
balik dari Melaka
stay sehari kat KL
travel ke JB pulak

masa kat JB
ada event kat TM KL
so boleh balik umah kejap sehari dua
dan sekarang
saya kat JB semula
phewwww

nomad itu saya

k

Friday, January 9, 2015

Percutian ke Lombok: Pulang ke Malaysia!


Hurmm...20 November 2014. Dah nak balik Malaysia. Sobsss! Lepas solat Subuh, saya dan encik suami bersiap-siap nak check out. Kitorang pergi kaunter hotel seawal 6 pagi. Ade guard hotel kat situ. Kat Sunset House Lombok ni, lepas 12 malam, guard akan ambil alih jaga kaunter sampai pukul 7 pagi. Kitorang check out then lepak-lepak kat gazebo sambil tunggu bas DAMRI. Semalam, adik yang jaga kaunter dah call bas DAMRI, harap-harap diorang tak lupa nak datang. Nak suruh pak guard ni telefon, dia tak tahu la pulak. Hurmm.

Sarapan pun tak siap lagi masa tu. Actually kat Sunset House Lombok, korang boleh request early breakfast box, tapi disebabkan semalam ade sikit kelam kabut kat kaunter hotel tu, adik tu mungkin terlupa nak recordkan request kitorang. So, takde breakfast pun. Takpe lah, kitorang makan angin laut je. Kui kui. Encik suami amek juga gambar laut pepagi tu, then duduk-duduk kat gazebo, peluk tangan encik suami, gitau dia rasa sedih sebab dah nak tinggalkan Lombok. Encik suami 'pujuk' kata tak jauh kan. Maksudnya nanti boleh pergi lagi. Huhu.

Pantai Senggigi, Sunset House Lombok

Then dalam pukul 6.55 macam tu kitorang gi tunggu bas DAMRI kat tepi jalan. Guard hotel tu yang tolong rekemen supir kat encik suami semalam baru je sampai hotel. Dia datang tegur kitorang dan ucapkan selamat jalan. Sobss, sedih sangat. Pukul 7 lebih, bas DAMRI dah sampai, guard tu tolong angkat beg kitorang dan bersalaman dengan encik suami. Kitorang pun tinggalkan pantai Senggigi dengan hati duka lara. Ceh! Haha~

Bas DAMRI ni berhenti dekat terminal dia dulu untuk amek penumpang lain yang nak ke Bandara Internasional Lombok. Driver akan tunggu bas penuh, barulah boleh gerak. Sebelum gerak, driver akan check tiket dan amek bayaran tambang. Untuk saya dan encik suami, jumlahnya Rp.70,000. Macam hari tu, sepanjang jalan memang driver akan hon mintak beri laluan. Hihi. Dah terbiasa lak, kalau lah kat Malaysia boleh buat gitu kannnn!!! Memang tak lah! Mimpi ajeee~

Passenger Service Charge at Lombok International Airport

Dah sampai kat airport, kitorang terus pergi balai perlepasan. Ha, kat depan pintu ni lah staff airport akan mintak duit tax. Seorang Rp.150,000 untuk international. Bila dah masuk balai berlepas, tengok-tengok imigresen belum bukak pun. Dah ramai jugak yang menunggu depan kaunter imigresen tu. Sementara tunggu kaunter bukak, saya dan encik suami jalan-jalan kejap sekitar balai perlepasan. Nak cari fridge magnet. Banyak je, cuma ada yang terlebih mahal, ada yang murah-murah dalam RM 2 lebih gitu. Saya beli fridge magnet bentuk kucing yang ade tulis Lombok, sebiji Rp.10,000. Dalam RM 2.70 masa tu. Beli dalam 4 biji sebab nak bagi kawan-kawan baik. So, total Rp.40,000.

