BLOG ENCIK SUAMI

Friday, August 14, 2015

Cabaran Menjaga Anak Bulus

Tinny and kittens

Siapa suka anak bulus?

Anak bulus tu gelaran lain untuk kucing lah. Jangan buat-buat tak tahu, ok? Ramai yang suka anak bulus, tak kurang jugak yang tak berapa suka anak bulus. Tak suka mungkin sebab alah bulu atau mungkin ada trauma dan sejarah hitam dengan anak bulus semasa kecil. Yang suka anak bulus pulak mungkin ada yang bela sampai beranak-pinak, tapi ada juga yang suka gitu-gitu je tanpa membela.

Anak bulus kalau seekor aje insya'Allah tak susah nak bela. Belanja hanya untuk dia seekor makan dan kalau jenis bela indoor, beli pasir untuk dia saja. Yang bela indoor kebanyakannya duduk rumah flat atau apartmen, mungkin jugak duduk di kejiranan yang tak mesra kucing. Nampak kucing je rasa nak culik, bungkus dan buang dalam longkang. Ops, ade ke yang macam tu?

Kalau duduk rumah berlaman, tak payah beli pasir pun takpe. Ajar anak bulus untuk membuang di luar yang bila hujan, air akan mengalir, dan tak akan memberi bau kurang menyenangkan kepada jiran tetangga. Lebih jimat kan? Tak payah beli pasir. :p

Macam mana pulak kalau bela lebih dari seekor? Haaaa...ini cabaran dia. Lebih banyak makanan diperlukan dan lebih banyak jugak pasir dikehendaki kalau bela indoor. Pasir pulak perlu dbersihkan/ditukar setiap hari sebab pasir yang kotor adalah sangat tidak baik untuk kesihatan anak bulus. Bila anak bulus terpaksa membuang dalam pasir yang sudah terlalu kotor, anak bulus akan diserang kecacingan, cirit birit malah ada yang boleh sembelit. Maka tukar lah pasir selalu untuk menjaga kesihatan anak bulus yang dibela indoor.

Bulu anak bulus yang sihat banyak dipengaruhi oleh pemakanan. Anak bulus yang makan kibbles saje tanpa protein semulajadi (contoh: ikan, ayam) mungkin memiliki bulu yang agak kusam. Bulu mudah tanggal dan tak berseri. Kalau nak bagi kibbles, selang-selikan dengan protein semulajadi. Anak bulus pun takde la bosan sangat asyik makan jajan setiap hari, ye tak?

Lagi cabaran membela anak bulus adalah bila tuannya perlu keluar rumah untuk beberapa hari. Hati akan runsing mengenangkan makan dan berak anak bulus semasa ketiadaan diri. Anak bulus boleh bertahan tanpa makanan selama 2 hingga 3 hari dengan syarat mereka mendapat bekalan air yang cukup. Kalau lebih dari tu, kejam sangat lah haiii tak bagi makan. :( Kalau ada kawan-kawan, jiran atau saudara mara yang berdekatan, yang suka kucing jugak, boleh lah minta bantuan mereka untuk menjaga anak bulus semasa out station. Kalau tak ada? Lu fikir la sendiri!

Kalau anak bulus jatuh sakit, segeralah bawak berjumpa veterinar. Veterinar ada yang swasta dan ada yang kerajaan. Kedua-duanya berbeza dari segi servis dan caj perkhidmatan. Faham-faham sendiri, ye~~ Dari segi kesihatan, anak bulus baka biasa macam MDSH agak tinggi daya tahan penyakit berbanding kucing import. Mungkin sebab cuaca yang berbeza. Tapi kalau jaga betul-betul, insya'Allah sihat sentiasa.

Anak bulus jugak kena mandikan secara berkala untuk memelihara kesihatan diorang. Tapi ada je yang tak pernah mandi. XD Kalau ada duit lebih sikit, hantar lah anak bulus pergi grooming untuk menjaga bulunya supaya sentiasa comel dan handsome. Hihihi. Kalau kucing bunting dan beranak?? Erm...sila jadi bidan tak bertauliah! Haha :p

Ok, itu saje cabaran yang dihadapi setakat menjaga anak bulus sebanyak 6 ekor kat rumah ni. Ada yang nak tambah cabaran lain tak?


1 comment:

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.