BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 20, 2015

Pengalaman Seram di Lebuhraya Pagoh


Bismillahirrahmannirrahim...

Rupa-rupanya banyak kisah seram di lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Ingatkan lebuhraya Karak je yang banyak cerita mistik. Mungkin sebab tak berapa dihebohkan. Tak ramai yang tahu. Bila google, baru lah tahu ada juga yang diganggu bila melalui lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Kisah makhluk menumpang, kisah wanita dan anak lelaki nak isi tong minyak, kisah berentap dengan Daihatsu Charade putih, dan macam-macam lagi.

Dan ini adalah pertambahan terkini kepada kisah-kisah mistik tersebut. Alkisahnya, lewat petang semalam, saya dan encik suami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Skudai setelah selesai segala urusan. Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami keluar dari tol Skudai. Saya yang mula-mula memandu kereta. Kami plan berhenti solat di R&R Machap. Lepas solat dan mengalas perut, encik suami menawarkan diri untuk memandu kereta.

Kami pun menyambung perjalanan. Saya duduk sebelah encik suami tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Sesekali saya terlelap sebab tak tahan sangat dah mata yang berat. Dalam kereta, kami banyak diam sambil mendengar radio. Sampai la satu kawasan tu, saya terjaga dari terlelap, jalan raya sangat-sangat gelap. Tak banyak lampu jalan di kiri kanan jalan. Jarak kereta di depan dan di belakang sangat jauh. Tiba-tiba encik suami memperlahankan kenderaan dan memandu di lorong kiri. Terlalu perlahan yang sangat pelik bagi saya sebab encik suami suka memecut laju melebihi 130 km/j. Kenapa perlahan sangat dan masuk ke lorong kiri, padahal tak ada kereta pun kat belakang yang nak memotong bila saya jeling cermin sisi yang nyata gelap gelita. Agak lama juga encik suami memandu perlahan hingga timbul dalam hati saya, kereta 'berat' ke?

Lepas papan tanda Pagoh, encik suami memecut semula. Tapi saya tak bertanya apa-apa sebab mungkin tadi dia mengantuk. Sampai la dekat Senawang, saya perasan encik suami asyik menguap. Saya bersuara sambil memicit-micit bahunya untuk hilangkan mengantuk, "ok ke?"

Encik suami macam sangat terkejut bila saya sentuh bahu dia. Tapi dia still jawab, "tak....ngantok!" Huhu. Kesian encik suami, memandu sampai mengantok. Saya offer untuk tukar driver. Tapi encik suami tak menjawab. Sebaliknya, dia bertanya, "nampak kan ape yang abang nampak?"

Saya pelik. Saya jenguk jalan raya terang di depan, kemudian menoleh ke encik suami. "Nampak ape?"

Suami diam dua saat. "Dekat area bukit yang gelap tadi, yang tak banyak kereta, tahu tak abang nampak ape?"

"Tak...." Saya mula rasa semacam.

"Abang nampak benda dalam kereta. Dalam cermin pandang belakang."

"Allahuakbar. Sebab tu ke kereta perlahan sangat tadi, sebab berat?"

"Aha. Berat. Muka dia betul-betul nampak full dan jelas dalam cermin pandang belakang."

Allah. Allah. Allah.

"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri.

"Aha, perasan...abang bawak slow."

"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."

Kemudian kami diam. Selang beberapa minit saya pandang muka encik suami. Dalam hati saya, saya bersyukur sangat-sangat, encik suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah dan hilang kawalan. Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang encik suami? Ada hikmahnya Allah tukarkan driver kat Machap tadi. Subhanallah!

Saya masih bimbang. Saya fikir lebih baik saya drive, encik suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan apa yang dah berlaku. Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau ada lagi gangguan lain. Ya Allah, bertawakkal saja lah, Allah Maha Berkuasa. Dia yang lebih patut kita takuti berbanding segala makhluk di muka bumi.

"Abang ok tak?"

Encik suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."

"Takut tak muka dia?" Ya ampun, stop it Hasunah!

"Seram gila." Kesian encik suami. Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan wajah makhluk yang menumpang kereta kami. "Perempuan."

Saya tak bertanya lebih lagi sedangkan dalam hati nak tanya ade darah ke, baju putih ke, rambut panjang ke. Bimbang dalam keadaan encik suami macam tu, soalan-soalan tu buat dia tak dapat hilangkan bayangan makhluk tu.