Fridge Magnet Lombok

Lepas pergi toilet, dah bosan jalan-jalan, kitorang join berbaris depan kaunter imigresen. Tak lama lepas tu kaunter pun bukak, pegawai dia cop-cop passport, amek kad departure, then kitorang gi scan segala beg yang nak bawak naik dalam pesawat, lepas tu tunggu dekat depan gate flight Air Asia ke Johor Bahru. Sekejappppp je duduknye terus kena panggil masuk! Sempat amek gambar BIL sekeping dari bawah tangga je. Haha~ Gituuu laa~

Bandar Udara Internasional Lombok

Kami pun pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Lombok yang indah, insya'Allah satu hari nanti kami akan ke sini lagi.

Maka, di sini saya senaraikan perbelanjaan percutian ke Lombok ye!

Sunset House Lombok 3D2N - Rp.1,000,000
Bas DAMRI BIL-Hotel-BIL - Rp.140,000/2 pax
Makan kat hotel - Rp.80,300
Jajan - Rp.26,500
Brooch mutiara plastik - Rp.100,000/10 biji
Baju T-shirt Lombok - Rp.80,000/2 helai
Makan Quick Chicken - Rp.28,000
Makan Holland - Rp.88,000
Waterfalls Package - Rp.180,000
Motor kat waterfalls - Rp.100,000/2 buah
Sejadah + songkok songket - Rp.150,000
Gift alas cawan - Rp.250,000
Supir kereta - Rp.500,000
Masakan Padang - Rp.72,000
Dodol + kerepek - Rp.160,000
Lombok Airport Tax - Rp.300,000/2 pax
Fridge Magnet - Rp.40,000

TOTAL: Rp.3,294,800 = +-RM 925

Sebelum tukar duit:

Tiket Flight Air Asia JHB-LOP-JHB - RM 426/2 pax
Hotel via Booking.com - RM 282
Duit tukar - RM700

TOTAL: RM 1,408/2 pax

Seorang tak sampai seribu. Alhamdulillah. Kalau tolak benda-benda merapu kitorang beli tu dah kira murah kan??? Hahaha~

Selamat bercuti ke Lombok!


Wednesday, January 7, 2015

Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Sukarare dan Banyumulek

ENTRI SEBELUM INI:

Hurmmm, alang-alang dah update, kita sambung update. Sebab ada yang dah tanya kat email tentang Lombok memandangkan entri tak habis lagi. Haha! Ok, ni sambungan lepas berpenat lelah kat air terjun. Dari air terjun, kitorang bertolak ke Sukarare. Masa tu dah berkumandang azan Zohor pada hari Jumaat. Encik suami musafir, maka saya pesan kat dia niat untuk jamak takhir sebab takut tak sempat balik hotel. Dedua tak bawak baju bersih. Huhu. Sepanjang perjalanan ke Sukarare, macam biasalah, ada banyak sawah padi terbentang luas.

Sawah padi lombok di bawah naungan awan kumulonimbus

Sukarare ni salah satu tempat yang terkenal dengan penenunan songket. Lebih kurang macam Sasak Village juga. Bila kita dah masuk area Sukarare, boleh nampak songket tergantung kat luar rumah-rumah sepanjang jalan. Cantik-cantik semuanya. Kat sini, Pak Atus bawak kitorang ke Kerajinan Tenun Patuh. Ha, tu nama pusat pembuatan dan penjualan songket kat sini. Bila kitorang sampai, ada seorang pekerja dia datang approach dan layan kitorang dari awal sampai kita balik. Kat luar gudang dia ada beberapa penenun yang tekun menenun. Kalau nak cuba, boleh juga. Hihi. Kebasahan menyebabkan saya dan encik suami menengok aje. Encik suami je lah yang rajin nak amek gambar ha~

Seorang nenek yang dah berusia tekun menenun songket kat luar gudang

Kat sini, diorang ada satu adat di mana perempuan kena pandai menenun. Kalau tak pandai, tak boleh berkahwin. Ha! Kalau kat Malaysia, kiranya perempuan kena pandai menjahit, kalau tak nanti tak boleh kahwin! Saya tak pandai punnnn...eh, hahaha~ Banyak jenis pakaian dan aksesori yang diperbuat dari songket kat sini. Ade beg, kain pelikat, shawl, sejadah, songkok, baju, seluar dan macam-macam lagi. Harganya agak mahal sebab tenunan tangan. Shawl songket dia yang saya selalu nampak kat Jalan TAR rega RM 8 - 10 tu, kat sini diorang jual hampir RM 50 sehelai! Ok, tak terpujuk untuk membeli. -_-"

