Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Sampai Ke Jepun!

Assalamualaikum.

Entri yang dirancang lama, tetapi baru kali ini mula menaip. Biasa lah, kadang-kadang kita ni merancang, tapi terpaksa dilupakan, yang diimpi tak sampai, yang dikendong berciciran, tak jadi semuanya hanya kerana sikap manusia. Eh! Ok ok. Sambung balik.

Alhamdulillah, sehari selepas balik dari Pattaya, Thailand, saya berpeluang untuk melawat negara maju, Jepun Darul Dhuha. Eh, memandai aje bubuh. Hihi. Sebenarnya saya dapat tawaran daripada pensyarah untuk mengikuti lawatan kolaborasi penyelidikan ke Jepun bersama-sama pensyarah dan rakan-rakan makmal yang lain. Dalam perancangan kami, beberapa universiti swasta di Jepun akan kami lawati untuk melihat makmal-makmal mereka di sana. Eh kenapa skema sangat ayat ni? Hahaha!

Tanggal 28 Februari 2015, pukul 11.35 malam kami berlepas dari KLIA untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Tiket kami masa tu pergi balik RM 1842. Kalau nak beli sendiri, kena kumpul duit setahun. =.=" Alhamdulillah rezeki Allah, pengangkutan dan penginapan sepanjang di sana ditaja oleh IEEE Photonics Society Malaysia Chapter. First time naik flight 3 row. Masa tu saya dapat tempat duduk sebelah pelajar Malaysia yang belajar kat Jepun. Tak ingat pulak universiti mana, katanya yang tak berapa dikenali. Err. Ok. Sepanjang perjalanan, kerja saya tengok movie, dengar lagu, tidur, bangun makan, isi kad embarkation and disembarkation, makan lagi, tidur dan sebagainya. Toilet? Tak. Haha.

Isi kad ketibaan dan perlepasan siap-siap dalam flight, borang kuning tu pulak untuk deklarasi kastam
Jepun, aku datang!

Masa nak sampai tu, try juga bukak penutup tingkap pesawat. Tapi mak aiii! Silaunyaaa! Cahaya matahari memancar dengan garangnya. Memang, memang patut dapat jolokan negara matahari terbit! Sebab tu bubuh Darul Dhuha! Hahaha! Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat pada pukul 7.30 pagi 1 Mac 2015, waktu Jepun. Beza waktu dengan Malaysia, kat Jepun laju sejam. Waktu solat pun lagi laju! Nak keluar pesawat, tengok penumpang lain semua dah sarung jaket. Err, sejuk sangat ke? Ok, ok. Pakai sesiap jugak lah. Then bila dah keluar dari pesawat, masuk arrival hall, terus berbaris untuk lalu imigresen. Yang bestnya, staff perempuan dia yang handle queue and distribute kita ke kaunter imigresen adalah sangat happy go lucky. Pandai pulak tu cakap Apa Khabar? & Terima Kasih. Kita pun rasa seronok aje diraikan. Takde lah muka monyok kena berbaris panjang, semua tersengih-sengih aje dengar celoteh dia. Proses imigresen pun smooth aje. Lepas tu kitorang turun tingkat bawah untuk amek bagasi. Saya bawak satu bagpack dan satu beg troli. Orang lain pun macam tu. Ingatkan saya dan kawan-kawan punya beg paling banyak, rupanya orang lain ada beg lagi banyak dan besar dari kami. XD

Pensyarah kami beli tiket bas untuk kami ke Kasai. Entah berapa harganya, tak pasti pulak. Sementara tunggu bas, pensyarah kami jugak sewa broadband router dari kaunter Softbanks kat tingkat bawah tu untuk kegunaan kami bila keluar dari kawasan berwifi. Keluar dari bangunan airport tu, dah rasa sejukkkkkknyaaaa aircond semulajadi! Subhanallah~ Baru sedar dari mimpi, betul-betul dah sampai Jepun ni. Huhu. Untuk tunggu bas, kita kena berbaris! Wehuu~ Rasa macam budak sekolah, tapi rupa-rupanya kat Jepun memang adat tunggu bas kat mana-mana pun kena berbaris. Kawan saya cakap berbaris tu satu tanggungjawab sosial bagi orang Jepun. Fuh!

Berbaris menunggu untuk masuk ke dalam bas, beg-beg tu pun kena berbaris jugak satu line

Bila bas dah sampai, kami pun gerak ke Kasai. Sepanjang jalan ade la tidur beberapa minit sebab penat, ade jugak tengok-tengok pemandangan kat luar. Ermmm...tapi mamai. Tido balik. Haha! Bila sampai Kasai, kami diturunkan kat bus stop Kasai. Kat situ la kawan lama satu kolej, satu JKM, satu fakulti, satu UTM sambut kitorang. Kamal ni dah stay kat Jepun sekarang, dia ada banyak usahakan Muslim guesthouse kat sini under JomPJapan bersama-sama kawan-kawan dia. Sambil-sambil tu dia amek kelas bahasa Jepun. Moga dipermudahkan semuanya buat dia kat sana. Ameen. (Dia tengah cari calon isteri, ade yang berminat? XD)

Untuk ke guesthouse, kitorang dipecahkan kepada group lelaki dan perempuan. Group lelaki akan stay di guesthouse Urayasu, kami yang perempuan stay di guesthouse Kasai yang mana managernya adalah Kamal. So, maksudnya Kamal akan tidur di Kasai dengan kami juga tapi tidur bilik dia lah! Fungsi manager adalah untuk memastikan penghuni guesthouse menjaga ketenteraman awam sebab suasana kejiranan Jepun tak sama macam kat Malaysia. Pagi petang siang malam sunyi krik krik krik. ;D. Untuk ke Kasai dari bus stop tu pun group perempuan pecah lagi kepada dua group. Pergi berperingkat-peringkat, Kamal cakap kalau pergi segerombolan nanti orang Jepun tengok, diorang jadi takut. Errr.

