BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 7, 2015

Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Sukarare dan Banyumulek

ENTRI SEBELUM INI:

Hurmmm, alang-alang dah update, kita sambung update. Sebab ada yang dah tanya kat email tentang Lombok memandangkan entri tak habis lagi. Haha! Ok, ni sambungan lepas berpenat lelah kat air terjun. Dari air terjun, kitorang bertolak ke Sukarare. Masa tu dah berkumandang azan Zohor pada hari Jumaat. Encik suami musafir, maka saya pesan kat dia niat untuk jamak takhir sebab takut tak sempat balik hotel. Dedua tak bawak baju bersih. Huhu. Sepanjang perjalanan ke Sukarare, macam biasalah, ada banyak sawah padi terbentang luas.

Sawah padi lombok di bawah naungan awan kumulonimbus

Sukarare ni salah satu tempat yang terkenal dengan penenunan songket. Lebih kurang macam Sasak Village juga. Bila kita dah masuk area Sukarare, boleh nampak songket tergantung kat luar rumah-rumah sepanjang jalan. Cantik-cantik semuanya. Kat sini, Pak Atus bawak kitorang ke Kerajinan Tenun Patuh. Ha, tu nama pusat pembuatan dan penjualan songket kat sini. Bila kitorang sampai, ada seorang pekerja dia datang approach dan layan kitorang dari awal sampai kita balik. Kat luar gudang dia ada beberapa penenun yang tekun menenun. Kalau nak cuba, boleh juga. Hihi. Kebasahan menyebabkan saya dan encik suami menengok aje. Encik suami je lah yang rajin nak amek gambar ha~

Seorang nenek yang dah berusia tekun menenun songket kat luar gudang

Kat sini, diorang ada satu adat di mana perempuan kena pandai menenun. Kalau tak pandai, tak boleh berkahwin. Ha! Kalau kat Malaysia, kiranya perempuan kena pandai menjahit, kalau tak nanti tak boleh kahwin! Saya tak pandai punnnn...eh, hahaha~ Banyak jenis pakaian dan aksesori yang diperbuat dari songket kat sini. Ade beg, kain pelikat, shawl, sejadah, songkok, baju, seluar dan macam-macam lagi. Harganya agak mahal sebab tenunan tangan. Shawl songket dia yang saya selalu nampak kat Jalan TAR rega RM 8 - 10 tu, kat sini diorang jual hampir RM 50 sehelai! Ok, tak terpujuk untuk membeli. -_-"

Sejadah songket yang kitorang beli kat Sukarare

Kat sini, kita jugak boleh amek gambar dengan berpakaian songket. Rasanya kena bayar. Tapi masa tu encik suami laju je cakap kat pekerja dia, saya kebasahan lepas main air terjun. Jadi, takde la kena bayar amek gambar pakai baju songket. Kui kui! Lepas belek-belek segala barang yang ada, encik suami terpikat dengan songkok dan sejadah songket dia yang simple dan cantik. Total songkok dan sejadah songket ni lepas tawar-menawar dapat dalam Rp.150,000. Jenuh nak menawar...encik suami memang professional, hahaha!

Encik suami pun nak amek gambar gak kat tempat menenun songket, ha~ tu la songkok songketnye~

Lepas membeli-belah kat Sukarare, Pak Atus bawak kitorang gi Banyumulek pula. Banyumulek ni Pottery Village. Pak Atus cakap kita boleh tengok macam mana diorang buat pasu seramik dan boleh beli cenderahati untuk bawak balik Malaysia. Tapi masa kitorang sampai Banyumulek, waktu tu lepas solat Jumaat. Orang yang buat pasu tu tak masuk kerja lagi. Mungkin dia seorang lelaki. Hihi. So, kitorang gi tengok cenderahati dia aje. Cantik-cantik dan comel-comel! Harga dia dari serendah Rp.25,000 pun ada sampai lah beratus ribu rupiah. Saya bawak balik alas cawan 10 keping, jumlahnya Rp.250,000 (kira-kira RM 70). Kalau tak, sekeping tu dia nak jual Rp.30,000. Huhu. Mekasih encik suami sebab berusaha menawar harga lagi! :D