Sejadah songket yang kitorang beli kat Sukarare

Kat sini, kita jugak boleh amek gambar dengan berpakaian songket. Rasanya kena bayar. Tapi masa tu encik suami laju je cakap kat pekerja dia, saya kebasahan lepas main air terjun. Jadi, takde la kena bayar amek gambar pakai baju songket. Kui kui! Lepas belek-belek segala barang yang ada, encik suami terpikat dengan songkok dan sejadah songket dia yang simple dan cantik. Total songkok dan sejadah songket ni lepas tawar-menawar dapat dalam Rp.150,000. Jenuh nak menawar...encik suami memang professional, hahaha!

Encik suami pun nak amek gambar gak kat tempat menenun songket, ha~ tu la songkok songketnye~

Lepas membeli-belah kat Sukarare, Pak Atus bawak kitorang gi Banyumulek pula. Banyumulek ni Pottery Village. Pak Atus cakap kita boleh tengok macam mana diorang buat pasu seramik dan boleh beli cenderahati untuk bawak balik Malaysia. Tapi masa kitorang sampai Banyumulek, waktu tu lepas solat Jumaat. Orang yang buat pasu tu tak masuk kerja lagi. Mungkin dia seorang lelaki. Hihi. So, kitorang gi tengok cenderahati dia aje. Cantik-cantik dan comel-comel! Harga dia dari serendah Rp.25,000 pun ada sampai lah beratus ribu rupiah. Saya bawak balik alas cawan 10 keping, jumlahnya Rp.250,000 (kira-kira RM 70). Kalau tak, sekeping tu dia nak jual Rp.30,000. Huhu. Mekasih encik suami sebab berusaha menawar harga lagi! :D

Alas cawan/coster di Pottery Village, Banyumulek, Lombok

Perhiasan seramik di Pottery Village, Banyumulek, Lombok

Masa tu, kitorang dah penat sangat! Tapi Pak Atus tanya, "jadi nggak beli dodolnya, mas?" Ok, jommm! Tapi lupa nama kedai dia -_-", kat area Mataram je. Haaaa~ kat Lombok ni dodol dia ada macam-macam perisa! Dicampur pulak dengan rumpai laut, memang sihat lah! Kalau tak cantik lepas makan dodol ni tak tahu lahhh~ eh! Hahaha~ Encik suami suka perisa nangka, saya suka perisa pisang. Tapi yang nangka tu memang femes, sedap cuma agak manis dan rasa nangkanya kuat. Dodol diorang ni lebih kurang macam agar-agar kering lah. Pelbagai jenis kerepek pun ada jual kat sini. Kitorang habiskan Rp.160,000 kat sini. Beli dodol 4 kotak, kerepek dua bungkus.

Dodol Nangka dan Dodol Pisang Lombok

Balik dari situ kitorang singgah makan tengahari kat restoran masakan Padang kat Mataram. Tapi tak amek pulak gambarnye. Harga makanan agak mahal bagi kitorang, untuk dua orang Rp.72,000, nasi campur biasa je dengan air kosong. Pak Atus lak dah bayar makanan dia sendiri dan takmo duduk semeja dengan kitorang walaupun encik suami dah ajak banyak kali. Mungkin polisi diorang tak boleh makan dan guna duit customer kot! Bila dah kenyang, kitorang pun balik hotel. Masa tu dalam pukul 2 lebih nak dekat pukul 3 petang. Maka, sempat lagi nak solat jamak takdim. Alhamdulillah.