Bila nampak papan tanda RnR Seremban, encik suami bagi signal untuk masuk ke kiri. Kami isi minyak kereta, encik suami pergi toilet, kemudian saya mengambil alih memandu kereta. Dengan lafaz doa naik kenderaan dan tawakkal, kami menyambung perjalanan hingga selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah.

Moga encik suami dan saya dalam kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan Allah selalu.

P/S: Lepas ni, tak berani dah kot nak drive seorang diri malam-malam, balik or dari Johor. Alhamdulillah, bulan puasa tu tak jadi apa-apa.

UPDATE: Encik suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu. Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah. Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Encik suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat.


Friday, August 14, 2015

Cabaran Menjaga Anak Bulus

Tinny and kittens

Siapa suka anak bulus?

Anak bulus tu gelaran lain untuk kucing lah. Jangan buat-buat tak tahu, ok? Ramai yang suka anak bulus, tak kurang jugak yang tak berapa suka anak bulus. Tak suka mungkin sebab alah bulu atau mungkin ada trauma dan sejarah hitam dengan anak bulus semasa kecil. Yang suka anak bulus pulak mungkin ada yang bela sampai beranak-pinak, tapi ada juga yang suka gitu-gitu je tanpa membela.

Anak bulus kalau seekor aje insya'Allah tak susah nak bela. Belanja hanya untuk dia seekor makan dan kalau jenis bela indoor, beli pasir untuk dia saja. Yang bela indoor kebanyakannya duduk rumah flat atau apartmen, mungkin jugak duduk di kejiranan yang tak mesra kucing. Nampak kucing je rasa nak culik, bungkus dan buang dalam longkang. Ops, ade ke yang macam tu?

Kalau duduk rumah berlaman, tak payah beli pasir pun takpe. Ajar anak bulus untuk membuang di luar yang bila hujan, air akan mengalir, dan tak akan memberi bau kurang menyenangkan kepada jiran tetangga. Lebih jimat kan? Tak payah beli pasir. :p

Macam mana pulak kalau bela lebih dari seekor? Haaaa...ini cabaran dia. Lebih banyak makanan diperlukan dan lebih banyak jugak pasir dikehendaki kalau bela indoor. Pasir pulak perlu dbersihkan/ditukar setiap hari sebab pasir yang kotor adalah sangat tidak baik untuk kesihatan anak bulus. Bila anak bulus terpaksa membuang dalam pasir yang sudah terlalu kotor, anak bulus akan diserang kecacingan, cirit birit malah ada yang boleh sembelit. Maka tukar lah pasir selalu untuk menjaga kesihatan anak bulus yang dibela indoor.

Bulu anak bulus yang sihat banyak dipengaruhi oleh pemakanan. Anak bulus yang makan kibbles saje tanpa protein semulajadi (contoh: ikan, ayam) mungkin memiliki bulu yang agak kusam. Bulu mudah tanggal dan tak berseri. Kalau nak bagi kibbles, selang-selikan dengan protein semulajadi. Anak bulus pun takde la bosan sangat asyik makan jajan setiap hari, ye tak?

Lagi cabaran membela anak bulus adalah bila tuannya perlu keluar rumah untuk beberapa hari. Hati akan runsing mengenangkan makan dan berak anak bulus semasa ketiadaan diri. Anak bulus boleh bertahan tanpa makanan selama 2 hingga 3 hari dengan syarat mereka mendapat bekalan air yang cukup. Kalau lebih dari tu, kejam sangat lah haiii tak bagi makan. :( Kalau ada kawan-kawan, jiran atau saudara mara yang berdekatan, yang suka kucing jugak, boleh lah minta bantuan mereka untuk menjaga anak bulus semasa out station. Kalau tak ada? Lu fikir la sendiri!

Kalau anak bulus jatuh sakit, segeralah bawak berjumpa veterinar. Veterinar ada yang swasta dan ada yang kerajaan. Kedua-duanya berbeza dari segi servis dan caj perkhidmatan. Faham-faham sendiri, ye~~ Dari segi kesihatan, anak bulus baka biasa macam MDSH agak tinggi daya tahan penyakit berbanding kucing import. Mungkin sebab cuaca yang berbeza. Tapi kalau jaga betul-betul, insya'Allah sihat sentiasa.

Anak bulus jugak kena mandikan secara berkala untuk memelihara kesihatan diorang. Tapi ada je yang tak pernah mandi. XD Kalau ada duit lebih sikit, hantar lah anak bulus pergi grooming untuk menjaga bulunya supaya sentiasa comel dan handsome. Hihihi. Kalau kucing bunting dan beranak?? Erm...sila jadi bidan tak bertauliah! Haha :p

Ok, itu saje cabaran yang dihadapi setakat menjaga anak bulus sebanyak 6 ekor kat rumah ni. Ada yang nak tambah cabaran lain tak?


