BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 3, 2015

Review Filem JENGKA


Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pengarah: Nyon Othman, Ramdan Che Hassan
Pelakon: Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azri

Tangguh kejap cerita Jepun.

Rabu lepas, encik suami ajak tengok filem JENGKA. Memula dia whatsapp tanya, JENGKA best tak? Saya tak tengok pun lagi, trailer pun tak tengok. Tapi pernah nampak poster tu dalam website TGV. Genre seram. Bila dia tanya gitu, saya pun tengok trailer. Ada jerit-jerit, ade macam kene gangguan, ade suara lelaki yang mintak pulangkan bini dengan anak dia, ade jugak macam footage guna night vision scene lari-lari. Eh, peningnya. Lepas tu nampak ayat "berdasarkan kisah benar". OK.

Erm erm. Tapi encik suami kata ramai yang cakap best. So, saya survey harga tiket dan showtime. Tak semua cinema ade tayang JENGKA. Kami pergi jauh ke Brem Mall, Kepong untuk tengok filem ni. Masa tu gagahkan jugak nak keluar jauh-jauh sebab dah nak muntah menghadap laptop dan naik bosan duduk rumah sorang-sorang.

Sampai Brem Mall tu, filem dah mula! Aik, dalam tiket 9.20 malam. Kitorang masuk hall before 9.20 lagik tau. Awalnya dia start! Takde iklan-iklan pun. Hurm. Nasib baik baru sikit je. Kisah dia bermula dengan watak isteri mengandung menunggu hari yang curiga dengan suami dia, kalau-kalau suami dia ada perempuan lain. Awal-awal cerita pun dah agak saspen kat dalam rumah diorang tu.

Tapi semuanya bermula dengan lebih dahsyat masa kat kampung isteri dia bila tembelang si suami pecah. Macam-macam berlaku dalam filem yang latarnya kat kawasan ladang kelapa sawit, yang saya agak tentunya kat Felda Jengka, Pahang. Semua yang berlaku sepanjang satu malam kat sana tu dirakam dalam kamera si suami oleh abang isterinya dan kawan abang isteri tu, Nyun (nama macam nak sama dengan nama pengarah, tapi rupanya bukan orang yang sama). Dari rewang-rewang nak kenduri, si isteri terberanak dalam ladang kelapa sawit, anak dibawak lari penunggu, ustaz mencari si isteri dan anak yang hilang, dan banyak lagi babak yang tak boleh la semua nak sebut kat sini kan? Kena pi tengok sendiri! Hihi.

Sepanjang filem pun, ada perbandingan antara rakaman sebenar dan lakonan semula. So, boleh nampak lah entiti-entiti pada masa tertentu tu memang betul-betul keluar dalam kamera. Agak menyeramkan di situ. Beberapa kali hall tu riuh dengan suara penonton menjerit, suara mengucap dan beristighfar, termasuk lah saya sendiri. Haha!

Erm, bagi saya filem ni ok, banyak benda yang buat kita berfikir, dan satu yang kita tak akan puas hati dengan filem dari kisah benar adalah, tak ada penjelasan tentang apa yang berlaku. Kita tak tahu kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu, siapa dan bila, semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Tapi lepas filem ni, rasanya mesti rumah Nina & kawasan ladang kelapa sawit berpenunggu tu jadi tumpuan paranormal seeker. Erm. Saya bagi 8/10 bintang kot?

Gi tengok sendiri, ok!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.