Lepak-lepak kat balkoni sambil makan dodol & kerepek Lombok

Bila dah rehat-rehat kejap sambil makan dodol, encik suami ajak pergi pantai. Nak amek gambar sunset & mandi pantai kalau nak. Sebelum ke pantai, kitorang ke kaunter hotel dulu untuk tanya pasal transport ke airport. Flight kitorang esoknya dalam pukul 10.05 pagi. So, kena gi seawal yang boleh takut banyak pulak urusan masa nak keluar. Encik suami tanya penyambut tetamu kat kaunter tu pasal bas DAMRI ke airport. Adik tu call pejabat bas DAMRI dan bagitahu masa flight kitorang. Ok, bas boleh datang ambil awal pagi esok dalam pukul 7 gitu. Alhamdulillah.

Then lepas tu, penyambut tetamu tu tanya sama ada nak setelkan baki bayaran hotel terus atau nak setelkan pagi esok je. Saya cakap, kalau boleh setel sekarang, ok la~ Saya guna VISA Debit Card yang sama time saya guna untuk registration kat Booking.com hari tu. Tapi, berapa kali ntah dia try swap tak dapat. Asyik declined aje! Dalam purse ade la duit cukup-cukup untuk bayar baki sewa hotel tu. Tapi, kalau guna nanti tak cukup duit untuk bayar tambang bas dan bayar tax kat aiport. Haaaa~ kat airpot Lombok, mana-mana foreigner yang nak keluar kena bayar tax tau! Masa tu kitorang pun tak sure lagi entah berapa lah bayarannya. Adik tu pulak dengan senang hati bagitahu bila encik suami tanya ATM dekat mana. Kot lah boleh keluarkan duit dulu kat ATM. So, encik suami pergi dengan salah seorang pekerja hotel tu ke pekan Senggigi untuk cari ATM.

Lama jugak saya tunggu kat foyer hotel tu, baru encik suami balik. Katanya tak dapat nak keluarkan duit pun. Mungkin ada setting dalam akaun berkaitan dengan kemudahan antarabangsa yang saya tak buat. Alamak! Mana lah saya tahu! Takpe lah, guna dulu duit dalam purse untuk setelkan baki bayaran penginapan hotel. Masa tu dah tinggal entah berapa rupiah aje dalam beg. Dengan sekeping not RM50. Saya ajak encik suami tukar duit RM50 tu kat money changer, mana tahu nanti boleh setelkan duit tambang bas dengan tax kat airport. Berjalan kaki lah kami ke pekan Senggigi. Alah, dekat aje! Kat area bebudak surfing semalam tuu~ Bila tukar duit, dapat dalam Rp.170,000++ gitu je. Untuk bas boleh la lepas, kalau tax bandara?? Haiyoooo!

Encik suami dah macam lemah aje suara dia. Saya pun jadi takut nak bercakap dengan dia. Sape tak panik oi kalau tak dapat balik? Dia tanya kawan yang selalu travel, dia sendiri pernah try guna Maybank VISA Debit card masa kat Bandung untuk keluarkan duit. Ok je, tapi kena activate something kat Maybank2U. Cuma takut nanti pihak Maybank kena call kita untuk confirmkan. Kitorang balik ke hotel, gi foyer dan tanya berapa harga tax kat airport untuk international, adik tu jawab Rp.150,000 seorang. Ok. Sah tak cukup. Kami tak jadi gi pantai, encik suami ajak balik bilik setelkan benda ni dulu.

Balik bilik, encik suami bukak Maybank2U. Lepas dia dah borak-borak dengan kawan dia dan test-test kat akaun dia, dia panggil saya (sebelum tu, dia suruh gi duduk jejauh dulu, nanti dia panggil =.="). Dia suruh saya login, pergi option ATM/Debit Card Management > Overseas ATM Facility > Select Activate untuk ATM Overseas Facilities. Nanti diorang suh masukkan tarikh dari bila ke bila kita nak benda tu aktif. Then submit. Tunggu pengesahan melalui SMS, bila dah confirm dari pihak bank, baru lah kad kita boleh dipakai kat overseas. Owhhh, gitu rupanya.