First time masuk rumah Jepun tu, bukak kasut, pijak lantai "mak ai sejukkkkkk" walaupun pakai stokin. Huhuhu. Sebab tu lah rumah Jepun selalunya ada tatami. Sejenis tikar yang tebal daripada jerami, kot? Dalam bilik kitorang ade tatami tu. Sedap buat guling-guling. XD. Kat guesthouse ni ade wifi, ade dua toilet (toilet Jepun dan toilet cangkung), satu bilik air (yang lantai dia sejuk mak ai) dengan hot water tap, ade dapur kat tingkat bawah dan bilik tidur kat tingkat atas. Bilik tidur manager kat tingkat bawah. So, ok lah. Lepas simpan barang dalam bilik, kami turun untuk dengar taklimat 'sampah' dari Kamal. Hahaha! Kat Jepun ni, buang sampah kena sistematik! Kena ikut jenis, kertas, plastik, botol. Sebelum asingkan, kene bersihkan dulu segala sisa, kalau kena cuci perlu untuk cuci dan keringkan, baru masukkan dalam tong sampah yang disediakan. Kalau tak buat gitu, nanti lori sampah tak akan amek sampah uols. Begitu sekali diorang amalkan kitar semula. Kita? Krik krik krik.

Kasai guesthouse dan managernya saudara Kamal Zharif Kamaluddin - JomPJapan
Kasai Metro Station

Lepas siap solat dan rehat sekejap, kami keluar semula untuk ke Kasai Metro Station, dalam 10 minit berjalan kaki. Group lelaki ajak keluar jenjalan dan makan. Masa tu dah hujan sikit-sikit. Kitorang bawak payung lutsinar dari guesthouse siap-siap. Sampai station, kami belajar beli tiket train kat mesin tiket, ikut arahan dari pensyarah lain yang tengah belajar kat Jepun tu melalui whatsapp. Haha. Nasib baik boleh tekan English kat mesin tu. Pensyarah tu suruh beli tiket paling murah, nanti sampai destinasi boleh buat fare adjustment untuk bayar baki tiket. Bila train dah sampai, kitorang pun masuk dan duduk kat kerusi yang kosong. Ade mesin pemanas bawah kerusi train tu, so kita tak lah sejuk sangat. Dan errr, sangat senyap sunyi suasana dalam train Jepun ni. Saya perasan, ade notis supaya kita silentkan handphone masa dalam train dan avoid talking in the phones. Mungkin untuk menjaga ketenteraman penumpan lain. Setiap kali berhenti kat station, enjin train macam terus mati. Senyap sungguh! Mungkin disebabkan tak pasang aircond pun. Kalau kat Malaysia kan bila aircond ditutup tiba-tiba jadi hening. Ha, macam tu la keadaannya.

Petang tu kitorang hanya berjalan-jalan sekitar Tokyo Bay dan makan kat Saizeriya. Hari hujan pulak kan, so agak tak best nak berjalan ke sana sini bawak payung. Kat Saizeriya ni, kena berbaris jugak. Hahaha. Sebab ramai jugak customer diorang. Kena isi nama dan tunggu queue. Lepas tu boleh la order makanan. Nak order makanan lak, tak boleh sesuka hati aje sebab kang termakan benda tak halal pulak. Ade beberapa orang pensyarah kitorang yang belajar kat Jepun, tunjuk kat kitorang menu mana yang boleh makan, mana yang tak boleh. Kat sini, kita kena cari seboleh mungkin lah menu yang halal.

Makan spaghetti ink sotong dengan spaghetti ade ape ntah kat Saizeriya, tak ingat. Hahaha!

Balik dari Tokyo Bay, kami dibawa singgah ke Mitsui Outlet Park, Makuhari. Tempat ni macam JPO lerr, tapi kami tak beli ape-ape pun. Student macam kami ni mana mampu dan mana perlu benda-benda ni. :p Sambil tunggu diorang membeli-belah kami amek gambar je then minum kopi kat Tully's Coffee. First time rasa kopi sangat sedap! Maybe sebab suhu yang terlampau sejuk kot? So bila minum kopi panas, rasa sangat berbaloi-baloi.

Kat Mitsui Outlet Park, Makuhari. Tak beli ape-ape pun, mampu tengok aje. Tully's Coffee tu sedap!

Balik dari Mitsui Outlet Park, kitorang amek train dan gerak balik ke guesthouse. Dalam perjalanan, kitorang berhenti kat station sebelum Urayasu kalau tak silap. Keluar dari train, angin sangat kuat dan suhu memang dropped gila. Menggigit-gigit aje rasa kat tapak tangan dan hidung. Pensyarah bawak kitorang ke Bombay Palace, sebuah restoran India kat area tu. Masuk je restoran, staff dia greet kitorang dan bagi hot towel untuk kita panaskan tangan. Haha. Bagusnya! Kitorang order roti nan cheese je masa kat sini sebab perut masih kekenyangan lagi. Yang lain order beriyani etc.

Roti nan cheese dan ayam tandoori di Bombay Palace

Lepas makan tu, kitorang menapak balik ke guesthouse. Jauh nya mak ai. Last last amek train jugak sebab dah sejuk kemain. Untuk hari-hari seterusnya nanti kita sambung lagi dalam entri lain ya! Terpanjang lebar pulak!

Post a Comment

0 Comments