BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, February 17, 2015

SSS Dot Com Pulak

selamat petang!

dah nak dekat Tahun Baru Cina...
mesti ramai dah plan nak bercuti ke mana-mana
konfirm lah jammed highway beberapa hari lagi
jadi untuk yang nak balik kampung ke,
pergi travel ke,
rancang la awal-awal perjalanan kamu, ok?

untuk pengetahuan semua
saya da dapat balik url domain lama saya
maka dengan ini
Sunah Suka Sakura dot com is back

semoga jeneral SSS dot com kembali bersemangat berblog...

dah bayar untuk 3 tahun, ok! -_-"

oh! Happy Chinese New Year untuk rakyat berbangsa Cina!

Saturday, February 14, 2015

Mentega Bukan Butter!

semalam
saya pergi satu kedai
area BBU
kedai Kek Lapis Sarawak
papan tanda kaler kuning

saja nak tengok
kek lapis dia
dan harga yang dia letak
harga dia ok lah
mahal sikit dalam dua tiga ringgit
dari yang kita-kita
jual online ni

bila rasa sikit
saya suka kek lapis asam manis dia
macam mana ye
orang buat sedap macam tu?
pelik
sebab tebal kot lapisan dia?
so jadi moist sikit

saya beli kek roll coklat sebiji
then gi kaunter untuk bayar
saja tanya owner dia
guna mentega ape ek?

"kitorang tak pakai mentega,
kitorang pakai butter"

errr...

butter...buttercup ke???

"buttercup bukan butter,
tu marjerin..."

errr...

ape beza butter dengan mentega?
bukan ke mentega tu butter ke?

"lain...mentega bukan butter..."

habis tu kat bahan-bahan dalam pamplet ni bubuh mentega?

"yang kat situ ade yang salah tu..."

hurmm...ok, butter macam SCS ngan Anchor tu la ye?

(diam)

ok...kalau tak nak share pun
mentega ape yang uols pakai
takyah lah buat cerita
mentega bukan butter

hailaaaa...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.