Lepas tu, encik suami pergi kaunter hotel, nak mintak adik tu cuba pakai Maybank VISA Debit Card saya tu kot-kot dah boleh. Kalau boleh pakai, nak adik tu kembalikan cash kitorang. Saya tunggu kat bilik aje. Bila encik suami balik bilik, dia bagi saya duit Rp.500,000. Alhamdulillah, dah dapat guna pun. So, uols yang baru je belajar backpacking or nak keluar negara first time tapi tiba-tiba duit tak cukup, atau memang nak pakai ATM kat luar negara, make sure activate dulu korang punya ATM/Debit Card Overseas Facilities ye! Dah setel semua tu, encik suami ajak gi pantai semula. Sementara masih belum gelap, dan mungkin dah ada sunset.

Sampai kat pantai, langit dah oren tapi tak nampak matahari. Tu pun dah cukup cantik. Encik suami amek gambar banyak-banyak. Saya pun main air kat tepi-tepi je sebab ombak dia tinggi sangat. Encik suami pulak asyik tak bagi masuk dalam air, nanti basah katanya. Lahhh! Memang lah basah, biarlah punnnn (saya cakap dalam hati je, sebab geram napeee lah tak bagi masuk dalam air...ggrrr). Masa tengah amek-amek gambar tu jugak kitorang jumpa dua orang Chinese girls dari Malaysia. Rupanya diorang sama flight dengan kitorang pergi dan balik. Lorhhhh...diorang pun duduk kat Sunset House Lombok, ok! Terlambat sikit kenal diorang haaa. Kalau tak, boleh kongsi-kongsi bayar tiket supir gi airport! Aahhaha~ Diorang pun menyesal tak kenal awal, kalau tak, mesti diorang pun nak amek bas jugak macam kitorang, lagi murah! Hew hew.

Sunset di Sunset House Lombok

Lepas dah kebasahan kena last ombak yang paling tinggi, kitorang pun balik bilik. Malam tu takde keluar gi mana-mana dah, dah penat! Makan Indomie je kat bilik, solat, kemas-kemas beg, then tido.

Tunggu entri kat airport nak balik ke Malaysia pulak ye!

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Pulang ke Malaysia!


Tuesday, January 6, 2015

Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu

ENTRI SEBELUM INI:

Disebabkan kebizian yang melanda dalam lebih seminggu yang lepas, sambungan cerita Lombok terlewat sedikit saya publish. Dah rasa malas dah nak update sebenarnya, tapi tiba-tiba hari ni terindu pulak Lombok. Alang-alang hati masih bertaut, marilah kita bersemangat berkongsi pengalaman!

Untuk hari kedua, saya dan encik suami pepagi dah keluar ke pantai. Nak tengok matahari naik kononnya. Tapi bila sampai pantai kat seberang jalan, eik? Mana matahari? Takde pun? Langit da terang sikit. Dalam pukul 6 gitu. Rupa-rupanya kitorang tersilap arah. Matahari terbit dari arah bertentangan dengan pantai. Sebenarnya dari belah seaside hotel ni boleh tengok matahari terbenam. Alahai, tersilap rupanya. Takpe lah, petang kang boleh tengok sunset. Itu pun, kalo nampakkkk dari sini. Semalam tak nampak ape pun!

Comel kan kami? Koh koh koh!

Kitorang da merajuk dengan matahari, lalu encik suami mula beroperasi amek gambar di sekitar hotel. Alah, kat gazebo je! Sebab gazebo dia menarik sangat, berkeping-keping gambar encik suami amek sampai dah tak tau nak posing macam mana! Hahaha~ Lepas penat berposing dan memandangkan jam belum pukul 7 pagi, breakfast kat hotel pun belum siap, kitorang amek keputusan untuk balik ke bilik. Sampai bilik, encik suami macam biasa lah kerja dia. Transfer gambar, edit-edit, upload kat Instagram, balas-balas komen Facebook, scroll-scroll berulang kali. WiFi free kan! Saya baring je la sambil bermalas-malasan selama beberapa minit. -_-"