Thursday, August 13, 2015

Tudung Terbaru di ZALORA


TUDUNG.

Aksesori kepala yang kebiasaannya dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Normal bagi wanita seperti kami untuk menggunakan scarf bagi menutup aurat di bahagian kepala, rambut, telinga dan leher. Malah dengan kemunculan hijabista dalam kalangan wanita Muslim moden yang gemar akan fesyen, begitu memberi impak dalam dunia fesyen.

Selain daripada itu, trend berhijab semakin popular kerana kemunculan ramai artis terkenal Malaysia yang mengenakan tudung seperti Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Diana Amir, Neelofa dan ramai lagi. Artis-artis terkenal ini telah berjaya memberikan gambaran yang cukup positif terhadap pemakaian hijab. Ini menepis tanggapan yang skeptikal bahawa berhijab membuatkan anda terbatas dalam menggayakan sesuatu stail.


Sebelum anda pilih stail terbaik untuk memakai hijab anda harus tahu apakah bentuk wajah anda. Ini adalah antara basic rule of wearing tudung. Terdapat banyak cara atau kaedah untuk tahu bentuk wajah anda. Ini termasuklah dengan menggariskan muka anda pada cermin dengan gincu bibir atau membentuk wajah anda menggunakan tuala dan tanyakan pendapat atau minta pertolongan rakan-rakan untuk bantu anda.

Selain itu tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat. Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai asalkan aurat anda ditutup sempurna.

Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse longgar serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan. Jika anda sedang mencari hijab yang sesuai untuk koleksi anda di rumah, dapatkan tudung terbaru wanita secara online di ZALORA. Banyak butik fesyen Muslimah online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi tudung terbaru untuk hijabista.


Wednesday, August 12, 2015

Sampul Prabayar Poslaju Habis

Gambar: Google aje

Apa perasaan dia bila kamu pergi pejabat pos sebab nak pos barang guna sampul prabayar poslaju, tapi bila sampai kaunter, diorang cakap sampul prabayar da habis?

Sobss.

Dah banyak kali kena macam ni. Kalau orang berniaga online, agak susah bagi diorang kalau sampul ni habis. Bukan tak boleh pakai sampul poslaju biasa tu, tapi sampul prabayar poslaju ada lagi banyak kelebihan berbanding sampul poslaju biasa.

Pertama, kadar penghantaran lebih murah berbanding poslaju biasa. Walaupun murah dalam beberapa puluh sen aje, ia tetap mempengaruhi dalam keadaan ekonomi berGST sekarang ni, ok! Contohnya untuk sampul poslaju prabayar saiz L, harga sampul RM9 sahaja termasuk penghantaran. Kalau sampul poslaju biasa saiz L saya tak pernah beli (sebab hanya ada saiz XL...-_-"), tapi saiz XL harganya RM1.50. Campur dengan harga barang berdasarkan jisim dalam RM8.++, jumlah kadar bayaran penghantaran boleh menjangkau sehingga RM10. Mahalnya.

Kedua, sampul prabayar poslaju ada bubble wrap sesiap kat dalam sampul tu. So, tak perlu nak balut bagai nak rak barang kamu, takut-takut terpenyek kena campak sesuka hati. Bayangkan macam saya ni, pos kek lapis. Selalu risau kek sampai kat pelanggan dah penyek-penyek. Alhamdulillah dengan adanya bubble wrap, keselamatan kek lebih terjamin disamping saya da balut kukuh-kukuh sendiri kek tu. Kalau sampul poslaju biasa, bubble wrap tak disertakan. Jadi, kena balut kek tetebal takut rosak bila dicampak dan dihempap-hempap (in case lah!).

Ketiga, kalau pakai sampul prabayar poslaju, tak perlu nak ambil dan tunggu nombor giliran kalau sampul barang kita pos tu tak lebih dari 3 item. Sebab dia da tak perlu nak timbang-timbang dan key in bagai macam poslaju biasa dah. Dia dah siap-siap limitkan berapa KG, tinggal ceraikan borang poslaju tu je (kita boleh ceraikan siap-siap untuk mudahkan kerja diorang). Kalau poslaju biasa, walau 1 barang pun kamu kena berbaris, tahu!

Haa...itu la kelebihan sampul prabayar poslaju yang selalu cepat habis. Haha. Mohon poslaju cepat-cepat restock ya untuk kemudahan pengguna. ;)



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.