Alas cawan/coster di Pottery Village, Banyumulek, Lombok

Perhiasan seramik di Pottery Village, Banyumulek, Lombok

Masa tu, kitorang dah penat sangat! Tapi Pak Atus tanya, "jadi nggak beli dodolnya, mas?" Ok, jommm! Tapi lupa nama kedai dia -_-", kat area Mataram je. Haaaa~ kat Lombok ni dodol dia ada macam-macam perisa! Dicampur pulak dengan rumpai laut, memang sihat lah! Kalau tak cantik lepas makan dodol ni tak tahu lahhh~ eh! Hahaha~ Encik suami suka perisa nangka, saya suka perisa pisang. Tapi yang nangka tu memang femes, sedap cuma agak manis dan rasa nangkanya kuat. Dodol diorang ni lebih kurang macam agar-agar kering lah. Pelbagai jenis kerepek pun ada jual kat sini. Kitorang habiskan Rp.160,000 kat sini. Beli dodol 4 kotak, kerepek dua bungkus.

Dodol Nangka dan Dodol Pisang Lombok

Balik dari situ kitorang singgah makan tengahari kat restoran masakan Padang kat Mataram. Tapi tak amek pulak gambarnye. Harga makanan agak mahal bagi kitorang, untuk dua orang Rp.72,000, nasi campur biasa je dengan air kosong. Pak Atus lak dah bayar makanan dia sendiri dan takmo duduk semeja dengan kitorang walaupun encik suami dah ajak banyak kali. Mungkin polisi diorang tak boleh makan dan guna duit customer kot! Bila dah kenyang, kitorang pun balik hotel. Masa tu dalam pukul 2 lebih nak dekat pukul 3 petang. Maka, sempat lagi nak solat jamak takdim. Alhamdulillah.

Lepak-lepak kat balkoni sambil makan dodol & kerepek Lombok

Bila dah rehat-rehat kejap sambil makan dodol, encik suami ajak pergi pantai. Nak amek gambar sunset & mandi pantai kalau nak. Sebelum ke pantai, kitorang ke kaunter hotel dulu untuk tanya pasal transport ke airport. Flight kitorang esoknya dalam pukul 10.05 pagi. So, kena gi seawal yang boleh takut banyak pulak urusan masa nak keluar. Encik suami tanya penyambut tetamu kat kaunter tu pasal bas DAMRI ke airport. Adik tu call pejabat bas DAMRI dan bagitahu masa flight kitorang. Ok, bas boleh datang ambil awal pagi esok dalam pukul 7 gitu. Alhamdulillah.

Then lepas tu, penyambut tetamu tu tanya sama ada nak setelkan baki bayaran hotel terus atau nak setelkan pagi esok je. Saya cakap, kalau boleh setel sekarang, ok la~ Saya guna VISA Debit Card yang sama time saya guna untuk registration kat Booking.com hari tu. Tapi, berapa kali ntah dia try swap tak dapat. Asyik declined aje! Dalam purse ade la duit cukup-cukup untuk bayar baki sewa hotel tu. Tapi, kalau guna nanti tak cukup duit untuk bayar tambang bas dan bayar tax kat aiport. Haaaa~ kat airpot Lombok, mana-mana foreigner yang nak keluar kena bayar tax tau! Masa tu kitorang pun tak sure lagi entah berapa lah bayarannya. Adik tu pulak dengan senang hati bagitahu bila encik suami tanya ATM dekat mana. Kot lah boleh keluarkan duit dulu kat ATM. So, encik suami pergi dengan salah seorang pekerja hotel tu ke pekan Senggigi untuk cari ATM.