Lepas da puas hati scroll-scroll, encik suami pun pergi mandi. Dia siap mandi, saya pulak mandi. Sementara saya bersiap-siap, encik suami dah turun dulu jumpa guard jalanraya depan hotel. Dia nak tanya pasal tour yang ditawarkan oleh supir-supir kat Lombok ni. Bila saya dah turun, kitorang gi breakfast dulu. Cakap pasal breakfast, Sunset House Lombok ni tak banyak sangat choice breakfast dia. Ade nasi goreng, satay ayam, ulam-ulam bertempe, sambal, buah-buahan, roti dengan butter, then air dia sirap oren, air kosong, kopi atau teh. Tu je. Berbaloi dengan harga lah kan? Tapi tak amek gambar pulak makanannya. Haish! Apepun nasi goreng dia super sedap! Tak tanya pulak resepi...koh koh koh!

Lepas breakfast, kitorang jumpa supir yang guard tu rekemenkan. Supir tu memula nak bawak kitorang ke Kuta. Yang mana, kalau ke Kuta, kita boleh pergi banyak tempat lain juga yang berdekatan, iaitu Sasak Village, Mawun, Selong Blanak, etc. Tapi encik suami teringin nak pergi tengok air terjun. Kat Lombok ni ada banyak air terjun. Yang femes kat Senaru, tapi kalau pergi situ memakan masa agak lama dan tak banyak tempat lain yang kita boleh singgah. Supir tu berusaha betul nak bagi encik suami dapat tengok air terjun dan boleh singgah banyak tempat juga. Maka, dia suggest untuk bawak kitorang pergi Benang Stokel. Hoh? Ape tu? Encik suami blur. "Tu air terjun lah abang, ade budak-budak cite kat blog!" Owhhh! Kalau amek tour ke Benang Stokel, supir tu boleh bawak kitorang ke Sukarare dan Banyumulek pulak. Tapi tak boleh ke Kuta sebab akan memakan masa. Ok, boleh lah! Lepas tawar-menawar, supir tu nak bawak kitorang dengan bayaran Rp.500,000. Dalam RM 140 lah. Naik kereta macam Avanza tu ha.

Perjalanan ke air terjun tu memakan masa sejam jugak. Jauh woo! Tapi sepanjang perjalanan langsung tak jemu, tengok cidomo-cidomo, sawah padi, masjid-masjid yang banyak gila tengah dibina dan macam-macam lagi. Bila sampai kat kawasan air terjun tu, supir kitorang - Pak Atus, bawak kitorang jumpa pihak yang jaga air terjun tu. Rupa-rupanya kat sini bukan ada satu air terjun aje, ade tiga air terjun! So, kalo nak masuk kena amek pakej-pakej dia. Pakej 1 boleh tengok Air Terjun Benang Stokel aje, pakej 2 boleh tengok Air Terjun Benang Stokel dengan Air Terjun Benang Kelambu, manakala pakej 3 boleh tambah lagi satu air terjun yang agak tersembunyi dan masih terpelihara daripada tangan-tangan kotor manusia. Kiranya hidden waterfalls lah tu. Saya tak berapa ingat harga pakej-pakej dia, tapi yang kitorang amek adalah Pakej 2 untuk tengok dua air terjun berharga Rp.180,000.

Untuk ke air terjun pulak, kena sewa motor bersama penunggang! Sebabnya, kalau nak jalan kaki sangatlah jauh. Nasib baik ada penunggang perempuan, kalau tak, tertinggallah saya kat kaunter tu! Phewwww~ Satu motor bersama penunggang sewanya Rp.50,000. So kalau dua motor, Rp.100,000, ok? Sepanjang menuju ke air terjun, mohon beranikan jiwa raga sebab pakar-pakar motorsikal ni tersangatlan expert dan extreme bawak motor sampai dalam hati ni dah rasa nak terlompat dalam gaung! Pffttt~ Tapi jangan risau, diorang agaknya dah bertahun bawak motor area sini, siap boleh tunjuk pokok koko yang banyakkk tumbuh area situ. Tapi takde yang masak elok, banyak yang buruk sebab masa ni tengah musim hujan.

Koko di air terjun, Lombok

Perjalanan ke air terjun yang pertama amek masa tak sampai 10 minit gitu. Kalau jalan kaki, mahu setengah jam juga. Air terjun pertama yang kitorang pergi nama dia Air Terjun Benang Kelambu. Mak ai, memula pelik jugak dah kenapa berbenang-benang, lepas tu ada kelambu lagi. Hew hew~ Rupa-rupanya nama tu memang sesuaiiiiiiiiiiiiiii sangat dengan pemandangan air terjun tu! Subhanallah! Tak pernah tengok depan mata kasar, air terjun seindah Benang Kelambu! Air terjunnya luas, airnya sejuk dan masih suci bersih sebab dia memang jatuh dari gunung terus, takde sungai kat atas tu. Siap ada saluran buluh untuk pengunjung minum air terjun tu. Sejukkk tekak tau! Encik suami begitu gembira bila tengok air terjun ni sebab dia duk google gambar sebelum ke Lombok, memang terjumpa gambar Benang Kelambu, tapi tak tahu pun nama dia. Kitorang amek banyak gambar kat sini, boleh lah tengok sekeping-dua kat bawah ye?

Air Terjun Benang Kelambu yang suci bersih airnya dan boleh diminum

Air Terjun Benang Kelambu, Lombok
Air Terjun Benang Kelambu, Lombok
Encik suami yang terlampau gembira sebab dapat tengok air terjun... :p
Do always hold my hand, lead me to the right path, and help me get up if I fall

Lepas puas amek gambar dan main air, tapi tak bawak baju untuk tukar pun (sebab tah nape tah terlupa!), kitorang naik motor balik dan kembali ke pintu depan. Turun dari motor, pemandu air terjun kitorang tu bawak ke air terjun yang kedua pulak. Yang ni nama dia Air Terjun Benang Stokel. Jangan tanya saya apa maksud dia, saya pun tak tahu! Hahaha! Dengar ceritanya, air terjun ni ada 3 penjuru punca air yang terjun serentak bila musim hujan lebat. Tapi disebabkan time kitorang pergi tu malam tu hujan tak berapa nak lebat, satu punca air je yang turun, yang tetengah. Air terjun dia sangat la tinggi, tapi tempat mandi dia tak banyak. Setempat aje dan sungguhhhh tak ramai orang! Kalau macam ni la rupa air terjun, boleh lah saya  mandi air terjun hari-hari tanpa jemu! Ahahaha~

Air Terjun Benang Stokel, Lombok

Di samping aktiviti mandi di air terjun, ada jugak aktiviti diving secara semulajadi! Hahaha~ ok, ok. Maksudnya, kalau ada pengunjung yang teringin nak buat terjunan, ade satu tempat terjun depan Benang Stokel yang mana kolam semulajadi kat bawah dia sangatlah dalam. Masa kitorang pergi tu ada sorang mat salleh terjun. Perghhhhh! Seramnyaaaaaaaa tengok haaa! Nasib baik dia hidup lagi bila sampai kat bawah. Tapiii serius muka dia seronok gila dan terjerit-jerit sebab dapat terjun! Tapi tak amek video atau gambar pun! Huhuhu~ Encik suami lak macam nak, macam tak nak, macam nak, macam tak nak je terjun, last-last, dia tak terjun. Kikiki~ Takpe lah dear, lain kali eks? Kite risau lak kalau jadi ape-ape walaupun awak tau berenang!

Ok, lepas puas tengok air terjun, kitorang pun menapak semula ke pintu depan. Pak Atus dah menunggu. Kitorang lak basah! Maaf lah Pak Atus... T_T. Pak Atus pun baik aje bagi kitorang naik walaupun basah. Hahaha~ Ok, kita ke Sukarare pulak! Tunggu entry seterusnya!

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Sukarare dan Banyumulek


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.