Lama jugak saya tunggu kat foyer hotel tu, baru encik suami balik. Katanya tak dapat nak keluarkan duit pun. Mungkin ada setting dalam akaun berkaitan dengan kemudahan antarabangsa yang saya tak buat. Alamak! Mana lah saya tahu! Takpe lah, guna dulu duit dalam purse untuk setelkan baki bayaran penginapan hotel. Masa tu dah tinggal entah berapa rupiah aje dalam beg. Dengan sekeping not RM50. Saya ajak encik suami tukar duit RM50 tu kat money changer, mana tahu nanti boleh setelkan duit tambang bas dengan tax kat airport. Berjalan kaki lah kami ke pekan Senggigi. Alah, dekat aje! Kat area bebudak surfing semalam tuu~ Bila tukar duit, dapat dalam Rp.170,000++ gitu je. Untuk bas boleh la lepas, kalau tax bandara?? Haiyoooo!

Encik suami dah macam lemah aje suara dia. Saya pun jadi takut nak bercakap dengan dia. Sape tak panik oi kalau tak dapat balik? Dia tanya kawan yang selalu travel, dia sendiri pernah try guna Maybank VISA Debit card masa kat Bandung untuk keluarkan duit. Ok je, tapi kena activate something kat Maybank2U. Cuma takut nanti pihak Maybank kena call kita untuk confirmkan. Kitorang balik ke hotel, gi foyer dan tanya berapa harga tax kat airport untuk international, adik tu jawab Rp.150,000 seorang. Ok. Sah tak cukup. Kami tak jadi gi pantai, encik suami ajak balik bilik setelkan benda ni dulu.

Balik bilik, encik suami bukak Maybank2U. Lepas dia dah borak-borak dengan kawan dia dan test-test kat akaun dia, dia panggil saya (sebelum tu, dia suruh gi duduk jejauh dulu, nanti dia panggil =.="). Dia suruh saya login, pergi option ATM/Debit Card Management > Overseas ATM Facility > Select Activate untuk ATM Overseas Facilities. Nanti diorang suh masukkan tarikh dari bila ke bila kita nak benda tu aktif. Then submit. Tunggu pengesahan melalui SMS, bila dah confirm dari pihak bank, baru lah kad kita boleh dipakai kat overseas. Owhhh, gitu rupanya.

Lepas tu, encik suami pergi kaunter hotel, nak mintak adik tu cuba pakai Maybank VISA Debit Card saya tu kot-kot dah boleh. Kalau boleh pakai, nak adik tu kembalikan cash kitorang. Saya tunggu kat bilik aje. Bila encik suami balik bilik, dia bagi saya duit Rp.500,000. Alhamdulillah, dah dapat guna pun. So, uols yang baru je belajar backpacking or nak keluar negara first time tapi tiba-tiba duit tak cukup, atau memang nak pakai ATM kat luar negara, make sure activate dulu korang punya ATM/Debit Card Overseas Facilities ye! Dah setel semua tu, encik suami ajak gi pantai semula. Sementara masih belum gelap, dan mungkin dah ada sunset.

Sampai kat pantai, langit dah oren tapi tak nampak matahari. Tu pun dah cukup cantik. Encik suami amek gambar banyak-banyak. Saya pun main air kat tepi-tepi je sebab ombak dia tinggi sangat. Encik suami pulak asyik tak bagi masuk dalam air, nanti basah katanya. Lahhh! Memang lah basah, biarlah punnnn (saya cakap dalam hati je, sebab geram napeee lah tak bagi masuk dalam air...ggrrr). Masa tengah amek-amek gambar tu jugak kitorang jumpa dua orang Chinese girls dari Malaysia. Rupanya diorang sama flight dengan kitorang pergi dan balik. Lorhhhh...diorang pun duduk kat Sunset House Lombok, ok! Terlambat sikit kenal diorang haaa. Kalau tak, boleh kongsi-kongsi bayar tiket supir gi airport! Aahhaha~ Diorang pun menyesal tak kenal awal, kalau tak, mesti diorang pun nak amek bas jugak macam kitorang, lagi murah! Hew hew.

Sunset di Sunset House Lombok

Lepas dah kebasahan kena last ombak yang paling tinggi, kitorang pun balik bilik. Malam tu takde keluar gi mana-mana dah, dah penat! Makan Indomie je kat bilik, solat, kemas-kemas beg, then tido.

Tunggu entri kat airport nak balik ke Malaysia pulak ye!

ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Pulang ke Malaysia!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.